Ahad, 16 November 2025
SINGAPURA NAK KONTROL MALAYSIA !
Hari ini, kerajaan Singapura mengeluarkan notis panjang lebar kepada MalaysiaNow dengan menggunakan undang-undang menapis kandungan internet yang dipanggil Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Protection from Online Falsehoods and Manipulation Act) atau Pofma.
Notis tersebut berkaitan dengan sebuah artikel diterbitkan oleh MalaysiaNow pada 9 Nov 2025, yang ditulis oleh Sangkari Pranthaman, kakak kepada Pannir Selvam, warganegara Malaysia yang dihukum mati pada 8 Oktober.
Notis Pofma itu mengandungi 18 halaman yang sarat dengan pelbagai istilah malah ancaman, di samping menyediakan templat menerbitkan "pembetulan" dengan harapan MalaysiaNow akan memasukannya dalam artikel tersebut serta kiriman media sosial yang berkaitan.
Dokumen Pofma antara lain memaklumkan cara dan di mana sesuatu petikan "pembetulan" perlu dimasukkan, serta arahan untuk "pin" pembetulan tersebut di media sosial kami.
Dalam erti kata lain, kerajaan Singapura mahu menguruskan kandungan MalaysiaNow sekiranya tidak berpuas hati dengan apa yang kami terbitkan.
Kami berterima kasih kepada Singapura atas tawarannya malah menghargai garis panduan teliti yang disediakan untuk kami, supaya kami dapat mengelakkan hukuman di bawah sebuah akta asing yang melangkaui kedaulatan di samping bersifat kuku besi.
Adalah membingungkan, malah melucukan, melihat kerajaan Singapura menghabiskan begitu banyak masa menghasilkan pelbagai arahan rumit, dan mengharapkan media di Malaysia akan akur kepadanya.
Apabila arahan kerajaan Malaysia pun tidak dituruti, apa yang membuatkan kerajaan Singapura merasakan kami akan akur arahannya?
Kami menolak tuntutan ini. Sebaliknya, kami akan memasukkan kenyataan ini dalam semua pautan yang disebut oleh notis Pofma.
JANJI ZIONIS SAMA MACAM JANJI MADANI
Palestin gesa tekanan antarabangsa, Israel masih sekat kemasukan bantuan kemanusiaan
RAMALLAH: Pejabat Presiden Palestin menggesa masyarakat antarabangsa, khususnya pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan negara penjamin perjanjian gencatan senjata Gaza supaya menekan Israel bagi mempercepat kemasukan rumah mudah alih dan khemah ke Gaza.
Gesaan itu dibuat susulan keadaan cuaca buruk yang kini mengancam nyawa penduduk Gaza.
Khemah yang masih ada di Gaza dalam keadaan uzur, koyak dan tidak mencukupi, gagal menghalang air hujan serta menawarkan perlindungan minimum kepada orang awam.
Pejabat Presiden turut menuntut penghapusan sekatan dan halangan yang dikenakan Israel ke atas kerajaan Palestin untuk menyampaikan rumah mudah alih, khemah dan peralatan perlindungan asas ke Gaza.
Langkah itu bertujuan menangani krisis kemanusiaan yang berterusan serta melindungi golongan terdedah, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas, daripada bahaya serius akibat cuaca buruk.
JELAS
JANJI ZIONIS
SAMA MACAM
JANJI MADANI
AMIN
DUA DUA
TAK BOLEH
DI PERCAYA
KHALAS
JATUHKAN KERAJAAN ANWAR BIN IBRAHIM
REDAH
HANYA SATU
JAWAPAN
JATUHKAN
KERAJAAN
ANWAR BIN
IBRAHIM
KHALAS
Unknown commented on
"UMNO DAN PKR
MULA BERGADUH"
gaduh hadhari dan madani hehehe ketuanan lawan madani reformasi tapi x lah mcm afghan - pakistan!!!
Unknown commented on
"PROJEK UNTUK KRONI"
lihat sendiri ada yang d siasat ,ada yang tak ,eksekutif kolej melayu boleh buat apa bila ada kaitan dgnnya?? macam akta hasutan nak mansuh bila?? jadi bodo jgn byk kali kah kah kah akta cukai maha kaya eleek,.. kah kah kah tanah melayu pun bungkus!!!
Unknown commented on
"ADUN SELANGOR
KAYA MENDADAK"
8 hours ago
ala boh la nama apapun madani hadhari reformasi pi mai pi mai macam tu ,… tengok hal dana politik RM juta2 bongkar audio video dll apa tindakan yang ada ? jerung terlepas? berazam lah azam apapun,.. !!!
PROJEK UNTUK KRONI
BUAT PROJEK
KRONI DAPAT
AMIN
PROJEK ROSAK
KRONI BARU
DAPAT PROJEK
KHALAS
Unknown commented on
"PROJEK UNTUK KRONI"
Jaga airport ada mahb..apa dia buat? Makan gaji buta cari burit atau bini nak lengkapkan 4. Cheebai...pas tu salahkan jabatan kerja raya...kenapa tak salahkan fadlinah benanah tu bekaus penjawat mahb tak cukup education..
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 16 NOVEMBER 2025
JELEBU
HUJAN BANJIR
Kemarin hujan lebat – hujan petang - nampaknya musim hujan dah sampai – Pantai Timur sedang hadapi Tengkujuh.
Tak lama lagi mesti media heboh hal BANJIR – sana sini warga wajib pindah – apa yang mengejutkan ialah akan ada wilayah yang tak pernah kena banjir akan kena banjir – ini tanda IKLIM BERUBAH - malapetaka perubahan iklim akan sesama kita rasa.
Tapi sambutlah juga hujan – tanpa hujan tanaman tak hidup – tak ada tanaman MANUSIA tak hidup.
HOKKIEN
Pagi ini sejuk basah segar – KL & KL Sentral berkabus tebal – bangunan 118 di selubungi kabus – mata hari tidak kelihatan. Langit kelam dengan awan mendung - masih ramai hujan belum turun.
Haha – Siti Adik Beradik datang berlari – SAH mereka dan meninggalkan Wakaf Dua dan kini jadi residen di Wakaf Pertama - disini kaum keluarga Siti berkumpul.
Pagi ini gua beri mereka makan di depan Wakaf Pertama.
Awal di Pintu Masuk – gua dengar HEBOH – Tiong heboh dalam hutan tepi pagar – apa yang menjadikan heboh gua tak tahu. Suara lain gua tak dengar.
Sebatang pokok tua rebah – pasti angin kuat malam tadi – Pokok besar ini dah lama mati – di sebelahnya ada sebatang lagi – juga dah mati – gua harap jika tumbang tidak halang jalan – Pokok ini betul hampir Pintu Masuk.
Gua harap hari inii akan panas - Jap lagi gua nak balik kampung – nak balik ke JELEBU - dah lama tak balik kampung – gua rasa ada spesial makan tengah hari nanti. Apa ? Jeng jeng jeng – RAHSIA !!! Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
AHAD
BRO
Bersyukur dan berterima kasih kepada setiap pelajaran yang kita terima dalam hidup ini.
BRO
Bila kaki lu rasa letih maka masanya dah sampai untuk lu renungkan betapa jauh lu telah berjalan dalam hidup.
BRO
Bila lu berjalan – sesekali lu berhenti – lihat dan nikmati apa yang lu nampak. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BECUTI
Langgan:
Ulasan (Atom)




