Ahad, 28 September 2025

TAUFAN TERGANAS TAHUN 2025


TAUFAN TERGANAS

TAHUN 2025

HIZBULLAH TIDAK AKAN LUCUT SENJATA



HIZBULLAH

TIDAK AKAN

LUCUT SENJATA

KHALAS 

300 RIBU TURUN HIMPUNAN KEKAL ANWAR



330 RIBU TURUN

HIMPUNAN MEGA

KEKAL ANWAR

AMIN

LAGI DUA HARI SEMUA BERES




Kerajaan jamin selesaikan isu kelayakan BUDI95 sebelum Selasa

BUTTERWORTH – Kerajaan akan memastikan segala isu teknikal di bawah inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) diselesaikan segera sebelum pelaksanaan penuh penyasarannya pada 30 September ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, tiada sebarang isu teknikal serius dilaporkan susulan pelaksanaan hari pertama penyasaran subsidi RON95 membabitkan kumpulan pertama penerima, iaitu anggota polis dan tentera, semalam.

Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa aduan melibatkan pengesahan kelayakan berdasarkan lesen memandu yang akan diselesaikan selewat-lewatnya menjelang Selasa ini.

“Semua proses (pembelian petrol) berjalan dengan lancar, namun kita ada terima beberapa aduan yang kata mereka ada lesen sah dan MyKad, tetapi semakan mendapati tidak layak.

“Kita bincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan akan diselesaikan secepat mungkin sebelum 30 September,” katanya kepada pemberita selepas Program BUDI95: Pengisian Minyak Bersubsidi RON95 membabitkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sebuah stesen minyak di Raja Uda di sini, hari ini.

Tambah Hui Ying, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau untuk membuat semakan kelayakan diminta menghubungi talian 1300-88-9595 untuk pihaknya menyelesaikan segera sebarang isu.

Beliau turut menyeru pengguna agar tidak tergesa-gesa membuat pembelian petrol bagi mengelakkan kesesakan selain berpuas hati dengan pembelian rakyat pada hari pertama dan kedua pelaksanaan bagi kelompok awal.

Media pada 22 September lalu melaporkan  Anwar Ibrahim pada mengumumkan inisiatif BUDI95 yang merupakan hasil daripada usaha tadbir urus yang baik serta pembersihan amalan ketirisan kewangan negara.

Semua warganegara tanpa mengira tahap pendapatan yang mempunyai lesen memandu aktif akan secara automatik layak menikmati manfaat BUDI95 yang membabitkan seramai kira-kira 16.4 juta orang. – 

ROMPAK JARAH

CEKAP BERSIH

KAH KAH KAH

DALAM  2 HARI

SEMUA BERES

AMIN

INILAH KERAJAAN

MADAFAKA

AMIN

CEPAT MENIPU

CEPAT TERIMA

RASUAH

KHALAS

10 PERDANA MENTERI BELANJA 600 BILION DALAM MASA 60 TAHUN - MADAFAKA BELANJA BERAPA ?


MADAFAKA

BELANJA 600 

BILION RINGGIT

DALAM 

MASA 3 TAHUN

AMIN




HARI HARI AKHIR SAEKOR ZA.ENSKIY




Russia gempur Ukraine 'besar-besaran' guna peluru berpandu dan dron


KYIV: Ukraine hari ini mendakwa Russia melancarkan serangan dengan menggunakan ratusan dron dan peluru berpandu sepanjang malam, lapor South China Morning Post (SCMP).

Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang di ibu negaranya di sini, sementara negara jiran Poland mengerahkan jet pejuang bagi mengawal ruang udara.

Serangan itu berlaku selepas Russia memberi amaran kepada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) supaya tidak mengambil tindakan lebih tegas sebagai balasan berhubung dakwaan pencerobohan ke ruang udara yang dilindungi pakatan ketenteraan itu.

