Isnin, 3 November 2025

KESAH ORANG ITAM BUNUH ORANG ITAM


ORANG ITAM 

BUNUH ORANG ITAM

ORANG PUTIH

JUAL SENJATA

TOK ARAB

 BAYAR HARGA

KHALAS

BUDAK AMERIKA YANG SETIA


BUDAK AMERIKA

YANG SETIA

KHALAS

DULU HEBOH - SAPA LEBIH ISLAM DARI ISLAM


DULU HEBOH

SAPA LEBIH ISLAM

DARI ISLAM

KAH KAH KAH

AMIN

PELURU BARU LAWAN ANWAR



Mahathir desak Anwar undur: Perjanjian dagang AS gugat kedaulatan negara

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa perjanjian dagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat bukan sahaja melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah turut menggugat hak serta kedaulatan negara termasuk kedudukan Raja-Raja Melayu.

Menurut Mahathir, perjanjian yang ditandatangani kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim itu bersifat berat sebelah dan menyebabkan Malaysia kehilangan sebahagian besar kebebasan untuk menentukan dasar serta keputusan sendiri.

“Perjanjian itu sebenarnya menghapuskan kebebasan kemerdekaan negara. Kita terpaksa membeli barangan bernilai USD150 bilion daripada Amerika Syarikat, termasuk 30 pesawat Boeing dan gas bernilai tiga bilion setiap tahun.

"Banyak paksaan terhadap kita sehingga untuk buat perjanjian dengan negara lain pun perlu rujuk Amerika dahulu,” katanya selepas menghadiri sidang meja bulat berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik (RTA) antara Amerika Syarikat dan Malaysia bersama parti-parti politik serta NGO di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjelaskan di Dewan Rakyat bahawa perjanjian ART 2025 yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat mempunyai klausa yang membolehkan negara menamatkan atau menarik diri secara sah, dan perkara itu telah diteliti secara serius oleh Jemaah Menteri.

Namun, Mahathir menolak penjelasan tersebut, dengan mendakwa hampir keseluruhan hasil dagangan negara kini digunakan untuk membeli barangan dari Amerika Syarikat, sekali gus mengehadkan akses Malaysia ke pasaran global.

“Kita sudah hilang hak menentukan dasar sendiri, sama ada barangan itu baik atau tidak, murah atau mahal, kita terpaksa terima,” katanya lagi.

Tegasnya, tindakan kerajaan menandatangani perjanjian tersebut bercanggah dengan semangat kemerdekaan 1957 serta peruntukan asas dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Apa yang dilakukan oleh Anwar bertentangan dengan perlembagaan. Dia tidak berhak menggadaikan negara tanpa kelulusan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

“Ini juga boleh menjejaskan kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Artikel 153,” ujar Mahathir.

Dia memaklumkan sidang meja bulat hari ini turut mencapai kata sepakat untuk menolak perjanjian tersebut dan berikrar mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan kedaulatan negara.

“Kita semua bersetuju untuk menolak perjanjian ini dan akan mengambil langkah yang sesuai bagi mempertahankan kedaulatan negara,” tegasnya.

Pada sidang media sama, Mahathir bersama beberapa NGO dan parti politik mengumumkan 12 resolusi bersama bagi menolak perjanjian tersebut.

Antaranya, mereka menegaskan klausa keluar atau exit clause yang disebut oleh Anwar hanyalah helah yang tidak akan dapat menyelamatkan Malaysia daripada perangkap perjanjian itu.

“Satu-satunya ‘exit clause’ yang ada sekarang adalah untuk Anwar dan kabinetnya bertanggungjawab dan meletakkan jawatan,” katanya lagi.

HASUT SUSUN

ATUR BAWA

ORNAG RAMAI

KE JALAN RAYA

AMIN

TAKDA PILIHAN

SELAMATKAN 

MALAYSIA 

TOLAK ANWAR

KHALAS

ZIONIS ISREAL MASUK MENYERANG TEBING BARAT


Tentera Israel serbu Tebing Barat, remaja Palestin ditahan


RAMALLAH: Tentera Israel dilapor melancarkan serbuan di beberapa kawasan di Tebing Barat dan menahan seorang remaja lelaki di bandar Tubas, menurut agensi berita rasmi Palestin, Wafa.

Pasukan tentera Israel dilaporkan memasuki kampung Kafr Malek, di timur laut Ramallah, dan Far'ata, di timur Qalqilya, serta beberapa kawasan kejiranan, namun tiada tangkapan dibuat di dua lokasi itu, menurut sumber tempatan.

Bagaimanapun, dalam insiden berasingan, seorang remaja berusia 17 tahun dikenali sebagai Mahmoud Daraghmeh ditahan selepas tentera Israel menyerbu rumah keluarganya di Tubas, lapor Wafa.

Sementara itu, pertubuhan hak asasi manusia Palestin, Addameer, mendakwa seramai 400 kanak-kanak atau remaja Palestin kini berada dalam tahanan Israel atas pelbagai dakwaan berkaitan politik, menurut media Al Jazeera.

Serbuan ke atas penduduk Palestin di Tebing Barat dilaporkan terus meningkat sejak beberapa bulan lalu meskipun usaha antarabangsa diteruskan bagi mengekalkan kestabilan di wilayah berkenaan. - AGENSI

GAZA  SUDAH

HANCUR

AMIN

KINI ZIONIS

SERANG WILAYAH

TEBING BARAT

AMIN

WILAYAH PEMBELOT

PUN KENA SERANAG

KHALAS

HUMBANKAN ANWAR IBRAHIM - SELAMATKAN MALAYSIA


Tunjukkan “exit clauses” yang dikatakan ada? — Isham Jalil


Oleh Isham Jalil

SAMPAI hari ini saya masih menunggu bila PMX Anwar dan Zafrul ingin tunjuk yang mana satukah terma-terma exit clauses yang mereka kata “ada” dalam perjanjian perdangangan itu. Mereka tidak tunjuk secara spesifik terma mana namun hanya cakap-cakap benda itu kononnya ada ikut interpretasi mereka.

Sebelum ini saya sudah kata bahawa interpretasi Zafrul berkenaan satu perenggan dalam artikel 5.1 adalah kelaut dan salah, dan sampai hari ini dia tidak jawab telahan saya itu. Oleh itu saya ingin tahu sama ada interpretasi dia berkenaan terma-terma lain yang dia kata exit clauses itu pun adakah kelaut juga.

Mungkin “exit clauses” ini adalah dalam fikiran mereka sahaja yang mereka guna sebagai alasan untuk serah tengkok, sedangkan pihak Amerika tidak nampak pun ia sebagai exit clauses. Dan mereka takkan mampu pun untuk tekan clauses itu kepada kuasa besar seperti Amerika nanti.

Kepada PMX, Zafrul dan pemimpin kerajaan, (1) Tunjukkan secara telus dan jelas kepada rakyat yang mana satu terma-terma yang kamu kata exit clauses itu supaya kita boleh lihat sama ada interpretasi kamu itu betul, kabur atau langsung tak betul. Dan exit clause biasanya ada kos.

(2) Jika artikel 7.5 “Termination” clause itu yang kamu maksudkan sebagai exit clause dan tiada terma exit clauses yang lain, dan kita boleh batalkan perjanjian ini dalam tempoh 180 hari selepas notis, maka batalkan perjanjian ini secara menyeluruh sekarang sebelum negara kita terjual dan tergadai dengan beban hutang yang bertrillion ke anak cucu dan sebelum kita jadi barua kuasa besar seperti lembu yang dicucuk hidung atau yang tidak ada maruah dan hilang kedaulatan.

Petikan: Facebook Isham Jalil — https://www.facebook.com/share/p/1Kd2m1XQuR/

TAKDA JALAN

LAIN UNTUK

SELAMATKAN

MALAYSIA

AMIN

HUMBANKAN

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

ITAM BUNUH ITAM - PASAL APA?



ITAM BUNUH ITAM

PASAL APA ?

AMIN

HANYA RAFIZI BOLEH SELAMATKAN PKR


HANYA RAFIZI

BOLEH

 SELAMATKAN

PKR

KHALAS

Unknown commented on 
"MARI KITA SEMUA
 SOKONG RAFIZI"

Setiap hari boleh bertukar angin, sekejap laju sekejap perlahan tapi angin perubahan lambat sampai dalam sistem negara, semuanya dimonopoli oleh orang-orang 'cerdik' seperti kita, entahlah dulu kawan sekampung sekarang musuh, kawan tak boleh lama dengan orang kita, sekejap ubah angin sekejap merajuk tak cerdik kah kah kah apapun sudah tidak percaya lagi dengan sesiapa terutama orang politik haprak jenama subsidi woit lari jauh-jauh lagu baik kah kah kah

Unknown commented on 
"MARI KITA SEMUA 
SOKONG RAFIZI"

dah eleek dalam parti baru nak jauhari kenal manikam sapa nak calonkan dia d pandan?? buka kedai sendirilah persediaan untuk masa depan kah kah kah formula pun eleek kah kah kah

ISLAM BUNUH ISLAM - PASAL APA ?


ISLAM BUNUH ISLAM

PASAL APA?

AMIN

SELAMATKAN MALAYSAIA DARI ANWAR IBRAHIM


Jangan cuba ajar kami pertahan kedaulatan, duta AS diberitahu


Seorang bekas pemimpin kanan DAP melancarkan serangan terhadap Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard D Kagan, susulan kenyataannya menyambut baik perjanjian perdagangan Malaysia dan Washington baru-baru ini yang mencetuskan gelombang kecaman  dari orang ramai dan pakar atas syarat-syarat yang dilihat berat sebelah dan menghakis kedaulatan negara.

P Ramasamy, bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang yang kini mengetuai parti Urimai, berkata Kagan sepatutnya mengawal dirinya supaya tidak menambah penghinaan kepada rakyat Malaysia dengan menggambarkan perjanjian kontroversi itu sebagai satu kejayaan.

"Nasihat ringkas saya kepada duta Kagan: tolong berhenti campur tangan dalam urusan dalaman Malaysia dan jangan ajar rakyat Malaysia tentang apa yang bermanfaat untuk negara ini. Kami tahu apa yang terbaik untuk kami," katanya.

Kagan sebelum ini menyifatkan perjanjian "timbal balik" antara Malaysia dan AS, yang ditandatangani Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald Trump pada 26 Oktober, sebagai membawa "manfaat yang begitu luar biasa" kepada kedua-dua negara.

Kenyataan itu dibuat meskipun perjanjian itu dikecam pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi dan ahli politik, yang memberi amaran bahawa ia bakal menghakis kedaulatan Malaysia serta menyerahkan kuasa pentadbiran ekonomi kepada Washington.

Ramasamy berkata adalah tidak wajar seorang duta asing cuba "bersyarah" tentang hal ehwal Malaysia apatah lagi apabila perjanjian tersebut sarat dengan klausa yang berat sebelah dan tidak adil.

"Saya agak terkejut apabila Kagan memilih untuk menasihati Malaysia, sedangkan perjanjian AS–Malaysia ini sendiri penuh dengan kontroversi. Bagaimana Malaysia boleh memperkukuh inisiatif strategik dan ekonominya di bawah perjanjian yang menetapkan syarat tidak adil dan berat sebelah?” soalnya.

Antara yang menjadi titik kemarahan orang ramai ialah  peruntukan yang mewajibkan Malaysia menjadi pemain langsung dalam sebarang konflik ekonomi melibatkan AS.

Menurut peruntukan itu, sekiranya Washington mengenakan sekatan atau tarif ke atas mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan negara, Malaysia "hendaklah mengambil atau memastikan tindakan yang mempunyai kesan sama", seterusnya menamatkan dasar Malaysia untuk tidak bersekutu.

