Sabtu, 27 September 2025

GERILA HAMAS TIDAK AKAN KALAH


GERILA HAMAS

TIDAK AKAN KALAH

KHALAS

FARHASH AKAN SAMAN RAFIZI ?


FARHASH BILA

NAK SAMAN RAFIZI

KAH  KAH KAH

AMIN

MAK JANDA DUA KALI


Rafizi bimbang Putrajaya kena tempias skandal rasuah Sabah

Bekas menteri kanan dan orang nombor dua PKR memberi amaran, skandal perlombongan mineral Sabah tidak akan berakhir sekadar di sekitar Timbalan Ketua Menteri 1 Sabah, Jeffrey Kitingan, semata-mata.

Malah menurut bacaan Rafizi Ramli kesan isu tersebut mungkin meluas dan menyentuh sehingga Putrajaya.

Pun begitu bekas menteri ekonomi itu menjelaskan dia akan terus mengikuti perkembangan isu berkenaan dan yakin ia tidak akan terhenti setakat Kitingan.

“Kebimbangan saya ialah kalau ia juga mula melibatkan tokoh-tokoh dari persekutuan, dari Putrajaya,” katanya dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri malam tadi.

Semalam, Kitingan menghabiskan masa selama lebih lima jam untuk memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di ibu pejabat agensi berkenaan di Kota Kinabalu.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) itu bagaimanapun enggan memberi butiran mengenai kenyataan yang diberikannya atas alasan ia sedang disiasat pihak berkuasa.

Perkembangan itu berlaku sehari selepas ahli perniagaan kontroversi, Albert Tei mendedahkan satu lagi rakaman video – melibatkan Kitingan – yang dikaitkan dengan skandal rasuah di Sabah.

Rakaman video itu didedahkan melalui Malaysiakini.

Tei mendakwa dia membayar Kitingan RM1.78 juta kepada ahli politik itu berhubung pembatalan lesen cari gali mineral.

Rafizi berkata rakyat Malaysia biasanya akan mentafsirkan bahawa selagi ada wang yang bertukar tangan, ia adalah kegiatan rasuah dan mereka tidak peduli sangat apa penjelasan yang diberikan oleh pihak berkuasa atau pemimpin politik.

“Jadi kita takkan boleh tahu apa kesan sebenar (skandal perlombongan Sabah) di peringkat rakyat, kan?

“Kita hanya boleh tahu dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya lagi.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menjelaskan pada awal tahun ini dia sendiri sudah membangkitkan isu rasuah kepada Perdana Menteri merangkap Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Hal itu kerana, kata bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan lagi, dia risau melihat perhatian orang ramai terhadap rasuah apatah lagi ia berlaku ketika PH menjadi kerajaan.

Tambahnya, salah satu kekuatan utama PH berbanding pesaingnya di mata orang ramai ialah pendirian parti itu yang kukuh menolak rasuah.

Tanpa menjelaskan tempat rujukannya, Rafizi mendakwa: "Satu daripada tiga rakyat Malaysia – dalam tempoh lebih dua tahun iaitu sejak Anwar menjadi perdana menteri – merasakan bahawa rasuah adalah isu besar".

Keadaan itu, katanya lagi, berbeza berbanding keadaan pada 2022.

Justeru, menurut Rafizi, itulah punca dia menimbulkan kebimbangan mengenai Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, dan bekas pembantu Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Baru-baru ini dalam temu bual dengan KiniTV melalui program Explain Sikit, Kini! Rafizi mengingatkan Anwar bahawa hubungan perdana menteri itu dengan Farhash – jika dibiarkan – boleh mendedahkan kerajaan kepada kesan sama seperti skandal 1MDB terhadap kerajaan BN.

Dia menggambarkan keadaan itu sama dengan isu hubungan Najib Razak – yang menjadi Presiden Umno dan perdana menteri ketika itu – dengan ahli perniagaan buruan, Jho Low.

Skandal tersebut menyumbang kepada jatuhnya kerajaan BN pada 2018.

Untuk rekod sebelum ini Farhash dikaitkan dengan dua dakwaan berprofil tinggi, dengan satu daripadanya berkaitan lesen perlombongan cari gali yang kontroversi di Sabah.

