Selasa, 11 November 2025

BERBANGGALAH JADI MELAYU YANG KURUS SLIM


BERBANGGALAH

JADI MELAYU KURUS

LANGSING  KIUT

JAMBU CUN 

BERGETAH

AMIN

JEBAT MUNCUL KEMBALI



JEBAT 

MUNCUL KEMBALI

AMIN

KANG KONG GEMOK TIDAK DI YAKINI


KANG KONG

BERBADAN

 MONTOK

TAK RAMAI YANG PERCAYA PADA KANG KONG INI
DARI ILMU SEMIOTIK
BADAN YANG GEMOK MONTOK
TIDAK AKAN DI PERCAYAI
CONTOH ROSMAH MANSOR

BADAN GEMOK MONTOK
MENJADIKAN  APA SAJA
KANG KONG INI CAKAP
AKAN JADI BAHAN LAWAK

HOLYWOODD TELAH MEMBINGKAI
SAPA YANG GEMOK HOTOK
ADALAH PELAWAK  DAN
KURANG DI YAKINI
KHALAS

ANWAR TERUS DI TUDUN AJEN AMERIKA


KELAS PEMERENTAH

INDONESIA PUN

TIBAI MADAFAKA

KAH KAH KAH

KHALAS

AJARAN SESAT ?



Ajaran sesat, umat Islam jangan terpedaya kumpulan dakwa ada keistimewaan agama – Menteri


KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong penuh tindakan tegas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam penahanan sekumpulan individu yang dikaitkan dengan ajaran dikenali sebagai Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Mohd Na’im Mokhtar berkata, tindakan itu bertujuan mengekang penyebaran fahaman dan amalan yang didapati menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tegas beliau, isu berkaitan penyimpangan akidah bukan sekadar isu penguatkuasaan tetapi juga pemeliharaan kesucian Islam dan keselamatan akidah umat.

Sehubungan itu kerjasama erat antara JAKIM dan jabatan agama Islam negeri-negeri akan terus diperkukuh bagi memastikan tindakan yang selaras dan bersepadu dapat dilaksanakan.

Dalam masa sama, beliau menyeru umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu atau kumpulan yang mendakwa mempunyai keistimewaan agama tertentu atau membawa ajaran luar kebiasaan.

“Umat Islam juga diseru mendapatkan maklumat dan panduan daripada pihak berkuasa agama sebelum menyertai mana-mana kumpulan keagamaan dan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan aktiviti mencurigakan yang boleh mengancam akidah masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Na’im, kerajaan akan terus memperkukuh pendekatan dakwah, pendidikan dan penguatkuasaan bagi memastikan umat Islam di Malaysia kekal berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sahih, berpaksikan al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias.

“Semoga usaha bersama ini menjadi benteng kepada umat Islam daripada terjebak dengan ajaran yang menyeleweng serta memelihara keharmonian ummah di negara ini,” katanya.

Terdahulu media melaporkan JAIP menahan ketua dan tujuh pengikut kumpulan ‘Jemaah Nur Ahmad Istana Pelangi’ kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan ajaran sesat.

Pengarah JAIP,  Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, mereka ditahan hasil serbuan di bekas gudang perabot yang dijadikan tempat tinggal di Kampung Sungai Putat, di Pulau Tawar, Jerantut, jam 2.30 petang, Jumaat lalu. –

SEMUA AJARAN

SESAT ADALAH

BETUL

AMIN

SEMUA AJARAN

BETUL ADALAH

SESAT

AMIN

TANYA PENGANUT

SEMUA KLIM BETUL

TAK SESAT

AMIN

SAPA PENENTU

SESAT BETUL ?

AMIN

JAWABNYA MUDAH

SAPA ADA KUASA

AKAN TENTUKAN

SESAT - BETUL

KHALAS

SYABAS TERANGGANU !!!


Terengganu sedia 851 PPS hadapi Monsun Timur Laut


KUALA TERENGGANU: Sebanyak 851 pusat pemindahan sementara (PPS) disiapkan sebagai persediaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, berkata PPS berkenaan dijangka mampu menampung sekitar 214,392 mangsa banjir.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar (Pengurusan Bencana) negeri berkata semua PPS sudah dilengkapi dengan keperluan dan akan diaktifkan sebaik mangsa banjir dipindahkan.

"Di Kuala Terengganu kita ada 30 buah PPS, Kuala Nerus (39), Marang (61), Dungun (107), Kemaman (99), Hulu Terengganu (162), Setiu (104) dan Besut (249).

"Jumlah keseluruhan peruntukan disediakan sebanyak RM4.1 juta iaitu RM2.8 juta dari kerajaan pusat dan RM1.3 juta oleh kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Selain itu, Hanafiah berkata sebagai persediaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu juga sudah melaksanakan kerja pembersihan serta penyelenggaraan sistem saliran sepanjang kira-kira 1,200 kilometer di seluruh negeri.

Menurut beliau, ia termasuk pembersihan sungai dan tali air bagi melancarkan aliran sekiranya berlaku hujan lebat, pembuangan kelodak, sampah dan tumbuhan liar.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu Kolonel Pertahanan Awam (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin ketika dihubungi Bernama berkata sebanyak 800 termasuk pegawai dan anggota sedia dikerah untuk kerja memindah dan menyelamat mangsa banjir.

"Kita juga sudah siap siaga dengan pelbagai aset termasuk 63 bot pelbagai jenis, 13 lori dan 300 helai jaket keselamatan.

"Semua aset berada dalam keadaan baik dan selesai diselenggara Oktober lepas," katanya. – BERNAMA

INI  TEPAT BENAR

DAN BETUL

AMIN

TENGKUJUH 

SAMPAI TIAP

 TAHUN

AMIN

KUMPUL 

PENGALAMAN

DAN BERSEDIA

AWAL

AMIN

INI CONTOH

KERAJAAN BIJAK

KHALAS

MANUSIA SELALU LUPA !!!


MANUSIA LUPA

BILA BUMI KERING

DOLAR DAN EMAS

TIDAK BERMAKNA

KHALAS


Unknown commented on
 "PAGI INI"


Tengok saja kawasan hutan berdekatan tol plaza Duta itu sekejap, dulu masuk KL hijau berseri, sekarang dipenuhi hutan batu, kondo tinggi, sebelah bukit semuanya diratah ditarah, jadi tak payahlah pergi ke Brazil untuk mendapatkan keputusan, tengok sekeliling kita sudah tahu apa makna kemusnahan alam sekitar, ditambah kerana orang-orang politik kita nak buat duit pelbagai projek dijalankan, 

kemusnahan berterusan, semuanya atas nama pembangunan kepala hotak mereka, buat projek untuk komisen woit, memang tak boleh buat apa-apa lagi, inilah jalan menuju kemusnahan, tunggu masa nak tengok berapa harta nak dibawa ke lubang kubur kalau ada nanti lubang tertinggal kah kah kah

YANG BODOH JADI PEMIMPIN

 


INI KEBENARAN

KITA BIARKAN

YANG BODOH

MEMIMPIN KITA

KHALAS

Unknown commented on 

"SHUT THE FAK UP !!!"


Buat video buat kutuk buat tohmahan senang, tengok report card ahli-ahli berhormat kita dahulu, siapa hadir siapa tidak hadir parlimen, lihat prestasi lihat kelayakan lihat kemampuan bukan semua berpakaian jubah kopiah alim ulama, kita kena ubah persepsi, cari yang boleh membawa masalah rakyat kepada parlimen, sebab itulah ada ahli parlimen pun kan? 

Yang bersorak yang bodoh yang dayus yang ponteng yang MC selalu, yang kencing yang menipu yang slack buang terus, bagi peluang kepada orang baru bagi peluang kepada golongan muda, yang tua bangka Belitung sila buang, tidak guna sambung tidak guna memikul biawak komodo lagi kah kah kah


Unknown commented on 

"SHUT THE FAK UP !!!"


Kalau ada masa tengok saja siaran langsung parlimen, ramai pelawak ramai bodoh ramai bangang yang tidak boleh bertanya soalan secara berhemah, asyik bergaduh bertikam lidah sampai berita nak disampaikan pun jadi huru hara,

tiada perdebatan ilmiah tiada ulasan yang konkrit tiada ilmu tinggi asyik cakap bodoh, cakap lawak, tiada pun kesedaran sosial civic kah kah kah lagi baik tengok siaran sebagai hiburan komidi diteruskan

PROJEK KOBID DILANCARKAN SEKALI LAGI




COVID-19 menular di seluruh Finland dengan 200 kes setiap minggu


ISTANBUL: Finland kini mencatat peningkatan kes COVID-19 dengan 200 kes disahkan setiap minggu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik penyiar Yle pada Isnin.

Seorang pakar daripada Institut Kesihatan dan Kebajikan (THL) berkata jumlah kes meningkat pada musim luruh, dengan kira-kira 200 kes disahkan melalui ujian makmal setiap minggu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

"Ini ialah kes yang disahkan melalui ujian makmal dan hanya sebahagian kecil daripada jumlah jangkitan sebenar. Kebanyakan individu yang dijangkiti (COVID-19) berada di rumah.

"Boleh dikatakan jangkitan koronavirus sedang menular di seluruh negara," kata Niina Ikonen.

Namun, musim luruh tahun ini mencatatkan jumlah kes yang lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lalu, apabila kira-kira 1,000 kes disahkan melalui ujian makmal setiap minggu.

Sementara itu, Kanada kini kehilangan status bebas campak susulan lebih 5,100 kes campak disahkan setakat Oktober 2025 termasuk dua kematian, dengan 88 peratus daripadanya membabitkan individu tidak divaksin.

Negara itu juga gagal membendung penularan virus berkenaan selama lebih 12 bulan berturut-turut, menurut Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) pada Isnin.

Ia menandakan kemunduran besar dalam usaha kesihatan awam negara itu, yang mendorong pihak berkuasa meningkatkan kadar vaksinasi MMR kepada sekurang-kurangnya 95 peratus penduduk.

Amerika Syarikat (AS) juga berisiko kehilangan status bebas campak jika gagal mengawal wabak yang merebak, dengan kes berkaitan dilaporkan di beberapa negeri seperti Utah, Arizona, dan Carolina Selatan, menunjukkan pola penularan yang serupa dengan Kanada.

Keputusan ini menandakan kemunduran besar dalam usaha kesihatan awam negara itu, yang sebelum ini diiktiraf bebas daripada penyakit berjangkit itu sejak 1998.

AS kini berada di ambang kehilangan status bebas campak jika gagal menghentikan wabak yang sedang merebak menjelang Januari 2026.

Kes berkaitan telah dilaporkan di Utah, Arizona dan Carolina Selatan, menunjukkan pola penularan yang serupa dengan Kanada.

PAHO turut menyatakan bahawa kehilangan status Kanada memberi kesan kepada keseluruhan rantau Amerika, walaupun negara lain masih mengekalkan pengiktirafan bebas campak secara individu.

Selain itu, pihak berkuasa Republik Ireland telah mengesahkan satu lagi wabak selesema burung (avian influenza) di sebuah ladang ayam belanda komersial berhampiran Clontibret, County Monaghan, hanya satu batu dari sempadan dengan County Armagh di Ireland Utara.

Kedua-dua Republik Ireland dan Ireland Utara mengambil langkah proaktif seperti langkah biosekuriti ketat dan menutup ladang unggas secara mandatori bagi mengelakkan penularan virus HPAI yang boleh memberi kesan besar kepada industri ternakan unggas.

Menteri Pertanian, Makanan dan Marin Republik Ireland, Martin Heydon, berkata kawasan perlindungan sejauh tiga kilometer dan zon pengawasan sejauh 10 kilometer telah diwujudkan mengikut undang-undang nasional dan EU bagi mengawal penularan virus itu.

Ia adalah wabak ketiga yang disahkan di ladang ayam belanda dalam tempoh kurang seminggu, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penternak dan penduduk tempatan.

Di Ireland Utara, enam wabak telah dilaporkan sejak awal tahun, termasuk pelupusan besar-besaran ayam dan ayam belanda di County Tyrone dan County Fermanagh.

Jabatan Pertanian, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Luar Bandar (DAERA) telah mengeluarkan arahan mandatori untuk menempatkan semua unggas secara tertutup bagi mengelakkan jangkitan daripada burung liar.

Pihak berkuasa menyeru kerjasama penuh daripada penternak dan masyarakat bagi mengekang penularan virus HPAI yang sangat mudah berjangkit dan boleh memberi kesan besar kepada industri ternakan unggas. AGENSI


EKONOMI

AMERIKA EROPAH

MEROSOT

AMIN

PERANG TAK

HENTI HENTI

AMIN

MAKA VIRUS

KOBID 19

DILEPASKAN

SEKALI LAGI

AMIN

TUJUAN UNTUK

KONTROL DUNIA

KHALAS

NIKMATI HARIMAU SEJUK DI PANAS TERIK


GUA BELUM

PERNAH 

ISAP GAM

AMIN

APAKAH SAMA

NIKMAT SEPERTI

MINUM HARIMAU

DON PERIGNON

BLACK LABEL

AMIN

SAJE TANYA

KALAU NAK

BELANJA SILA

PELAWA

KHALAS

Unknown commented on 
"PUSAT PENIPUAN 
SIBER DI ROBOH !"

robohkan brickfield sekali. sandiwara air mata isham masa dia syok isap gam basikal. kah kah kah!

MARI BERSEHAT

 


MARI BERSEHAT

AMIN

JANGAN ANGKUH DAN SOMBONG


DALAM HIDUP

JANGAN ANGKUH

DAN SOMBONG 

WALAU PUN 

BERKUASA

AMIN


Unknown commented on 
"LEMBU SABAH DI CUCUK HIDUNG"

Politik memang begitu, kena pilih orang yang sanggup cium tangan, sanggup setia sanggup menjual diri sendiri, apapun taufan melanda Filipina sampai lingkup, sekejap boleh sampai kalau dianugerahkan Allah SWT, apapun jangan terlalu ego jangan terlalu mengatur rencana segala ilmu dunia kah kah kah 

sedar diri sendiri dahulu, dulu banduan sekarang PM, esok lusa entah, terlalu taksub dengan kuasa majoriti bangsa agama lingkup cepat kah kah kah

KENALI SIAPA ANWAR IBRAHIM


KENALI SIAPA

ANWAR IBRAHIM

KHALAS



JIKA ANWAR TERUS BERKUASA MALAYSIA AKAN PECAH



JIKA ANWAR

TERUS BERKUASA

MALAYSIA AKAN PECAH

KHALAS

TANAH MELAYU JADI TANAH JAJAHAN AMERIKA



Duta AS diselar 'kurang ajar' selepas kerajaan Anwar diberi amaran jangan langgar garis merah

Pakar ekonomi Muhammed Abdul Khalid berkata duta Amerika Syarikat ke Malaysia melanggar batas diplomatik apabila membayangkan akan ada kesan sekiranya Putrajaya meneruskan permohonan menganggotai blok BRICS susulan sebuah perjanjian kontroversi yang dimeterai bersama Washington pada 26 Oktober lalu.

Menurutnya, kenyataan Duta Besar AS Edgard D Kagan itu mengesahkan Washington berhak menentukan hala tuju Malaysia berdasarkan perjanjian timbal balik AS–Malaysia yang kini berdepan kecaman orang ramai.

"Dalam perjanjian ini, kalau kita nak masuk perjanjian dagang lain, kita tak boleh merisikokan kepentingan AS. Jika kita nak masuk BRICS, kena tanya AS.

"Ataupun nak jadi ahli BRICS, kena tanya AS. Nak buat rundingan perjanjian dengan EU, kita kena tanya AS. Itu yang kita kata tindakan ini sudah melampaui batas, sampai ada yang kata negara ini dihina dan dipijak sesuka hati," katanya dalam podcast Tiger Show baru-baru ini.

BRICS merupakan blok ekonomi yang asalnya dibentuk oleh Brazil, Rusia, India dan China, di mana Malaysia turut memohon menjadi anggota. Meskipun BRICS dilihat persaingan hebat kepada negara-negara barat khususnya AS, keahlian dalam BRICS bakal membuka pasaran luas untuk negara berdagang seperti Malaysia.

Kagan baru-baru ini menegaskan kemakmuran jangka panjang Malaysia kekal berpaksikan rantaian bekalan Barat, sambil menyambut baik perjanjian ditandatangani Perdana Menteri Anwar Ibrahim bersama Presiden Donald Trump di Kuala Lumpur.

Di sebalik bantahan semakin lantang terhadap perjanjian itu yang disifatkan ramai pihak sebagai menggadaikan kedaulatan negara dan hak Malaysia menentukan dasar perdagangannya, Kagan berkata Washington menghormati hak kedaulatan tetapi "menetapkan beberapa garis merah dan akibatnya jika dilanggar".

Kagan juga dilaporkan berkata penyertaan Malaysia dalam BRICS tidak seharusnya bercanggah dengan hubungan ekonomi kukuhnya dengan AS.

Antara komitmen Malaysia dalam perjanjian dengan AS itu termasuk janji untuk membekalkan sumber mineral tanpa had kepada AS, melonggarkan sekatan terhadap produk Amerika, serta menerima piawaian pengguna AS bagi sektor makanan dan farmaseutikal.

Baca: Belum pernah seorang PM atau menteri Miti serah kedaulatan, jadikan Malaysia 'pak turut', kata pakar

Ia juga menetapkan bahawa jika Washington mengenakan sekatan atau tarif terhadap mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan negara, Malaysia juga perlu turut mematuhinya.

Muhammed berkata syarat tersebut menjejaskan dasar bebas Malaysia dalam hubungan antarabangsa dan menggugat kepercayaan rakan dagang utama seperti China.

"China pun banyak melabur di sini. Kita sejak dahulu lagi merupakan negara dagang  dari zaman Melaka sampai sekarang. Kita selalu berdagang dengan semua pihak dan tidak pernah memihak kepada mana-mana kuasa.

"Tapi sekarang, macam mana kita nak kekal di tengah-tengah kalau kita sudah ambil sisi? Kawan yang satu lagi itu (China) jauh lebih besar, lebih kaya, dan lebih berpengaruh di rantau ini berbanding Amerika.

"Kalau China nampak kita dah belah sana, apa mereka akan buat? Mereka takkan percaya lagi pada kita," tambahnya.

"Sebab itu duta Amerika berani bercakap dengan lantang, sampai berani kata 'be careful who you choose'."

Dalam podcast yang sama, seorang wakil Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM)  turut mengecam Kagan.

Yazid Othman, felo kanan MTEM, berkata kenyataan "kurang ajar" Kagan "sedikit sebanyak menggambarkan apa yang mereka rasa tentang diri mereka terhadap Malaysia". 

"Walaupun perjanjian itu belum aktif, kenyataan seperti ini menzahirkan semangat sebenar perjanjian timbal balik," katanya.

Tegasnya, amaran seperti itu tidak sepatutnya diterima mana-mana negara berdaulat.

"Sejak bila maruah kita diperkotak-katikkan begini? Itu hak kita. Kita nak berniaga dengan siapa pun, itu hak kita. China pun tak pernah paksa kita," katanya.

Yazid berkata Malaysia sepatutnya mengekalkan dasar diplomasi seimbang yang selama ini membolehkan negara bekerjasama dengan semua pihak tanpa tunduk kepada mana-mana kuasa besar.

"Inilah seni diplomasi yang kita banggakan  Malaysia mampu bekerjasama dengan semua pihak. Kita pernah menjadi suara utama dunia ketiga, memimpin OIC, menggerakkan Asean, dan menjalin hubungan rapat dengan China sejak 1970-an, waktu negara itu masih dianggap komunis dan dihina oleh Barat."



PERJANJIAN

ANWAR TRUMP

JADIKAN

TANAH MELAYU

TANAH JAJAHAN

AMERIKA

AMIN

SELAMATKAN

MALAYSIA 

HUMBANKAN

ANWAR IBRAHIM

KHALAS

SHUT THE FAK UP !!!



SHUT THE FAK UP

KAH KAH KAH

AMIN

PUSAT PENIPUAN SIBER DI ROBOH !



150 bangunan pusat penipuan siber dirobohkan junta Myanmar


YANGON: Tentera Myanmar memaklumkan telah merobohkan hampir 150 bangunan dalam operasi membanteras pusat penipuan internet terkenal berhampiran sempadan Thailand termasuk sebuah gimnasium, spa dan pusat karaoke.

Pusat penipuan itu berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar yang porak-peranda dan kurang dikawal, menempatkan pekerja menyasarkan pengguna internet yang diperdaya melalui penipuan cinta dan perniagaan bernilai puluhan bilion dolar setiap tahun.

Ramai pekerja ditipu dan dipaksa bekerja di pusat penipuan dalam talian itu, tetapi ada juga yang pergi atas kehendak sendiri, di mana mereka yang memperoleh habuan lumayan dan ketua sindiket hidup dalam kemewahan.

Bulan lalu, tentera Myanmar mengumumkan serbuan ke atas pusat penipuan terkenal, KK Park, dan berjaya menemui lebih 2,000 anggota sindiket selain menyebabkan 1,500 orang melarikan diri ke Thailand.

Dalam laporan terkini akhbar rasmi kerajaan The Global New Light of Myanmar, junta berkata ia menemui 148 bangunan termasuk asrama, sebuah hospital empat tingkat dan kompleks karaoke dua tingkat.

"Sebanyak 101 bangunan telah dirobohkan, manakala 47 bangunan lagi sedang dalam proses," lapor akhbar itu.

Setakat ini, AFP tidak dapat mengesahkan dakwaan itu, tetapi penduduk tempatan di Myanmar dan di seberang sempadan di Thailand melaporkan terdengar bunyi berbalas letupan sejak serbuan tentera Myanmar bermula.

Pakar berkata serbuan junta itu kemungkinan terhad, dirancang rapi dan disengajakan dihebahkan kerana tentera cuba menyeimbangkan tekanan antarabangsa untuk membanteras pusat penipuan tanpa terlalu menjejaskan keuntungan.

China adalah penyokong ketenteraan utama junta, tetapi penganalisis berkata Beijing kini semakin marah dengan penipuan meluas yang menyasarkan dan merekrut warga negaranya.

Namun, menurut pemerhati, tindakan terlalu keras boleh mengurangkan keuntungan yang membiayai keperluan kumpulan bersenjata (militia) yang menjadi sekutu utama junta dalam perang saudara melanda negara itu sejak rampasan kuasa 2021.

Pada Februari lalu, satu tindakan mendesak yang dipimpin China menyaksikan kira-kira 7,000 pekerja penipuan dihantar kembali ke negara asal dalam perpindahan besar-besaran yang mendapat liputan meluas di Myanmar.

Sementara itu, Thailand melaksanakan blok internet merentas sempadan bagi membendung operasi pusat penipuan itu.

Tentera Myanmar mengumumkan serbuan awal ke atas KK Park pada 19 Oktober selepas siasatan AFP mendapati pusat-pusat termasuk KK Park berkembang walaupun terdapat serbuan.

Malah, penerima internet satelit Starlink dipasang secara besar-besaran untuk mengatasi pemotongan internet oleh Thailand.

Selepas siasatan AFP, syarikat induk Starlink, SpaceX, berkata pihaknya telah memutuskan isyarat kepada 2,500 terminal internet satelit di kawasan berhampiran yang disyaki premis operasi pusat penipuan Myanmar. - AFP

APAKAH INI

BETUL BERLAKU

ATAU HANYA

TEATER

AMIN

ASKAR MYANMAR

CARI  DANA DARI

PENIPUAN INI

AMIN

ASKAR SIAM

PUN  DAPAT

BAYARAN

AMIN

INI MASALAH

ASEAN LEBIH

BESAR DARI

PERANG SEMPADAN

KHALAS