Isnin, 15 September 2025

GURINDAM MADAFAKA


GURINDAM

MADAFAKA

KHALAS

PALESTIN MERDEKA


PALESTIN MERDEKA

RAKYAT DI BULI - PEMAJU DI SANTUNI



RAKYAT DI BULI

PEMAJU DI SANTUNI

AMIN

PAS AKAN JADI KERAJAAN JIKA MASUK KE GARIS TENGAH


UNTUK BENTUK 

KERAJAAN

PARTI PAS PERLU 

KE  GARIS TENGAH

AMIN

HADI - JELAS TUNTAS JUJUR



Slogan 'Malaysia Madani' untuk tipu rakyat - Hadi

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa slogan 'Malaysia Madani' yang diperkenalkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim hanya dijadikan alat untuk menipu rakyat.

Dalam Ucapan Dasar pada Muktamar PAS ke-71, di Alor Setar, Kedah, Hadi mengumumkan tema muktamar kali ini iaitu ‘Kembali Kepada Penyelesaian Islam’ sambil mengecam konsep 'Madani'.

Hadi menyifatkan konsep ‘Madani’ menyerupai gerakan 'haddathah' (pembaharuan) yang menurutnya adalah istilah barat seperti reformasi, progresif, konservatif, Islam liberal dan Islam sekular yang boleh memesongkan akidah.

"Madani yang sebenar ialah Islam wajib berkuasa memerintah urusan manusia. Rasulullah SAW adalah teladan terbesar pada akhir zaman, ketika manusia dikurniakan kemajuan ilmu sehingga menghubungkan seluruh manusia di alam dunia terkini.

ADS

"Masalahnya ‘Malaysia Madani’ dijadikan slogan untuk menipu rakyat dengan kefahaman yang sempit tanpa ilmu; hanya sekadar menipu tanpa haluan dan petunjuk. Slogan itu juga disempitkan sekadar secebis bumi kecil Malaysia di dalam dunia yang luas.

"Menangani isu ekonomi kita telah menyaksikan kegagalan fahaman sosialisme dan komunisme kerana ciri-ciri fahaman tersebut berlawanan dengan fitrah manusia. Bahkan, kita juga sedang menyaksikan tanda-tanda merudumnya liberal kapitalisme atas sebab-sebab yang sama," katanya.

Turut hadir pada muktamar hari ini ialah pimpinan parti komponen PN termasuk Presiden Bersatu merangkap Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, ketua pembangkang Hamzah Zainudin, Presiden Gerakan Dominic Lau, serta Presiden Parti Masyarakat India Malaysia (MIPP), P Punithan.

Konsep Madani diperkenalkan Anwar pada Jan 2023 di bawah pentadbirannya sebagai satu gagasan pentadbiran negara yang berteraskan prinsip tadbir urus baik, keadilan, dan kesaksamaan.

ADS

Ia menggariskan enam nilai teras yang bersepadu, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan, dan ihsan, sebagai panduan untuk mewujudkan negara yang lebih manusiawi, maju, dan makmur untuk semua rakyat Malaysia.

Terdahulu, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berucap di hadapan lebih 4,400 perwakilan di Kompleks PAS Kedah menekan bahawa ekonomi perlu disusun semula supaya kekayaan tidak berpusing dalam kalangan orang tertentu sahaja.

"Negara kini dibebankan dengan hutang yang banyak, dan lebih malang lagi, dihinggapi penyakit dosa riba yang diharamkan dan diperangi oleh Allah dan Rasul-Nya. Riba tetap menjadi rukun Bank Dunia (World Bank) dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang dijadikan kiblat ekonomi oleh negara yang berteraskan kebendaan.

"Kita perlu merakyatkan ekonomi dengan penglibatan rakyat untuk menggerakkan ekonomi, seterusnya memastikan limpahan ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat terbanyak.

"Ekonomi perlu disusun semula supaya kekayaan tidak berpusing dalam kalangan orang tertentu sahaja. Hasil sedikit boleh diurus dan ditambah dengan ilmu dan kebijaksanaan serta dikawal tidak bocor, kerana percaya dosa dan pahala serta akhlak yang mulia, sehingga menghalang salah laku, penyelewengan, dan rasuah.

"Adapun agenda pembangunan bandar hendaklah bersifat seimbang dari aspek kemajuan, demografi, dan kesejahteraan hidup rakyat tanpa menyisihkan dan meminggirkan mana-mana pihak," katanya.

SATU KENYATAN

YANG JELAS

TUNTAS JUJUR

AMIN

DARI ABIM GANU

PADA ABIM PUSAT

AMIN

HADI KENAL

SAPA MALAON

BERNAMA NUAR

KAH KAH KAH

KAKI PUTAR

KAKI MOHONG

KHALAS

RAKYAT DI BULI - PEMAJU DI SANTUNI



Kerajaan tak boleh cuci tangan isu Kampung Sungai Baru, walaupun puncanya dari PN

JOHOR BAHRUKerajaan Madani perlu campur tangan dalam isu Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur, selepas tanah mereka diambil pemaju, sebagai tanggungjawab moral dalam menyelesaikan kekusutan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan tidak boleh ‘cuci tangan’ dalam masalah tersebut walaupun puncanya daripada kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

“Kerajaan Madani sekarang pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai tanggungjawab moral dan legal untuk membantu penduduk-penduduk Kampung Sungai Baru yang kehilangan rumah mereka selepas tindakan perobohan dilakukan pada 11 September lalu.

“Tanggungjawab kerajaan bagi sebuah negara Malaysia tidak terputus-putus. Kerajaan yang ada sekarang terpaksa memikul tanggungjawab akibat daripada tindakan kerajaan yang terdahulu.

“Dalam hal ini daripada segi moral, Kerajaan Madani perlu mengambil tindakan proaktif membantu semua penduduk Kampung Sungai Baru yang menjadi mangsa pengambilan tanah tapak rumah mereka di bawah Akta Pengambilan Tanah,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, Kerajaan Persekutuan sekarang khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan boleh berbincang dengan pemaju dan bantuan perlu diberi walau dengan apa cara sekalipun sama ada mereka yang kehilangan rumah atau yang duduk di rumah transit dengan menyewa.

Menurutnya, daripada segi undang-undang pula kerajaan melalui Bahagian Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara perlu membantu penduduk-penduduk untuk mempastikan beberapa perkara.

“Pertama adakah sah daripada segi undang-undang bahawa pihak pemaju yang mendapat kerjasama bailif mahkamah menggunakan kekerasan merobohkan rumah penduduk hanya berdasarkan satu perintah ex-parte yang diberi oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah.

“Sedangkan satu permohonan rayuan difailkan penduduk di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah ditetapkan perbicaraan rayuan itu pada 3 Oktober ini.

“Kedua, Kerajaan Madani yang mendukung keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang tentu percaya bahawa isu yang berada di Kampung Sungai Baru ialah isu harta rakyat yang dinyatakan dengan jelas di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi harta rakyat,” ujarnya.

Justeru katanya, penduduk kampung itu perlu mendapat ruang secukupnya daripada segi undang-undang untuk mempertahankan rumah-rumah mereka.

Tegasnya, tindakan perobohan rumah mereka tidak boleh dilakukan selagi kes di mahkamah belum selesai.

Ketiga kata Hassan, keadaan itu bermakna terdapat kesilapan pihak mahkamah yang terlalu terburu-buru memberi izin kepada pihak pemaju merobohkan rumah milik sah penduduk kampung itu.

Sedangkan dalam pengetahuan pihak bailif katanya, rayuan telah dibuat di Mahkamah Tinggi dan ditetapkan perbicaraan rayuan itu tidak lama lagi.

Hassan berkata, keempat, adakah pihak pegawai mahkamah mempunyai hak menggunakan perintah mahkamah di bawah Aturan 89 Kaedah-Kaedah Mahkamah untuk merobohkan rumah penduduk pada 11 September lalu.

“Adakah pegawai mahkamah tidak mengetahui bahawa Aturan 89 hanya boleh digunakan oleh mahkamah dalam kes-kes pendudukan setinggan yang didakwa menceroboh tanah pihak lain.

“Penduduk-Penduduk Kampung Sungai Baru bukannya setinggan. Rumah-rumah yang mereka duduki itu ada geran atau surat hak milik,” katanya.

Mereka ujar beliau, menduduki kampung berkenaan secara sah daripada segi undang-undang sejak bertahun-tahun.

Tegas beliau, tindakan dengan menggunakan kekerasan dengan memecah masuk serta merobohkan rumah-rumah mereka adalah bercanggah sama sekali dengan lunas-lunas keadilan.

“Penglibatan pegawai mahkamah dalam hal ini amat dikesali. Oleh itu sebagai seorang ahli Parlimen yang menghormati keluhuran Perlembagaan Persekutuan maka saya menyeru supaya Perdana Menteri segera membantu rakyat biasa di Kampung Sungai Baru yang menjadi mangsa ketidakadilan,” katanya.- 

PAK HASAN NI

TAK TENGOK

KLIP MADAFAKA

BUAT JANJI

KAH KAH KAH

JANGAN LUPA

SLOGAN MADANI

RAKYAT DI BULI

PEMAJU DISANTUNI

KHALAS

PROJEK MALAYSIA MAKIN RETAK



Sabah batal sambutan Hari Malaysia esok, keutamaan uruskan bencana alam – Hajiji

KUALA LUMPURKerajaan Negeri Sabah membatalkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang dijadualkan berlangsung di Padang Merdeka esok malam berikutan krisis bencana besar yang berlaku akibat hujan berterusan yang menjejaskan sekurang-kurangnya tujuh daerah di Sabah.

Ketua Menteri,  Hajiji  Noor berkata, perkara itu telah memaklumkan perkara tersebut kepada Yang di-Pertua NegeriMusa Aman, hari ini.

“Keutamaan segera kerajaan negeri adalah untuk mengurus krisis, menyelaras usaha pemulihan dan memastikan operasi menyelamat dilaksanakan dengan pantas bagi komuniti yang terjejas.

“Dalam waktu sukar ini, kesejahteraan, kebajikan dan keselamatan rakyat adalah paling utama. Segala fokus dan sumber mesti ditumpukan kepada mereka yang terkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hajiji turut mengarahkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri supaya sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan bersiap sedia untuk tindakan segera memandangkan keadaan di lapangan terus berubah susulan cuaca buruk yang berpanjangan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Safar Untong, kini mengadakan mesyuarat untuk memantau perkembangan dan menyelaras tindakan segera di daerah-daerah terlibat, ujarnya.

Hajiji turut menyeru orang ramai supaya terus berwaspada, mematuhi nasihat keselamatan, serta memberi kerjasama penuh kepada pasukan penyelamat ketika usaha sedang dipertingkatkan di seluruh negeri. – 

HUJAN BANJIR

INI BIASA

AMIN

TAPI ADA LATER

YANG LEBIH

MASIN

AMIN

WARGA SABAH 

BERTAMBAH BENCI

PADA POLITIKUS

SABAH & MADANI

AMIN

RETAK MENUNGGU

BELAH

AMIN

PROJEK NEO KOLONI

INGGERIS AKAN

TERBARAI

KHALAS

MALAPETAKA IKLIM AKAN SAMPAI


Indonesia berisiko banjir besar hingga Februari 2026

JAKARTA: Indonesia dijangka mengalami musim hujan yang lebih panjang berbanding biasa tahun ini, sekali gus meningkatkan risiko banjir dan hujan lebat di banyak kawasan, menurut ramalan Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG).

Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati, berkata musim hujan di kepulauan itu bermula bulan ini dan berakhir April 2026.

Beliau berkata tempoh kemuncak musim hujan dijangka bermula pada November dan Disember tahun ini bagi pulau Sumatera dan Borneo, manakala Jawa, Sulawesi, Maluku dan Papua akan mengalami kemuncak musim hujan dari Januari hingga Februari 2026.

"Kita mesti berhati-hati kerana kemuncak musim hujan agak panjang dan berlaku di hampir semua kawasan di Indonesia," katanya pada sidang media, menurut The Jakarta Post yang memetik laporan Reuters.

Sementara itu, Timbalan Ketua BMKG bagi meteorologi, Guswanto berkata risiko banjir adalah tinggi antara November tahun ini hingga Februari tahun depan.

Menurut Dwikorta, agensi itu juga memberi amaran mengenai hujan lebat dalam tempoh singkat, yang mana beberapa kawasan boleh menerima jumlah hujan bersamaan sebulan dalam satu hari.

Bali baru-baru ini mengalami hujan lebat dalam dua hari yang bersamaan hujan sebulan, menyebabkan banjir di Denpasar dan enam kawasan lain.

Bencana itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 kematian dan lebih 500 orang dipindahkan.

BMKG menegaskan kejadian di Bali menjadi amaran untuk bersedia menghadapi kemuncak musim hujan yang lebih panjang.

"Kita mesti bersedia menghadapi apa yang akan berlaku semasa kemuncak musim hujan berdasarkan apa yang berlaku di Bali sebelum tempoh kemuncak," kata Dwikorita.

Sebelum ini, BMKG juga meramalkan musim kering tahun ini lebih pendek daripada biasa kerana jumlah hujan yang tinggi. - AGENSI

INI BUKTI

IKLIM DUNIA

SEDANG BERUBAH

AMIN

MALAPETAKA

AKAN SAMPAI

AMIN

KITA WAJIB

BERSEDIA

KHALAS

PERANGAI ZIONIS TEMPATAN


DI GAZA ZIONIS

MUSNAHKAN RUMAH

PALESTIN

AMIN

DI MALAYSIA

ZIONIS TEMPATAN

MUSNAHKAN 

RUMAH MELAYU

KHALAS

MAK DATIN HILANG ?


APA JADI


DENGAN


KES DATIN


YANG HILANG


MASA


NAK DATANG


 KE SPRM?


AMIN

WAJIB TUKAR KERAJAAN


    WAJIB TUKAR

KERAJAAN

AMIN

Unknown commented on 
"RAKYAT DI BULI - 
PEMAJU DI SANTUNI !!!"

Doktor yang selamat nyawa setiap hari tidak diberikan penghargaan, doktor kardiologi yang menyambung nyawa manusia susah bagi pingat Dato', kena tunggu dalam barisan manakala penyangak pencuri gangster jalanan kepala samseng perompak projek orang suruhan politik laju bagi gelaran Dato' Datuk Seri, apalah nak jadi negara ini woit, asyik karenah penyamun penyamun terpaling hebat saja diutamakan kah kah kah kah

ANWAR IBRAHIM MANGSA PAU ?


ANWAR IBRAHIM

MANGSA PAU?

JENG JENG JENG

KHALAS

TRUMP MANGSA PERAS UGUT


TRUMP MANGSA

 PERAS UGUT


Donald Trump Presiden Amerika yang  ke 47 dilaporkan sebagai mangsa peras ugut. Apakah desas desus peras ugut ini masuk akal. Peras ugut memang  wujud dalam kehidupan harian. 

Kita selalu terbaca dan terdengar Si Anu dan Si Polan kena peras ugut.  Bukan hanya di Amerika ada peras ugut. Di Malaysia  juga ada  berlaku peras ugut. Peras ugut  istilah resmi – istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.  Lebih popular peras ugut di panggil pau. Mangsa peras ugut di kenali sebagai mangsa  kena pau.

Pihak yang menjalankan peras ugut atau pau ini akan mendapat keuntungan. Tujuan memeras ugut ialah untuk mencari untung. Ada keuntungan politik dan ada keuntungan ekonomi. Garis bawahnya ialah untung dan laba.

Kes pemerasan politik boleh melibatkan penggunaan  gambar,  video rakaman rahsia, rakaman perbualan talipon  untuk memburukkan pihak yang di ugut.  Jika ahli politik yang di pau - ini bertujuan  untuk memaksa keputusan politik yang akan menguntung tukang pau.

Ketua Negara atau Pak Menteri  akan di pau melalui gambar, rakaman video atau dokumen yang akan  memalu dan memburukan kedudukan mangsa. Mungkin juga Pak Menteri di pau untuk mendapatkan projek. Di pau untuk  mendapat tanah untuk cari gali atau untuk mendapatkan konsesi negara. 

Peras ugut ini  menggambarkan bagaimana maklumat, pengaruh ekonomi dan ancaman geopolitik digunakan untuk memanipulasi atau memeras pelaku politik dan negara untuk kepentingan politik. 

Tapi apakah masuk akal Donald Trump Ketua  Agong Angkatan Tentera Amerika – sosok yang paling berkuasa di dunia ini menjadi mangsa pau. Sekali imbas pasti tidak meyakinkan.  Tetapi media arus perdana Amerika terus melaporkan wujudnya berita Trump sedang  kena pau.

Tukang pau ialah Netanyahu Perdana Menteri Israel. Jelas ini satu tuduhan yang amat serius. Apakah ada kebenaran?

Tuduhan peras ugut ini  datang bukan hanya  dari Tik Tok  atau dari Penpengaruh yang  mencari nama. Tidak.  Tuduhan ini  datang dari  sosok-sosok  yang berpengaruh.

Kolonel Douglas Macgregor  yang pernah  bertugas dalam NATO. Sosok ini pernah terlibat  dalam perang  Kosovo tahun 1998. Sesudah bersara  Kolonel Macgregor menjadi Duta Amerika ke Jerman. Juga pernah bertugas sebagai Penasihat kepada Pemangku Setiausaha Pertahanan Amerika. Jelas sosok ini  bukan kecik anak.

Pada 8 September 2025 dalam Podcast Judge  Napolitano bekas Kolonel ini berkata   ‘ Netanyahu ada memegang sesuatu... untuk peras ugut Trump...’ Kata-kata ini muncul bila ditanya tentang pendirian Trump terhadap Gaza.

Perkara yang sama pernah di nyatakan oleh Ray MacGovern. Sosok ini bekerja sebagai  Penganalisa CIA dari tahun 1963 – 1990.  Kini bersara dan  pada tahun 2003 mengasaskan lembaga  VIPS - Veteran Intelligence Professionals for Sanity -  untuk menjaga kepentingan bekas-bekas pegawai   perisik CIA.

Ray MacGoveran tidak berlapik : ‘...  Netanyahu is blackmailing Trump... Netanyahu sedang memeras ugut Trump....’  Ini juga bersangkutan dengan dasar Trump terhadap Palestin dan Gaza. 

Pastilah sosok bekas penganalisa  CIA ini tahu apa yang sedang berlaku. Ini kerana kerja peras ugut  adalah sebahagian dari  cara bekerja CIA dan lembaga risikan untuk mendapatkan maklumat.

Seorang lagi pemikir dan pembuat dasar luar Amerika Profesor Jefferey Sachs juga memiliki pendapat yang sama. Profesor ini pernah menjadi penasihat presiden Reagan dan Gorbachev. Sosok ini terlibat dalam  penyelesaian Perang Dingin.

Pada 8 September 2025 dalam Judging Freedom Podcast  dia telah di tanya apa pandangan terhadap peras ugut. Profesor Sachs menjawab ‘... peras ugut ini berlaku dalam politik Amerika semenjak dulu...apa yang kita ketahui Epstein ialah dia agen Mossad...dia mengumpul bahan pau untuk mengkompromi para politikus Amerika... kerana itu tertiba file itu dikatakan hilang... tanda tangan Trump dikatakan bukan tulisan Trump...ini amat menyedihkan...’

Malah Tucker Carlson personaliti media dan  bekas Sauh Pengacara Fox News – penyokong kuat Trump juga merasakan bahawa  Trump hari ini telah masuk ke dalam saku Netanyahu.

Masuk ke dalam saku Netanyahu inilah yang menjadi punca  yang menimbulkan berita bahawa Presiden Amerika ini sedang menjadi mangsa pau Netanyahu.

Cukup mudah untuk memahami bagaimana peras ugut ini berjalan. Bahan ugut di rakam dan di kumpul oleh Epstein dan  sampaikan kepada Mossad.   Netanyahu Perdana Menteri Israel akan memberi tahu secara berseloroh bahawa dia telah menuntun  babak   Trump ‘bergumpal diatas katil ‘   di Rumah Tamu Epstein.

‘ Tapi jangan risau  tuan Presiden ....saya akan beri arahan pada  Mossad untuk memusnahkan bahan-bahan ini....‘ Khalas. Ayat pendek ini telah mencukupi untuk memasukan Trump ke dalam saku Netanyahu.

Berita Presiden Amerika  kena pau oleh Mossad makin menjadi-jadi. Pertama apabila Trump  mengarahkan Jabatan Peguam Negara Amerika untuk menemu bual Ghislaine Maxwell yang sedang menjalani hukuman 20 tahun penjara  kerana menjadi Ibu Ayam.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat kemudian  telah mengeluarkan transkrip wawancara ini.

Dalam transkrip yang dikeluarkan Ghislaine  Maxwell memuji Trump dan menegaskan bahawa dia tidak pernah melihat Trump terlibat dalam sebarang kelakuan lucah.

"Saya sebenarnya tidak pernah melihat Presiden  Trump dalam apa-apa jenis suasana atas katil sedang di urut ," kata Ghislaine.

Apa yang memeranjatkan ialah sesudah temu bual ini dijalankan Ghislaine telah di pindahkan ke penjara yang lebih lumayan. Ini memperkuatkan teori bahawa  Ghislaine sedang membantu membersihkan nama Trump. Untuk ini Ghislaine telah di hadiahkan penjara yang lebih lunak.

Apa yang lebih meyakinkan warga Amerika bahawa Trump sedang kena pau ialah dasar Trump dan tidak tanduk Trump terhadap apa yang sedang berlaku di Gaza. 

Ketika ini Amerika menghadapi dua perang : Perang Ukraine dan Perang Gaza.  Dasar dan tidak tanduk Trump  terhadap Ukraine agak  jauh  berbeza  dengan dasar Trump dengan Gaza. 

Untuk Ukraine Trump mahu perang di tamatkan. Manakala untuk Gaza Trump seolah -olah   tutup mata  tidak ambil tahu apa yang sedang di lakukan  Israel. 

Genosid  yang kini di kutuk oleh  seluruh dunia tetapi Trump tidak memberi apa-apa komen.  Malah dasar pro Israel Trump dalam politik Amerika makin menjadi-jadi. Beberapa buah universiti tersohor  seperti Havard dan Yale telah di kenakan  sekatan dana kerana di tuduh oleh Trump sebagai  sarang pro-Palestin.  

Paling akhir ialah melarang kemasukan delegasi Palestin ke New York untuk mengambil bahagian dalam persidangan tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  dalam bulan September ini.

Apa yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin dan Gaza di lihat oleh Trump sebagai tindakan Israel mempertahankan diri.  Malah Amerika di bawah Trump terus menghantar bantuan senjata kepada  Israel.

Hakikatnya jika pagi esok Presiden Donald Trump membuat kenyataan mengarahkan Netanyahu memberhentikan serangan terhadap Gaza dengan serta merta pembantaian   terhadap Palestin akan berhenti.

Jika esok pagi Presiden Donald Trump  beri arahan agar semua pintu masuk di sempadan Israel di buka. Maka beratus-ratus lori yang tersadai di Rafah boleh masuk membawa bantuan makanan  dan perubatan ke Gaza.
Jika esok pagi  Presiden Donald Trump  membuat kenyataan bahawa segala bantuan ketenteraan – senjata dan peluru  dihentikan dari dihantar ke Israel. Dengan serta merta United Kingdom juga akan berhenti sama.

Tetapi semua ini tidak berlaku walau pun dari kajian dan pungutan suara kini lebih dari  35 % warga Amerika bersimpati terhadap Palestin.

Pada  28 Ogos 2025 Al-Jazeera melaporkan pungutan suara terbaru  menunjukkan bahawa setengah dari pengundi  di Amerika mengangap Israel sedang melakukan genosid.   Berita yang sama juga melaporkan   6 dari 10 pengundi di Amerika menentang penghantaran  senjata ke Israel. 

Sehingga akhir Ogos dan awal September 2025, 147 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebuah negara Palestin. Jumlah ini termasuk ikrar baru-baru ini untuk mengiktiraf kenegaraan dari negara seperti Perancis, UK, Kanada dan Australia, yang akan diserahkan kepada Perhimpunan Agung PBB pada bulan September ini. Majoriti negara di Timur Tengah, Asia, dan Afrika sudah mengiktiraf Palestin. 

Pada bulan September ini kita akan melihat bahawa persidangan PBB akan beralih dari New York ke Geneva di Switzerland. Ini untuk membolehkan wakil dari Palestin datang sama   mengambil bahagian.

Semua yang sedang terpapar di hadapan  mata kita menunjukan bahawa Amerika di bawah Trump kini terpencil bersendirian. Malah  sekutu dan kawan setia Amerika di Eropah juga telah beralih kiblat untuk menyokong terdiri sebuah negara bernama Palestin.

Dengan semua yang terpampang  Presiden Donald Trump masih enggan   menarik diri dan mengubah haluan tentang Zionis Israel. Maka tidak dapat tidak berita bahawa Donald Trump sedang kena pau oleh Netanyahu diyakini.

Jelas lagi meyakinkan kenapa Trump terus mengikut telunjuk Netanyahu walau pun dunia sudah beralih.  Jelas dan meyakinkan bahawa  Netanyahu dan Mossad memilik bahan-bahan sulit yang akan mengkompromi  status Trump sebagai Presiden.

Apa  yang ada dalam file Epstein tidak kita ketahui. Apa yang akan kita ketahui ialah bila pengundian di ambil di Geneva  dalam persidangan PBB  September ini ialah 191 menyokong  mewujudkan negara Palestin. Dua undi menolak – Israel dan Amerika.

Maka jelas dan terbukti bagaimana kuasa pau – kuas peras  boleh mengalih geopolitik dunia. Amin. (TT)

TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI