Jumaat, 31 Oktober 2025
TENTERA ISRAEL TEMBAK MATI SOLDADU PERANCIS
TENTERA ZIONIS
TEMBAK MATI
SOLDADU PERANCIS
DI SELATAN LEBANON
AMINH
PERJANJIAN SETAN BESAR DENGAN MADAFAKA TERUS DI TENTANG
PERJANJIAN SETAN BESAR DENGAN
MADAFAKA TERUS
DI TENTANG
KHALAS
MADAFAKA ANWAR IBRAHIM GADAI NEGARA PADA ZIONIS AMERIKA
Menyerah
kemerdekaan
SAYA tak pernah fikir yang saya akan hidup untuk menyaksi bagaimana pemimpin Malaysia sanggup serah kemerdekaan kita hanya untuk nampak hebat buat beberapa minit dan di usap kepala oleh pemimpin asing.
2. Tapi ini yang berlaku, dan kini kita terpaksa tunduk pada kehendak Amerika Syarikat dalam hampir semua urusan perdagangan dan ekonomi kita. Ternampak yang kita telah serah kedaulatan kita.
3. Pada tahun 1957 ketika berjuang untuk kemerdekaan, kita berusaha untuk tentukan nasib kita dan di tahun-tahun berikutnya, kita bekerja keras untuk menghapus segala bentuk pengaruh asing ke atas negara kita, terutama dalam perdagangan dan ekonomi.
4. Tentu rakyat Malaysia masih ingat Dawn Raid dan Buy British Last sebagai contoh keazaman kita pertahan kemerdekaan dan keengganan kita untuk ikut telunjuk kuasa asing kerana kita negara merdeka dan kita sangup mati untuk pertahankan kedaulatan kita.
5. Malangnya, dalam perdagangan timbal balik antara Amerika Syarikat dan Malaysia, kita telah korbankan kemerdekaan kita dengan membenarkan Amerika mengenakan kehendaknya ke atas kita.
6. Apa yang kita saksikan bukanlah satu perkongsian, jauh sekali timbal balik.
7. Ia penyerahan kebebasan ekonomi yang kita bina dan telah pertahankan dengan susah payah.
8. Kita setuju beli kapal terbang, gas dan mesin mereka, patuh pada peraturan digital mereka, benar mereka nikmati hasil mineral nadir bumi kita, buka pasaran kita ikut syarat mereka, dan patuh pada syarat mereka tentang dengan siapa kita boleh atau tidak boleh berniaga.
9. Semua ini hanya untuk secebis pelepasan tarif.
10. Benar ada 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, tapi dari awal lagi terdapat syarat yang jelas menjerut kemerdekaan Malaysia, kenapa mesti kita setuju perjanjian itu?
11. Dan walau ada 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆, bolehkah kita percaya yang Amerika Syarikat akan mudah setuju untuk batal?
12. Jika kerajaan gunakan 𝒆𝒙𝒊𝒕 𝒄𝒍𝒂𝒖𝒔𝒆 untuk lepaskan diri dari perjanjian berat sebelah, jelas bahawa kerajaan ini tidak tahu bagaimana untuk berunding dengan baik sejak awal lagi.
13. Inilah penjajahan baru (neo-kolonialisme) yang pemimpin-pemimpin serantau sebut sejak dari zaman awal kemerdekaan dulu.
14. Berhentilah guna istilah perdagangan dan kerjasama, atau berdiplomasi — akuilah yang anda telah perdagangkan kemerdekaan negara kita kerana anda tidak berani dan terlalu ingin senangkan hati kuasa asing.
15. Dan kuasa itu pula ialah pihak yang menyokong dan melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
TIDAK ADA
JALAN LAIN
BERSATU
GULINGKAN
ANWAR IBRAHIM
KHALAS
PANDANGAN PAKAR EKONOMI - WAJIB BACA
Belum pernah seorang PM atau menteri Miti serah kedaulatan, jadikan Malaysia 'pak turut', kata pakar
balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat sebagai satu bentuk "penyerahan kedaulatan negara" yang tidak berbeza dengan zaman penjajahan di mana raja-raja Melayu dipaksa menerima "nasihat" residen British.
"Jika ini bukan penyerahan kepada kuasa asing, maka apa lagi,” soal ahli ekonomi dan bekas penasihat ekonomi negara, Muhammed A Khalid, dalam sebuah analisis mengenai perjanjian itu yang diterbitkan Malaysiakini.
Ia ketika pentadbiran Anwar Ibrahim berdepan bantahan semakin meningkat terhadap perjanjian yang dimeterainya bersama Presiden Donald Trump pada 26 Oktober.
Muhammed mempersoalkan sama ada wujud "musuh dalam selimut" yang menghasilkan perjanjian itu sehingga melucutkan hak Malaysia menentukan dasar sendiri dan tunduk kepada kepentingan geopolitik AS.
"Jelas, perjanjian ini menggadai kedaulatan pada harga yang sangat murah. Persoalannya, mengapa dengan mudah menyerah diri?" tulis Muhammed , yang juga seorang Felo di World Inequality Lab di Paris School of Economics.
"Adakah ada musuh dalam selimut dalam kalangan kita?" soalnya.
Muhammed berkata sejak merdeka, tidak pernah berlaku seorang perdana menteri mahupun menteri perdagangan, tidak kira dari mana-mana parti, yang "melutut dan memohon kebenaran untuk membuat dasar sendiri daripada negara asing".
“Ini bukan perjanjian perdagangan, ia adalah penyerahan kepada sebuah hegemon," tulisnya.
Butiran mengejutkan dalam perjanjian itu mula didedahkan di media sosial dan giat dibincang oleh penganalisis ekonomi, sejurus selepas Anwar bergambar bersama Trump sambil menunjukan dokuman yang ditandatangani dan cuba berseloroh dengan presiden AS itu yang menghadiahkannya sebatang pen rasmi dari White House.
Di sebalik kempen media kerajaan mempromosikan perjanjian itu sebagai kejayaannya berunding mendapatkan kadar tarif lebih rendah daripada Trump ke atas barangan Malaysia, orang ramai meluahkan rasa marah di media sosial apabila butiran perjanjian menunjukkan ia mengikat dasar ekonomi, luar negara dan keselamatan negara kepada kepentingan unilateral AS, di samping melucutkan kedaulatan Malaysia dan kuasa kawal selianya.
Antara yang menjadi titik kemarahan awam ialah peruntukan yang mewajibkan Malaysia menjadi pemain langsung dalam sebarang konflik ekonomi melibatkan AS.
Menurut peruntukan itu, sekiranya Washington mengenakan sekatan atau tarif ke atas mana-mana negara ketiga atas alasan keselamatan negara, Malaysia "hendaklah mengambil atau memastikan tindakan yang mempunyai kesan sama", seterusnya menamatkan dasar Malaysia untuk tidak bersekutu.
Perjanjian itu juga akan menyaksikan pemindahan kekayaan besar-besaran dari Malaysia ke AS secara sehala sebanyak AS$220 bilion dalam bentuk pelaburan di AS dan pembelian barangan AS oleh syarikat multinasional Malaysia.
Muhammed menyenaraikan beberapa kebimbangannya terhadap perjanjian itu yang menurutnya meberikan faedah terlalu kecil kepada Malaysia.
Sebagai contoh, hanya 12% daripada barangan Malaysia bernilai kira-kira AS$5 bilion (RM21 bilion) bakal menikmati kadar tarif sifar.
Muhammed mengingatkan bahawa analisis bebas menganggarkan nilai sebenar barangan yang dikecualikan hanyalah AS$1 bilion, iaitu cuma 2.4% daripada jumlah keseluruhan eksport.
"Ini bermakna majoriti produk kita, termasuk barangan berteknologi tinggi, masih dikenakan tarif sehingga 19%. Angka ini sahaja sudah menafikan sepenuhnya dakwaan 'perjanjian terbaik' itu. Sebagai perbandingan, jiran kita Singapura hanya dikenakan tarif 10%," katanya.
Eskport Malaysia sebelum ini rata-rata hanya dikenakan tarif tidak lebih darpada 3%. Bagaimanapun, Trump pada April mengumumkan kadar tarif tinggi terhadap negara-negara yang mengeksport barangan dan perkhidmatan ke AS.
Bagi Malaysia, tarif yang pada awalnya ditetapkan pada 25% kemudian diturunkan kepada 19%, kadar yang akan dikekalkan sekiranya Malaysia mematuhi semua komitmen dalam perjanjian ditandatangani Ahad lalu.
Muhammed berkata kos sebenar perjanjian itu tidak boleh diukur hanya melalui tarif, "tetapi melalui penyerahan kedaulatan negara kita secara terang-terangan".
Katanya, Malaysia menandatangani 16 perjanjian perdagangan bebas (FTA) sejak sekian lama.
"Namun tiada satu pun yang mengandungi peruntukan yang begitu menghina maruah negara seperti perjanjian itu," tulisnya, sambil membuat perbandingan dengan Singapura yang hanya dikenakan tarif purata 10%.
Malaysia jadi 'pak turut'
Muhammed turut menyatakan kebimbangan ramai terhadap Artikel 5.3 dalam perjanjian itu yang memberikan Washington kuasa penuh dalam hubungan dagang masa depan Malaysia, termasuk hak menamatkan perjanjian tersebut jika Malaysia menandatangani FTA dengan negara yang dianggap menjejaskan kepentingan AS.
Klausa itu katanya turut meliputi perjanjian Perdagangan Digital (Artikel 3.3), yang memaksa Malaysia berunding dengan AS sebelum membuat sebarang perjanjian digital baharu dengan negara lain.
"Kedua-dua klausa ini dengan jelas menundukkan strategi ekonomi nasional kita kepada kepentingan geopolitik kuasa asing."
Manakala Artikel 5.1 dalam perjanjian itu, kata Muhammed , menjerumuskan Malaysia sebagai alat kepada dasar luar Washington menjadi "pak turut" dalam sebarang sekatan ekonomi atau keselamatan nasional unilateral AS terhadap negara ketiga.
Begitu juga komitmen Malaysia menyalurkan hampir RM1 trilion pelaburan ke dalam ekonomi AS, termasuk syarat mewajibkan syarikat minyak negara Petronas membeli RM10 bilion gas asli cecair (LNG) setiap tahun dari Amerika.
Ia sesuatu yang "tidak normal dan tidak pernah berlaku" dalam sejarah negara, kata Muhammed .
Selain itu, perjanjian itu turut memberi kesan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) termasuk Tabung Haji, PNB dan KWSP, di samping menutup ruang sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan, tambahnya.
Perjanjian itu juga menyebabkan industri tempatan seperti sektor pembuatan kereta dan pertanian terjejas, di samping kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang menguruskan industri halal, dilemahkan apabia kandungan Annex III Artikel 2.5 membenarkan produk AS menggunakan logo halal oleh badan pensijilan AS.
"Ini adalah model konsensus Washington kuno yang dipertikaikan sejak 35 tahun lalu. Perdana menteri dan menteri perdagangan nampaknya gembira untuk kembali ke masa silam dan berkiblatkan Washington," kata Muhammed .
INI PANDANGAN
PAKAR EKONOMI
AMIN
HABIS NEGARA
TERGADAI HANYA
KERANA MADAFAKA
BERNAMA ANWAR
NAK DI LIHAT
HEBAT
KHALAS
JANGAN HANYA KELUAR AYAT - KELUAR DEMO BARU BETUL
𝐓𝐮𝐤𝐚𝐫 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡
𝐁𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐊𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧
Akhirnya terdedah juga, perjanjian kontroversi antara Malaysia dan Amerika Syarikat disahkan telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri. Kata Menteri, Kabinet lulus “secara dasar”. Namun persoalannya, dasar apa yang dimaksudkan? Dasar kedaulatan negara, atau dasar tunduk kepada kuasa asing?
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat atau pemimpin selain orang beriman…” (Surah Ali ‘Imran: ayat 28)
Ayat ini jelas, umat Islam tidak boleh menyerahkan urusan penting, apatah lagi perjanjian besar, kepada tangan orang kafir yang sentiasa mencari ruang untuk menguasai dan memperdaya.
Klausa 5.1.1 dalam perjanjian itu menunjukkan Malaysia terikat dengan syarat-syarat Amerika, walaupun dikatakan ada ruang rundingan. Dalam bahasa mudah, kita akur, mereka menentukan. Bila Amerika kata lompat, kita pula bertanya: berapa tinggi mahu lompat?
Inikah bentuk kemerdekaan yang kita banggakan? Lebih membimbangkan, perjanjian ini menyentuh sumber bumi, mineral dan nadir bumi, hak milik negeri di bawah payung Raja-Raja Melayu. Soalnya, adakah perkara ini dirujuk dan dibentangkan kepada Majlis Raja-Raja? Adakah Kabinet benar-benar sedar bahawa ini bukan sekadar soal ekonomi, tetapi soal maruah, amanah dan kedaulatan?
Rasulullah SAW telah mengingatkan: “Tidak akan selamat orang yang menyerahkan urusannya kepada musuh agamanya.” (Riwayat Ahmad)
Saya bukan pakar ekonomi, tetapi saya mampu membaca dan memahami isi kandungan perjanjian ini. Sebagai rakyat, saya amat bimbang dengan implikasinya. Apakah tidak wajar perjanjian sebesar ini dibentang dan dinilai terlebih dahulu oleh pakar-pakar ekonomi tempatan?
YB Zafrul berkata beliau boleh menerangkan baris demi baris isi kandungan perjanjian tersebut maka silakan, biarlah rakyat dan ahli ekonomi menilai bersama. Kita sedar bahawa penjajahan moden bukan lagi dengan senjata, tetapi melalui ekonomi, dasar, dan peraturan dagang yang menjerat negara kecil supaya tunduk kepada kuasa besar.
Jangan terkejut jika ini semua hanya muslihat baharu Amerika di bawah pengaruh Trump dan sekutunya, untuk mengawal sumber Asia. Maka mengapa kita masih mahu percaya kepada mereka?
Malaysia mesti kekal merdeka, bukan sekadar pada politik, tetapi juga dari segi jiwa, ekonomi dan prinsip. Kita baru sahaja berhimpun dalam Solidariti Bersama Gaza dan menyambut kehadiran ulama besar seperti Habib Umar.
Namun, tidak sampai setahun, kita berubah arah, daripada menyokong perjuangan Palestin, kini berjinak pula dengan penaja pembunuhan di bumi Gaza. Di mana pendirian kita sebenarnya?
Jika benar Kabinet meluluskan perjanjian ini secara bersama, maka tanggungjawab juga mesti dipikul bersama. Saya berkongsi kebimbangan ini bersama rakyat yang cintakan tanah air, sebelum sejarah menulis bahawa inilah Kabinet yang menyerahkan kedaulatan negara kepada tangan asing.
TULISAN
Haji Rashidi Haris,
Ketua Sekretariat Gabungan Nasionalis
KELUAR AYAT SUCI
TAK SALAH
TAPI TAK JADI
APA-APA
AMIN
KELUAR KE JALAN
PASTI BOLEH
UBAH KEADAAN
KHALAS
PENJAJAHAN BENTUK BARU - KAWAL BENIH
Kawalan Benih Diserah Pada Kepentingan Asing, UPOV Canggah Perlembagaan-NGO
KUALA LUMPUR, 30 Sep 25 — Konvensyen Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan (UPOV) 1991 didakwa perjanjian antarabangsa yang bersifat zalim dan mengancam.
Koordinasi Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) Nurfitri Amir Muhammad mendakwa ia akan mengakibatkan Malaysia menyerahkan kawalan sektor benih kepada kepentingan komersial asing.
Penyertaan konvensyen itu juga katanya bercanggah Perlembagaan kerana menentang amalan tradisi petani untuk menyimpan, menggunakan, bertukar-tukar, dan menjual benih dari hasil tuaian mereka.
“Secara langsung mengancam sumber pendapatan komuniti tempatan dan orang asal yang bergantung pada amalan ini untuk mendapatkan benih dan menghasilkan makanan.
“Perkara 5 dalam Perlembagaan Persekutuan menjamin hak untuk hidup—satu hak yang telah ditafsirkan sebagai merangkumi hak untuk mencari rezeki.
“Perkara 76(2) Perlembagaan juga menyatakan dengan jelas bahawa sebarang undang-undang yang mengatasi undang-undang dan adat anak negeri di Sabah dan Sarawak memerlukan rundingan dengan kerajaan negeri,” katanya.
Perjanjian itu juga katanya akan menyebabkan harga benih menjadi lebih tinggi, meningkatkan risiko biopirasi (pencurian sumber genetik) tempatan, dan menghakis hak-hak petani secara sistematik, termasuk hak orang asal dan komuniti tempatan (IPLC).
Katanya, Malaysia mempunyai peruntukan mencukupi seperti Akta Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan 2004 (Akta PNPV 2004) sedia ada telah mewujudkan keseimbangan yang teliti—ia melindungi hak pembiak baka sambil menjaga kepentingan para petani, orang asal dan komuniti tempatan (IPLC), kepelbagaian biologi, serta hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan.
Melaksanakan UPOV 1991 juga katanya akan menyebabkan undang-undang terpaksa dimansuhkan, seterusnya melenyapkan perlindungan penting dan menjejaskan kedaulatan Malaysia.
“Langkah ini akan menjejaskan dan bercanggah secara langsung dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia serta undang-undang negara yang lain seperti Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017, Akta Biokeselamatan 2007, Enakmen Biodiversiti Sabah, Ordinan Pusat Biodiversiti Sarawak 1997 yang baru dipinda, dan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya lagi. @politiko.my
BENIH PADI
GANDUM JAGUNG
DAN SEMUN BENIH
JADI HAK MILIK
KOMPENI KAPITALIS
SEPERTI MOSANTO
AMIN
NAK TANAM KENA
BELI DARI MEREKA
AMIN
INI PENJAJAHAN
BENTUK BARU
AMIN
SAPA KAWAL
MAKANAN AKAN
KAWAL DUNIA
KHALAS
KILANG KOLONIAL INGGERIS
MCKK DITUBUH
UNTUK LATIH
MELAYU JADI
PEGAWAI INGGERIS
AMIN
TAPI TIDAK SEMUA
JADI BARUA
INGGERIS-AMERIKA
KHALAS
Unknown commented on
"KITA PERLU PEMIMPIN
BIJAK BERFIKIR"
x bijak jelas d lihat kat budak kolej melayu eksekutif madani, montori dari kolej melayu mee ti & x sedar tanah melayu eleek hadhari eleek yang tinggal telur d pegang uncle SAM kah kah kah nanti telur pun eleek !!!
MASAALAH BESAR MUNCUL
MASAALAH BESAR
AKAN MUNCUL
AMIN
JIKA TT JADI PM
SAPA NAK BERI
MAKAN
WARGA HOKKIEN?
AMIN
Unknown commented on
"HAKIM BENGANG -
PEGUAM ANWAR MULA PUTAR ALAM"
Kita usul TT sebagai bakal PM 11 nanti, bijak segala ilmu dunia, bijak berjalan pernah masuk penjara mungkin rasuah belum belajar tetapi jangan risau akan cepat matang dalam hal rasuah,
jadi semua lengkap padu kriteria utama sudah dipenuhi, bekas banduan bekas kolej MCKK, hidup dengan binatang, perangai lebih kurang sama latar belakang sama jadi kita syor TT saja senang, copy paste lagi terbaik amin kah kah kah
BARUA AMERIKA PALING BARUA
MALAYSIA
BOLEH BANGGA
ADA PENCURI
TERBESAR DAN
BARUA AMERIKA
PALING BARUA
DALAM DUNIA
KHALAS
Unknown commented on
"TRUMP PEGANG
DUA TELOR ANWAR"
Bukan setakat telur, teknologi pegang semua, seluruh otak seluruh badan. Tengok saja TikTok, setiap masa buat live, buat roti canai, buat keropok lekor, buat kuih, kacau dodol jadi teknologi sudah lama menguasai otak pemikiran kita semua, tak boleh tak ada teknologi, pasti teknologi milik orang asing yang berjaya kah kah kah,
kita setakat pinjam teknologi orang saja, tak ada dibanggakan tak ada pencapaian sendiri hanya donut terbesar, kuih pau terpanjang kah kah kah ops satu lagi pencuri terhebat dalam dunia memang rekod dipegang oleh Panglima Bugis kita amin apapun terus bersyukur kah kah kah
WARGA KAPIR LAKNAT LEBIH JUJUR IKHLAS LAWAN PEMBUNUH PALESTIN
WARGA KAPIR
LAKNAT MAKAN BABI
LEBIH JUJUR IKHLAS
LAWAN PEMBUNUH
ARAB PALESTIN
KHALAS
TRUMP DAN ZIONIS ISRAEL
TRUMP DAN
ZIONIS ISRAEL
Ketika tulisan ini di garap media arus perdana di Amerika sibuk membincangkan : Apakah Netanyahu dan Isreal di bawah telunjuk Trump dan Amerika. Atau apakah Trump dan Amerika di bawah telunjuk Netanyahu dan Israel.
Apakah Israel negara klien Amerika atau Amerika sendiri yang menjadi klien Israel. Siapa yang menjajah siapa ?
Persoalan ini muncul kerana sesudah Damai 2025 Isreal bukan sahaja telah melanggar persetujuan damai malah Parlimen Israel telah meluluskan dasar baru yang menghalalkan kemasukan pendatang baru Yahudi ke Tebing Barat. Pendatang baru Yahudi ini akan mengambil dan merampas tanah untuk mendirikan penempatan baru ke wilayah Tebing Barat.
Gaza telah berjaya di hancur musnah. Maka projek Isreal seterusnya ialah mengambil Tebing Barat. Ini adalah sebahagian dari projek induk Israel Raya.
Data akhir 2024 dan awal 2025, anggaran jumlah keseluruhan peneroka Yahudi di Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, adalah lebih 700,000 orang. Demografi Tebing Barat sedang di ubah.
Isreal terus merancang untuk memperluas pengambilan tanah milik Palestin di Tebing Barat. Yahudi dari merata pelusuk dunia yang baru sampai terus menjadi warga Israel. Mereka memerlukan tempat tinggal. Jawabnya penempatan pendatang baru Yahudi di Tebing Barat muncul disana sini.
Kemasukan Yahudi baru ke Tebing Barat ini dianggap haram walau pun sentiasa berlaku. Tapi kini telah menjadi dasar.
Keputusan dasar baru – masuk ke Tebing Barat - adalah keputusan dari Parlimen Israel yang dibuat ketika Timbalan Presiden Amerika JD Vance sedang berada di Tel Aviv.
Bila ini berlaku - media Amerika mengandaikan ini adalah satu penghinaan terhadap Timbalan Presiden JD Vance. Sosok ini di hantar khas oleh Presiden Trump untuk memastikan Israel tidak ingkar dengan perjanjian Damai 2025.
Majalah Time melaporkan JD Vance ketika meninggalkan Israel hanya berupaya berkata bahawa undian dalam Parlimen telah menyinggung perasaannya dan "sangat bodoh."
Mengikut laporan al-Jazeera pada 11 September 2025 Netanyahu telah secara rasmi bergerak ke hadapan dengan rancangan pembesaran penempatan di Tebing Barat. Ini menjadikan kewujudan negara Palestin mustahil.
Projek merampas tanah Palestin di Tebing Barat di teruskan. Netanyahu berkata : "Kami akan menunaikan janji kami bahawa tidak akan ada negara Palestin. Tempat ini milik kami," kata Netanyahu pada majlis itu di Maale Adumim, sebuah penempatan Israel di timur Baitulmaqdis.
Jelas kelihatan Projek Penyelesaian Dua Negara semakin mustahil. Zionis Israel tidak akan berganjak dengan dasar memperluaskan tanah rampasan di bumi Palestin.
Niat dan cita-cita mewujudkan Negara Palestin yang mendapat sokongan dunia di PBB kelihatan mustahil. Dari sungai ke segara Palestin pasti Merdeka hanya tinggal slogan.
Malah kini Isreal telah menambah tanah rampasan di Syria selain dari wilayah Bukit Golan yang di rampas semenjak Perang 1967.
Sejak kejatuhan kerajaan Bashar di Syria pada Disember 2024, Israel telah masuk dan merampas tanah yang di kawal oleh PBB. Zionis Israel telah masuk mengambi sebahagian dari daerah Quneitra. Israel dengan pantas menubuhkan sembilan pos tentera yang membentang dari bandar Daraatra ke bahagian barat Gunung Hermon.
Bila Presiden Trump di tanya oleh seorang wartawan dari Peranchis berkenaan Tebing Barat Trump tidak mahu menjawab. Trump mengelak dengan berkata dia tidak faham soalan dari wartawan Peranchis yang bertanya dalam bahasa Inggeris dengan lorat Peranchis.
Akhirnya Trump dibantu untuk memahami soalan wartawan ini dan menjawab : ‘Tebing Barat? Jangan risau tentang Tebing Barat. Israel tidak akan melakukan apa-apa dengan Tebing Barat, okay?
Dari apa yang di lapor Penempatan Baru Tebing Barat adalah red line – garis merah - yang mana Amerika tidak akan membenarkan di langgar oleh Israel.
Tetapi dalam masa yang sama Netanyahu yang bergantung kuat dengan sokongan Parti Kuasa Yahudi kelihatan terperangkap di tengah-tengah. Netanyahu mendapat tekanan dari Amerika. Netanyahu juga di tekan oleh rakan dalam kerajaan campuran untuk terus menjalakan projek Israel Raya.
Pada September 2025, semasa majlis menandatangani perjanjian pembangunan bandar di penempatan Tebing Barat Maale Adumim, Netanyahu menyatakan: "Tidak akan ada negara Palestin. Tanah ini adalah milik kita".
Netanyahu juga mengumumkan rancangan berskala besar untuk menggandakan jumlah Yahudi dalam penempatan baru ini. Langkah ini dianggap kontroversi dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Tapi inilah perangai dan watak negara yang di panggil Isreal. Melanggar semua undang-undang antarabangsa . Melanggar semua perjanjian. Membunuh sesuka hari. Menghalau penduduk Arab keluar dari tanah watan mereka. Memagar, mendirikan tembok dan mengepong kampung-kampung Arab Palestin hingga menjadi penjara yang luas.
Dunia kini melihat tindak tanduk Israel ini dengan satu yang nyata : Tanpa Amerika Isreal tidak akan wujud.
Lalu persoalan timbul kenapa Amerika terus mengikut telunjuk Israel. Kenapa Amerika akan melakukan apa sahaja demi kepentingan dan keselamatan Israel. Kenapa Presiden Amerika satu per satu dari Bush ke Obama ke Biden ke Trump semuanya tunduk dengan kehendak Israel.
Warga dunia pada satu ketika dulu melihat pelik akan hubungan Amerika dengan Israel. Presiden Nixon merangi Mesir untuk Israel. Presiden Bush memerangi Iraq untuk Israel. Presiden Obama memerangi Gadaffi untuk Israel. Presiden Biden memerangi Gaza untuk Israel. Presiden Trump mengebom Iran untuk Israel.
Apa Israel mahu Isreal akan dapat. Amerika di bawah telunjuk Israel atau Israel di bawah telunjuk Amerika.
Mengikut Al Jazeera : Amerika Syarikat telah menggunakan kuasa vetonya di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi Israel kira-kira 51 kali. Paling akhir pada 18 September 2025 yang lalu.
Kuasa veto ini digunakan oleh Amerika sebagai anggota tetap Majlis Keselamatan untuk menyekat resolusi yang menjadi titik perbalahan, terutamanya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seperti yang dilihat dalam beberapa veto pada resolusi gencatan senjata Gaza.
Hakikatnya tanpa kuasa imperial Amerika negara yang bernama Israel ini tidak akan wujud.
Kini dengan wujudnya Internet maklumat dan pemahaman warga dunia terhadap hubungan Israel dengan Amerika semakin jelas.
Kunci utama yang mengikat Amerika dengan Israel ialah sistem demokrasi Amerika itu sendiri. Presiden Amerika dipilih melalui undian pilihan raya. Ahli Dewan Senate dan Dewan Congress juga di pilih melalui undian. Gabenor di 50 negeri di Amerika juga di pilih melalui undian pilihan raya.
Politik mengundi – elektoral politik ini memerlukan dana. Ketika berkempen dana di perlukan. Tanpa dana yang cukup calon apa sahaja tidak akan mencium bau kemenangan.
Pemilihan dan pengundian melalui pilihan raya ini membolehkan kepentingan Israel mencelah masuk. Projek mengambil bumi Arab Palestin untuk di jadikan Israel asalnya ialah projek kolonial Inggeris.
Kuasa kolonial Inggeris dan Eropah menjadi bidan yang melahirkan Israel sesudah Perang Dunia Ke Dua. Amerika menerima anak kecil bernama Israel ini kerana sesudah Perang Dunia Kedua - Amerika muncul sebagai kuasa imperial mengganti kuasa Inggeris.
Pada awalnya kita lihat para politikus dan Presiden Amerika tidak masuk ke dalam saku Israel. Malah Presiden John F. Kennedy amat mengambil berat tentang pembangunan program nuklear Israel di tapak Dimona.
JFK mahu program nuklear Israel di hentikan kerana JFK sidang berusaha untuk menghentikan percambahan senjata nuklear. Ini berlaku pada tahun 1963 sebelum JFK di tembak mati.
Justeru hingga ke hari ini tangan dan jaringan Israel masih di syaki terlibat sama dalam pembunuhan JFK.
Pasca JFK semua berubah. Calon Presiden atau calon Dewan Kongres yang akan bertanding akan di selidiki oleh AIPAC -American Israeli Public Affairs Comittee. AIPAC adalah badan pelobi yang melobi politikus Amerika untuk menjaga kepentingan Israel. Badan pelobi yang di tubuhkan pada tahun 1954 ini adalah kumpulan Zionis yang paling berpengaruh dalam badan politik Amerika.
Pengaruh politik AIPAC ini wujud kerana di belakang AIPAC ialah kaum Yahudi Amerika yang kaya raya. Data Majalah Forbes tahun 2009 menunjuk ada 139 bilionair Yahudi di Amerika. Bilionair Yahudi inilah yang memberi dana kepada AIPAC.
Lembaga pelobi AIPAC pula akan menyalurkan dana ini kepada para politikus Amerika yang ingin menjadi calon. Pasca JFK – tidak ada calon Presiden yang tidak di persetujui oleh AIPAC akan berjaya menduduki Rumah Putih.
Inilah tanda kuasa Zionis di Amerika.
Lembaga AIPAC ialah badan Zionis Yahudi. Dari bancian tahun 2023 terdapat 6.7 juta Yahudi sebagai warga Amerika. Angka jumlah Yahudi di Amerika tidak melebih 7 juta. Jumlah ini tidak mencukupi untuk memenangkan calon AIPAC untuk kerusi apa saja.
Majoriti pengundi warga Amerika beragama Kristian. Maka dari sini muncul apa yang di kenali sebagai Kristian Zionis. Jumlah kumpulan ini berkisar antara 20 hingga 50 juta orang. Kumpulan ini lahir dari Kristian Evengelis yang berjumlah 80 juta. Walau pun bukan semua penganut Kristian di Amerika menjadi Zionis.
Kristian Zionis adalah kuasa politik yang terkemuka - terutamanya dalam parti Republikan. Parti ini mendapat sokongan kuat dari Kristian Evengelis.
Dari sinilah muncul kekuatan MAGA -Make America Great Again – penyokong tegar Donald Trump. Dana lumayan dari AIPAC dan pengundi dari Kristian Zionis akan menjanjikan kunci Rumah Putih.
Apa yang kita baca melalui Internet dan media sosial di Amerika – Isreal dan Amerika ini tidak dapat di pisahkan. Politik Amerika dan politik Israel ikat berikat.
Tapi semua ini telah berubah sesudah Taufan Al-Quds pada 7 Oktober 2023 yang lalu. Hamas telah mengubah hubungan Amerika dan Israel
Manifestasi perubahan sokongan terhadap Israel ini semakin jelas apabila aktivis pelajar Turning Point USA bernama Charlie Kirk ditembak mati pada 10 September 2025 yang lalu.
Siapa penembak Charlie Kirk ? Sila tunggu minggu hadapan. (TT)
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI. COM
https://www.malaysiakini.com/columns/759506
Langgan:
Ulasan (Atom)



















