Jumaat, 31 Oktober 2025

INDAHNYA JADI MELAYU - BERSAMA SAMBUT UJUNG MINGGU


INDAHNYA 

JADI MELAYU

AMIN

BERSAMA SAMBUT

UJUNG MINGGU

AMIN

TENTERA ISRAEL TEMBAK MATI SOLDADU PERANCIS


TENTERA ZIONIS

TEMBAK MATI

 SOLDADU PERANCIS

DI SELATAN LEBANON

AMINH

PERJANJIAN SETAN BESAR DENGAN MADAFAKA TERUS DI TENTANG


    PERJANJIAN SETAN BESAR DENGAN

MADAFAKA TERUS

DI TENTANG

KHALAS

MADAFAKA ANWAR IBRAHIM GADAI NEGARA PADA ZIONIS AMERIKA




Menyerah 


kemerdekaan


SAYA tak pernah fikir yang saya akan hidup untuk menyaksi bagaimana pemimpin Malaysia sanggup serah kemerdekaan kita hanya untuk nampak hebat buat beberapa minit dan di usap kepala oleh pemimpin asing.

2. Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita.

3. Pada tahun 1957 ketika berjuang untuk kemerdekaan, kita berusaha untuk tentukan nasib kita dan di tahun-tahun berikutnya, kita bekerja keras untuk menghapus segala bentuk pengaruh asing ke atas negara kita, terutama dalam perdagangan dan ekonomi.

4. Tentu rakyat Malaysia masih ingat Dawn Raid dan Buy British Last sebagai contoh keazaman kita pertahan kemerdekaan dan keengganan kita untuk ikut telunjuk kuasa asing kerana kita negara merdeka dan kita sangup mati untuk pertahankan kedaulatan kita.

5. Malangnya, dalam perdagangan timbal balik antara Amerika Syarikat dan Malaysia, kita telah korbankan kemerdekaan kita dengan membenarkan Amerika mengenakan kehendaknya ke atas kita.

6. Apa yang kita saksikan bukanlah satu perkongsian, jauh sekali timbal balik.

7. Ia penyerahan kebebasan ekonomi yang kita bina dan telah pertahankan dengan susah payah.

8. Kita setuju beli kapal terbang, gas dan mesin mereka, patuh pada peraturan digital mereka, benar mereka nikmati hasil mineral nadir bumi kita, buka pasaran kita ikut syarat mereka, dan patuh pada syarat mereka tentang dengan siapa kita boleh atau tidak boleh berniaga.

9. Semua ini hanya untuk secebis pelepasan tarif.

10. Benar ada 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, tapi dari awal lagi terdapat syarat yang jelas menjerut kemerdekaan Malaysia, kenapa mesti kita setuju perjanjian itu?

11. Dan walau ada 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, bolehkah kita percaya yang Amerika Syarikat akan mudah setuju untuk batal?

12. Jika kerajaan gunakan 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆 untuk lepaskan diri dari perjanjian berat sebelah, jelas bahawa kerajaan ini tidak tahu bagaimana untuk berunding dengan baik sejak awal lagi.

13. Inilah penjajahan baru (neo-kolonialisme) yang pemimpin-pemimpin serantau sebut sejak dari zaman awal kemerdekaan dulu.

14. Berhentilah guna istilah perdagangan dan kerjasama, atau berdiplomasi — akuilah yang anda telah perdagangkan kemerdekaan negara kita kerana anda tidak berani dan terlalu ingin senangkan hati kuasa asing.

15. Dan kuasa itu pula ialah pihak yang menyokong dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

TIDAK ADA

JALAN LAIN

BERSATU

GULINGKAN

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

PANDANGAN PAKAR EKONOMI - WAJIB BACA


Belum pernah seorang PM atau menteri Miti serah kedaulatan, jadikan Malaysia 'pak turut', kata pakar


balik antara  Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai satu bentuk "penyerahan kedaulatan negara" yang tidak berbeza dengan zaman penjajahan di mana raja-raja Melayu dipaksa menerima "nasihat" residen British.

"Jika ini bukan penyerahan kepada kuasa asing, maka apa lagi,” soal ahli ekonomi dan bekas penasihat ekonomi negara, Muhammed A Khalid, dalam sebuah  analisis mengenai perjanjian itu yang diterbitkan Malaysiakini.

Ia ketika pentadbiran Anwar Ibrahim berdepan bantahan semakin meningkat terhadap perjanjian yang dimeterainya bersama Presiden Donald Trump pada 26 Oktober.

Muhammed  mempersoalkan sama ada wujud "musuh dalam selimut" yang menghasilkan perjanjian itu sehingga melucutkan hak Malaysia menentukan dasar sendiri dan tunduk kepada kepentingan geopolitik AS.

"Jelas, perjanjian ini menggadai kedaulatan pada harga yang sangat murah. Persoalannya, mengapa dengan mudah menyerah diri?" tulis Muhammed , yang juga seorang Felo di World Inequality Lab di Paris School of Economics.

"Adakah ada musuh dalam selimut dalam kalangan kita?" soalnya.

Muhammed berkata sejak merdeka, tidak pernah berlaku seorang perdana menteri mahupun menteri perdagangan, tidak kira dari mana-mana parti, yang "melutut dan memohon kebenaran untuk membuat dasar sendiri daripada negara asing".

“Ini bukan perjanjian perdagangan, ia adalah penyerahan kepada sebuah hegemon," tulisnya.

Butiran mengejutkan dalam perjanjian itu mula didedahkan di media sosial dan giat dibincang oleh penganalisis ekonomi, sejurus selepas Anwar bergambar bersama Trump sambil menunjukan dokuman yang ditandatangani dan cuba berseloroh dengan presiden AS itu yang menghadiahkannya sebatang pen rasmi dari White House.

Di sebalik kempen media kerajaan mempromosikan perjanjian itu sebagai kejayaannya berunding mendapatkan kadar tarif lebih rendah daripada Trump ke atas barangan Malaysia, orang ramai meluahkan rasa marah di media sosial apabila butiran perjanjian menunjukkan ia mengikat dasar ekonomi, luar negara dan keselamatan negara kepada kepentingan unilateral AS, di samping melucutkan kedaulatan Malaysia dan kuasa kawal selianya.

Antara yang menjadi titik kemarahan awam ialah peruntukan yang mewajibkan Malaysia menjadi pemain langsung dalam sebarang konflik ekonomi melibatkan AS.

Menurut peruntukan itu, sekiranya Washington mengenakan sekatan atau tarif ke atas mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan negara, Malaysia "hendaklah mengambil atau memastikan tindakan yang mempunyai kesan sama", seterusnya menamatkan dasar Malaysia untuk tidak bersekutu.

Perjanjian itu juga akan menyaksikan pemindahan kekayaan besar-besaran dari Malaysia ke AS secara sehala sebanyak AS$220 bilion dalam bentuk pelaburan di AS dan pembelian barangan AS oleh syarikat multinasional Malaysia.

Muhammed menyenaraikan beberapa kebimbangannya terhadap perjanjian itu yang menurutnya meberikan faedah terlalu kecil kepada Malaysia.

Sebagai contoh, hanya 12% daripada barangan Malaysia bernilai kira-kira AS$5 bilion (RM21 bilion) bakal menikmati kadar tarif sifar.

Muhammed mengingatkan bahawa analisis bebas menganggarkan nilai sebenar barangan yang dikecualikan hanyalah AS$1 bilion, iaitu cuma 2.4% daripada jumlah keseluruhan eksport. 

"Ini bermakna majoriti produk kita, termasuk barangan berteknologi tinggi, masih dikenakan tarif sehingga 19%. Angka ini sahaja sudah menafikan sepenuhnya dakwaan 'perjanjian terbaik' itu. Sebagai perbandingan, jiran kita Singapura hanya dikenakan tarif 10%," katanya.

Eskport Malaysia sebelum ini rata-rata hanya dikenakan tarif tidak lebih darpada 3%. Bagaimanapun, Trump pada April mengumumkan kadar tarif tinggi terhadap negara-negara yang mengeksport barangan dan perkhidmatan ke AS.

Bagi Malaysia, tarif yang pada awalnya ditetapkan pada 25% kemudian diturunkan kepada 19%, kadar yang akan dikekalkan sekiranya Malaysia mematuhi semua komitmen dalam perjanjian ditandatangani Ahad lalu.

Muhammed berkata kos sebenar perjanjian itu tidak boleh diukur hanya melalui tarif, "tetapi melalui penyerahan kedaulatan negara kita secara terang-terangan". 

Katanya, Malaysia menandatangani 16 perjanjian perdagangan bebas (FTA) sejak sekian lama.

"Namun tiada satu pun yang mengandungi peruntukan yang begitu menghina maruah negara seperti perjanjian itu," tulisnya, sambil membuat perbandingan dengan Singapura yang hanya dikenakan tarif purata 10%.

Malaysia jadi 'pak turut'

Muhammed turut menyatakan kebimbangan ramai terhadap Artikel 5.3 dalam perjanjian itu yang memberikan Washington kuasa penuh dalam hubungan dagang masa depan Malaysia, termasuk hak menamatkan perjanjian tersebut jika Malaysia menandatangani FTA dengan negara yang dianggap menjejaskan kepentingan AS.

Klausa itu katanya turut meliputi perjanjian Perdagangan Digital (Artikel 3.3), yang memaksa Malaysia berunding dengan AS sebelum membuat sebarang perjanjian digital baharu dengan negara lain.

"Kedua-dua klausa ini dengan jelas menundukkan strategi ekonomi nasional kita kepada kepentingan geopolitik kuasa asing."

Manakala Artikel 5.1 dalam perjanjian itu, kata Muhammed , menjerumuskan Malaysia sebagai alat kepada dasar luar Washington menjadi "pak turut" dalam sebarang sekatan ekonomi atau keselamatan nasional unilateral AS terhadap negara ketiga.

Begitu juga komitmen Malaysia menyalurkan hampir RM1 trilion pelaburan ke dalam ekonomi AS, termasuk syarat mewajibkan syarikat minyak negara Petronas membeli RM10 bilion gas asli cecair (LNG) setiap tahun dari Amerika.

Ia sesuatu yang "tidak normal dan tidak pernah berlaku" dalam sejarah negara, kata Muhammed .

Selain itu, perjanjian itu turut memberi kesan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Tabung Haji, PNB dan KWSP, di samping menutup ruang sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, tambahnya.

Perjanjian itu juga menyebabkan industri tempatan seperti sektor pembuatan kereta dan pertanian terjejas, di samping kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang menguruskan industri halal, dilemahkan apabia kandungan Annex III Artikel 2.5 membenarkan produk AS menggunakan logo halal oleh badan pensijilan AS.

"Ini adalah model konsensus Washington kuno yang dipertikaikan sejak 35 tahun lalu. Perdana menteri dan menteri perdagangan nampaknya gembira untuk kembali ke masa silam dan berkiblatkan Washington," kata Muhammed .


INI PANDANGAN

PAKAR EKONOMI

AMIN

HABIS NEGARA

TERGADAI HANYA

KERANA  MADAFAKA

BERNAMA ANWAR

NAK DI LIHAT 

HEBAT

KHALAS

JANGAN HANYA KELUAR AYAT - KELUAR DEMO BARU BETUL


𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡

𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧

Akhirnya terdedah juga, perjanjian kontroversi antara Malaysia dan Amerika Syarikat disahkan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri. Kata Menteri, Kabinet lulus “secara dasar”. Namun persoalannya, dasar apa yang dimaksudkan? Dasar kedaulatan negara, atau dasar tunduk kepada kuasa asing?

Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat atau pemimpin selain orang beriman…” (Surah Ali ‘Imran: ayat 28)

Ayat ini jelas, umat Islam tidak boleh menyerahkan urusan penting, apatah lagi perjanjian besar, kepada tangan orang kafir yang sentiasa mencari ruang untuk menguasai dan memperdaya.

Klausa 5.1.1 dalam perjanjian itu menunjukkan Malaysia terikat dengan syarat-syarat Amerika, walaupun dikatakan ada ruang rundingan. Dalam bahasa mudah, kita akur, mereka menentukan. Bila Amerika kata lompat, kita pula bertanya: berapa tinggi mahu lompat?

Inikah bentuk kemerdekaan yang kita banggakan? Lebih membimbangkan, perjanjian ini menyentuh sumber bumi, mineral dan nadir bumi, hak milik negeri di bawah payung Raja-Raja Melayu. Soalnya, adakah perkara ini dirujuk dan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja? Adakah Kabinet benar-benar sedar bahawa ini bukan sekadar soal ekonomi, tetapi soal maruah, amanah dan kedaulatan?

Rasulullah SAW telah mengingatkan: “Tidak akan selamat orang yang menyerahkan urusannya kepada musuh agamanya.” (Riwayat Ahmad)

Saya bukan pakar ekonomi, tetapi saya mampu membaca dan memahami isi kandungan perjanjian ini. Sebagai rakyat, saya amat bimbang dengan implikasinya. Apakah tidak wajar perjanjian sebesar ini dibentang dan dinilai terlebih dahulu oleh pakar-pakar ekonomi tempatan?

YB Zafrul berkata beliau boleh menerangkan baris demi baris isi kandungan perjanjian tersebut maka silakan, biarlah rakyat dan ahli ekonomi menilai bersama. Kita sedar bahawa penjajahan moden bukan lagi dengan senjata, tetapi melalui ekonomi, dasar, dan peraturan dagang yang menjerat negara kecil supaya tunduk kepada kuasa besar.

Jangan terkejut jika ini semua hanya muslihat baharu Amerika di bawah pengaruh Trump dan sekutunya, untuk mengawal sumber Asia. Maka mengapa kita masih mahu percaya kepada mereka?

Malaysia mesti kekal merdeka, bukan sekadar pada politik, tetapi juga dari segi jiwa, ekonomi dan prinsip. Kita baru sahaja berhimpun dalam Solidariti Bersama Gaza dan menyambut kehadiran ulama besar seperti Habib Umar.

Namun, tidak sampai setahun, kita berubah arah, daripada menyokong perjuangan Palestin, kini berjinak pula dengan penaja pembunuhan di bumi Gaza. Di mana pendirian kita sebenarnya?

Jika benar Kabinet meluluskan perjanjian ini secara bersama, maka tanggungjawab juga mesti dipikul bersama. Saya berkongsi kebimbangan ini bersama rakyat yang cintakan tanah air, sebelum sejarah menulis bahawa inilah Kabinet yang menyerahkan kedaulatan negara kepada tangan asing.

TULISAN
Haji Rashidi Haris,
Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis

KELUAR AYAT SUCI

TAK SALAH

TAPI TAK JADI

APA-APA

AMIN

KELUAR KE JALAN

PASTI BOLEH

UBAH KEADAAN

KHALAS

PENJAJAHAN BENTUK BARU - KAWAL BENIH


Kawalan Benih Diserah Pada Kepentingan Asing, UPOV Canggah Perlembagaan-NGO

KUALA LUMPUR, 30 Sep 25 — Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan (UPOV) 1991 didakwa perjanjian antarabangsa yang bersifat zalim dan mengancam.

Koordinasi Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) Nurfitri Amir Muhammad mendakwa ia akan mengakibatkan Malaysia menyerahkan kawalan sektor benih kepada kepentingan komersial asing.

Penyertaan konvensyen itu juga katanya bercanggah Perlembagaan kerana menentang amalan tradisi petani untuk menyimpan, menggunakan, bertukar-tukar, dan menjual benih dari hasil tuaian mereka.

“Secara langsung mengancam sumber pendapatan komuniti tempatan dan orang asal yang bergantung pada amalan ini untuk mendapatkan benih dan menghasilkan makanan.

“Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk hidup—satu hak yang telah ditafsirkan sebagai merangkumi hak untuk mencari rezeki.

“Perkara 76(2) Perlembagaan juga menyatakan dengan jelas bahawa sebarang undang-undang yang mengatasi undang-undang dan adat anak negeri di Sabah dan Sarawak memerlukan rundingan dengan kerajaan negeri,” katanya.

Perjanjian itu juga katanya akan menyebabkan harga benih menjadi lebih tinggi, meningkatkan risiko biopirasi (pencurian sumber genetik) tempatan, dan menghakis hak-hak petani secara sistematik, termasuk hak orang asal dan komuniti tempatan (IPLC).

Katanya, Malaysia mempunyai peruntukan mencukupi seperti Akta Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 2004 (Akta PNPV 2004) sedia ada telah mewujudkan keseimbangan yang teliti—ia melindungi hak pembiak baka sambil menjaga kepentingan para petani, orang asal dan komuniti tempatan (IPLC), kepelbagaian biologi, serta hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.

Melaksanakan UPOV 1991 juga katanya akan menyebabkan undang-undang  terpaksa dimansuhkan, seterusnya melenyapkan perlindungan penting dan menjejaskan kedaulatan Malaysia.

“Langkah ini akan menjejaskan dan bercanggah secara langsung dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta undang-undang negara yang lain seperti Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017, Akta Biokeselamatan 2007, Enakmen Biodiversiti Sabah, Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 1997 yang baru dipinda, dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi. @politiko.my

BENIH PADI

GANDUM JAGUNG

DAN SEMUN BENIH

JADI HAK MILIK

KOMPENI KAPITALIS

SEPERTI MOSANTO

AMIN

NAK TANAM KENA

BELI DARI MEREKA

AMIN

INI PENJAJAHAN

BENTUK BARU

AMIN

SAPA KAWAL

MAKANAN AKAN

KAWAL DUNIA

KHALAS

KILANG KOLONIAL INGGERIS


MCKK DITUBUH

UNTUK LATIH

MELAYU JADI

PEGAWAI INGGERIS

AMIN

TAPI TIDAK SEMUA

JADI BARUA

INGGERIS-AMERIKA

KHALAS


Unknown commented on 
"KITA PERLU PEMIMPIN
 BIJAK BERFIKIR"

x bijak jelas d lihat kat budak kolej melayu eksekutif madani, montori dari kolej melayu mee ti & x sedar tanah melayu eleek hadhari eleek yang tinggal telur d pegang uncle SAM kah kah kah nanti telur pun eleek !!!

MAHARAJA TRUMP BUKAN SATU LAGI MEDAN PERANG


MAHARAJA TRUMP

BUKA SATU LAGI

MEDAN PERANG

AMIN

KETUA PEMUDA GEROMBOLAN CAKAP BANYAK


KETUA PEMUDA 

GEROMBOLAN

CAKAP BANYAK

AJAK BERDEMO

TAK TURUN

KHALAS



MASAALAH BESAR MUNCUL


MASAALAH BESAR

AKAN MUNCUL

AMIN

JIKA TT JADI PM

SAPA NAK  BERI

MAKAN  

WARGA HOKKIEN?

AMIN

Unknown commented on
 "HAKIM BENGANG - 
PEGUAM ANWAR MULA PUTAR ALAM"

Kita usul TT sebagai bakal PM 11 nanti, bijak segala ilmu dunia, bijak berjalan pernah masuk penjara mungkin rasuah belum belajar tetapi jangan risau akan cepat matang dalam hal rasuah, 

jadi semua lengkap padu kriteria utama sudah dipenuhi, bekas banduan bekas kolej MCKK, hidup dengan binatang, perangai lebih kurang sama latar belakang sama jadi kita syor TT saja senang, copy paste lagi terbaik amin kah kah kah

TANAH MELAYU JADI TANAH JAJAHAN ZIONIS


INI KERJA

ANWAR MADAFAKA

TANAH MELAYU

JADI TANAH 

JAJAHAN ZIONIS

AMERIKA

BARUA AMERIKA PALING BARUA



MALAYSIA

BOLEH BANGGA

ADA PENCURI

TERBESAR DAN

BARUA AMERIKA

PALING BARUA

 DALAM DUNIA

KHALAS

Unknown commented on 
"TRUMP PEGANG 
DUA TELOR ANWAR"

Bukan setakat telur, teknologi pegang semua, seluruh otak seluruh badan. Tengok saja TikTok, setiap masa buat live, buat roti canai, buat keropok lekor, buat kuih, kacau dodol jadi teknologi sudah lama menguasai otak pemikiran kita semua, tak boleh tak ada teknologi, pasti teknologi milik orang asing yang berjaya kah kah kah, 

kita setakat pinjam teknologi orang saja, tak ada dibanggakan tak ada pencapaian sendiri hanya donut terbesar, kuih pau terpanjang kah kah kah ops satu lagi pencuri terhebat dalam dunia memang rekod dipegang oleh Panglima Bugis kita amin apapun terus bersyukur kah kah kah

WARGA KAPIR LAKNAT LEBIH JUJUR IKHLAS LAWAN PEMBUNUH PALESTIN


WARGA KAPIR

LAKNAT MAKAN BABI

LEBIH JUJUR IKHLAS

LAWAN PEMBUNUH 

ARAB PALESTIN

KHALAS

TRUMP DAN ZIONIS ISRAEL


TRUMP DAN 

ZIONIS ISRAEL 

Ketika tulisan ini di garap media arus perdana di Amerika sibuk membincangkan : Apakah Netanyahu dan Isreal  di bawah telunjuk Trump dan Amerika. Atau apakah Trump dan Amerika di bawah telunjuk Netanyahu dan Israel.

Apakah Israel negara klien Amerika atau Amerika sendiri yang menjadi klien Israel.  Siapa yang menjajah siapa ?

Persoalan ini muncul kerana  sesudah Damai 2025  Isreal bukan sahaja telah melanggar   persetujuan  damai malah Parlimen Israel telah meluluskan dasar baru yang  menghalalkan kemasukan pendatang baru  Yahudi  ke Tebing Barat.  Pendatang baru  Yahudi ini akan mengambil dan merampas  tanah untuk mendirikan  penempatan baru  ke wilayah Tebing Barat.

Gaza telah berjaya di hancur musnah. Maka projek Isreal seterusnya ialah mengambil Tebing Barat. Ini adalah sebahagian dari projek induk Israel Raya.

Data  akhir 2024 dan awal 2025, anggaran jumlah keseluruhan peneroka Yahudi di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, adalah lebih 700,000 orang.  Demografi Tebing Barat sedang di ubah.

Isreal terus merancang untuk memperluas pengambilan tanah milik Palestin di Tebing Barat.  Yahudi dari merata pelusuk dunia yang baru sampai terus menjadi warga Israel. Mereka  memerlukan tempat tinggal. Jawabnya  penempatan pendatang baru Yahudi di Tebing Barat muncul disana sini.

Kemasukan Yahudi baru ke Tebing Barat ini dianggap haram  walau pun sentiasa berlaku. Tapi kini telah menjadi dasar.

Keputusan dasar baru – masuk ke Tebing Barat -  adalah keputusan   dari Parlimen Israel  yang  dibuat ketika Timbalan Presiden Amerika JD Vance sedang  berada di Tel Aviv. 

Bila ini berlaku  - media Amerika mengandaikan ini adalah satu penghinaan terhadap Timbalan Presiden JD Vance. Sosok ini  di hantar khas oleh Presiden Trump untuk memastikan Israel tidak ingkar  dengan perjanjian Damai 2025.

Majalah Time melaporkan JD Vance ketika meninggalkan Israel   hanya berupaya berkata  bahawa undian dalam Parlimen telah menyinggung perasaannya dan "sangat bodoh."

Mengikut laporan al-Jazeera pada  11 September 2025  Netanyahu telah secara rasmi bergerak ke hadapan dengan rancangan pembesaran penempatan di Tebing Barat. Ini menjadikan   kewujudan negara Palestin mustahil.

Projek merampas tanah Palestin di Tebing Barat di teruskan. Netanyahu berkata : "Kami akan menunaikan janji kami bahawa tidak akan ada negara Palestin. Tempat ini milik kami," kata Netanyahu pada majlis itu di Maale Adumim, sebuah penempatan Israel di timur Baitulmaqdis.

Jelas kelihatan Projek Penyelesaian Dua Negara semakin mustahil.  Zionis Israel tidak akan berganjak dengan dasar memperluaskan  tanah rampasan di bumi Palestin.

Niat dan cita-cita  mewujudkan Negara Palestin  yang mendapat sokongan dunia di PBB kelihatan mustahil.  Dari sungai ke segara Palestin pasti  Merdeka  hanya  tinggal slogan.

Malah kini Isreal telah menambah tanah rampasan  di Syria selain dari wilayah Bukit Golan yang di rampas semenjak Perang 1967.

Sejak kejatuhan  kerajaan Bashar di  Syria pada Disember 2024, Israel telah masuk dan merampas tanah yang di kawal oleh PBB.  Zionis Israel telah masuk mengambi  sebahagian dari  daerah  Quneitra. Israel dengan pantas menubuhkan sembilan pos tentera yang membentang dari bandar Daraatra ke bahagian barat Gunung Hermon. 

Bila Presiden Trump di tanya oleh seorang wartawan dari Peranchis berkenaan Tebing Barat Trump tidak mahu menjawab. Trump  mengelak dengan berkata dia tidak faham soalan dari wartawan Peranchis yang bertanya  dalam bahasa Inggeris  dengan lorat Peranchis.

Akhirnya Trump dibantu untuk memahami soalan wartawan ini dan menjawab : ‘Tebing Barat? Jangan risau tentang Tebing Barat. Israel tidak akan melakukan apa-apa dengan Tebing Barat, okay?

Dari apa yang di lapor Penempatan Baru  Tebing Barat adalah red line – garis merah  - yang mana  Amerika tidak akan membenarkan di langgar oleh Israel.

Tetapi dalam masa yang sama Netanyahu  yang bergantung kuat dengan sokongan Parti Kuasa Yahudi  kelihatan terperangkap di tengah-tengah.  Netanyahu  mendapat tekanan dari Amerika. Netanyahu juga di tekan oleh rakan dalam kerajaan campuran untuk terus menjalakan  projek Israel Raya.

Pada September 2025, semasa majlis menandatangani perjanjian pembangunan bandar di penempatan Tebing Barat Maale Adumim,  Netanyahu menyatakan: "Tidak akan ada negara Palestin. Tanah ini adalah milik kita".

Netanyahu  juga mengumumkan rancangan berskala besar untuk menggandakan jumlah  Yahudi dalam  penempatan baru ini. Langkah  ini  dianggap kontroversi dan  bertentangan  dengan   undang-undang antarabangsa.

Tapi inilah perangai dan watak negara yang di panggil Isreal. Melanggar semua undang-undang antarabangsa . Melanggar semua perjanjian.  Membunuh sesuka hari. Menghalau penduduk Arab keluar  dari tanah watan mereka. Memagar, mendirikan tembok  dan mengepong kampung-kampung Arab Palestin hingga menjadi penjara yang luas.

Dunia kini melihat tindak tanduk Israel ini dengan satu yang nyata : Tanpa Amerika  Isreal tidak akan wujud.

Lalu persoalan timbul kenapa Amerika terus mengikut telunjuk Israel. Kenapa Amerika akan melakukan apa sahaja demi kepentingan dan keselamatan  Israel. Kenapa Presiden Amerika    satu per satu dari Bush ke Obama ke Biden   ke Trump semuanya  tunduk dengan kehendak Israel.

Warga dunia pada satu ketika dulu melihat pelik akan hubungan Amerika dengan Israel. Presiden Nixon merangi Mesir untuk Israel.  Presiden Bush memerangi Iraq untuk Israel.  Presiden Obama memerangi Gadaffi untuk Israel.  Presiden Biden  memerangi Gaza untuk Israel. Presiden Trump mengebom Iran untuk Israel.

Apa Israel mahu Isreal akan dapat.  Amerika di bawah telunjuk Israel atau Israel di bawah telunjuk Amerika.

Mengikut Al Jazeera : Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi Israel kira-kira 51 kali. Paling akhir  pada 18 September 2025 yang lalu.

Kuasa veto ini digunakan oleh Amerika sebagai  anggota tetap Majlis Keselamatan untuk menyekat resolusi yang menjadi titik perbalahan, terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seperti yang dilihat dalam beberapa veto pada resolusi gencatan senjata Gaza.
Hakikatnya tanpa kuasa imperial Amerika  negara yang bernama Israel ini  tidak akan wujud.

Kini dengan wujudnya Internet  maklumat dan pemahaman warga dunia terhadap hubungan Israel dengan Amerika  semakin jelas.

Kunci utama yang mengikat Amerika dengan Israel ialah sistem demokrasi Amerika itu sendiri.  Presiden Amerika dipilih melalui undian pilihan raya. Ahli Dewan Senate dan Dewan Congress juga di pilih melalui undian.  Gabenor di  50 negeri di Amerika juga di pilih melalui undian pilihan raya.

Politik mengundi – elektoral politik ini memerlukan dana.  Ketika  berkempen dana di perlukan. Tanpa dana yang cukup calon apa sahaja tidak akan mencium bau kemenangan.

Pemilihan dan pengundian melalui pilihan raya ini membolehkan kepentingan Israel mencelah masuk.  Projek  mengambil  bumi Arab Palestin untuk di jadikan Israel asalnya ialah projek kolonial Inggeris. 

Kuasa kolonial Inggeris dan Eropah menjadi bidan yang melahirkan Israel sesudah Perang Dunia Ke Dua. Amerika menerima  anak  kecil bernama Israel ini kerana sesudah Perang Dunia Kedua  - Amerika muncul sebagai kuasa imperial mengganti kuasa Inggeris.

Pada awalnya kita lihat  para politikus dan Presiden Amerika tidak masuk ke dalam saku Israel. Malah  Presiden John F. Kennedy amat mengambil berat tentang pembangunan program nuklear Israel di tapak Dimona. 

JFK  mahu program nuklear Israel  di hentikan kerana JFK sidang berusaha untuk menghentikan percambahan senjata nuklear. Ini berlaku pada tahun 1963 sebelum JFK di tembak mati.

Justeru hingga ke hari ini  tangan dan jaringan  Israel masih di syaki terlibat sama dalam pembunuhan JFK.

Pasca JFK semua berubah.  Calon Presiden  atau calon Dewan Kongres yang akan bertanding akan di selidiki oleh AIPAC -American Israeli Public Affairs Comittee. AIPAC adalah badan pelobi yang melobi politikus Amerika untuk menjaga  kepentingan Israel.  Badan pelobi yang di tubuhkan pada tahun 1954 ini adalah kumpulan Zionis yang paling berpengaruh dalam badan politik Amerika.

Pengaruh politik AIPAC ini wujud kerana di belakang AIPAC ialah kaum Yahudi Amerika yang kaya raya. Data Majalah Forbes  tahun 2009 menunjuk ada 139 bilionair Yahudi di Amerika.  Bilionair Yahudi inilah yang memberi  dana kepada  AIPAC. 

Lembaga pelobi AIPAC pula akan menyalurkan dana ini kepada para politikus Amerika yang ingin menjadi calon. Pasca JFK – tidak ada calon Presiden yang tidak di persetujui oleh AIPAC akan  berjaya menduduki Rumah Putih.

Inilah tanda  kuasa  Zionis di Amerika.

Lembaga  AIPAC  ialah badan Zionis Yahudi. Dari   bancian tahun 2023 terdapat 6.7 juta Yahudi sebagai warga Amerika. Angka jumlah Yahudi di Amerika tidak melebih 7 juta.  Jumlah ini tidak mencukupi untuk memenangkan calon AIPAC untuk kerusi apa saja. 


Majoriti  pengundi warga Amerika beragama Kristian.  Maka dari  sini muncul apa yang di kenali sebagai Kristian Zionis.  Jumlah kumpulan ini   berkisar  antara 20 hingga 50 juta orang.  Kumpulan ini lahir dari Kristian Evengelis  yang berjumlah 80 juta.  Walau pun bukan semua  penganut Kristian di Amerika  menjadi Zionis.

Kristian Zionis adalah kuasa politik yang terkemuka - terutamanya dalam parti Republikan.  Parti ini mendapat sokongan kuat dari Kristian Evengelis.

Dari sinilah muncul kekuatan MAGA -Make America Great Again – penyokong tegar Donald Trump.   Dana lumayan dari AIPAC dan pengundi dari Kristian Zionis akan  menjanjikan  kunci Rumah Putih. 

Apa  yang kita baca melalui Internet dan media sosial di Amerika – Isreal dan Amerika ini tidak dapat di pisahkan. Politik Amerika dan politik Israel ikat berikat.  

Tapi semua ini telah berubah sesudah Taufan Al-Quds  pada 7 Oktober 2023 yang lalu.  Hamas telah mengubah  hubungan Amerika dan Israel 

Manifestasi perubahan sokongan terhadap Israel  ini  semakin jelas apabila  aktivis pelajar   Turning Point USA bernama   Charlie Kirk ditembak mati pada 10 September 2025 yang lalu.

Siapa penembak Charlie Kirk ? Sila tunggu minggu hadapan. (TT)


TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/759506