Ahad, 18 Mei 2025
LANTAI SEDIA UNTUK SEMBELIH RAFIZI
Ini pertandingan atas padang tak sama rata - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendakwa pertembungan antaranya dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR berlaku di atas padang yang tidak sama rata.
Penyandang kerusi timbalan presiden PKR itu mendakwa dia bertembung Nurul Izzah dalam keadaan segalanya disusun bagi memenangkan anak kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.
Katanya, titik persamaan antaranya dengan PKR Sarawak ketika ini ialah masuk pertanding pasti kalah.
"Isyarat itu telah jelas, keseluruhan parti telah digerakkan agar saya kalah dengan Nurul Izzah...memang jelaslah, tak ada masalah.
"Saya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing. Saya masuk (pemilihan) saya menerima hakikat kalau saya menang, dunia akan kiamat.
"Gila ke apa kau menang...dalam keadaan segala-galanya telah disusun, ini sebenarnya pertandingan atas padang tak sama rata," katanya dalam ceramah siri jelajah Hiruk di Sarawak, malam tadi.
Sebelum ini, Rafizi menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi jika gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan PKR kali ini.
Mengakui dia sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, menteri ekonomi itu berkata dia akan mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.
Sementara itu Rafizi semalam berkata keputusan bertanding dalam pemilihan kali ini adalah "berani mati" dalam keadaan dia tahu akan kalah berdepan Nurul Izzah.
Malah, katanya kenyataan pemimpin PKR yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah sebelum ini adalah bertujuan melemahkannya supaya dia menarik diri daripada menyertai pertandingan itu.
Namun kata Rafizi dia seorang yang keras kepala dan tidak akan beri kemenangan percuma kepada lawannya.
"Saya ingat awal itu, isyarat yang digerakkan supaya saya kononnya patah hati tak apalah saya tak bertanding, jadi (NUrul Izzah) menang tanpa bertanding. Jadi masalah kerana saya keras kepala.
"Saya tahu masuk pertandingan ini berani mati, tak ubah macam saudara-saudari dekat Sarawak. Masuk bertanding menang belum tentu, kalah confirm," katanya lagi.
WOIT
SAPA PEMILIK
SERVER PASTI
AKAN TENTUKAN
JUMLAH UNDI
KAH KAH KAH
KESIAN KITA
PADA RAFIZI
KAH KAH KAH
DULU RAFIZI TIBAI
AZMIN
KAH KAH KAH
SEKARANG DIA
KENA SEMBELIH
KAH KAH KAH
KHALAS
AMAT MUDAH UNTUK DI FAHAMI - TIM BURIT SIAPA ?
PRN17: Tiada kumpulan Bung Moktar, Abdul Rahman - Ahmad Zahid
KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak wujud mana-mana kumpulan dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah ketika parti itu bersiap menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Beliau berkata, hanya ada satu kumpulan yang akan mewakili BN Sabah bagi membawa cabaran UMNO-BN bersama Pakatan Harapan (PH) dan parti lain yang bakal bekerjasama bagi memenangi pilihan raya berkenaan.
"Tiada kumpulan Bung Moktar, tiada kumpulan Abdul Rahman, tiada kumpulan Salleh Said dan tiada kumpulan Yakubah Khan, kita hanya ada kumpulan BN Sabah," katanya berucap pada Majlis Pelancaran Gerak 17 UMNO Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, Sepanggar, dekat sini, semalam.
Bung Moktar merujuk kepada Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, manakala Abdul Rahman merujuk kepada Timbalan Ketua UMNO Sabah yang juga Ketua UMNO Tuaran, Abdul Rahman Dahlan.
Salleh Said pula ialah Ketua Bendahari UMNO Sabah yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Salleh Said Keruak, manakala Yakubah Khan ialah Ketua UMNO Sepanggar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Yakub Khan.
Ahmad Zahid dipercayai menyebut perkara itu bagi menjelaskan situasi dalaman UMNO Sabah, berikutan spekulasi mendakwa berlaku perbezaan pendapat di antara pemimpin tertingginya.
Mengulas lanjut, Pengerusi BN itu berkata, UMNO tidak boleh lagi membiarkan situasi perbalahan berlaku dalam kalangan pemimpinnya kerana ia antara punca kekalahan parti itu dan BN pada pilihan raya umum (PRU) sebelum ini.
"Kita sudah kecundang dua kali kerana sibuk melayani perbezaan kita, masing-masing pemimpin ada ego dan yang menerima akibatnya ialah rakyat, gajah sama gajah bertarung yang mati kancil di tengah.
"Kita mahu tutup kisah itu dan buka buku baharu, buat kerja cara mahu menang," katanya.
Ahmad Zahid berkata, perbalahan antara pemimpin hanya menjejaskan rakyat tidak bersalah yang mahukan pembangunan dan usaha menyelesaikan masalah bekalan air, elektrik serta jalan raya dan pelbagai lagi isu.
Sementara itu, Ahmad Zahid turut memberi jaminan parti kecil dalam BN dan rakan gabungannya dalam PH tidak dipinggirkan menerusi perkongsian bagi mencapai misi membentuk kerajaan selepas PRN17 nanti.
"Sebelum membentuk kerajaan kita ada perkongsian, tetapi kita jangan lupa MCA, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) juga perlu diberi tempat.
"Jangan lupa rakan kita PKR, DAP dan AMANAH, mereka juga mahu tempat di Sabah. Inilah kesepakatan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Madani yang terbaik setakat ini.
"Kita buktikan di Sabah kita akan bentuk kerajaan melalui persepakatan ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau juga akan bercakap kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengenai usaha untuk menyelesaikan isu bekalan air, elektrik dan jalan di Sabah.
"Rakyat mahu lihat apa kita tawar apabila kita menang, masalah rakyat perlu diselesaikan dan saya janji beri nasihat kepada Perdana Menteri bahawa masalah air, elektrik dan jalan harus diutamakan kerajaan negeri dengan bantuan Pusat, wajib diselesaikan," katanya.
Beliau berkata, usaha juga akan diambil bagi mengatasi isu penghijrahan ramai rakyat Sabah ke Semenanjung, khususnya ke Johor, Lembah Klang dan Pulau Pinang bagi mencari pekerjaan berikutan ketiadaan industri yang boleh menawarkan banyak pekerjaan di Sabah.
Katanya, perkara itu boleh diatasi dengan membawa lebih banyak pelaburan terus asing (FDI) dan menyelesaikan isu prasarana seperti air dan elektrik tidak mencukupi yang menjejaskan usaha membawa masuk pelabur.
"Tiga masalah ini (air, elektrik, jalan) akan diselesaikan dalam tempoh tiga tahun pertama jika BN diberi mandat (selepas PRN17). Saya juga janji membawa banyak pelabur, orang Sabah mesti kerja di Sabah untuk bantu keluarga dengan syarat kita wujudkan kerja dengan membawa pelabur luar," katanya.
FAKTA TIM
BURIT SIAPA
AMAT SENANG
DI FAHAMI
AMIN
BILA DI NAFI
TAK ADA
INI ERTINYA ADA
KHALAS
AMIN
NURUL IZZAH JANJI AKAN DAKWA AZAM BAKI
'Macam mana Anwar nak rakyat yakin, anak sendiri pun tak percaya'
Bagaimana Perdana Menteri Anwar Ibrahim boleh cakap dia mendapat kepercayaan rakyat sedangkan anaknya sendiri, Nurul Izzah menolak keputusannya, bidas Zaid Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang itu turut menyindir DAP secara terbuka merujuk kenyataan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi yang berkata parti itu kini sekadar “jaga hal sendiri”.
Kenyataan Zaid itu susulan kecaman terbuka Nurul Izzah terhadap pelantikan semula kontroversi Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang disifatkannya sebagai keputusan yang “tidak dialu-alukan”.
Nurul Izzah juga berjanji akan membawa perkara itu kepada bapanya, yang juga presiden PKR sekiranya dia terpilih sebagai timbalan presiden parti.
“Kontrak Azam telah disambung tiga kali di bawah pemerhatian bapanya sendiri namun puteri reformasi itu hanya bersuara sekarang — kebetulan ketika pemilihan parti sedang berlangsung,” kata Zaid.
Dia turut mengalihkan kritikan kepada DAP, mengingatkan tentang sikap membisu daripada sebuah parti yang dahulunya mengaku sebagai pemantau utama terhadap rasuah dan salah guna kuasa.
“DAP sekian lama melabel dirinya sebagai juara rakyat, benteng menentang rasuah.
“Tetapi kini, dalam kata-kata Wong sendiri, mereka hanya ‘jaga hal sendiri’.
"Mereka memilih untuk melindungi kuasa dan jawatan daripada mempertahankan prinsip,” katanya, sambil mengimbas kembali kecaman PH terhadap ketua SPRM itu sebelum ini.
Kenyataan Wong itu dibuat ketika mempertahankan DAP daripada dakwaan Ahli Parlimen PKR, Wong Chen yang menuduh bekas parti pembangkang itu kini menerima amalan politik wang.
Zaid juga memberi amaran lanjutan kontrak Azam yang terkini menimbulkan syak wasangka lebih mendalam memandangkan dia memegang kuasa yang besar — seolah-olah memegang kerajaan sebagai tebusan.
“Ini menimbulkan persoalan yang menyeramkan: apa rahsia yang Azam pegang ke atas para pemimpin?
“Apa yang membuatkan beliau kebal? Adakah bawahan mengawal atasan — atau sebaliknya,” soal Zaid.
Pelanjutan kontrak Azam turut menerima kecaman dari pelbagai pihak, termasuk kumpulan pemantau pilihan raya Bersih yang menyifatkan tindakan itu sebagai bukti bahawa kerajaan Madani tidak mempunyai hala tuju yang kukuh dalam agenda reformasi.
WOIT
SOKONG NURUL
JIKA DIA MENANG
DIA AKAN DAKWA
AZAM BAKI
AMIN
INI TERBAIK
UNTUK PKR
INI TERBAIK
UNTUK NEGARA
KHALAS
DAPAT KUASA BUAT DUIT - ADA DUIT BELI KUASA
DAPAT KUASA
NAK BUAT DUIT
AMIN
ADA DUIT BELI
KUASA
KHALAS
Unknown commented on
"JANGAN TAMAK
JANDA DAH LOHE"
Budaya moden tak ada pelik, semuanya nak syurga sekarang bukan selepas mampus, senang bina syurga sekarang di dunia nampak bukan mitos, bukan sesuatu di luar fikiran manusia, semakin hebat semakin kuat bungkus kepala kah kah kah
Unknown commented on
"KENAPA ROSMAH
LAMBAT MASUK JIL ?"
Dulu Abang Non cakap undang-undang rimba, pernah dengar dia cakap dekat Atok, rasanya Abang Non pun pakai undang undang sama, undang undang mengikut kaum, agama, pangkat jawatan kedudukan ka elit kayangan jadi jangan terkejut besar sangat, sebaik dapat kuasa kunci peti besi digenggam kuat, tak bagi orang lain, tak percaya anak buah, kalau boleh nak diwariskan kepada anak cucu cicit, perangai tetap sama sebab asalnya sama dari pokok penjajah melahirkan United Gerombolan, jangan pelik jangan melik semua biasa dalam agenda penjajah,
cuma beza dahulu penjajah bawa balik harta ke negara asal mereka manakala sekarang harta disorokkan atas nama penyokong penjilat kronisme kah kah kah kalau masih tak faham agenda agama bangsa negara terpaksa masuk darjah satu untuk belajar sejarah lama bukan sejarah ditulis oleh mat kangkung woit kah kah kah kah
REFORMATI NAK BANGUN KEMBALI
REFORMATI
NAK BANGUN
KEMBALI
AMIN
Zaini Hassan Dilektika: Semalam saya kata kepada Nurul Izzah buat apa kamu terjerit-jerit Reformasi lagi, sekarang kamu sudah jadi kerajaan, kamu reform sahajalah apa yang kamu janji.
Hari ini dia jawab, rupanya dia jerit Reformasi sebab dia nak tumpu reform dalaman parti dia..
So Izzah, reformasi pendidikan percuma, reformasi hapus PTPTN, reformasi perlantikan Peguam Negara dan KP SPRM ke Parlimen, reformasi hapuskan kronisme, reformasi hapuskan nepotisme, reformasi minyak RM1.50, reformasi tol percuma, reformasi kos harga barang murah RM50 satu troli etc. etc.. semua ini sekarang tak payah tumpu ka macamana?
Bijak kamu Izzah. Kepala otak kamu bergeliga macam kepala otak pak kamu juga. Terpaling reform.
https://www.facebook.com/share/1FRALYCunC/?mibextid=wwXIfr
RAFIZI TIBAI NURUL
RAFIZI TIBAI
NURUL
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"SUDAH JATUH
DI TIMPA TANGGA"
Nurul anok papa main petik nama ajer... Kan dah mendapat..!!
Kah kah kah... Ajommm kita beli ticket wayang ticket abis ajom Sila panggung sambil bawa pop corn nnti kita tengok sapa yang kenaaaa..
Nanti kita haaahh tepokkkk ramai ramai...!!
Reversed Sikology formula Rafizi. Nnpk marah + geram ya amat Rafizi kena bahan oleh walaun walaun PKR.. Siap fitnah beratus ribu tudung bagi undi.. Pelawak Professional pun di bahan jugak..
Pelawak tu mana ada dalam zaman reformasi. Tak penah terguling guling pun tas jalan raya tetiba menang lawan calon menteri...!! Kah kah kah tinggi ilmu pelawak tu kan... Lawak apa dia pakai wallahualam lah kannn...!!
Nnpk gaya Rafizi pun dah konpius pasal perjuangan dia...Bila luar kerajaan nnti bebas cakap... Kau dah kenapa Rafizi ...!? Rakyat dah konpius parti anak beranak ni....!? Cakap pun dah caca marba jubo kau sendiri pun kau londeh kan jugak....
Formula reverse sikologi lah sampai terbalik doonia ni Rafizi tak akan menang pun... Kah kah kah.
Formula sembang kari pun dah moncol nihh..!?
Kira cmner ni... Sapo punyo kojo nihh ..!? tak kan UMDAP pulak...kikiki
Orang pertikaikan formula turun harga kereta hapus toll Dan PTPTN macam Timb Mentri Sokan Negara Wan Adli kalah tak kan terus senyap bisu. Janji kau nak hapus PTPTN kau campak ke mana...!? Kasi bakar line Tim Mentri Sokan bila nak guling guling jalan raya tak kan sonyap ajooo..!! Kau hingat next PRU kau boleh monang koh...!? Kah kah kah..!!
Saya ulangggg...
Apiji kempen guna formula dan data statistik anak papa guna suara jerit Re4MaC..2x..!!
Rindu suara jerit jerit saya ulangggg... Saya ulangggg... Kah kah kah ..
Ajommm Pop Kon tambah dan tepokkkkkk !!!
Saya ulangggg..!! Petik jangan tak petik..!!
Kah Kah kah
#PopCornKasiTambah&Tepokkkk..
RAFIZI KEAN SEMBELIH
Rafizi enggan rasmi Kongres Wanita dan AMK PKR?
KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, dilaporkan enggan merasmikan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan yang dijadual berlangsung pada 22 Mei ini di Johor Bharu.
Menurut sumber dalaman tertinggi parti yang enggan namanya didedahkan, Rafizi yang juga Menteri Ekonomi telah menghantar sepucuk surat rasmi kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim memaklumkan pendiriannya untuk tidak memenuhi undangan tersebut.
Dalam surat itu, Rafizi dilaporkan menulis:
“Dukacita saya maklumkan bahawa saya tidak berhasrat untuk memenuhi undangan ini”.
Tindakan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan sokongan yang semakin meningkat terhadap calon Timbalan Presiden, Nurul Izzah Anwar, serta Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Ini terutamanya apabila akar umbi PKR Sabah tidak menjemput Rafizi ke Pelancaran Jentera Pilihanraya Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.
Difahamkan, daripada 25 cabang PKR di Sabah, sekurang-kurangnya 21 cabang hadir memberikan sokongan terbuka kepada Nurul Izzah dan Amirudin yang juga calon Naib Presiden Keadilan pada pemilihan kali ini.
Senario ini juga menunjukkan mereka lebih dekat dengan Nurul Izzah dan Amirudin biarpun keadaan itu mengundang kecaman ‘kem Rafizi’
Sumber turut mendedahkan terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli dan jentera parti di Sabah terhadap Rafizi, terutama berhubung sikapnya yang didakwa tidak profesional menjelang pemilihan parti.
“Ramai ahli di Sabah sudah muak dengan cara beliau. Bayangkan, untuk hadir secara rasmi dan merasmikan mesyuarat kongres pun enggan, bagaimana kami hendak berharap beliau mampu bantu jentera menghadapi PRN Sabah nanti?” katanya.
Kongres Nasional AMK dan Wanita merupakan acara penting menjelang Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung hujung bulan ini. –
PROJEK
SEMBELIH RAFIZI
SEDANG BERJALAN
KAH KAH KAH
DULU RAFIZI
JADI PISAU
SEMBELIH AZMIN
KAH KAH KAH
SEKARANG MB AMIR
JADI PISAU
SEMBELIH RAFIZI
AMIN
LEPAS NI
SHAMSUL AKAN
JADI PISAU
SEMBELIH AMIR
KAH KAH KAH
KHALAS
SAMI BERJUDI DAN MEMBURIT
Sami curi dana kuil lebih RM38.7 juta untuk berjudi
BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang sami, disyaki menyeleweng lebih 300 juta baht (kira-kira RM38.7 juta) daripada dana derma kuil terkenal yang pimpinannya.
Phra Thammachiranuwat dari kuil Wat Rai Khing di pinggir barat Bangkok, dituduh memindahkan wang daripada akaun rasmi kuil ke akaun peribadinya.
Penyiasat yang melakukan penjejakan dana itu kemudian mengesan ia mengalir ke rangkaian perjudian dalam talian yang mengelola permainan kad baccarat, lapor media tempatan yang dipetik AFP.
Penganut derma wang untuk upacara jana pahala
Menurut Biro Siasatan Pusat (CIB), kuil berkenaan yang beroperasi sejak tahun 1851 banyak menerima sumbangan daripada upacara 'jana pahala', yang mana penganut Buddha menyumbang wang dengan harapan mendapat keberkatan dan kelahiran semula yang lebih baik.
Timbalan Pesuruhjaya CIB, Jaroonkiat Pankaew berkata, sami itu didakwa dengan tuduhan rasuah dan salah guna kuasa.
"Penahanan ini bertujuan 'menyucikan' agama kita," katanya dalam sidang media pada Khamis.
Seorang lagi suspek turut ditahan dan siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lebih ramai individu terbabit dalam penyelewengan berkenaan.
Media tempatan melaporkan, Phra Thammachiranuwat kini sudah meninggalkan status sebagai sami selepas skandal itu terbongkar.
Wat Rai Khing antara kuil yang disanjung sebagai penempatan replika tapak kaki Buddha, menjadikannya lokasi tumpuan penganut dari dalam dan luar negara.
Bagaimanapun, pendedahan kes berprofil tinggi itu mencetuskan kemarahan rakyat yang meluahkan kekecewaan mereka di media sosial.
"Saya akan salur derma ke hospital atau sekolah selepas ini, bukan lagi kepada kuil," tulis seorang pengguna media sosial.
Namun ada juga yang menyeru supaya kepercayaan terhadap agama tidak goyah disebabkan perbuatan segelintir pihak.
Bukan semua sami jahat, kata pengguna media sosial
"Bukan semua sami jahat. Jangan pukul rata," kata seorang lagi pengguna di media sosial.
Sementara itu, CBS News melaporkan kejadian itu bukan kali pertama kuil Buddha di Thailand mencetuskan kontroversi.
Pada November tahun lalu, pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap sebuah kuil selepas menemui 41 mayat yang dikatakan digunakan dalam amalan meditasi.
Sementara pada 2022, sebuah kuil di tengah Thailand menyaksikan semua saminya dilucut status apabila didapati positif dadah jenis methamphetamine dan dihantar ke pusat pemulihan.
SEMUA AGAMA
SAMA
KAH KAH KAH
ATAS TUTUP
BAWAH BUKA
KAH KAH KAH
PADRI SAMI IMAM
BERJUDI MEMBURIT
KAH KAH KAH
APAKAH MANUSIA
PERLU AGAMA
KAH KAH KAH
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)