Serangan bertubi-tubi itu juga menyusul selepas pendedahan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, bahawa Kyiv menerima sistem pertahanan udara Patriot buatan Amerika Syarikat (AS) daripada Israel bagi menangkis serangan Russia.

"Russia melancarkan satu lagi serangan udara besar-besaran ke atas beberapa lokasi Ukraine ketika orang ramai sedang tidur.

"Sekali lagi, ratusan dron dan peluru berpandu, memusnahkan bangunan kediaman dan mengakibatkan kematian orang awam," kata Menteri Luar, Andriy Sybiga menerusi media sosial.

Beliau memuat naik rakaman api marak dari tingkap sebuah blok kediaman bertingkat dengan menyifatkan kebakaran itu berpunca daripada serangan berkenaan.

Ketua pentadbiran tentera di Kyiv, Timur Tkachenko, sebelum ini berkata laporan awal menunjukkan berlaku 'tiga kematian' termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Semakan semula mendapati jumlah korban meningkat kepada empat orang selepas penemuan mayat seorang mangsa.

Beliau memberi amaran bahawa menurut jangkaannya, lebih banyak kematian mungkin berlaku ketika pasukan petugas melakukan kerja menyelamat.

Di wilayah Kyiv yang lebih luas mengelilingi ibu negara, serangan Russia menyebabkan sekurang-kurangnya 27 orang cedera, kata Ketua Pentadbiran Tentera, Mykola Kalachnyk menerusi Telegram.

Gabenor wilayah tenggara Zaporizhzhia pula berkata, serangan Russia di kawasan itu menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang cedera.

Ketua pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak menuduh Moscow melancarkan 'perang terhadap orang awam' sambil menggesa tindakan lebih besar daripada sekutu Barat Kyiv.

"Akan ada tindak balas terhadap tindakan ini. Namun, tekanan ekonomi Barat terhadap Russia juga mesti lebih kuat," katanya. - AGENSI



HARI HARI

AKHIR SAEKOR

ZELENSKY

AMIN

HARTA BERJUTA

DOLAR KLEPET

DARI JUAL SENJATA

AMIN

VILA DI VENICE

DI LONDON

DI CANNES

AMIN

TAK SEMPAT LARI

PASTI DI BUNUH

KHALAS

DUA KUMPULAN PENYAMUN BEGADUH - PISAU DAN PARANG KELUAR !!!


DUA KUMPULAN

PENYAMUN AKAN

BERGADUH

AMIN

BAWA PARANG

DAN PISAU

KHALAS

NILAI DOLAR DAN RINGGIT


RINGGIT DOLAR

MADAFAKA AKAN KLIM


INI KERJA TRUMP
YANG MAHU
DOLAR JATUH NILAI
AGAR BARANGAN AMERIKA
MUDAH DI EKSPORT

JUSTERU TRUMP
RENDAHKAN KADAR FAEDAH
FEDERAL RESERVE
AMIN


AGAMA TOPENG RASUAH


KELUAR HADIS

KELUAR AYAT

QURAN UNTUK

TOPENG RASUAH

KHALAS


Unknown commented on
 "MAK JANDA DUA KALI"

Politik = kerja sakau, mempedo, memburit, mencari lendir, bermegah, cakap besaq, otak darjah 6, bab agama no.1 alim, berkumat kamit, dahi bertompok itam 2 biji entah dicolour atau real, TT you sambung yang lain.

4 OKTOBER BANTAHAN URA DI JALAN


4 OKTOBER

BANTAHAN URA

DI JALAN

JENG JENG JENG

KHALAS

TAK TURUN JALAN RAYA - MATI KATAK



Peguam tuduh KP Kesihatan berbohong isu bedah siasat Syamsul

Peguam yang mewakili ibu kepada kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Syamsul Haris Shamsuddin menuduh Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan, Dr Mahathar Abd Wahab, berbohong.