Ramasamy menuduh Kagan cuba menutup kelemahan perjanjian itu  sambil menambah Anwar telah menggadaikan hak kedaulatan Malaysia melalui perjanjian berkenaan.

Pandangan serupa semakin disuarakan ahli ekonomi, di sebalik percubaan kerajaan mempromosikan perjanjian tersebut melalui jurucakap dan penganalisis yang menyifatkannya "kejayaan" diplomatik Malaysia dalam usaha mengekalkan tarif yang dikenakan Trump ke atas barangan Malaysia.

Antaranya, pakar ekonomi terkenal Muhammed Abdul Khalid  yang berkata sejak kemerdekaan, belum pernah ada perdana menteri atau menteri perdagangan yang menyerahkan kedaulatan negara kepada kuasa asing.

"Jelas, perjanjian ini menggadai kedaulatan pada harga yang sangat murah. Persoalannya, mengapa dengan mudah menyerah diri? Adakah ada musuh dalam selimut dalam kalangan kita?" soalnya.

"Ini bukan perjanjian perdagangan, ia adalah penyerahan kepada sebuah hegemon. 

"Ini tidak banyak berbeza dengan era penasihat British dan Sultan-Sultan Melayu, yang “nasihat” mereka hakikatnya adalah perintah. Jika ini bukan penyerahan kepada kuasa asing, maka apa lagi?" tulisnya.

JELAS NEGARA

KITA DAH DIANGGAP

KOLONI OLEH

 DUTA AMERIKA

AMIN

MAKA KITA WAJIB

SELAMATKAN

NEGARA KITA

AMIN

CARA MUDAH

TURUN

RAMAI RAMAI

KITA BERDEMO

AMIN

  DALAM DEMO 

KIBARKAN BENDERA

 LANUN LUFFY

KHALAS

TANAH MELAYU DAH JADI KOLONI


DUTA AMERIKA

DAH BERANI

CAMPUR TANGAN

AMIN

TANDA

TANAH MELAYU

DAH JADI KOLONI?

KHALAS

KJ WAJIB LAWAN ZAHID



'Saya tidak pernah meninggalkan UMNO. Kamu yang singkirkan saya' - KJ

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan beliau tidak pernah meninggalkan UMNO, sebaliknya parti itulah yang menyingkirkannya.

Perkara itu ditegaskan Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO melalui satu hantaran di Instagram hari ini.

Hantaran itu menjawab satu kenyataan dibuat Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Bung Mokhtar Radin, yang dilapor menasihati Khairy supaya kekal komited terhadap UMNO sekiranya memutuskan untuk kembali kepada parti itu.

Bung Mokhtar turut menasihati Khairy supaya terus kekal sekiranya kembali kepada UMNO kelak dan jangan pula masuk parti itu dan selepas itu keluar sekali lagi.

"Ada beberapa orang yang memberi komen terhadap laporan berita (mengenai hasrat kembali semula ke pangkuan UMNO).

"Biar saya jelaskan, saya tidak pernah tinggalkan UMNO. Kamu (UMNO) yang singkirkan saya. Jangan sesekali cuba mengubah fakta sebenar," katanya.

BH sebelum ini melaporkan Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO dijangka menyertai semula parti itu sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hujung bulan depan.

Memetik sumber, BH melaporkan Khairy sudah memperoleh 'restu' pimpinan tertinggi UMNO khususnya Presiden,  Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali ke pangkuan parti.

Penyertaan semula Khairy ke dalam UMNO dijangka memberi momentum baharu kepada hala tuju parti itu, yang kini berusaha menambat kembali sokongan orang Melayu khususnya anak muda.

Khairy dipecat pada Januari 2023, susulan kelantangannya mengkritik kepimpinan tertinggi UMNO sepanjang kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Namun sejak itu, Khairy berulang kali menegaskan pendirian untuk tidak menyertai mana-mana parti oleh kerana kesetiaan kepada UMNO.

Pada PRU15, Khairy yang dipertaruhkan Barisan Nasional (BN) di kerusi kubu kuat Pakatan Harapan (PH) iaitu Parlimen Sungai Buloh, tewas namun masih mampu meraih undi memberangsangkan selain memecah dominasi undi besar diperoleh Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau berkata beliau sedia untuk menjawab desas-desus mengenai dakwaan beliau akan kembali kepada UMNO, namun memohon diberikan sedikit masa.

"Ramai yang menghantar mesej bertanyakan apa yang berlaku... beri saya beberapa minggu sebelum saya bersedia untuk menjawab," katanya.

KJ DI BUANG

OLEH ZAHID

AMIN

KJ WAJIB

MASUK PARTI

SEKALI LAGI

AMIN

 LAWAN ZAHID

SEKALI LAGI

AMIN

KALI  INI KJ

PASTI MENANG

KERUSI PRESIDEN

KHALAS

DEBAT PENCERAHAN HASUT KE JALAN RAYA


DEBAT 

PENCERAHAN

HASUT KE JALAN

RAYA

AMIN

Unknown commented on 
"TAK PERLU DEBAT - 
BERI PENCERAHAN"

x payah debat tanah melayu dah eleek sekarang madani dulu hadhari dap nak malaysian Malaysia semua ni asai tapaknya tanah melayu jadi bila lupa asal usul jawabnya mengarut punya cerita ….dulu melayu&tanah melayu x caya tanya cina India betoi atau x betoi!! ORI tanah melayu tanah airku !!
nak eleek akta hasutan dan madafaka!!!

Unknown commented on
 "TAK PERLU DEBAT - 
BERI PENCERAHAN"

Bagus juga debat, bercakap ini orang kita paling suka, buka mata sampai tidur sentiasa suka bercakap, mungkin bercakap juga dalam tidur dalam mimpi, apapun sentiasa sokong debat yang bernas logik akal kah kah kah siapa setuju angkat tangan tapi jangan lupa mukadimah kena guna ayat-ayat suci dahinya hitam supaya orang kita percaya amin

RASUAH INDUSTRI CARI DUIT


RASUAH

SATU INDUSTRI

CARI DUIT

KHALAS

Unknown commented on 
"INDUSTRI TRAFIK"

Kerja trafik ini dikhaskan kepada orang kita, orang kita saja boleh masuk trafik, orang lain bangsa lain tidak dibenarkan, untung selalunya kalau tahan lori, yang makan bulan bulan kira lain, yang tersangkut roadblock lain kira, semuanya tunai tiada GST tiada cukai perkhidmatan semuanya tunai, setiap makan mewah bersama anak bini lah kerja mereka kah kah kah sampai masa boleh cuci bertaubat nasuha amin kah kah kah mampoos


Unknown commented on 
"CARA PUKI MAK 
MEDIA BUAT LAPORAN"

Woit betul lepas ini inspektor polis tu naik pangkat, akan sah menyertai kumpulan penyamun sudah capai KPI dalam kamus perasuah negara kah kah kah memang wajib memakai pangkat lebih tinggi, kepala dia pun lebih kurang sama juga perangai, selagi tidak kena tangkap tidak salah, itu polisi privasi kita amin kah kah kah


Unknown commented on 
"ANWAR IBRAHIM GADAI HAK ORANG MELAYU PADA ZIONIS AMERIKA"

Inspektor ambik rasuah 23 ribu, penjara sebulan denda 8 ribu, inilah negara kita cemerlang, masih untung lagi kerana mungkin pendakwaraya majistret ada share juga kah kah kah mampoos

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

SENIN 3 NOVEMBER

PERANG


MEDAN BARU PERANG
Trump mimpi akan dapat Hadiah Nobel Keamanan tahun depan. Ini mimpi basah Trump -   dia klim dah 7 perang dia selesaikan kah kah kah.

Tapi dua perang – Ukraine dan Gaza masih berjalan -  tapi ini Maharaja Trump kaki putar kaki kelentong kah kah kah. Dulu Trump cakap  dalam sehari dia boleh selesaikan Perang Ukraine – kah kah kah

Minggu ini Trump umum nak serang Nigeria – kerana orang Kristian Nigeria kena bunuh oleh orang Islam – ini satu janji Trump masa berkempen : Dia akan selamatkan KRISTIAN DIMANA SAJA BERADA !!!

Tapi dunia tahun yang jadi mangsa di Nigeria ialah warga Islam – yang dicolek di rogol dan di bunuh oleh BAKO HARAM – ini kumpulan Islam yang ikat janji dengan Al-Qaeda dan ISIS – Bako Haram ini akan bunuh orang Islam yang tak cukup Arab.

Juga Trump dah hantar askar laut – dah ada lebih dari 10 ribu soldadu Amerika   berada berhampiran Venezuela. 

Suasana tegang  nak berperang.

CIA sedang aktif  menyusun untuk menjatuhkan kerajaan MADURO – Trump tuduh kerajaan ini geng seludup dadah ke Amerika.

NOTA :  Adalah baik jika perang berlaku lagi – ini akan menjerut ekonomi Amerika – ini akan membawa musnah sistem ekonomi kapitalis dunia 

Trump terjun
Dengan labu labunya
Biarkan biarkan

PERJANJIAN MADAFAKA
Nampaknya perlawanan orang ramai terhadap perjanjian Madafaka dengan Trump makin di ampuh  – Kali ini bukan  hanya dari Parti Pembangkang – rata- rata  suara menentang di dengar.

Ini BAIK SEKALI – ini bermakna  tanah makin subur untuk di hasut agar rakyat turun  ke jalan raya – Perjanjian ini adalah peluru yang paling baik untuk MENGHASUT rakyat – HASUT JANGAN TAK HASUT. Amin

ISRAEL
Zionis  Israel Blackrock  mengancam akan menyerang Lebanon. Tujuan untuk memusnahkan Hizbullah.

UK
Heboh dengan berita 10 orang kena tikam dalam kereta api.  Dua penikam telah di tangkap – seornag telah di bebaskan. Ini bukan serangan pengganas. Mamat Negro telah di tahan.

GAZA
Jentolak besar masuk dan mula  bekerja. Ribuan  mayat di temui di bawah runtuhan bangunan.

AFGHANISTAN
Gempa bumi berskala  6.3 – ini berat  di wilayah Mazari Sharif – Dua bulan dulu telah gempa – lebih 2 ribu telah mati. Kali ini  kemusnahan belum di ketahui.

HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk segar. Hujan lebat subuh tadi. Lopak air di jalan. Matahari dah keluar cahaya masih lembut. Langit biru berawan putih. KL & KL Sentral berkabus nipis

HOW WOW – dah  hilang entah  ke mana – sehari saje singgah di Hokkien.

Tekukur berlagu. Tiong bersuara. Di Hutan Bukit Jantan berkokok bertalu-talu – di atas  pokok tepi jalan Murai berkicau – Ini pagi yang indah.

Para Puppies tunggu gua di tepi jalan.  Pagi ini Emak dan Ayah ikut sama –  ada  juga salakan pada Tak  Tak tapi ini hanya auta – tak ada siapa berani dekati Tak Tak.

Hari ini akan lepas – lepas hujan matahari bersinar di balkoni gua – jap lagi gua nak ampai kain yang sedang di basuh.

Gua rasa petang tak ujan lagi – jika  malam berangin pasti enak santai . Amin

BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN

BRO
Jika ada orang marah pada lu -  jawapan terbaik ialah diam.

BRO
Lu ada dua telinga dan satu mulut – ini agar lu lebih banyak mendengar dari bercakap.

BRO
Tidak ada hal yang besar berlaku  dengan sendiri – semua di rancang dan di atur. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA