Selasa, 18 Februari 2025
INI PROJEK SIAPA ?
4,000 dos vaksin influenza percuma babit 24 klinik di Pulau Pinang bagi fasa pertama
GEORGETOWN: Pulau Pinang menerima sebanyak 4,000 dos vaksin influenza pada peringkat awal pelaksanaan inisiatif suntikan secara percuma kepada semua individu berusia 60 tahun dan ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik di negeri itu, bermula hari ini.
EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan negeri, Daniel Gooi Zi Sen, berkata program itu pada ketika ini dilaksanakan di 24 klinik kesihatan iaitu tujuh di Daerah Timur Laut, Daerah Barat Daya (tiga) dan masing-masing enam di Seberang Perai Utara serta Seberang Perai Tengah manakala dua lagi di Seberang Perai Selatan.
Beliau berpandangan, sambutan warga emas terhadap pemberian vaksin percuma itu agak menggalakkan dengan beberapa fasiliti kesihatan telah menerima slot pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera sehingga 28 Mac ini.
"Namun demikian, saya menyarankan kepada orang awam yang berkelayakan jangan risau, ambil masa dalam slot yang sedia ada, dapatkan temu janji sewajarnya untuk mengelakkan kesesakan di klinik kesihatan bagi menerima vaksin ini.
"Kita akan berusaha untuk memastikan, setiap janji temu yang telah dibuat menerusi aplikasi MySejahtera akan mendapat dos vaksin mereka," katanya pada sidang media selepas melawat Klinik Kesihatan Jalan Macalister di sini, hari ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini memaklumkan bahawa program vaksinasi sukarela tersebut terbuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, jantung, obesiti, kolesterol tinggi, penyakit buah pinggang kronik atau paru-paru kronik.
Gooi berkata, stok vaksin influenza yang akan dibekalkan fasiliti kesihatan terlibat dijangka mencukupi dan akan digunakan sepenuhnya sebelum tarikh luput pada Ogos 2025 dengan pihaknya akan melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada masalah bekalan bagi menjayakan program itu.
"Saya juga ingin menasihati orang ramai supaya tidak panik dan program ini dijalankan secara sukarela, bukan wajib, yang penting mereka yang berisiko tinggi disarankan mendapatkan vaksin ini sebagai langkah perlindungan diri," katanya.
Dalam pada itu, beliau menggalakkan orang ramai supaya tidak membuang aplikasi MySejahtera kerana ia masih relevan untuk pelbagai perkhidmatan kesihatan termasuk melibatkan pendaftaran janji temu dengan doktor gigi dan perkhidmatan kesihatan lain.
WOIT
INI PROJEK
SIAPA?
JENG JENG JENG
DULU WHO
PAKSA VAKSIN
MASA KOBID
RAMAI TUA MUDA
MATI
AMIN
KALI INI
TERTIBA ADA
VAKSIN PERCUMA
JENG JENG JENG
PASAI APA
TERTIBA BAIK
HATI WALHAL
PERUBATAN
PERCUMA NAK
DIHAPUSKAN
AMIN
RAKYAT WAJIB
BELI INSURAN
KHALAS
PERANAN EDISI SIASAT CUKUP BAIK
Ambil tahu, semak dakwaan dalam Edisi Siasat – JIPS
IPOH – Semua Ketua Polis Negeri diminta untuk mengambil tindakan segera terhadap sebarang salah laku melibatkan anggota sebagaimana yang didedahkan dalam media sosial termasuk Telegram Edisi Siasat.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Azri Ahmad berkata, semakan juga perlu dilakukan bagi mengenal pasti punca dakwaan tersebut disebarkan.
“Saya tak nafikan, saya sendiri turun padang untuk mengesahkan laporan yang dilaporkan dalam portal (Edisi Siasat) itu betul atau tidak, kerana saya dapati ada antaranya tiada asas.
“Katakan Ketua Polis Perak baru lapor dan keluar isu di Perak, seharusnya bertindak segera, lihat ada asas atau tidak. Apabila tiada asas, kita buat semakan kenapa (dakwaan) jadi begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di sini hari ini.
Pada majlis, beliau menyaksikan bekas Timbalan Ketua Polis Pahang, Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Ketua Polis Perak baharu berkuat kuasa pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai trend aduan salah laku warga polis yang dibuat menerusi media sosial berbanding menggunakan saluran rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Tambah Azri, tindakan melakukan siasatan berhubung perkara itu penting dalam memastikan persepsi awam terhadap PDRM dapat diurus dengan baik.
Mengulas lanjut beliau berkata, aduan yang dikongsi di media sosial sebenarnya hanya menyukarkan proses siasatan kerana tidak mempunyai maklumat pengadu dan butiran isu yang diketengahkan.
Kata beliau, lebih memburukkan keadaan, jika aduan tersebut bersifat tohmahan dan bertujuan menjatuhkan reputasi serta kredibiliti seseorang dalam pasukan polis.
Tambah Azri, situasi itu hanya mewujudkan persepsi buruk terhadap pasukan polis walaupun maklumat tersebut kebanyakannya tidak berasas.
“Contohnya kes rasuah dalam PDRM yang mana ia sangat sedikit namun persepsi yang tidak dapat dikawal disebarkan bahawa PDRM (mesti) terlibat rasuah.
“Dalam media sosial, kalau sesuatu perkara itu disebut berulang, umpamanya disebut sampai 1,000 kali seolah-olah 1,000 kali perkara (kes) itu berlaku sedangkan kejadian itu hanya sekali. Ini disebabkan oleh persepsi yang sudah dibentuk,” ujarnya. –
SALUT
EDISI SIASAT
AMIN
SIARAKAN
SEJUTA KALI
PASTIKAN
SATU MALAYSIA
TAHU
AMIN
INI CARA KERJA
MEDIA BARU
AMIN
TERUSKAN
LAWAN MUNGKAR
TEGAK KEDAILAN
TAK KIRA SAPA
JADI KERAJAAN
KHALAS
TOK ARAB BUAT TEATER !!!
Negara Arab bakal umum pelan 5 tahun bagi pemulihan Gaza
KAHERAH: Negara-negara Arab dijangka mengumumkan pelan pemulihan Gaza pada sidang kemuncak di Kaherah, 27 Februari ini.
Inisiatif yang dibangunkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan diserahkan kepada Mesir untuk pelaksanaan itu akan dibentangkan kepada pemimpin Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar.
Pelan berkenaan memperuntukkan tempoh pemulihan antara tiga hingga lima tahun, tanpa pemindahan penduduk Palestin dan pembabitan Hamas dalam proses pentadbiran.
Pembiayaan dijangka mencecah ratusan juta dolar dengan dana utama datang daripada negara-negara Teluk.
Sementara itu, syarikat pembinaan dari Mesir akan bertanggungjawab dalam kerja pemulihan.
Ia akan memberikan manfaat ekonomi besar kepada Mesir yang secara tegas menolak sebarang migrasi rakyat Palestin ke luar Gaza.
"Tenaga kerja utama akan terdiri daripada penduduk Palestin sendiri. Ini bagi memastikan pembangunan Gaza dikendalikan mereka yang paling terkesan berikutan peperangan ini," kata seorang pegawai Arab yang terbabit dalam perancangan itu.
Pelan ini juga merangkumi pembentukan satu pentadbiran Palestin yang bebas tetapi masih bergantung kepada PA.
Struktur ini dibentuk bagi mendapatkan persetujuan Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang menolak pengurusan langsung oleh PA.
Sumber yang terbabit dalam projek ini menyatakan matlamat utama adalah untuk mengasingkan Hamas daripada struktur pemerintahan Gaza.
"Matlamatnya adalah untuk meminggirkan Hamas sehingga mereka sedar bahawa (mereka) telah kehilangan kawalan ke atas Gaza.
"Kami mahu menghapuskan cengkaman kumpulan itu dalam tempoh lima tahun selepas pemulihan bermula," katanya.
Negara-negara Arab dilaporkan bimbang dengan kemungkinan serangan baru oleh Israel yang mungkin digunakan sebagai alasan oleh Presiden AS, Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke negara jiran seperti Jordan dan Mesir.
Trump sebelum ini mencadangkan negara-negara Arab menerima lebih ramai pelarian dari Gaza supaya wilayah itu boleh 'dibersihkan'.
Namun, cadangan itu mendapat tentangan hebat daripada negara seperti Mesir dan Jordan yang melihatnya sebagai usaha menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka sendiri.
Analisis imej satelit menunjukkan sekitar 65 peratus bangunan di Gaza musnah akibat perang dengan anggaran pemulihan berpotensi mengambil masa lebih satu dekad dan menelan belanja ratusan bilion dolar.
Arab Saudi kini dilaporkan mengetuai usaha negara-negara Arab dalam merangka pelan alternatif yang berbeza daripada cadangan Trump.
Beberapa pemimpin dari Mesir, Jordan, UAE, dan Palestin dijangka membincangkan butiran akhir rancangan ini dalam satu pertemuan di Riyadh bulan ini sebelum dibawa ke Sidang Kemuncak Arab pada 27 Februari.
Pelan ini dijangka berlandaskan idea lama termasuk cadangan PA yang merangkumi pentadbiran teknokrat, pasukan keselamatan yang dilatih oleh negara-negara Arab serta jaminan bahawa tidak akan ada pemindahan paksa penduduk Palestin.
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal akan ditempatkan di kawasan pertanian dan zon sementara sehingga pemulihan sepenuhnya selesai.
APAKAH INI
HANYA TEATER
AGAR RAKYAT
TAK TURUN
BERDEMO
AMIN
BERANIKAH
PARA TOK ARAB
LAWAN TRUMP?
KAH KAH KAH
SEMUA NEGARA
INI ADALAH
KOLONI AMERIKA
KAH KAH KAH
BERANIKAH
LAWAN TOWKAY
KAH KAH KAH
KHALAS
GUMBIRA BERSAMA YANG DI SAYANG
GUMBIRA
BERSAMA YANG
DI SAYANG
KHALAS
Unknown commented on
"GUMBIRA BILA
BERTEMU KEMBALI"
Orang yang pernah bela anjing tahu betapa sayangnya binatang ini, manakala orang yang tidak pernah tidak akan tahu betapa suci sifat binatang anjing ini, itu saja, haram halal semuanya ciptaan manusia, sebab apa kita tidak tahu, tetapi yang pasti ianya telah mengubah segala manusia dalam muka bumi amin kah kah kah,
ada pepatah lama mengatakan bagi makan kepada manusia selama 3 tahun akan dilupakan tetapi bagi makan 3 hari kepada anjing akan diingati selama-lamanya kah kah kah betul atau tidak kurang pasti tetapi binatang lebih mulia daripada setengah manusia di sini, mudah lupa jasa hasad dengki sebagainya kah kah kah
BAPA PEMBEBASAN PERASUAH
Tiada kes, kata SPRM selepas siasatan dalaman DBKL berhubung kontrak libatkan artis pro-Anwar
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil pendirian tidak berlaku kesalahan berhubung projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai berjuta ringgit yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah Afdlin Shauki.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata penelitian dokumen yang dibekalkan DBKL mendapati tiada salah laku oleh Afdlin.
Hasil semakan dokumen yang dibekalkan oleh pihak DBKL pada 7 Februari 2025 mendapati tiada unsur jenayah berlaku dalam pelaksanaan projek Penerbitan Kandungan Dan Siaran Studio Dan Konti Radio Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bernilai RM4 juta," Azam memberitahu MalaysiaNow.
Bagaimanapun, beliau berkata SPRM mendapati "beberapa kelemahan" berhubung tatakelola pada garis panduan DBKL, sambil menambah "siasatan tatakelola" masih dijalankan melibatkan pembayaran kepada pihak tertentu.
Keputusan SPRM itu berkemungkinan akan mencetuskan lebih banyak kritikan terhadap badan antirasuah itu, yang sebelum ini berdepan kecaman kerana membenarkan DBKL menjalankan siasatan dalaman terhadap dakwaan itu.