WOIT

BAGAIMANA

DENGAN  KES

AZAM BAKI

AMIN

BILA MAK JANDA

2 KALI NAK BUKA

KES AZAM BAKI

AMIN

FARHASH REMBAT

TANAH APA JADI ?

AMIN

KHALAS

.

BILA CHINA BERKUASA


Lelaki disyaki hantar daging babi ke Masjid Al-Istiqamah ditahan

SINGAPURA: Seorang lelaki Cina berusia 61 tahun telah ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penghantaran bungkusan daging babi melalui pos dengan niat sengaja untuk melukai perasaan kaum seseorang.

Pasukan Polis Singapura (SPF) berkata dalam satu kenyataan pada pagi 27 September mereka telah menerima maklumat mengenai satu bungkusan mencurigakan yang dihantar ke Masjid Al-Istiqamah di 2 Serangoon North Avenue 2, sekitar 5.20 petang pada 24 September.

Bungkusan itu mengandungi sekeping daging babi dan pegawai polis dari Divisyen Polis Bedok dan Jabatan Siasatan Jenayah (CID) berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu melalui siasatan di kawasan masjid serta imej daripada kamera polis.

Lelaki berkenaan ditangkap pada 25 September dan pada hari yang sama, Menteri Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, berkata ia bukan kes terpencil.

Katanya, terdapat beberapa kes serupa membabitkan masjid, namun beliau tidak memberikan butiran lanjut.

Beliau menegaskan bahawa perbuatan menyasarkan rumah ibadat sama sekali tidak boleh diterima, dan Singapura mempunyai dasar tolak ansur sifar terhadap perbuatan sebegini.

Lelaki itu didakwa di mahkamah pada 27 September atas kesalahan berniat sengaja melukai perasaan kaum di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan 1871.

Jika disabit bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

"Pihak polis memandang serius mengenai sebarang perbuatan yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di Singapura.

"Tingkah laku sebegini tidak akan diambil ringan dan pesalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang," kata SPF. - AGENSI

WOIT

APA SUDAH 

JADI ?

JENG JENG JENG

BILA CHINA

BERKUASA

BABI DI HANTAR

KE MASJID

KAH KAH KAH

IN MACAM

NAK CARI GADUH

KHALAS

KEMPEN TANGKAP PENDATANG HARAM



Cuba tawar rasuah, pura-pura pengsan untuk elak dicekup JIM

KUALA LUMPUR – Berpura-pura pengsan dan sanggup menawarkan wang rasuah kepada pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) antara helah yang digunakan pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi melepaskan diri daripada ditahan penguatkuasa.

Itu antara insiden yang sempat disaksikan sendiri wartawan MalaysiaGazette ketika menyertai Op KL Strike Force di Little Pakistan yang bermula jam 9 malam.

Little Pakistan adalah nama jolokan bagi kawasan tumpuan warga asing sepanjang hampir satu kilometer di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.

Turut menarik perhatian, tindakan seorang lelaki warga asing berusia lingkungan 30-an merakam video ketika operasi dijalankan.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang padah apabila pemeriksaan yang dijalankan mendapati dia tidak memiliki pasport yang sah.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 400 individu telah diperiksa dengan 199 termasuk tiga warga tempatan yang kesemuanya berusia antara 12 hingga 60 tahun.

Tambah beliau, sepanjang operasi itu sebanyak 45 premis di kawasan sekitar diperiksa merangkumi kedai runcit, restoran, kedai serbaneka dan pelbagai premis perniagaan yang menjadi tumpuan orang ramai hadir.

“Hasil pemeriksaan 199 individu ditahan dengan 196 orang membabitkan 150 warga Pakistan, (21) Bangladesh, (10) India, (6) Indonesia, (4) Nepal, (2) Jordan, (2) Filipina dan (1) Sri Lanka serta tiga wanita tempatan yang menggaji PATI.

“Siasatan mendapati, sebahagian daripada mereka bekerja di restoran sekitar kawasan itu yang menawarkan pelbagai makanan Pakistan dengan sah dan ada PATI didapati digaji secara salah oleh majikan tempatan di premis perniagaan masing-masing.

“Kita juga akan membuat semakkan lanjut bagi mengenal pasti sama ada terdapat premis perniagaan atau majikan yang melakukan kesalahan berulang, dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas mereka,” katanya.

Wan Mohammed Saupee juga memaklumkan operasi tersebut berjaya mendedahkan kegiatan mengemis yang dijalankan seorang warga asing bersama anaknya dan menemukan sejumlah besar wang kertas RM1 di dalam beg.

Tambahnya, operasi itu turut melibatkan kerjasama JIM Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan serta turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Mengulas lanjut katanya, kesemua individu yang ditahan dikesan melakukan kesalahan tiada pas atau dokumen perjalanan yang sah dan akan dibawa ke pejabat JIM Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.

“Mereka akan disiasat di bawah di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1963, Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, Seksyen 56(1)(d) dan Seksyen 55B Akta Imigresen.

“Selain itu, tindakan turut diambil di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 oleh DBKL, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972 oleh KPDN dan Seksyen 30(1) Akta Syarikat 2016 dan Seksyen 17A(2) Kaedah-Kaedah Pendaftaran Perniagaan 2019 oleh SSM,” jelasnya. – 

SATELAH DI TAHAN

APA AKAN JADI ?

AMIN

APAKAH AKAN

DIHANTAR PULANG

ATAU HANYA

NAK PAU?

JENG JENG JENG

PERLU ADA 

LANJUTAN BERITA

KHALAS

BOIKOT ISRAEL



FIFA, EUFA mesti haramkan Israel daripada bertanding

LONDON – Israel mesti diharamkan daripada menyertai semua pertandingan sukan berhubung serangannya ke atas Gaza, kata presiden persekutuan bola sepak Turki, lapor PA Media/dpa.

Keputusan mungkin akan diambil minggu depan oleh UEFA sama ada untuk menggantung kelab dan pasukan kebangsaan Israel, lapor agensi berita PA.

Rancangan sedang diatur untuk mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif luar biasa UEFA bagi membincangkan topik itu dan walaupun belum ada yang dijadualkan, difahamkan terdapat sokongan dalam kalangan ahli persatuan UEFA untuk mengambil tindakan.

Presiden Persekutuan Bola Sepak Turki Ibrahim Haciosmanoglu mengumumkan pendiriannya secara terbuka dan dalam kenyataan yang dilaporkan oleh saluran berita dalam talian Sporx, berkata: “Walaupun meletakkan diri mereka sebagai pembela nilai bertamadun dan keamanan, dunia sukan dan institusi bola sepak berdiam diri terlalu lama.

“Sudah tiba masanya untuk FIFA dan UEFA mengambil tindakan. Israel mesti diharamkan daripada semua pertandingan sukan dengan segera.”

Israel, yang menjadi ahli penuh UEFA sejak 1994, menghadapi kritikan antarabangsa yang semakin meningkat berhubung serangannya ke atas Gaza, yang tercetus oleh serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 di dalam Israel.

Jibril Rajoub, Presiden Persatuan Bola Sepak Palestin yang sekian lama menyeru agar Israel digantung, memberitahu media Norway yang beliau akan bertemu dengan Presiden UEFA Aleksander Ceferin minggu depan, bersama dengan Kirsty Coventry, Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Presiden FA Israel Moshe Zuares, memberitahu TV2 Norway, tindakan menggantung negaranya “tidak akan menghentikan serangan atau apa yang sedang berlaku.”

“Saya tidak fikir menghentikan bola sepak akan membantu dalam apa jua cara,” katanya.

“Saya tidak melihat perang antara Rusia dan Ukraine berakhir selepas Rusia diharamkan? Saya tidak nampak yang ia menyelesaikan sebarang masalah.”

Pentadbiran Trump di Amerika Syarikat berkata ia akan berusaha untuk menghalang Israel daripada digantung daripada Piala Dunia.

Israel berada di tempat ketiga dalam kumpulan kelayakan di belakang Norway dan Itali— BERNAMA-PA MEDIA/dpa



JANGAN HANYA

BOIKOT SUKAN

AMIN

LEBIH BERKESAN

BOIKOT EKONOMI

AMIN

TURKI JANGAN

JUAL MINYAK

PADA ISREAL

AMIN

JANGN JUAAL

LAPANGAN TERBANG

PADA ZIONIS

BLACKROCK

KHALAS

RAMAI CABUT BILA SETANYAHU NAK BERUCAP


DEWAN PBB 

DIKOSONGKAN

BILA SETANYAHU

NAK BERUCAP

KHALAS

DI PASAR BUAH CHOW KIT


TADI DI PASAR

BUAH CHOW KIT

GUA SEDANG MELIHAT  LIHAT
DI GERAI BUAH
GUA TERDENGAR
PERBUALAN  MAT BANGLA 
DIA PEMBELI
DENGAN  MUDA
DIA PENJUAL BUAH

"... dia datang tiga sekali...
.... ada dbkl...
... ada imigrisen...
... ada pdrm...."

MAT  BERSERBAN MENJAWAB
" ..... betul ke..."


DEWAN PPB KOSONG


DEWAN PBB

KOSONG

BILA SETANYAHU

BERUCAP

KHALAS

Unknown commented on
 "KEJAYAAN HAMAS"

elok keluar beramai ramai bila israel/merika berucap sebab dua2 ni x peduli kat pbb pun kah kah kah logiknya trump ckp Netanyahu dengar Netanyahu berucap trump dengar hehehe

PEMIMPIN MELAYU ISLAM JADI BARUA JO LO


PEMIMPIN

MELAYU ISLAM

JDI BARUA JO LO

KAH KAH KAH

AMIN

Unknown commented on 

"NAJIB JADI BARUA JO LO"


ex eksekutif jadi barua jo lo sampai masuk dalam & lain lain kes masih berjalan. Jo lo mcmna? Pdrm masih x tau lokasi? x boleh jadi polis terbaik dunia! pistol & ganja sop router sapa punya? 🤪😎🤣😇

SUNATKAN BATANG !!!

 


SUNATKAN

BATANG

KHALAS

BEKALAN SENJATA UNTUK ISRAEL TERHENTI ?


BEKALAN

SENJATA UNTUK

ISRAEL TERHENTI ?

AMIN

KEJAYAAN HAMAS


UNGA: Delegasi beramai-ramai keluar dewan sejurus sebelum Netanyahu berucap

ISTANBUL: Dalam satu tindakan protes luar biasa, majoriti delegasi negara-negara telah bertindak meninggalkan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), semalam, sejurus sebelum Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, memulakan ucapannya, lapor Anadolu Ajansi.

Netanyahu mula menyampaikan ucapannya pada Sesi Ke-80 UNGA pada jam 1 tengah hari GMT.

Tindakan keluar beramai-ramai itu adalah sebagai membantah genosid berterusan dilakukan Israel di Semenanjung Gaza yang telah meragut lebih 65,000 nyawa penduduk Palestin sejak Oktober 2023 dengan kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Sementara itu, Arab Saudi kelmarin mengumumkan penubuhan satu pakatan kecemasan antarabangsa bagi membiayai Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang mentadbir sebahagian wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel.

Pada sidang media di New York sempena Sesi Ke-80 UNGA, Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan, berkata pakatan itu akan menyediakan sokongan kewangan langsung kepada PA 'bersama beberapa rakan penting.'


Beliau berkata, Arab Saudi akan menyumbang sebanyak AS$90 juta kepada usaha itu.

Sidang media itu diadakan sempena mesyuarat Pakatan Global bagi Pelaksanaan Penyelesaian Dua Negara, yang turut dihadiri Menteri Luar dari negara-negara Arab serta Eropah seperti Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Norway.

Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty, berkata keterbukaan terhadap penempatan pasukan antarabangsa di Gaza bawah resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bertujuan membantu PA mentadbir wilayah itu.

Beliau berkata, terdapat 'konsensus' mengenai penubuhan pentadbiran sementara Palestin di wilayah itu tanpa penyertaan mana-mana puak, namun Abdelatty tidak memberikan butiran lanjut.

Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, berkata pakatan itu mengesahkan adanya konsensus antarabangsa dan pelaksanaan penyelesaian dua negara adalah satu-satunya jalan ke arah keamanan yang adil serta menyeluruh.

Beliau berkata, pakatan itu menganggap satu-satunya halangan kepada pelaksanaan penyelesaian dua negara ialah 'pendirian ekstrem Kerajaan Israel dan Perdana Menterinya (Benjamin Netanyahu) secara terbuka menyatakan yang dia tidak akan membenarkan penubuhan sebuah negara Palestin.'

Beliau turut menegaskan 'semua tindakan Perdana Menteri Israel menghalang pencapaian keamanan yang adil dan menyeluruh.'

Ia termasuk genosid di Gaza, peluasan penempatan dan rampasan tanah di Tebing Barat, pencerobohan ke atas Syria serta menyemai benih perpecahan di sana, dan juga serangan ke atas Lubnan.

Pada September 2024, Arab Saudi mengumumkan penubuhan pakatan antarabangsa itu dan mesyuarat pertamanya diadakan di Riyadh pada akhir Oktober.

Kelmarin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, dalam ucapannya pada UNGA, menggesa supaya PA diberi kuasa penuh untuk mentadbir Gaza.

Abbas turut mengesahkan kesediaannya untuk mengambil alih tanggungjawab keselamatan dan pentadbiran serta melucutkan senjata puak bertelagah.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dalam pertemuannya bersama pemimpin Arab dan Islam di New York, minggu ini, membentangkan satu pelan 21 perkara yang bertujuan menamatkan serangan Israel di Gaza.

Utusan Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff, mengesahkan pelan dikemukakan Trump itu mengandungi 21 perkara, namun tidak mendedahkan butirannya.


APA YANG 

BERLAKU DI PBB

ADALAH TANDA

KERJAYAAN HAMAS

AMIN

HAMAS MEMBAWA

AGENDA PALESTIN

KE4MBALI KE DUNIA

KHALAS

NAJIB JADI BARUA JO LO


NAJIB JADI

BARUA JO LO

KHALAS



Unknown commented on 
"JO LOH BARU PAKAI
 SONGKOK DAN BERSUNAT"

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa bekas perdana menteri Najib Razak adalah seorang yang tidak jujur dan kerap menuding jari kepada pihak lain berhubung penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Kah kah kah adakah ini menghina seorang pemimpin pendekar keris gemilang? Berapa ramai pemimpin lain makan dari tangan Najib? Semuanya terlepas, akhirnya Najib kena seorang kerana menjadi ketua, baru dia tahu semua yang mematuk makanan dari tangan dia mudah lupa, yang masih ingat mengharapkan sesuatu nanti sebagai balasan, inilah intipati asas keutuhan setiakawan dalam dunia sekarang, 

kah kah kah sila jadikan kajian sejarah peradabannya orang cemerlang, adakah cerita curi rompak projek komisen akan disertakan sebagai lipatan sejarah pada masa hadapan? Saja bertanya kalau-kalau nanti perompak pun disenaraikan sebagai pemimpin terulung terbaik cemerlang dunia kelak pada masa hadapan, 

begitu juga sejarah yang ditulis dahulu semuanya mengikut acuan pemerintahan dahulu kalam berdiri selepas mati pun menjadi pujaan semata-mata kah kah kah, jadi tanya sekelian batu alam bangunan siapa yang mendirikan setiap lapisan sejarah itu dahulu kah kah kah

MELAYU WAJIB TINGGALKAN BUDAYA ARAB


MELAYU WAJIB

TINGGALKAN

BUDAYA ARAB

KHALAS

Unknown commented on 
"HANYA MAT SABU 
BERANI BERSUARA"

Orang Malaya semakin menjadi Pak Arab, hipokrit terpaling hebat dalam dunia manakala orang Sabah Sarawak semakin matang maju pemikiran sehingga UEC diiktiraf. Yang pantas berfikir memajukan negeri dengan mengutamakan kecergasan cerdik bijak didahulukan kah kah kah, 

jadi orang Malaya sila jauh kan diri jangan mengacau jangan bawa budaya rasuah jangan bawa budaya Arab jangan bawa budaya bertopeng agama kah kah kah