Peguam Naran Singh mempertikaikan kenyataan Mahathar sebelum ini bahawa bedah siasat pertama Syamsul tidak dilakukan oleh pegawai perubatan dari Hospital Kota Tinggi di Johor.

Jelas Naran, pegawai perubatan berkenaan telah mengangkat sumpah di Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia menjalankan bedah siasat itu.

"Ketua pengarah (Mahathar) berbohong," kata Naran kepada Malaysiakini.

Dalam afidavit bertarikh 21 Ogos yang dilihat oleh Malaysiakini, pegawai perubatan itu berkata dia menjalankan bedah siasat dengan bantuan pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail.

ADS

Dalam dokumen yang sama, dia meletakkan Hospital Kota Tinggi sebagai alamatnya.

Afidavit berasingan oleh pegawai perubatan Hospital Sultan Ismail bertarikh 21 Ogos berkata dia telah membantu pegawai perubatan dari Hospital Kota Tinggi dalam bedah siasat.

"Saya bersedia untuk berdebat secara terbuka (perkara ini) dengan beliau (Mahathar)," kata Naran.

ADS

Awal hari ini, Mahathar berkata semua kes bedah siasat forensik diselia oleh pakar patologi forensik sambil menegaskan bedah siasat Syamsul dilakukan mengikut prosedur forensik yang ditetapkan selepas mendapat arahan daripada polis.

“Kes dirujuk kepada Pakar Patologi Forensik dan jasad dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor yang mempunyai fasiliti lengkap bagi memastikan pemeriksaan dilakukan secara menyeluruh dan terperinci.

"Bedah siasat itu dilakukan oleh Pegawai Perubatan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail, Johor, dan bukan oleh Pegawai Perubatan Hospital Kota Tinggi, Johor seperti didakwa," kata Mahathar dalam satu kenyataan.

Semalam, Naran memberitahu Malaysiakini bahawa dia menuntut penjelasan mengenai penglibatan pegawai perubatan dalam bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat Syamsul pada 29 Julai.

Jelas Naran, ibu Syamsul, Ummu Haiman Bee Daulatgun, sebelum ini menyatakan hasratnya agar pakar forensik menjalankan bedah siasat ketika mayat anaknya dibawa ke Hospital Kota Tinggi.

Bagaimanapun, Naran mendakwa meski Ummu sudah menyatakan hasrat itu, pegawai perubatan yang sama dari Hospital Kota Tinggi telah melakukan perjalanan sejauh 40km ke Hospital Sultan Ismail untuk menjalankan bedah siasat.

Syamsul, 22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi pada 28 Julai lalu. Dia telah menjalani latihan Palapes sebelum kematiannya.

Ummu mengesyaki perbuatan khianat selepas melihat lebam dan mata berlumuran darah pada mayat Syamsul sebelum dikebumikan, yang menyebabkan dia membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Johor Abdul Latiff Mehat berkata pada 1 Ogos lalu bahawa polis sedang menyiasat kematian Syamsul.

Bagaimanapun, keesokan harinya, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Yusof Othman berkata tiada unsur jenayah ditemui dalam kes itu, manakala Menteri Pertahanan Khaled Nordin berkata kementeriannya telah menubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat kematian Syamsul.

Ummu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 14 Ogos, memohon penggalian mayat Syamsul, bedah siasat kedua, dan inkues kematiannya.

Pada 26 Ogos, pesuruhjaya kehakiman Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membenarkan permohonan Ummu supaya mayat Syamsul digali dan bedah siasat kedua diadakan.

Pada 18 Sept lepas, Peguam Negara Dusuki Mokhtar berkata sebarang keputusan sama ada inkues akan diadakan berhubung kematian Syamsul akan dibuat selepas menerima laporan polis penuh termasuk laporan hospital mengenai bedah siasat kedua yang dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.

