Rabu, 3 September 2025
ANAK MENTERI DAPAT PROJEK ?
Bersatu selar SPRM membisu selepas pendedahan anak TPM pengarah syarikat terima konsesi Menara KL
Seorang pemimpin Bersatu mempersoalkan sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan pendedahan anak seorang menteri kanan merupakan ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang menerima kontrak 20 tahun menguruskan Menara Kuala Lumpur, struktur ikonik yang kini di tengah-tengah pertikaian mahkamah berikutan pengusiran paksa bekas pemegang konsesi.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan berkata apa yang didedahkan sekumpulan ahli Parlimen Perikatan Nasional minggu lepas merupakan "satu perkara besar" yang sepatutnya mendorong SPRM bertindak.
"Tetapi sehingga kini pihak berkuasa terutama SPRM kelihatan masih tidak melakukan apa-apa. Padahal berdasarkan pengalaman, saya tahu bahawa SPRM boleh mengarahkan pegawai mereka membuat laporan untuk memulakan siasatan," kata Wan Saiful.
Pada 27 Ogos, Ahli Parlimen Gerik Fathul Huzir Ayob mempersoalkan sama ada amalan kronisme memainkan peranan dalam keputusan Putrajaya menganugerahkan konsesi pengurusan Menara KL kepada LSH Service Master Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Lim Seong Hai Capital Bhd dipimpin taikun Lim Keng Cheng
Beliau merujuk rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan Khairunnisa Fadillah, anak Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, disenaraikan sebagai ahli lembaga pengarah LSH Best Builders Sdn Bhd, sebuah lagi syarikat di bawah LSH yang dimiliki 70% oleh LSH Service Master Sdn Bhd.
Fathul turut mempersoalkan keputusan kerajaan menurunkan syarat pegangan ekuiti Bumiputera dalam operasi Menara Kuala Lumpur daripada 100% kepada 30%, sambil berkata ia bercanggah dengan Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035.
"Perkara ini memberikan impak besar dan mengurangkan perniagaan Bumiputera terutama di kawasan strategik di Segitiga Emas Kuala Lumpur," tambahnya.
Pemegang konsesi sebelum ini, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB), dan syarikat induknya Hydroshoppe Sdn Bhd terlibat dalam tindakan saman terhadap kerajaan Malaysia dan LSH Capital, dengan mendakwa ia masih pemegang konsensi pengurusan yang sah disebabkan Kementerian Komunikasi pada 2022 telah bersetuju melanjutkan konsesi tersebut sehingga 2039.
Saman itu juga berkisar kerugian lebih RM300 juta dalam bentuk liabiliti yang ditanggung Hydroshoppe selepas mengambil alih saham MKLSB daripada Telekom Malaysia pada 2022.
Meskipun menjadi isu mahkamah, pihak berkuasa pada tengah malam 16 April bertindak menghantar pegawai penguatkuasa termasuk polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk mengusir Hydroshoppe, sebaliknya membenarkan staf LSH Service Master memasuki Menara Kuala Lumpur, yang kemudiannya ditutup kepada semua pengunjung selama seminggu.
Hydroshoppe membidas campur tangan Putrajaya dalam pertikaian itu dan memulakan prosiding hina mahkamah terhadap Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kerajaan Malaysia dan LSH, di mana rayuannya dijangka didengari esok.
Wan Saiful berkata SPRM boleh mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai pendedahan ahli Parlimen PN kerana ia merupakan sumber terbuka yang boleh diakses oleh umum.
"Kenapa tiada tindakan hingga hari ini? SPRM jangan mengambil sikap berdiam diri tanpa sebarang ulasan. Semua data ada dalam rekod SSM," katanya, sambil menambah isu konsesi Menara KL merupakan perkara berkepentingan umum yang menuntut perhatian serius Kabinet dan SPRM.
SILA IKUTI APA
YANG SEDANG
BERJALAN
DI JAKARTA
SEKARANG
KAH KAH KAH
KHALAS
PAKAR PATOLOJI YANG SAH
Zara tidak mungkin jatuh sendiri tanpa memanjat, kata doktor
Pakar patologi utama yang menjalankan bedah siasat ke atas Zara Qairina Mahathir memberitahu Mahkamah Koroner bahawa adalah tidak mungkin pelajar itu terjatuh secara tidak sengaja dari tingkat tiga asramanya.
Dr Jessie Hiu berkata pagar koridor asrama setinggi 118cm, manakala ketinggian Zara adalah 154cm, menjadikan penghalang itu lebih tinggi daripada pusat graviti mangsa. Pada pandangannya, ini menjadikan hampir mustahil bagi remaja berusia 13 tahun itu terjatuh tanpa memanjat palang tersebut.
“Berdasarkan ukuran, pada pendapat saya, adalah tidak mungkin si mati terjatuh atau ditolak dari posisi berdiri di sebelah pagar konkrit di sepanjang koridor,” katanya ketika membaca kenyataan saksi hari ini.
Hiu merupakan saksi pertama dalam inkues kematian Zara. Dia menambah, walaupun secara fizikal Zara boleh melepasi penghalang dengan cara memanjat, kejatuhan daripada posisi berdiri tidak boleh berlaku.
Cedera sebelum mati
Bedah siasat mendedahkan enam kecederaan antemortem — iaitu kecederaan dialami ketika masih hidup. Ini termasuk luka luaran dan trauma dalaman yang konsisten dengan kejatuhan dari tempat tinggi.
Zara turut mengalami koyakan di belakang kepala dengan pendarahan pada permukaan otak yang menyebabkan pembengkakan dan ensefalopati hipoksia. Pergelangan tangan kiri dan lengan bawahnya cacat akibat patah serta terkehel, manakala calar dikesan di sekitar siku.
Dia juga mengalami kecederaan akibat patah tulang kaki, termasuk keretakan berganda pada kedua-dua tulang tibia, patah tulang tumit kiri, dislokasi sendi buku lali kiri dan lebam pada kaki.
Trauma dalaman lain termasuk patah tulang vertebra lumbar kedua hingga keempat, pendarahan pada otot psoas kiri dan hematoma setempat pada pelvis.
Dr Hiu turut merekodkan patah tulang sternum, yang dijelaskan sebagai patah pasca-mortem — berlaku selepas kematian. Tiada kecederaan dikesan pada organ dada, abdomen atau pelvis, dan tiada tanda trauma pada bahagian kemaluan atau dubur.
Urutan kejatuhan
Menggambarkan urutan kejatuhan, Hiu memberitahu mahkamah bahawa Zara kelihatan mendarat terlebih dahulu dengan kaki kiri, kemudian kanan, sebelum terjatuh ke belakang ke sisi badannya dan terhentak di belakang kepala.
“Selepas hentakan, dia jatuh ke belakang, terutamanya pada bahagian kiri, menyebabkan kecederaan pada pergelangan tangan kiri, lengan bawah kiri, siku kiri, dan belakang kepala,” katanya.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Badiuszaman Ahmad jika kecederaan itu menunjukkan penderaan fizikal kronik, D Hiu menegaskan coraknya konsisten dengan kejatuhan.
Dia menjelaskan bahawa dalam kes serangan, kecederaan biasanya bertaburan di seluruh tubuh dengan tahap penyembuhan berbeza, sedangkan kecederaan Zara terkumpul dan dapat dijelaskan melalui dua mekanisme trauma — hentakan langsung ketika jatuh dan kesan menyebabkan kerosakan dalaman seperti pendarahan otak.
Dr Hiu berkhidmat sebagai pakar patologi forensik di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu sejak 1998.
Secara purata, pakar itu mengendalikan dan menyelia antara 100 hingga 150 bedah siasat setahun.
Dia juga pernah memberi keterangan sebagai saksi pakar secara purata 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di Sabah serta Labuan.
Zara pula ditemui dalam keadaan parah pada 16 Julai dan meninggal dunia sehari kemudian di hospital akibat kecederaan otak traumatik teruk.
Jenazahnya kemudian digali semula untuk bedah siasat pada 9 Ogos selepas arahan Jabatan Peguam Negara (AGC), memandangkan tiada bedah siasat dilakukan pada awalnya.
Prosiding inkues bagi menentukan punca kematiannya dikendalikan Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan sebagai koroner.
Sekitar 68 saksi dijangka memberi keterangan, termasuk lebih 30 kanak-kanak. Lawatan ke lokasi kejadian — sekolah agama di Papar — turut dijadualkan pada 11 Sept.
Mahkamah ditangguhkan sekitar jam 4.45 petang tadi dan akan bersambung semula esok pada jam 9 pagi.
SEMOGA
KITA SEMUA
DAPAT TAHU
APA YANG TELAH
BERLAKU
AMIN
KES PENCURI KENA CURI
Barang ratusan ribu ringgit hilang lepas serbuan, anggota polis IPD Kajang ditahan
SHAH ALAM – Sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang terlibat dalam serbuan di sebuah premis inap desa, Kajang baru-baru ini, ditahan bagi membantu siasatan.
Ia susulan laporan yang dibuat seorang penyewa inap desa berkenaan yang mendakwa kehilangan barangan bernilai ratusan ribu ringgit selepas satu serbuan dilakukan di banglo tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Tambahnya, pemilik premis juga sudah dipanggil untuk membantu siasatan.
“Dalam laporan mereka, anggaran kerugian sekitar RM300,000 yang melibatkan barang-barang berharga serta sedikit wang tunai. Mangsa membuat laporan sejurus selepas operasi dijalankan pada 29 Ogos.
“Premis tersebut merupakan sebuah banglo tiga tingkat yang dijadikan inap desa dengan konsep sewaan bilik. Mangsa adalah salah seorang penyewa di situ,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Dalam masa yang sama, Shazeli turut menasihatkan pemilik kediaman yang menyewakan rumah atau bilik khususnya kepada warga asing supaya lebih berhati-hati dan membuat semakan latar belakang penyewa terlebih dahulu.
Ini bagi memastikan rumh tersebut tidak dijadikan tempat melakukan jenayah kerana pemilik juga perlu bertanggungjawab sekiranya berlaku aktiviti terlarang di premis berkenaan.
WOIT
SAPA PENCURI
SIAPA MENCURI
KAH KAH KAH
KALAU BERCUTI
PASAI APA
BANYAK SANGAT
HARTA DALAM
BILIK SEWA
JENG JENG JENG
NIAGA APA?
SELUDUP APA?
KHALAS
JILAT TENGKO YUSOFF RAWTHER
Isu PNB: Anwar Cuba Tunjuk ‘Wira’, dakwa Gerakan
KUALA LUMPUR, 3 Sep 25 — Presiden Gerakan Dr. Dominic Lau Hoe Chai mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang mengarahkan Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak menjual hak konsesi lebuh raya.
Dominic menganggap arahan Anwar itu dianggap sebagai sandiwara untuk mengaburi rakyat kerana penjualan aset bernilai berbilion ringgit, khususnya membabitkan hak konsesi lebuh raya bertol perlu mendapat kebenaran perdana menteri terlebih dahulu.
“Jika tidak mendapat restu atau persetujuan beliau, bagaimana mungkin pengumuman boleh dibuat secara terburu-buru tanpa kelulusan lembaga pengarah?” soal Dominic, dalam satu kenyataan.
PNB sebelum ini mengesahkan sedang mengadakan perbincangan awal dengan beberapa pihak berhubung lebuh raya yang dimiliki anak syarikatnya, Prolintas Holdings Sdn. Bhd.
PNB bagaimanapun menyatakan perbincangan tersebut hanya peringkat awal rundingan dan belum membuat sebarang keputusan.
Anwar baru-baru ini berkata, PNB tidak seharusnya meneruskan proses semakan strategik terhadap kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) jika ia menjejaskan manfaat jangka panjang pemegang unit.
Menurutnya, syarikat pengurusan pelaburan milik kerajaan itu tidak seharusnya meneruskan semakan berkenaan jika ia juga memberi kesan negatif kepada usaha PNB menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara.
Dominic mendakwa, tindakan Anwar umpama ingin menonjolkan dirinya sebagai wira.
“Anwar sudah beberapa kali melakukan perkara yang sama mula-mula menyokong sesuatu rancangan atau dasar kemudian tampil sebagai ‘wira’.
“Jika perdana menteri benar-benar berpendapat penjualan lebuh raya ini akan menjejaskan kepentingan negara dan bumiputera, beliau sepatutnya berunding dengan PNB dan lembaga pengarah terlebih dahulu,” katanya. @politiko.my
KAH KAH AH
WIRA KEPALA
BANA APA
KAH KAH KAH
JUAL HARTA
NEGARA
AMIN
WIRA NAK
JILAT LEHER
YUSOFF RAWTHER
KAH KAH KAH
KHALAS
HASUT HINGGA MADAFAKA HILANG KUASA
HASUT HINGGA
MADAFAKA
HILANG KUASA
KHALAS
Unknown commented on
"TERUSKAN KE JALAN RAYA
HINGGA KE PILIHAN RAYA"
Orang tak ada kerja kuat bersemangat dan menghasut, tidak pernah membuat apa-apa kebaikan, tidak pernah berkhidmat apa-apa kepada kesejahteraan kaum agama masyarakat pun, mengambil peluang setiap kali berpesta ria disebalik kesukaran ramai, kah kah kah
walau jahat sejahatnya maka sebagai manusia berilmu pengetahuan berakhlak mulia mesti ada kebaikan keburukan jangan sekali-kali tenggelam dalam arus hasutan yang tidak membawa apa-apa kebaikan, tidak apa mereka mencuri merasuah merompak negara rakyat akhirnya diampunkan dibebaskan dilupakan kerana sama bangsa sama agama sama akar umbi sama serumpun kah kah kah siapa makan cili terasa manisnya amin
RAKYAT INDON MARAH BILA JANJI TDAK DI TEPATI
DI INDON
RAKYAT MARAH
BILA JANJI
TDAK DI TEPATI
KHALAS
Unknown commented on
"DENGAR APA KATA BEKAS KUPAI"
mana dan/boleh balun pulun hentam janji ayat tunggang apa saja bila berbangkit janji di capati jawapannya perlu konsensus baru berkuasa & , &, & & kah kah kah dulu cakap janji mcm2 ,x boleh buat nak buat mcmana x x berkuasa kih kih kih ha hu hi!
Unknown commented on
"DENGAR APA KATA BEKAS KUPAI"
Kadangkala bila tengok muka-muka ini semuanya kategori sama, yang cakap sekarang dulu perangai sama, dulu baik sekarang jahat, dulu jahat sekarang baik? Semuanya melihat dari kacamata sendiri mementingkan diri apabila berkuasa lupa segala ilmu dunia akhirat kah kah kah yang terutama taksub kuasa sampai berjalan atas langit, sekelip mata semua boleh hilangkan diri kah kah kah
WAJIB BELAJAR DARI INDONESIA
BELAJARLAH
KAMU WALAUPUN
SAMPAI
KE NEGERI JAWA
AMIN
Unknown commented on
"BILA BELI BARANG
KITA SEMUA BAYAR CUKAI"
yang kaya raya kroni tokey2 pasaraya dapat biliun2... kita dapat cuma dapat seratus ringgit. nak beli pun kena berbaris.. baris punya baris.. keluar tangan kosong.. server jemm.. keluar rumah je dah kena tol, bayar duit minyak kurang rm10 dah habis... maDAPni celaka... kah kah kah
KES ISAP PELIR NAK DI TANGGUH ?
Rayuan Anwar terhadap saman Yusoff Rawther didengar tahun depan
Rayuan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam saman sivil yang difailkan terhadapnya oleh Yusoff Rawther berhubung dakwaan serangan seksual, ditetapkan untuk didengar di Mahkamah Rayuan pada 4 Mac 2026.
Tarikh itu ditetapkan selepas pengurusan kes dijalankan melalui e-Semakan di hadapan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan hari ini.
Peguam Yusoff, Rafique Rashid Ali berkata, pengurusan kes ditetapkan pada 19 Februari 2026.
Menurut peguam Yusoff, Rafique Rashid, pasukan peguam Anwar memohon untuk memasukkan dokumen tambahan yang tidak dirujuk dalam permohonan Mahkamah Tinggi Anwar sebelum ini untuk merujuk persoalan undang-undang, tetapi ia dibantah keras oleh peguam responden.
Rafique berkata mereka berulang kali memohon agar tarikh pendengaran rayuan ditetapkan lebih awal, dengan mengambil kira cadangan hakim yang mendengar permohonan untuk penangguhan prosiding pada 21 Julai 2025.
Peguam perayu pula katanya, berkata mereka tidak dapat hadir pada tarikh lebih awal manakala mahkamah memaklumkan tarikh pendengaran terawal yang tersedia adalah pada Januari, Februari, atau Mac 2026.
“Pihak responden baru sahaja mengarahkan kami untuk menulis kepada presiden Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan tarikh pendengaran rayuan lebih awal, memandangkan kes ini merupakan kes berkepentingan awam,” katanya.
Pada 21 Julai, Anwar memperoleh penangguhan sementara dalam saman sivil yang difailkan terhadapnya oleh bekas pembantunya Yusoff, selepas Mahkamah Rayuan memberikan penangguhan prosiding.
Panel tiga anggota diketuai hakim Che Ruzima Ghazali berkata penangguhan harus diberikan kerana wujud keadaan istimewa, sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk lapan persoalan perlembagaan.
Pada 10 Jun, Mahkamah Rayuan mengeluarkan penangguhan sementara ke atas semua prosiding dalam saman sivil itu, yang Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual pada 2018.
Keputusan pada Julai seterusnya dibuat selepas keputusan panel sebelum ini untuk membenarkan permohonan Anwar untuk mendapatkan penangguhan sementara menunggu keputusan mendapatkan penangguhan penuh.
Pada 4 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar untuk menangguhkan saman sivil oleh Yusoff atas dakwaan serangan seksual.
Hakim Roz Mawar Rozain mendapati dakwaan Anwar mengenai kekebalan dan potensi kemudaratan kepada fungsi eksekutifnya tidak mempunyai asas perlembagaan, serta menekankan bahawa semua individu adalah sama di sisi undang-undang
ANWAR IBRAHIM
SENGAJA NAK
LAMBATKAN
KES GANGGUN
SEKSUAL
AMIN
INILAH CARA
UNTUK TUTUP
KES INI DARI
DI KETAHUI UMUM
AMIN
LAMBAT LAMBAT
HINNGA RAKYAT
LUPA
KHALAS
INI KERJA MENANTU JENERAL SUHARTO
20 hilang sejak protes besar-besaran tercetus di Indonesia
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 20 individu dilaporkan hilang dalam siri protes besar-besaran yang melanda Indonesia sejak 25 Ogos lalu.
Protes itu tercetus susulan elaun mewah wakil rakyat dan kemarahan terhadap polis.
Menurut Suruhanjaya bagi Orang Hilang dan Mangsa Keganasan (KontraS), semua yang hilang itu dilaporkan di bandar Bandung, Depok serta bandar pentadbiran Jakarta Pusat, Jakarta Timur dan Jakarta Utara, dengan satu insiden berlaku di lokasi tidak diketahui."
"Sehingga 1 September, terdapat 23 laporan orang hilang. Selepas proses pencarian dan pengesahan, 20 orang masih belum ditemui," kata kumpulan itu melalui satu kenyataan.
Sekurang-kurangnya enam terbunuh sejak protes meletus minggu lalu, diperhebatkan dengan penyebaran rakaman pembunuhan seorang pekerja e-hailing oleh unit polis separa tentera.
Bagaimanapun, polis belum memberi maklum balas terhadap permintaan komen AFP.
Polis Metropolitan Jakarta menahan 1,240 individu yang dipercayai terbabit dalam rusuhan yang berlangsung di sekitar bandar raya itu sejak 25 Ogos lalu.
Ketua Polis Metropolitan Jakarta, Inspektor Jeneral Asep Edi Suheri, berkata dalam tempoh itu, pihaknya sudah menahan 1,240 individu.
Semalam, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa siasatan terhadap dakwaan penggunaan kekerasan yang tidak seimbang dalam protes.
"Kami mengikuti dengan dekat rentetan keganasan di Indonesia dalam konteks protes besar-besaran berhubung elaun parlimen, langkah penjimatan, serta dakwaan penggunaan kekerasan yang tidak perlu atau berlebihan oleh pasukan keselamatan," kata jurucakap pejabat hak asasi manusia PBB, Ravina Shamdasani.
Pergolakan tercetus di bandar-bandar seluruh negara yang memaksa Presiden, Prabowo Subianto melakukan pusingan U terhadap faedah ahli parlimen.
Ia adalah protes terburuk sejak bekas jeneral itu mengambil alih kuasa 10 bulan lalu. - AFP
KES RAKYAT
HILANG BANYAK
BERLAKU DIZAMAN
JENERAL SUHARTO
AMIN
KERJA
MENGHILANGKAN
RAKYAT DIKENDALI
OLEH MENANTU
JENERAL SUHARTO
YANG BERNAMA
JENERAL PRABOWO
KHALAS
Langgan:
Ulasan (Atom)









