Jumaat, 19 September 2025
TOLAK TRUMP - JANGAN DATANG KE MALAYSIA
Kedatangan Trump undang risiko buruk, kata Amanah
Biro Antarabangsa Amanah berpendapat mungkin ada kesan sampingan yang tidak diingini ekoran kunjungan Presiden AS, Donald Trump, ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak Asean pada bulan depan.
Pengerusinya, Raja Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata kedatangan Trump boleh menyebabkan peningkatan persepsi negatif dalam kalangan ekstremis bahawa Anwar Ibrahim menjaga kepentingan AS di sebalik pendirian tegas perdana menteri terhadap Palestin.
"Persepsi yang dicipta itu sangat bahaya (dan boleh) mencetuskan pergolakan dalaman menjelang pilihan raya akan datang," katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, Anwar mengumumkan Trump akan berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean. Ia akan dilangsungkan di Kuala Lumpur sempena kedudukan Malaysia sebagai pengerusi bagi blok serantau itu.
Pada 5 Sept lalu, sekumpulan 23 NGO menggesa Putrajaya membatalkan lawatan Trump kerana pendirian moral Malaysia yang jelas terhadap “malapetaka kemanusiaan” di Gaza.
Mereka turut menyenaraikan rekod dan dasar Trump yang dilihat membuktikan sikap “tidak peduli” ahli politik terbabit terhadap nyawa rakyat Palestin serta “penglibatan langsung” dia dalam membolehkan keganasan terhadap Palestin.
Justeru, mereka berkata langkah mengalu-alukan kedatangan Trump ke Malaysia “bukan sahaja tidak wajar, malah amat menghina”.
Menurut Raja Kamarul Bahrin, setakat ini dia tidak pasti jika Amanah - melalui menterinya - akan membawa isu tersebut dalam mesyuarat kabinet.
"Saya tak fikir begitu. Saya tak ada dengar. (Mungkin mereka) mengambil langkah selamat (tetapi) saya perlu bersuara," katanya.
Ketika ditanya sama ada lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi boleh membangkitkan sentimen yang sama atau sebaliknya, Raja Bahrin Shah berpendapat ia tidak begitu.
Namun bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempata itu mengakui orang Islam negara ini juga tidak berpuas hati dengan pandangan ekstremis Modi.
Semalam, Raja Kamarul Bahrin menyerahkan memorandum kepada Kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk mengecam pembabit negara itu dalam serangan Israel ke atas lokasi pemimpin Hamas di Doha, Qatar baru-baru ini.
Katanya memorandum itu diterima oleh Ketua Unit Hal Ehwal Dalam Kedutaan, Siree D Allers.
Katanya dia menyatakan kebimbangan terhadap lawatan Trump yang mungkin mencetuskan demonstrasi di Malaysia lalu menyebabkan pergolakan tempatan seperti di Indonesia.
Menurut Raja Bahrin Shah, pihaknya khuatir lawatan Trump sempea Sidang Kemuncak Asean mungkin mengganggu keharmonian kesatuan itu dengan negara lain.
"AS sudah mendorong Filipina untuk berkonfrontasi dengan China," tambahnya.
Bagaimanapun, dia berkata, Allers tetap tidak komited berhubung kemungkinan AS akan menyekat Israel.
TOLAK TRUMP
JANGAN DATNG
KE MALAYSIA
AMIN
MADAFAKA
MAHU BERGAMBAR
DENDAN TRUMP
DAN XI JIN PING
UNTUK PROPAGANDA
PRU16
KHALAS
SATU JUTA KE JALAN RAYA
Hampir sejuta sertai tunjuk perasaan bantah dasar penjimatan Perancis
PARIS: Hampir sejuta orang turun ke jalanan di seluruh Perancis sejak Khamis bagi membantah dasar penjimatan dirancang Presiden Emmanuel Macron, yang mengakibatkan gangguan besar terhadap kehidupan awam di negara itu.
Mengikut seruan daripada kesatuan sekerja, penunjuk perasaan mengadakan 'Hari Tindakan', menyaksikan pengangkutan awam terhenti, sekolah ditutup dan rakyat membanjiri jalan dalam demonstrasi, yang kadangkala membabitkan pertembungan dengan pihak polis.
Salah satu kesatuan sekerja, CGT yang berhaluan kiri, berkata lebih sejuta orang menyertai demonstrasi di seluruh negara, lebih tinggi daripada 900,000 orang yang dikatakan menyertai protes pada Jun 2023 bagi menentang kenaikan usia persaraan daripada 62 kepada 64 tahun.
Pihak berkuasa Perancis, yang lazimnya melaporkan jumlah lebih rendah berbanding kesatuan sekerja, berkata lebih 500,000 orang berdemonstrasi, termasuk 55,000 orang di Paris.
Menteri Dalam Negeri, Bruno Retailleau, berkata 309 orang ditahan sepanjang demonstrasi itu dan seramai 7,300 penunjuk perasaan yang 'radikal' dipercayai terbabit selain 26 anggota polis cedera.
Perdana Menteri, Sebastien Lecornu, ketua kerajaan ketujuh Macron sejak 2017, berjanji untuk membuat perubahan berbanding pendekatan lama, dalam usaha meredakan krisis politik yang semakin memburuk selepas memegang jawatan minggu lalu.
Bagaimanapun, pelantikan bekas menteri pertahanan berusia 39 tahun itu, yang juga sekutu rapat Macron, gagal menenangkan kemarahan kesatuan sekerja dan sebahagian besar rakyat Perancis.
"Saya tegaskan komitmen saya untuk meneruskan dialog dengan semua pihak sosial," kata Lecornu dalam kenyataan pada Khamis dan memaklumkan, beliau akan bertemu semula dengan pemimpin kesatuan sekerja tidak lama lagi.
Ramai penunjuk perasaan bagaimanapun, menyasarkan Macron secara langsung, yang kini hanya tinggal hanya 18 bulan dalam penggal pemerintahannya dan mengalami tahap populariti paling rendah sejak memegang jawatan.
Beberapa sepanduk kelihatan mendesak beliau meletak jawatan dan penunjuk perasaan di bandar selatan Nice melempar patungnya ke udara.
Penunjuk perasaan lain pula mengadu mengenai jurang yang semakin melebar antara rakyat biasa dan golongan elit, selain beberapa dasar penjimatan kerajaan yang akan memberi kesan paling teruk kepada golongan miskin.
Lebih 80,000 anggota polis dikerah bagi mengawal demonstrasi itu, dengan bantuan dron, kenderaan perisai dan meriam air.
Kesatuan sekerja berkata, mereka berpuas hati dengan skala demonstrasi berkenaan.
"Kami merekodkan 260 demonstrasi di seluruh Perancis," kata ketua kesatuan CGT, Sophie Binet.
Polis di Paris dan Marseille menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan demonstrasi awal yang tidak mendapat kebenaran.
Di Marseille, wartawan AFPTV merakam seorang polis menendang penunjuk perasaan yang terbaring di tanah, sementara polis menyatakan mereka berdepan dengan penunjuk perasaan yang bertindak ganas.
Di pinggir bandar Lille di utara, penunjuk perasaan menyekat depoh bas pada awal pagi sebagai bantahan, malah pelajar sekolah turut serta dengan menyekat akses ke Sekolah Menengah Maurice Ravel di timur Paris sambil mengangkat sepanduk berbunyi, 'Sekat sekolah anda, bantah penjimatan!' - AFP
NEGARA PEMBAWA
REVOLUSI
AMIN
BILA FRANCE
KE JALAN RAYA
EROPAH AKAN
IKUT SAMA
KHALAS
JANGAN LUPA SEJARAH
Persatuan penduduk: Khalid tak layak bersuara
isu Kg Sg Baru
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bukan individu yang berhak untuk bercakap tentang pembangunan semula Kampung Sungai Baru mahupun pampasan terhadap penduduknya, menurut persatuan penduduk di situ.
Penasihat persatuan, Muzaffar Razman menyifatkan Khalid tidak membuat kajian sebelum mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.
“(Misalnya) berkaitan bayaran RM1,000 bagi satu kaki per segi. Dia bukan orang pertama yang perjuang ‘harga tinggi’ itu seperti didakwanya, kerana (bekas Perdana Menteri)N Dr Mahathir Mohamad telah berbuat demikian pada 1991.
“Dia tidak buat kajian bila komen berkenaan hal ini. Dia tak tahu apa yang diperkatakan, itu masalahnya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Muzaffar menggesa Khalid serta orang ramai supaya merujuk kepada Hansard Parlimen 1991 berhubung perkara itu.
Kampung Sungai Baru, yang terletak berhampiran jambatan ikonik Saloma Link dan stesen LRT Kampung Baru dengan pemandangan KLCC, telah mengalami kelewatan projek pembangunan semula hampir sedekad akibat pertikaian mengenai pampasan.
Pada 2020, kerajaan mengemukakan tawaran “terbaik dan terakhir” sebanyak RM1,000 bagi setiap kaki persegi kepada pemilik tanah. Khalid ketika itu merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.
Pada 7 Ogos tahun lalu, Khalid menggesa kerajaan agar campur tangan dalam pertikaian penduduk bagi memastikan pemilik tanah memperoleh kadar pampasan terbaik daripada pemaju.
Ketika itu, dia berkata pemaju menawarkan pampasan antara RM1,500 hingga RM1,800 bagi setiap kaki persegi, selain hartanah bernilai RM1.02 juta kepada mereka yang bersetuju dengan pembangunan semula dan RM450 hingga RM600 bagi setiap kaki persegi kepada yang tidak bersetuju.
Pada Mei lalu, Mahathir pula berkata pemilik tanah sepatutnya menerima kadar yang disifatkannya lebih wajar, iaitu RM3,000 bagi setiap kaki persegi.
Sementara itu, Muzaffar menegaskan isu pampasan hanya timbul selepas kerajaan terlibat dalam projek pembangunan semula dan Akta Pengambilan Tanah 1960 digunakan.
“Jika pemaju mahu beli tanah kami, mereka sepatutnya bayar harga yang pemilik tanah sanggup jual. Jika kami tidak mahu jual, maka tidak timbul soal pampasan.
“Isu pampasan ini wujud hanya kerana kerajaan campur tangan.
“Jika antara pihak swasta dan penduduk, ia hanyalah urusan jual beli biasa. Tetapi apabila pemaju tidak mampu, mereka gunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 sebagai jalan keluar, dan itu tidak wajar,” katanya.
JANGAN LUPA
SEJARAH PERANAN
KG BARU DENGAN
MEI 13
AMIN
ADA RANCANGAN
NAK TUTUP
SEJARAH INI
AMIN
KHALAS
JANTAN BEREBUT BURIT
KES JANTAN BODOH
BEREBUT BURIT
AMIN
DI INDONESIA
ADA RIBU RIBU
BURIT KOSONG
LAGI KETAT
KAH KAH KAH
KHALAS
JEMPUTAN ILMU DI UKM PAGI ESOK
JEMPUTAN
ILMU DI UKM
PAGI ESOK
SABTU 20-9-2025
📢 Dialog Kuasa Nasional Siri 4
Selepas 68 tahun merdeka, naratif pembentukan negara masih dipengaruhi oleh ilmu kolonial. Warisan penjajah ini diserap sebagai “ilmu bangsa” melalui elit yang direkrut dalam sistem pendidikan kolonial, hingga ilmu tradisi bangsa terpinggir. Akibatnya, identiti dan pembangunan negara hari ini tetap dibelenggu paradigma Barat.
💡 Persoalannya:
1️⃣ Bagaimana proses rekrutmen elit negara oleh imperialisme British masih memberi kesan hingga ke hari ini?
2️⃣ Bagaimana ilmu pembangunan bangsa Melayu beralih ke kerangka Barat?
3️⃣ Sejauh mana pengaruh Barat terus membentuk hala tuju negara Malaysia?
📅 Tarikh: 20 September 2025
🕣 Masa: 8.30 pagi – 1.30 tengah hari
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Bitara, Fakulti Pengajian Islam, UKM
🔗 Daftar sekarang: bit.ly/DKN-4
ORANG RAMAI WAJIB BERSAMA LAWAN RASUAH
ORANG RAMAI
WAJIB
BERSAMA LAWAN
RASUAH
KHALAS
Unknown commented on
"DARI SULTAN SELANGOR"
Selalunya masalah manusia bermula dari kepala dari pemimpin dari pemikiran dari otak sampai ke kaki, rasuah dikira begitu juga kan? Saja bertanya kalau-kalau tersilap baru terbangun mimpi indah semuanya beres senang selama-lamanya amin syukur alhamdulillah kah kah kah
Unknown commented on
"JEMPUTAN KE UKM PAGI SABTU"
Masa penjajah rasuah terlalu banyak atau zaman selepas merdeka? Buat topik selesai masalah rasuah dahulu kah kah kah
DEMO ADALAH SATU PEJUANGAN
DEMO
ADALAH SATU
PERJUANGAN
AMIN
Unknown commented on
"DEMO DI NEPAL - DEMO DI INDONESIA - NAJIB DAN ZAHID"
bukan politik saja satu perjuangan tapi demo jugak satu perjuangan berpanjangan melawan sosok politik yang mengarut sekarang supaya kata2 seperti ini hal politik , iaitu ayat2 mengarut politicion?!?😎😇😎☠️
MALAM INI JAM 8
JEMPUT BERSAMA
MALAM INI JAM 8
TERIMA KASIH
SILA GUNAKAN JARINGAN INI
UNTUK IKUT SERTA ESOK
JAM 8 MALAM
https://youtube.com/@forcesofrenewal?si=KgX3g2h3OsHHxQvH
NIAT JAHAT NAK HAPUSKAN SEJARAH MELAYU
Utamakan Melayu, titah Sultan Selangor ketika menteri Umno tampil bantah pengusiran di Kg Sungai Baru
Sultan Selangor hari ini tampil meluahkan rasa prihatin dengan isu Kampung Sungai Baru, dengan memberi peringatan agar sebarang projek memajukan kawasan itu mengambil kira warisan sejarahnya dan kepentingan orang Melayu sejajar dengan status Penempatan Pertanian Melayu (MAS), kategori yang mengenakan syarat ketat terhadap sebarang aktiviti pembangunan.
"Sesungguhnya, Kampung Baru adalah simbol kebangkitan orang Melayu sejak tahun 1900. Justeru, Beta ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kampung Baru memainkan peranan penting kepada kelangsungan dan maruah orang Melayu di Kuala Lumpur.
"Maka, sebarang keputusan atau usaha-usaha pembangunan di Kampung Baru harus mengambil kira kepentingan orang Melayu untuk masa ini dan juga untuk jangka masa panjang," menurut Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat DYMM Sultan Selangor hari ini.
Peringatan itu seminggu selepas ratusan pegawai polis dan penguatkuasa dikerah untuk membantu syarikat pemaju melaksanakan notis pengusiran ke atas sebilangan penduduk yang enggan mengosongkan kediaman mereka.
Pengusiran itu, yang dijalankan di bawah undang-undang kontroversi Akta Pengambilan Tanah, turut menyaksikan kekecohan sehingga menyebabkan kecederaan kepala ketua polis Dang Wangi, Sulizmie Affendy Sulaiman di samping beberapa orang lain yang mengalami kecederaan ringan.
Sebelum ini, penduduk menuntut Pejabat Tanah dan Galian menjalankan siasatan terhadap status tanah milik mereka dengan menyerahkan dokumen dikeluarkan pentadbiran British yang membuktikan status kawasan itu sebagai tanah MAS.
Dokumen itu merupakan warta bertarikh 1932, yang menepis dakwaan beberapa menteri dan pemimpin kerajaan bahawa tanah tersebut berstatus pajakan (leasehold) 99 tahun, dakwaan yang dilihat sebagai percubaan menghalalkan penggunaan Akta Pengambilan Tanah.
Status MAS memberikan perlindungan kepada penduduk dengan meletakkan syarat ketat terhadap sebarang pengambilan tanah.
Peguam dan penasihat undang-undang penduduk Kampung Sungai Baru, N Surendran sebelum ini menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian itu, bermula dengan pengakuan bahawa tanah tersebut dikategorikan sebagai MAS dan dianggap tanah rizab Melayu.
Dalam kenyataannya hari ini, Sultan Sharafuddin mengingatkan bahawa Kampung Baru adalah hadiah daripada nendanya, Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Raja Muda Musa.
Tambahnya, tanah yang kini terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu menyimpan nilai sejarah yang perlu dipelihara.
Sambil mengimbas pengalamannya menghabiskan zaman kanak-kanak dan persekolahan di Kampung Baru, Sultan Sharafuddin turut menyenaraikan beberapa bangunan bersejarah di kawasan itu termasuk Kelab Sultan Sulaiman di mana Kongres Melayu pada 1946 diadakan, himpunan yang membawa kepada penubuhan Umno.
Menurut Sultan Sharafuddin, pembangunan kawasan itu tidak menjadi kesalahan "seiring dengan peredaran zaman", sebaliknya sebarang rancangan mesti mengutamakan orang Melayu di kawasan itu.
"Sebab itu, Beta mahu dalam setiap butir pertimbangan yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan hal ini, sejarah asal penubuhan dan warisan kawasan Kampung Baru harus diambil kira."
'Bekas Datuk Bandar jadi penasihat pemaju'
Ketika pelbagai pemimpin kerajaan cuba mempertahankan langkah pemaju mengusir penduduk, Menteri Perladangan dan Komoditi, Johari Abdul Ghani, yang juga ahli Parlimen kawasan Titiwangsa yang meliputi Kampung Sungai Baru, dilihat mengambil pendirian berbeza dengan menyifatkan apa yang berlaku pada 11 September sebagai tidak adil kepada penduduk.
Beliau berkata kawasan itu sentiasa menjadi tarikan pemaju disebabkan nilai tanah yang tinggi, sesuai dengan lokasinya berdekatan Segi Tiga Emas, antara kawasan dengan nilai hartanah paling mahal di negara ini.
Johari berkata ketika penggal pertamanya sebagai wakil rakyat sebelum tewas pada pilihan raya umum 2018, beliau menentang syarikat pemaju dan menggesa penduduk menolak sebarang percubaan mengambil alih tanah mereka.
Selepas tidak lagi menjadi ahli Parlimen, kata Johari, syarikat pemaju berjaya memujuk ramai penduduk yang kebanyakannya miskin dan tidak mempunyai pemahaman mengenai isu itu, untuk menyerahkan tanah mereka dan menerima pampasan.
Johari turut menuduh seorang bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur kerana membantu pemaju mengadakan libat urus bersama penduduk, di mana kesempatan itu diambil meyakinkan penduduk menerima pampasan di bawah harga pasaran.
"Masa dia jadi Datuk Bandar, dia bawa pemaju ini untuk libat urus dengan penduduk. Sekarang ini (dia) dah tak ada, jadi penasihat untuk syarikat. Masa saya jadi wakil rakyat, tidak ada seorang pun pindah," kata Johari yang tidak menamakan bekas Datuk Bandar yang dimaksudkan itu.
Johari berkata, selepas kalah pilihan raya 2018, pemaju meningkatkan usaha mengambil alih tanah, sehingga jumlah mereka yang bersetuju berpindah meningkat kepada 67%.
Memandangkan pembangunan masih tidak dapat dilakukan disebabkan bantahan penduduk lain, kerajaan kemudian menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mempercepatkan pengosongan kawasan itu, katanya.
"33% orang tak setuju, masih menggunakan Akta Pengambilan Tanah. Ini adalah satu perkara yang sangat-sangat salah bagi saya. Atau mengambil peluang menekan orang-orang yang susah, orang-orang yang tak faham soal pembangunan semula.
TAHUN 2024 SAPA PERDANA MENTERI ?
PEMAJU
DAPAT GERAN
TAHUN 2024
SAPA
PERDANA MENTERI ?
JENG JENG JENG
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)