KES MATI

DI ASRAMA

MATI DALAM 

KAMPUS

MATI KENA BULI

MAKIN MENJADI

AMIN

TAK KELUAR

KE JALAN RAYA

SEPERTI KES

ARWAH ZARA

PASTI

MATI KATAK

KHALAS

SABTU 4 OKTOBER - TURUN BERDEMO


SABTU 

4 OKTOBER 2025

JAM 2 PETANG

  TURUN

 BERDEMO 

AMIN 

SOGO KE DATARAN 

KE KLCC

AMIN

HAMAS DAN GERILA TIDAK AKAN KALAH




Netanyahu ikrar akan 'selesaikan tugas' menghapuskan Hamas

GAZA: Agensi Pertahanan Awam melaporkan sekurang-kurangnya 50 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan semalaman tentera Israel di Gaza.

Serangan itu berlaku ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar akan 'menyelesaikan tugas' menghapuskan Hamas, ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Dalam ucapan penuh kemarahan itu, Netanyahu turut menolak penubuhan negara Palestin, menuduh pemimpin Eropah memaksa Israel 'membunuh diri' dan memberi 'ganjaran' kepada Hamas kerana menyerang Israel hampir dua tahun lalu.

"Kami sudah menghantar mesej yang sangat jelas bahawa membunuh orang Yahudi akan membawa padah.

"Kami tidak akan 'bunuh diri' sebagai sebuah negara hanya kerana anda tidak berani berdepan media bermusuhan dan perusuh anti semitik yang dahagakan darah Israel," katanya.

Walaupun bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa beliau hampir memeterai perjanjian gencatan senjata, Netanyahu tetap menolak sebarang tekanan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang cuba 'memaksa Israel menerima sebuah 'negara pengganas'.

Netanyahu mendakwa tenteranya sudah melumpuhkan sebahagian besar jentera Hamas dan sedang berusaha menamatkan operasi itu secepat mungkin dengan memburu saki baki anggota pergerakan itu.

Ucapannya itu turut disiarkan sebahagiannya ke Gaza melalui pembesar suara tentera.

Menurut kenyataan dari pejabatnya, tentera Israel sudah mengambil alih rangkaian komunikasi telefon penduduk Gaza dan ahli Hamas.

Bagaimanapun, wakil dua AFP di selatan Gaza dan seorang lagi di Bandar Gaza menyatakan mereka tidak mendengar sebarang siaran melalui pembesar suara, mahupun menerima apa-apa mesej di telefon mereka.

Tentera Israel kini meneruskan serangan besar-besaran terhadap pergerakan Hamas di Bandar Gaza, yang memaksa ratusan ribu penduduk melarikan diri sejak beberapa minggu lalu.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata, sepanjang 24 jam lalu, angkatan udara mereka menyerang lebih 140 sasaran di seluruh Semenanjung Gaza, termasuk pejuang, laluan terowong dan infrastruktur ketenteraan.

Rakaman AFP dari kem pelarian Al-Shati, berhampiran Bandar Gaza, menunjukkan kemusnahan teruk ke atas bangunan selepas serangan udara.

Bagaimanapun, sekatan media serta kesukaran mengakses kawasan tertentu menyebabkan agensi berita AFP tidak dapat mengesahkan secara bebas angka korban atau butiran yang dikemukakan oleh pihak Hamas atau tentera Israel.

Pejabat Kemanusiaan PBB pula melaporkan sebanyak 388,400 orang kehilangan tempat tinggal sejak pertengahan Ogos, kebanyakannya dari Bandar Gaza.

Sejak hampir dua tahun lalu, operasi ketenteraan Israel di Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 65,549 rakyat Palestin, majoritinya orang awam, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas, angka yang dianggap boleh dipercayai oleh PBB. - AFP

JIKA GERILA

TIDAK MATI

ERTINYA GERILA

MENANG

AMIN

JIKA SOLDADU

TAK DAPAT BUNUH

GERILA  ERTINYA

SOLDADU KALAH

AMIN

INI WATAK

PERANG GERILA

KHALAS