Rabu, 12 Februari 2025
KANG KONG TERLIBAT KES RASUAH - DBKL PERLU BERTINDAK
Negeri Sembilan tarik gelaran Datuk bekas Naib Canselor UKM
KUALA LUMPUR- Istana Negeri Sembilan menarik balik gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, berkuatkuasa serta-merta.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Mohd Zafir Ibrahim berkata, ia adalah bagi menuruti titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Mohd Ekhwan menerima anugerah Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) pada 14 Januari 2019.
“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kehormatan dan martabat institusi diraja Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 5 Februari, Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa polis telah mengambil keterangan dua pegawai pengurusan tertinggi sebuah universiti awam tempatan berhubung dakwaan fitnah yang melibatkan Prof Mohd Ekhwan.
Beliau berkata, polis telah menerima dua laporan daripada individu yang terlibat, dan keterangan mereka telah direkodkan bagi membantu siasatan.
Tambahnya, pihak berkaitan lain juga akan dipanggil bagi membantu siasatan, yang dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum itu, dakwaan mengenai penyalahgunaan kuasa dan salah laku di UKM yang melibatkan Mohd Ekhwan telah tular di media sosial.
Mohd Ekhwan juga telah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Naib Canselor UKM berkuat kuasa pada 2 Februari.
Menteri Pendidikan Tinggi, Zambry Abd Kadir, mengesahkan telah menerima surat peletakan jawatan Mohd Ekhwan dan memaklumkan bahawa kementerian menerima keputusan tersebut kerana beliau menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada perkara lain.-
KANG KONG
INI TERLIBAT
KES RASUAH
AMIN
APAKAH DAH
DI LAPOR PADA
DBKL
AMIN
SAJE TANYA
JANGAN MARAH
KAH KAH KAH
KHALAS
JUMAAT INI KITA BERTINDAK
JEMPUT SEMUA
KITA BERTINDAK
SERUAN BERTINDAK MENENTANG RANCANGAN PRESIDEN TRUMP
YANG DILAPORKAN UNTUK MENGHAPUSKAN
PENDUDUK PALESTIN
DAN MENDUDUKI GAZA
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mengutuk sekeras-kerasnya rancangan Presiden Donald Trump agar Amerika Syarikat menduduki Gaza dan menyingkirkan penduduk Palestin secara paksa. Adalah amat mencurigakan bahawa Amerika Syarikat, sebagai ahli pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan ahli tetap Majlis Keselamatan PBB, tidak menunjukkan rasa hormat kepada kedaulatan negara lain.
Tambahan pula, kami sangat marah dengan tindakan Trump yang menghina undang-undang antarabangsa secara terang-terangan dengan mengabaikan waran tangkap ICC terhadap Benjamin Netanyahu. Sejak memegang jawatan, Trump telah berulang kali menyatakan pandangan yang tanpa segan silu melanggar hak asasi manusia, norma antarabangsa dan prinsip keadilan.
Cadangan pemindahan secara paksa seluruh penduduk Gaza adalah pelanggaran undang- undang kemanusiaan antarabangsa dan merupakan tindakan genosida yang jelas. Rakyat Palestin, seperti semua bangsa, mempunyai hak untuk menentukan nasib sendiri, maruah, dan kebebasan untuk tinggal di tanah air mereka tanpa rasa takut akan pengusiran atau pendudukan.
Gelombang baru mobilisasi global telah muncul untuk menolak percubaan Donald Trump untuk memanjangkan perpindahan, pendudukan, atau penafian kedaulatan Palestin. SSP menyokong penuh tindakan NGO dan aktivis untuk membantah pencerobohan dan ketidakadilan. oleh AS yang menggalakkan berterusan.
SSP menyeru orang ramai dan aktivis untuk mengambil bahagian dalam tindakan berikut pada hari Jumaat yang akan datang (14 Februari 2025):
Memorandum kepada Kedutaan AS oleh Gabungan Wanita Malaysia untuk Al Quds dan Palestin: 10 pagi - 11 pagi
Protes Bantah Trump anjuran bersama MAPIM dan SSP: 2.30pm berhimpun di Menara Tabung Haji, Jalan Tun Razak. Berarak ke Kedutaan AS.
SSP menggesa komuniti masyarakat sivil di Malaysia untuk menentang rancangan jahat oleh Donald Trump. Rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira agama atau kaum mesti bersatu dalam solidariti dengan rakyat Palestin dan akan terus memperjuangkan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri, maruah, dan keadilan.
Tian Chua
Jurucakap, SSP
TUJUAN KITA JELAS
TUJUAN KITA
JELAS
JUMAAT INI
Unknown commented on
"GAZA KEMBALI BERPERANG?"
Kadangkala kita kena faham, kena cermin diri, kena terima hakikat kita tidak popular, tidak dikenali di seluruh dunia, tidak diambil pot, pemimpin kita tidak disukai, kadangkala semua ini biasa, tak ada salah, satu negara kecil selalunya orang tak ambil pot, kalau negara Amerika seluruh dunia nak tahu apa perkataan keluar dari mulut presiden, bukan presiden parti PAS tetapi presiden negara yang terkenal kuat ekonomi,
setakat presiden parti orang tak ambil pot, tak ambil kisah tentang pendapat pengundi Rusila, orang tak kisah pendapat pengundi Tambun, begitu juga para pemimpin yang anggap diri jaguh tetapi dilihat sebagai kangkung kah kah kah bukan menghina bukan menitik tetapi cerita benar, siapa lu berapa ramai berapa kuat berapa popular? Semuanya akan ditanya kalau setakat berhimpun berteriak tak sampai berita tak sampai kepada empunya ditujukan, kah kah kah
macam kita hantar surat kepada seseorang tetapi surat tidak sampai atau tidak dibaca diabaikan kah kah kah sedih tetapi benar, berita kita tak sampai rasa kita tak dirasai perasaan sentimen kita tak dilihat kah kah kah. Jadi apabila ingin berbuat sesuatu biar tujuan jelas matlamat kekal bukan setakat berkumpul berteriak jual air botol kemudian balik hampeh kah kah kah
KAPIR BAIK KAPIR MENOLAK BLACKROCK
KAPIR BAIK
IALAH
KAPIR YANG
MENOLAK
BLACKROCK
AMIN
Unknown commented on
"SELAGI ISRAEL WUJUD
PERANG AKAN WUJUD SAMA"
kejap kapir baik kejap kapir jahat... yang mana satu ni ? yang mana kapir baik yang mana kapir jahat ?
SANTAN NAIK HARGA
'Santan dijangka naik sehingga RM20 sekilogram
KOTA BHARU: Harga santan di Kelantan, dijangka terus meningkat sehingga RM20 sekilogram menjelang Ramadan ini, berikutan bekalan kelapa masih berkurangan.
Situasi itu berlaku sejak awal Disember lalu yang menyebabkan harga santan pada asalnya sekitar RM9 hingga RM10 sekilogram sebelum ini kini meningkat kepada RM17 hingga RM18.
Tinjauan di sekitar pasar di sini, mendapati rata-rata peniaga santan serta kelapa meluahkan kebimbangan berhubung bekalan kelapa yang berkurangan sehingga menyaksikan harga naik mendadak.
Peniaga santan, Abdullah Ahmad, 40, yang berniaga di Telipot, di sini, berkata harga santan RM17 sekilogram adalah yang paling mahal sejak dia menjual santan dalam tempoh lapan tahun.
Malah katanya, harga kali ini juga naik mendadak berbanding sebelum ini peningkatan RM0.50 sehingga RM1, namun kini berlaku peningkatan ketara.
"Saya mendapatkan bekalan kelapa dari peniaga kelapa di Bachok dan jika sebelum ini sebiji kelapa hanya RM1.60 hingga RM1.70, namun kini sebiji kelapan mencecah RM3.20.
"Bayangkan harga naik mendadak dan disebabkan itu kita terpaksa menjual santan dengan harga yang lebih mahal.
"Malah, kita jangkakan santan akan terus meningkat kepada RM20 sekilogram pada Ramadan ini.
"Jika harga santan naik semahal ini, bayangkan berapa harga kuih muih dan ayam percik yang akan dijual pada Ramadan ini. Sudah tentu berlaku kenaikan berganda," katanya.
Peniaga kelapa, Nik Afiq Danish Mohd Arshad, 19, berkata kekurangan bekalan kelapa menyebabkan harga naik dan dia dimaklumkan akan terus meningkat.
"Saya terpaksa mencari banyak lokasi untuk mendapatkan bekalan kelapa. Disebabkan stok berkurangan harga menjadi mahal.
"Ada juga yang mengambil bekalan daripada Indonesia selain daripada bekalan tempatan," katanya.
BERITA MOLEK
UNTUK PENANAM
KELAPA
AMIN
BERITA BURUK
UNTUK PENGGUNA
SANTAN
KHALAS
SELAGI ISRAEL WUJUD PERANG AKAN WUJUD SAMA
Israel teruskan pertempuran Gaza jika tebusan tidak dibebaskan Sabtu
BAITULMAQDIS: Israel mengancam untuk meneruskan pertempuran sengit di Gaza jika tebusan tidak dibebaskan hujung minggu ini, sebaliknya Hamas kekal komited dengan perjanjian gencatan senjata dan menuduh Israel melakukan pelanggaran.
Di bawah syarat gencatan senjata, yang sebahagian besarnya telah menghentikan pertempuran selama lebih 15 bulan di Gaza, tebusan akan dibebaskan secara berkelompok sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin dalam tahanan Israel.
Setakat ini, Israel dan Hamas sudah melakukan lima pertukaran tebusan dengan banduan.
Ini susulan perjanjian itu mengalami tekanan dalam beberapa hari kebelakangan ini, mendorong usaha diplomatik untuk menyelamatkannya, manakala Hamas tetap komited terhadap gencatan senjata.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata sekiranya Hamas tidak mengembalikan tebusannya pada tengah hari Sabtu, gencatan senjata akan berakhir, dan IDF (tentera Israel) akan meneruskan pertempuran sengit sehingga Hamas dikalahkan.
Ugutan itu turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa "neraka" akan tercetus jika Hamas gagal membebaskan semua tebusan Israel menjelang Sabtu.
Ketegangan memuncak selepas Trump bercadang mengambil alih Gaza dan memindahkan lebih dua juta penduduknya.
"Bagi saya, jika semua tebusan tidak dibebaskan menjelang jam 12 tengah hari Sabtu, saya akan kata batalkan dan segala-galanya terhenti dan biarkan neraka tercetus," katanya.
Sementara itu, pemimpin kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata kenyataan Trump merumitkan keadaan.
"Trump harus ingat bahawa ada perjanjian yang mesti dihormati oleh kedua-dua pihak," katanya kepada AFP.
Manakala Raja Abdullah, mengulangi pendirian teguh Jordan menentang terhadap pemindahan penduduk Palestin bahawa ia adalah "kedudukan Arab bersatu."
Berikutan ugutan itu, Hamas akan menangguhkan pembebasan tebusan seterusnya kerana Israel melanggar perjanjian itu dan kumpulan Huthi Yaman bersedia melancarkan campur tangan ketenteraan pada bila-bila masa sekiranya berlaku peningkatan terhadap Gaza.
Di luar pejabat Netanyahu di Baitulmaqdis, keluarga tebusan berhimpun dengan gambar orang tersayang dan menggesa pelaksanaan perjanjian itu.
"Ini adalah perjanjian. Laksanakan!," kata Zahiro, saudara tebusan ketika dalam tahanan di Gaza
SELAGI
ISRAEL WUJUD
PERANG AKAN
WUJUD SAMA
AMIN
TIMUR TENGAH
HANYA
AKAN AMAN BILA
ISRAEL
BLACKROCK
MUSNAH
KHALAS
JANGAN PELEKEH PENGARUH TOK AJI
JANGAN
PELEKEHKAN
PENGARUH
TOK AJI
AMIN
Unknown commented on
"TOK AJI
TAK FAHAM PROJEK"
Semakin teruk sekarang, demi undi perpaduan rakyat dipecahbelahkan oleh mereka, Tok Aji, orang bijak orang cerdik orang berkelayakan orang pandai semuanya diketepikan, disisihkan dipilih tukang angguk tukang cium tangan tukang buka pintu tukang sapu planta tukang akad nikah tukang pengatur majlis supaya menang undi,
tetapi ingat Atok Mahathir pun gagal merampas di negeri Kelantan, jatuh Terengganu kemudian Kedah walaupun apa jua dibuat apa jua projek dilaksanakan tetapi masih syurga menjadi pilihan utama kah kah kah ramai lupa sejarah sebagaimana sebetulnya kah kah kah
MALAPETAKA TRUMP
MALAPETAKA
TRUMP
AMIN
Unknown commented on
"AJARAN SESAT MELAWAN ZIONIS BLACKROCK"
Kah kah kah apabila Donald Trump menang seluruh dunia gusar seluruh dunia ingin tahu apa rancangan Trump, ramai pelincir nak jumpa nak bertemu ketua negara nak berbual nak berjumpa nak diskaun tetapi kita tidak dapat panggilan pun, kita nak jumpa pun, kita tak dapat pergi pun, tuan rumah tak jemput pun, bukan sesuatu yang jelik, tetapi hakikatnya begitu,
jadi kena banyak bersabar jangan gundah gulana jangan menyibuk jangan macam Bossku nak membantu ekonomi Amerika dahulu kah kah kah, kapitalis suka pelanggan ramai keuntungan banyak tetapi dia tengok siapa customer dia, kah kah kah
Unknown commented on
"GAZA KEMBALI BERPERANG?"
Setiap perkataan setiap gerakan setiap reaksi Donald Trump diawasi setiap masa, bukan mamat kita bersorak berteriak bergema di pentas sendiri tak ada siapa peduli kesian oh kesian, selesai masalah sendiri dahulu sebelum cuba menyelesaikan masalah orang lain kah kah kah mudah kan?
PAGI INI
PAGI INI
RABU 12 FEBUARI 2025
EKONOMI MACAM MANA SEKARANG
HARGA LETERIK AKAN NAIK
BILA HARGA LETERIK NAIK
MACAM HARGA MINYAK
HARGA BARANG BARANG
JUGA AKAN IKUT NAIK
ANWAR BLACKROCK
HEBOH SANA HEBOH SINI
CARI PELABUR
CAKAP MOHONG
DATA TAK MOHONG
DATA TUNJUK
EKONOMI MAKIN BERAT
DAN DAN DAN
AWAS !!!
EKONOMI CHINA MERAH
DALAM KRISIS
BANYAK SYARIKAT TUTUP DI CHINA
BANYAK KILANG BUNGKUS
BANYAK FLET TIDAK TERJUAL
BILA EKONOMI CHINA
DALAM KRISIS IANYA
AKAN ADA KESAN
PADA EKONOMI DUNIA
DAN INI AKAN
BERI KESAN PADA KITA
PALING JELAS
BERJUTA
ANAK MUDA CHINA MERAH TANPA KERJA
BERJUTA GRADUAN TANPA KERJA
BERJUTA BURUH HILANG KERJA
AWAS!!!
MEREKA AKAN NYELUDUP
MASUK KE MALAYSIA
INI AKIBAT BESAR
YANG KITA HADAPI
TIDAK LAMA LAGI
AMIN
ISRAEL
BERI AMARAN PERANG
AKAN MULA KEMBALI
JIKA ORANG TAWANAN
TIDAK BEBAS SABTU INI
DENMARK
MAHU MEMBELI CARLIFORNIA
UNTUK MENGANJING
TRUMP YANG MAHU
MEMBELI GREENLAND
AMERIKA
TERTIBA BILA TRUMP
JADI PRESIDEN FBI
TERJUMPA 2,400 REKOD
BARU TENTANG
PEMBUNUHAN KENNEDY
SAUDI ARABIA
PERATURAN BARU
HAJI TAHUN 2025
DI LARANG BAWA KANAK-KANAK
AMERIKA
TRUMP NAIKKAN CUKAI
KEPADA BESI DAN ALUMINIUM
YANG DI IMPOT
HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR KERING
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMAH
LANGIT BIRU MUDA
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
HA HA
PAGI INI
YANG KUAT BERSUARA
IALAH MURAI
MESIN RUMPUT TIDAK
DI DENGAR
MAKA KICAUAN MURAI
MEMECAH PAGI
HARI INI
AKAN PANAS
GUA RASA PANAS
HINGGA KE PETANG
MUNGKIN PETANG REDUP
SEPERTI KEMARIN
MUSIM UJAN DAH MENGUNDUR
AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI RABU
BRO
JIKA TERDESAK
PENAKUT PUN AKAN JADI
BERANI
BRO
WAKTU TERUS BERUBAH
KITA JUGA
AKAN SAMA BERUBAH
BERSAMA WAKTU
BRO
DIMANA ADA CINTA
DI SITU ADA
RASA SAKIT
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Ulasan (Atom)









