Isnin, 29 September 2025
TRUMP WAJIB DAPAT SAMBUTAN
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti itu masih membisu ketika rakyat sedang menanti penjelasan kepimpinan mereka.
"Pada suatu ketika dahulu Amanah pernah mengakui bahawa mereka adalah parti yang berprinsip dan tegas, bukannya sekadar parti yang hanya menurut perintah (yes man).
"Malah, sejarah mencatatkan bahawa presiden Amanah (Mohammad Sabu) merupakan antara tokoh yang lantang menentang pencerobohan dan penindasan Israel serta mengecam sikap Amerika Syarikat di Timur Tengah.
"Di manakah pendirian tegas Amanah terhadap isu Palestin hari ini? Mengapa mereka terus membisu terhadap tindakan perdana menteri (Anwar Ibrahim) menjemput Trump ke Malaysia sebagai tetamu kehormat, sedangkan tangannya masih berlumuran darah rakyat Palestin?
"Kami juga mengharapkan suara ketegasan daripada Umno dalam isu ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Tegas Tuan Ibrahim, sikap membisu kedua-dua parti itu hanya akan dilihat sebagai tanda persetujuan terhadap kedatangan Trump ke negara ini.
"Ketika dunia sedang mengutuk kekejaman Israel dengan sokongan Amerika Syarikat, sikap membisu ini amat mengecewakan dan pasti melukakan hati umat Islam di negara ini yang bersolidariti bersama saudara mereka di Palestin.
"Nyatakanlah pendirian kita dengan jelas, agar kita tidak termasuk dalam golongan yang diancam. Apakah kita sanggup berdiam diri hanya kerana alasan ekonomi, sedangkan kita mempunyai pilihan lain?" Soalnya.
Terdahulu Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kehadiran Trump pada sidang kemuncak yang akan berlangsung di ibu negara itu amat tepat pada masanya, khususnya ketika perspektif global sedang berubah dan semakin banyak negara menyatakan sokongan terhadap kebebasan Palestin daripada kekejaman rejim Israel.
Tambah jurucakap kerajaan itu, kehadiran Trump membolehkan negara Asean menegaskan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap Palestin serta mengkritik sikap hipokrit sesetengah negara dalam menangani isu tersebut.
Bagaimanapun Tuan Ibrahim menyifatkan langkah mengundang Trump ke persidangan Asean bukanlah suatu keutamaan.
"Ketika saudara-saudara kita di Palestin terus dizalimi tanpa belas ihsan oleh Israel yang disokong Amerika Syarikat, menjemput Donald Trump untuk hadir ke Persidangan Asean bukanlah suatu keutamaan.
"Ingatlah, saudara kita di Gaza terus dibunuh, dan tindakan kita akan memberi isyarat penting kepada seluruh dunia. Sikap kita menentukan maruah negara," kata Tuan Ibrahim lagi.
Pada 18 Sept lalu, AS menggunakan kuasa vetonya buat kali keenam di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis, menolak resolusi yang menuntut gencatan senjata serta-merta dan pembebasan semua tebusan di Gaza.
Resolusi itu disokong oleh 14 daripada 15 anggota majlis dan ditaja oleh 10 negara anggota tidak tetap.
Teks tersebut turut menuntut Israel membuka sekatan bantuan kemanusiaan dan menghentikan serangan ketenteraan di Gaza City.
Setakat semalam angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 65,926 orang dengan 167,784 lagi cedera akibat konflik Hamas-Israel sejak 7 Oktober 2023.
Sementara itu, lebih 750,000 penduduk Gaza telah dipaksa meninggalkan kediaman dan menuju ke selatan wilayah tersebut, susulan peningkatan serangan ketenteraan rejim zionis di kawasan berkenaan.
JANGAN HANYA
HANYA PARTI
MELAYU ISLAM
AMIN
PALESTIN BUKAN
AGENDA ISLAM
TAPI AGENDA
PENJAJAHAN
AMIN
DAP JUGA
WAJIB DI TANYA
KERANA KLIM
PARTI DEMOKRAT
AMIN
MADAFAKA TAK
PERLU DI TANYA
NANTI MARAH
PAUL WOLFOWITZ
KAH KAH KAH
KHALAS
TAK TURUN JALAN RAYA PASTI MATI KATAAK
Bedah siasat pelatih Palapes UTM: Dzulkefly digesa adakan siasatan
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad perlu mengadakan siasatan berhubung isu bedah siasat terhadap pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Syamsul Haris Shamsudin, kata peguam yang mewakili ibu allahyarham.
Peguam Naran Singh berkata siasatan perlu dijalankan bagi menentukan sama ada terdapat salah laku dalam bedah siasat pertama terhadap mayat Syamsul yang melibatkan seorang pegawai perubatan (MO) dari Hospital Kota Tinggi, Johor.
“Saya meminta menteri kesihatan segera menjalankan siasatan, menjawab persoalan kami serta memaklumkan kepada umum apa yang telah berlaku.
“Jika beliau (Dzulkefly) memerlukan bantuan saya, saya sedia membantu, termasuk memberi bukti dokumentasi berhubung perkara yang berlaku,” kata Naran kepada Malaysiakini.
Pada Sabtu (27 Sept), Naran mendakwa ketua pengarah kesihatan Kementerian Kesihatan, Dr Mahathar Abd Wahab, berbohong.
Naran menolak kenyataan awal Mahathar bahawa bedah siasat pertama Syamsul tidak dijalankan oleh pegawai perubatan dari Hospital Kota Tinggi.
Menurut Naran, pegawai perubatan terbabit sebenarnya telah bersumpah melalui afidavit di Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dialah yang menjalankan bedah siasat tersebut.
Dalam afidavit bertarikh 21 Ogos yang dilihat Malaysiakini, pegawai perubatan Hospital Kota Tinggi menyatakan dia menjalankan bedah siasat dengan bantuan seorang pegawai perubatan dari Hospital Sultan Ismail.
Afidavit berasingan oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail bertarikh 21 Ogos juga menyatakan bahawa dia telah membantu seorang pegawai perubatan dari Hospital Kota Tinggi dalam bedah siasat itu.
Terdahulu pada hari yang sama, Mahathar berkata semua kes bedah siasat forensik diselia oleh pakar patologi forensik, sambil menegaskan bahawa bedah siasat terhadap jenazah Syamsul dilaksanakan mengikut prosedur forensik yang ditetapkan selepas mendapat arahan polis.
“Bedah siasat itu dilakukan oleh seorang pegawai perubatan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor, dan bukan oleh pegawai perubatan (dari) Hospital Kota Tinggi, Johor seperti yang didakwa,” kata Mahathar.
Sehari sebelumnya, Naran ketika bercakap dengan Malaysiakini menuntut penjelasan mengenai penglibatan seorang pegawai perubatan dalam bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Syamsul pada 29 Julai.
Jelas Naran, ibu Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun, sebelum ini menyatakan hasratnya agar pakar forensik menjalankan bedah siasat ketika mayat anaknya dibawa ke Hospital Kota Tinggi.
Bagaimanapun, Naran mendakwa meskipun Ummu sudah menyatakan hasrat itu, pegawai perubatan yang sama dari Hospital Kota Tinggi telah melakukan perjalanan sejauh 40km ke Hospital Sultan Ismail untuk menjalankan bedah siasat.
Syamsul, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu. Dia mengikuti latihan Palapes sebelum kematiannya.
Ummu mengesyaki terdapat unsur jenayah selepas melihat lebam dan mata berlumuran darah pada mayat Syamsul sebelum dikebumikan, yang menyebabkan dia membuat laporan polis.
Timbalan Ketua Polis Johor Abdul Latiff Mehat berkata pada 1 Ogos lalu bahawa polis sedang menyiasat kematian Syamsul.
Bagaimanapun, pada hari yang saam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Yusof Othman berkata tiada unsur jenayah ditemui dalam kes itu, manakala Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat kematian Syamsul.
Ummu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos bagi memohon kubur anaknya digali semula bagi melakukan bedah siasat kedua, serta mengadakan inkues kematiannya.
Pada 26 Ogos, pesuruhjaya kehakiman Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membenarkan permohonan Ummu supaya kubur Syamsul digali dan bedah siasat kedua diadakan.
Pada 18 Sept lepas, Peguam Negara Dusuki Mokhtar berkata sebarang keputusan sama ada inkues akan diadakan berhubung kematian Syamsul akan dibuat selepas menerima laporan polis penuh termasuk laporan hospital mengenai bedah siasat kedua yang dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.



