Jumaat, 24 Oktober 2025

MENTERI FADHLINA JANGAN LETAK JAWATAN


MENTERI FADHLINA

JANGAN PEDULI

DESAKAN LETAK

JAWATAN

AMIN

TERUS BUAT KERJA

SEPERTI  YANG LEPAS

AMIN

PETANG TADI DEMO TOLAK TRUMP


PETANG TADI

DEMO TOLAK TRUMP

AMIN

BERITA BAIK UNTUK HAJIJI

 


Albert failkan prosiding hina mahkamah pada Hajiji

Ahli perniagaan Albert Tei memfailkan permohonan untuk mengenakan perintah hina mahkamah terhadap Ketua Menteri Sementara Sabah Hajiji Noor selepas dia dinafikan kemasukan ke negeri itu dua kali untuk menghadiri prosiding kes jenayahnya.

Dokumen mahkamah yang dilihat oleh Malaysiakini menunjukkan permohonan itu difailkan di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini melalui Tetuan Chin Jingulam & Associates, dan permohonan itu akan didengar pada 24 November.

Dalam afidavit sokongannya, Tei mendakwa dia diberitahu bahawa arahan untuk melarang kemasukannya datang secara langsung dari pejabat Hajiji atau melalui pegawai responden, seperti yang dimaklumkan oleh pegawai imigresen semasa ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 22 September dan 23 Oktober.

Tei ditahan di lapangan terbang semasa ketibaannya pada kedua-dua tarikh tersebut, ketika dia dijadualkan hadir di mahkamah pada hari berikutnya, iaitu 23 September dan 24 Oktober.

Pada kejadian pertama, Tei menambah, dia akhirnya dibenarkan masuk selama dua hari, antara 22 hingga 24 September, atas pertimbangan pegawai, selepas dia memenuhi permintaan mereka untuk menyerahkan dokumen berkaitan kes jenayahnya kepada Jabatan Imigresen negeri melalui e-mel.

Pada kejadian kedua, dia mendakwa sekali lagi ditahan di lapangan terbang semasa ketibaan dan dimaklumkan bahawa namanya tersenarai dalam senarai 'Tidak Dibenarkan Mendarat' yang dikeluarkan bawah kuasa pejabat Ketua Menteri.

"Tindakan responden (Hajiji) mengarahkan dan menyebabkan penerusan larangan masuk serta menyekat kemasukan sah pemohon (Tei) untuk menghalang kehadirannya di mahkamah, yang melanggar haknya (untuk mendapatkan nasihat undang-undang), merupakan campur tangan yang disengajakan terhadap pentadbiran keadilan yang sewajarnya.

"(Ini juga) menjejaskan kuasa dan kesucian mahkamah dan oleh itu merupakan penghinaan kepada mahkamah.

ADS

"Arahan responden atau campur tangan terhadap pentadbiran keadilan yang sewajarnya melanggar (beberapa) hak asasi pemohon yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan, termasuk hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada keadilan (serta) hak untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah," menurut dokumen itu.

Tei mendakwa bahawa campur tangan sedemikian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, menyerang asas kebebasan kehakiman dan kedaulatan undang-undang.

Dia selanjutnya berkata, melainkan Hajiji dipertanggungjawabkan, kelakuan sedemikian, jika dibiarkan tanpa tindakan, akan mencipta duluan berbahaya yang mungkin membolehkan campur tangan eksekutif dalam prosiding kehakiman dan pelanggaran hak berperlembagaan bawah preteks budi bicara pentadbiran.

Semalam, Jabatan Imigresen memberitahu Malaysiakini bahawa Tei dihalang masuk kerana dia didakwa memberitahu pegawai bahawa dia datang ke Sabah untuk bersiar-siar dan berjumpa rakan-rakan.

Jabatan itu juga berkata bahawa Tei tidak memberikan sebarang dokumen yang berkaitan kesnya di mahkamah, menyebabkan pejabat imigresen lapangan terbang mengeluarkan notis penolakan kemasukan kepadanya kerana adanya notis amaran yang aktif.

Tei sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah Kota Kinabalu. Dia dituduh menawarkan rasuah kepada anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Batu Andi Suryady Bandy dan Adun Sindumin Yusof Yacob.

BERITA BAIK

UNTUK HAJIJI

KAH KAH KAH

HAJI NAIK HAJI

TAK PERLU

PERGI MEKAH

KAH KAH KAH

HANYA NAIK

MAHKAMAH

KES RASUAH

KHALAS

BERSATU TOLAK TRUMP TOLAK MADAFAKA



Pemuda PAS demo menjelang kedatangan Trump

KUALA LUMPUR: Kira-kira 700 peserta menunjuk perasaan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi membantah kedatangan Presiden Donald Trump, yang dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak Asean di sini.

Himpunan ini berlatarkan konflik di Palestin, dengan peserta melaungkan slogan mengkritik persekongkolan AS dengan rejim Israel.

Seusai solat Jumaat, peserta himpunan anjuran Pemuda PAS itu berarak dari Menara Tabung Haji sambil membawa sepanduk dan plakad, dengan iringan slogan, untuk menyerahkan memorandum bantahan.

Selain pemimpin PAS, turut kelihatan Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair, Muhammad Rafique Rashid Ali; dan aktivis Tian Chua.

“Hari ini kami ingin Trump tahu yang dia tidak dialu-alukan ke Malaysia ketika negaranya masih menyokong pembunuhan rakyat di Gaza,” kata Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, dalam ucapan kepada peserta di luar kedutaan.

Pada sidang media, Afnan menjelaskan hasrat menyerahkan memorandum membantah kedatangan Trump dan sokongan AS kepada rejim Israel tidak kesampaian. Katanya, memorandum diberi kepada polis untuk diserahkan namun tiada wakil kedutaan tampil untuk terima.

Polis yang mengawal keselamatan sepanjang tunjuk perasaan menganggarkan kira-kira 700 peserta berdemo petang tadi.

Ketua Polis Wangsa Maju, Lazim Ismail berkata, perhimpunan berlangsung terkawal tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Trump dijadual tiba di Malaysia pada Ahad, bagi menyertai pemimpin-pemimpin negara lain untuk sidang serantau yang ke-47.

Malaysia selaku pengerusi blok 10 negara akan menjadi tuan rumah acara yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt.


BESATU

BERSAMA 

TOLAK TRUMP

TOLAK MADAFAKA

KHALAS

JANGAN TUDUH TRUMP BAWA BANJIR


JANGAN TUDUH

TRUMP BAWA BAJIR

INI PEMANASAN 

 DUNIA

KHALAS

SAMAN TRAFIK JADI PENDAPATAN KERAJAAN MADAFAKA


SAMAN TRAFIK

JADI PENDAPATAN

KERAJAAN

MADAFAKA

KHALAS


Unknown commented on 
"KUASA POLITIK 
UNTUK REMBAT HARTA NEGARA"

Kutip kutip kutip operasi Madafaka sudah bermula, kutip cukai, kutip saman, kutip hutang kutip semua dari rakyat, mereka anugerah berjuta berbillion kepada kroni anak beranak kah kah kah, nak lancar perang dengan pemandu lori, lancar perang dengan rakyat biasa untuk kutip cukai, halang keluar negara, 

undang-undang ini undang-undang itu semua ditujukan kepada rakyat kah kah kah manakala mereka enjoy kutipan derma sumbangan kutip sebelah kanan derma tangan kiri, lebih masuk poket ataupun masuk poket dahulu kemudian derma? Kah kah kah

LATIH TENTERA LAUT DALAM MASJID


LATIH

TENTERA LAUT

DALAM MASJID

AMIN

BAPA TALIPON NEGARA


BAPA

TALIPON NEGARA

KHALAS

Unknown commented on
 "PAGI INI"

Bapa talipon dan microphone negara

P - phone
M- microphone
X - eksyen

KIBARKAN BENDERA LANUN LUFFY


KIBARKAN

BENDERA

LANUN LUFFY

KHALAS

Unknown commented on
 "FADHLINA - JANGAN LETAK JAWATAN"

kita bukan jepun bukan australia bukan switzeland, finland,sweden, norway bukan bukan bukan.. kita cuma standed nepal, srilangka, indon, filipina..

itulah tahap menteri kita.

bila kita kata letak jawatan.. dia kata kita suruh dia kerja lebih kuat.. kepala bana apa..

tak pening kita..

kah kah kah

ALIH TEMPAT BICARA KE KUALA LUMPUR


ALIH TEMPAT

BICARA KE KL

SENANG KIRA

AMIN

PALESTIN MERDEKA - KEJAYAAN HAMAS


PALESTIN MERDEKA

KEJAYAAN HAMAS


Ketika tulisan ini di garap Perjanjian  Gencatan  Senjata Damai 2025  - 13 Oktober 2025 -  yang di teraju oleh Presiden Donald Trump masih berjalan.  Bentrokan kecil  berlaku. Tuduh menuduh antara Hamas dan Isreal kedengaran.  Ada warga Palestin terbunuh.  Ada soldadu Isreal meledak mati.

Israel tidak puas hati kerana  mayat warga Israel dalam tawanan Hamas  masih belum semuanya di pulangkan. Hamas menyatakan masa di perlukan untuk mencari mayat yang  terkambus dalam runtuhan bangunan.

Lembaga Palang Merah juga  memiliki pendapat yang sama. Tawanan ini telah terkorban apabila tempat tahanan mereka kena  serang atau di bom dari udara.  Untuk memberatkan keadaan Israel telah melarang bantuan jentolak besar masuk dari Turki untuk membantu mencari mayat.

Pemerhati geopolitik kebanyakan  berpendapat bahawa gencatan senjata ini hanya untuk sementara. Ini kerana agenda utama : pembebasan Palestin  yang di jajah oleh Isreal  semenjak tahun 1948 tidak disebut langsung dalam 20 poin Damai 2025.   Tidak dapat tidak selagi Palestin tidak   berjaya mendirikan sebuah negara Palestin yang bebas berdaulat  merdeka -  perang sentiasa berada di belakang pintu.

Palestin Merdeka bebas dari penjajahan Isreal adalah kunci damai di Timur Tengah.  Jika negara Palestin  tidak wujud  - Palestin dan Israel akan terus berperang. Politik dunia  akan terus tegang. Ancaman perang akan terus segar. Ini hakikat.

Ini tidak bermakna gencatan senjata  yang berlaku sekarang tidak bermanfaat.  Langkah Trump mengadakan gencatan senjata Damai 2025 ini adalah baik. Projek genosid Netanyahu di hentikan. Angka kematian warga Palestin berkurangan .  Bantuan makanan dan perubatan boleh masuk ke Gaza.   

Tetapi Gaza masih tegang.  Fasa pertama membebaskan tawanan telah selesai. Fasa ke dua ialah pengunduran bala tentera Isreal kembali ke sempadan sebelum 7 Oktober 2023.  Fasa  ke dua ini  telah  bermula tapi soldadu Israel masih lagi berlegar bebas di Gaza.

Warga dunia dan negara-negara yang hadir sama dalam Damai 2025 sedang memberi perhatian terhadap Gaza. Warga dunia walau pun ada kesangsian terhadap Damai 2025  tapi  merasa lega kerana projek genosid Israel terhenti. Kebuluran   yang merebak dapat dikendurkan.

Fasa Kedua belum tuntas . Fasa Ketiga  ialah membangunkan kembali Gaza.   Pemaju dan pemodal sedang memberi perhatian apakah Damai 2025 ini akan sampai ke fasa tiga. Tok Arab yang kaya raya dilaporkan akan mengeluarkan dana untuk membangunkan kembali Gaza. 

Negara-negara Islam juga di laporkan akan membantu Projek  Gaza Baru yang akan di kepalai oleh menantu Trump dan  Tony Blair.

Dalam masa yang sama  berita dari Gaza memperlihatkan  gencatan senjata ini goyah. Keadaan ini mendorong  ramai pemerhati geopolitik berpendapat Netanyahu hanya mahu tawanan di bebaskan.  Atas kejayaan ini Netanyahu akan memulakan kembali serangan  untuk menghapuskan Hamas.

Netanyahu mahu Hamas melucutkan senjata. Presiden Trump juga mahu Hamas bergerak tanpa senjata. Malah Trump mengancam akan   ‘membuat sesuatu’ jika Hamas gagal melucutkan senjata.
 
Jawapan dari Hamas  jelas tanpa berselindung. Hamas tidak akan melucutkan senjata. Hamas  hanya akan melucutkan senjata dan menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa Kerajaan Palestin. Selagi Kerajaan Palestin tidak wujud selagi itu Hamas akan terus  berdiri sebagai gerakan politik bersenjata.

Dalam falsafah taktik perang gerila :  Daulah akan di lihat kalah jika kumpulan gerila yang di lawan gagal di hapuskan.

Kumpulan gerila akan dianggap  menang jika mereka masih hidup dan  belum  berjaya di hapuskan.

Guru besar perang gerila ialah Mao Zedong. Dia mengajukan taktik  gerila mengepong bandar dari desa. Mao menunjukkan bahawa : Kuasa politik muncul dari muncung senapang.

Justeru jika Hamas tidak ada senjata maknanya Hamas hanya harimau kertas tidak memiliki apa-apa kuasa. Tidak  berupaya mencatur  kerja politik.

Setakat ini garis perjuangan bersenjata Hamas di lihat tepat dan betul. Dalam perjuangan melawan penjajah senjata ialah kunci utama. Kemerdekaan dan pembebasan tidak akan di berikan oleh kuasa kolonial yang menjajah.

Mustahil Zionis Isreal akan menghadiahkan  bumi  Palestin kepada Hamas atau kepada PLO. 

Kemerdekaan bukan  wujud  dengan di minta-minta tapi wajib di rampas dengan perjuangan bersenjata. Tanah Melayu telah mengalami  dan  berhadapan dengan keadaan yang sama di zaman penjajahan Inggeris.

Inggeris mengundur diri pada tahun 1957 bukan kerana  Tungku  dan Kolonial Inggeris  berunding di London. Tungku  di London  kerana  wujudnya  perjuangan bersenjata  Gerakan Pembebasan Rakyat Malaya di bawah pimpinan Parti Komunis Malaya melawan Inggeris.

Tanpa gerakan bersenjata mustahil Inggeris akan mengundur diri pada tahun 1957. Tunku hanya membuat lawak berdiri apabila dia klim kemerdekaan Tanah Melayu dicapai tanpa tumpah darah. Ini dialok komidi dari Budak Kolonial Inggeris.

Pada  tahap ini Hamas telah berjaya dan menang dalam perjuangan menentang Zionis Israel. Satelah Perjanjian Oslo dan diwujudkan Penguasa Palestin- Palestin Autoriti -    isu dan agenda  Palestin tenggelam.

Taufan Al-Quds pada  subuh 7 Oktober 2023 mengubah semua lanskap politik Palestin dan politik  dunia. Agenda Palestin yang jadi lemau dan hampir padam melonjak menjadi agenda politik dunia yang hangat.

Data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September 2025  menunjukkan , Negara Palestin diiktiraf sebagai negara berdaulat oleh 157 daripada 193 negara anggota PBB. 

Ini hasil kerja perjuangan bersenjata Hamas.

Negara seperti Ireland, Portugal , Sepanyol , Columbia  telah  lama menyokong  Palestin Merdeka.  Sesudah 7 Oktober   angka  sokongan berlibat ganda . Malah negara-negara sahabat Isreal seperti Canada, UK dan Perancis kini telah bangun menyatakan sokongan kepada Palestin Merdeka.

Ini hasil kerja perjuangan bersenjata Hamas.

Paling ampuh ialah sokongan rakyat dunia terhadap perjuangan  Palestin Merdeka. Ribuan rakyat di Ottawa,  di London, di Dublin, di  Stockholm , di Paris, di Melbourne , di Berlin, di Sydney atau di Oslo telah keluar ke jalan raya. Mereka berdemo bersetia kawan menyokong  perjuangan rakyat Palestin.

Di Rom Itali – kerajaan  Meloni  yang berhaluan kanan telah di gasak  oleh rakyat Itali yang mahu kerajaan mengiktiraf Palestin Merdeka,

Parlimen Sepanyol membuat keputusan  mengharamkan penjualan senjata ke Israel. 

Semenjak  7 Oktober 2023 sekurang-kurangnya sebelas negara, termasuk Jordan, Bahrain, Turki, Bolivia, Colombia, Honduras, Chile, Belize, Brazil, Afrika Selatan dan Chad, telah memanggil balik duta mereka ke Israel atau memutuskan hubungan sama sekali.

Negara-negara ini tidak sanggup dianggap bersekongkol dalam projek  genosid Netanyahu. Negara-negara ini   mula beralih pandangan apabila melihat Israel menjalankan  - ethnic cleansing  -  pembersihan etnik – di Gaza.

Ini hasil kerja perjuangan bersenjata Hamas.

Paling ampuh  dan sedang menggoncangkan gerakan Zionis di Amerika ialah perubahan kesedaran rakyat Amerika tentang apa itu  Zionisme dan apa dia negara yang di panggil Israel.

Apabila Netanyahu memulakan projek genosid di Gaza  yang awal bangun bersuara menentang ialah siswa dan pelajar dari universiti tersohor seperti Havard , Yale dan Colombia. 

Siswa dan pelajar. Dari universiti tersohor ini  telah keluar  berdemo dan memboikot  kuliah. Mereka bersetia kawan dengan perjuangan adil  rakyat Palestin.  Gerakan siswa, pelajar dan   anak-anak muda Amerika ini telah di bantai oleh  Trump. 

Presiden Universiti Colombia meletak jawatan  kerana demonstrasi  pelajar. Presiden Universiti Havard  di berhentikan. Semua kerana  di lihat  sosok-sosok ini bersimpati dengan  pelajar yang berdemonstrasi menyokong  Palestin Merdeka.

Pelajar luar negara yang di lihat aktif dalam gerakan Palestin Merdeka telah di tahan.  Beberapa orang pelajar luar negara telah dibatalkan visa pelajar. Ada yang ditahan dan di halau keluar dari Amerika.

Semua ini hasil perjuangan bersenjata Hamas.

Ada satu perkara amat menakutkan kaum Zionis di Amerika. Perkara ini  ialah perubahan jalan cerita – naratif Isreal – kini sedang beralih.

Naratif Zionis yang  telah menjadi kuasa yang mendominasi di Amerika Syarikat selama lebih tujuh dekad kini berubah. Politik Amerika menyokong Israel ini telah dipromosikan oleh lembaga lobi pro-Israel. Dipupuk oleh  Kristian Zionis  dan  digemakan oleh media arus perdana.  Kuasa Zionis ini kini dicabar  satelah berlakunya  pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Dalam hampir dua tahun, imej-imej seram yang tidak berbelah bahagi, bangunan runtuh rantah  dan  kemusnahan  muncul bukan hanya di kaca TV malah di semua lantai  media sosial menjadi tayangan  untuk mata, hati dan fikrah warga  Amerika.

Imej pembunuhan dan anak-anak kecil mati  kebuluran   amat  mengejutkan. Semua ini  telah mencipta rekod seram yang tidak dapat dielakkan. Semua ini telah mencabar  naratif Zionis. 

Kalu dulu semua media   - leteronik dan cetak arus perdana – di dominasi oleh naratif Zionis. Kini dengan kemunculan media sosial hegemoni  Zionis ini meledak pecah.

Tik  Tok,  Face Book , Tweeter dan Internet tidak lagi dapat di kawal oleh hegemoni  naratif Zionis.

Hakikatnya  dalam jangka panjang, sokongan Amerika kepada Israel akan berkurangan. Ini bermakna Israel akan dipaksa untuk mempertimbangkan semula tentang Palestin Merdeka.  Isreal  untuk selamat wajib  membatalkan rancangannya untuk memerintah seluruh Palestin .

Projek Israel  Raya wajib di lupuskan.

Tinjauan  pendapat mula memperlihatkan perubahan pendapat umum terutama di kalangan generasi muda Amerika. Perubahan  ini  jelas  berlaku selepas  Taufan  Al Quds 7 Oktober 2023.  Perubahan dilihat berlaku secara mendadak.

Tinjauan yang dijalankan oleh Pew Research pada Mac tahun 2025  menunjukkan bahawa sikap negatif terhadap Israel telah meningkat daripada 42 peratus kepada 53 peratus daripada semua orang dewasa AS sejak 2022. 

Peralihan itu lebih ketara dalam kalangan  penyokong Demokrat, daripada 53 peratus kepada 69 peratus untuk tempoh yang sama.

Jurang politik Amerika -Israel makin meluas. Rakyat Amerika semakin kurang bersemangat memberi  sokongan menyeluruh untuk Israel – sahabat lama Amerika. Perubahan naratif Zionis  ini bukan hanya berlaku di Amerika malah di seluruh dunia.

Semua ini adalah kejayaan perjuangan bersenjata Hamas

Gerakan Zionis  sedang di cabar di seluruh dunia. Israel merasa tidak selamat. Apa  yang akan dilakukan oleh    gerakan Zionis antarabangsa ? Apa yang akan di lakukan oleh Isreal? Tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/758879