Pengkritik berkata ia berbeza dengan amalan SPRM sebelum ini, apabila beberapa pegawai majlis perbandaran yang dituduh rasuah telah diberkas tanpa menunggu siasatan dalaman.
Azam sebelum ini berkata kes melibatkan Afdlin itu akan dirujuk kepada SPRM sekiranya siasatan DBKL mendapati unsur rasuah atau salah guna kuasa, sambil menambah pegawai integriti SPRM yang ditemaptkan di DBKL turut terlibat dalam siasatan.
"Sekiranya terdapat unsur rasuah, atau salah guna kuasa di bawah Akta Pencegahan Rasuah, maka SPRM akan menjalankan siasatan," katanya kepada MalaysiaNow awal bulan ini.
DBKL merupakan agensi yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Dakwaan terhadap Afdlin pertama kali muncul dalam Edisi Siasat, saluran Telegram yang sangat popular khusus dalam pendedahan rasuah yang melibatkan agensi kerajaan dan orang yang berkuasa.
Hantaran Telegram itu mendakwa Afdlin melanggar prosedur perolehan dalam projek pembinaan studio dan konti radio bernilai RM7 juta, sebelum ia dibatalkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Maimunah Mohd Sharif.
Ia juga mendakwa projek-projek itu diketahui setiausaha politik Anwar, Azman Abidin. Azman bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.
DBKL_MnowMenurut hantaran itu lagi, Kelab Sukan dan Kebajikan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan (KSKYWP), iaitu yayasan yang tertakluk di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan di Jabatan Perdana Menteri, telah menyalurkan kontrak DBKL bernilai RM4 juta untuk penerbitan bahan kreatif kepada syarikat milik "kroni".
Katanya, kontrak untuk penghasilan video bagi saluran TikTok "Friends of DBKL" tidak melalui proses tender yang betul, sambil menambah seorang podcaster terkemuka masih berhutang lebih 100 klip kepada DBKL.
Dalam reaksinya, Afdlin mendakwa beliau menjadi sasaran "agenda pihak yang didorong hasad dengki".
"Ini merupakan satu usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk memburukkan nama saya. Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam yang tidak bertempat," kata, yang merupakan antara segelintir tokoh industri hiburan yang menyertai PKR pimpinan Anwar.
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
AMIN
KAH KAH KAH
MI RES MI KES
MI LORD
KAH KAH KAH
KHALAS
INI PROJEK ASKAR SIAM DAN ASKAR MYANMAR
Militia Myanmar sedia hantar pulang 10,000 pekerja dikaitkan dengan penipuan siber
YANGON: Militia etnik Myanmar pada Sabtu berkata, pihaknya sedang bersiap sedia untuk menghantar pulang 10,000 individu yang dikaitkan dengan penipuan siber di kawasan yang dikawalnya ke Thailand sebagai sebahagian daripada tindakan keras terhadap pusat yang dibangunkan secara haram itu.
Pusat penipuan terbabit berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar dan dikendalikan warga asing yang sering diperdagangkan serta dipaksa bekerja.
Mereka menipu ramai individu di seluruh dunia dan menurut penganalisis industri,ia membabitkan wangberbilion dolar.
"Kami sudah mengumumkan untuk membasmi semua penipuan dari tanah air kami. Kami kini sedang melaksanakannya.
"Kami sudah membuat senarai dan bersedia untuk memindahkan kira-kira 10,000 orang (ke Thailand)," kata jurucakap Pasukan Pengawal Sempadan (BGF) di negeri Karen, Mejar Naing Maung Zaw kepada AFP padaSabtu.
Pengusiran akan dilakukan dalam kumpulan seramai 500 orangsetiap hari.
AFP turut menghubungi pihak berkuasa Thailand untuk mendapatkan komen.
Menurut Naing Maung Zaw, BGFmenghantar 61 orang melintasi jambatan sempadan ke Thailand dan sedang bersedia untuk menyerahkan kira-kira 500 orangdaripada pelbagai bangsa setiap hari.
Media Thailand padaSabtu melaporkan, pasukan petugas tentera yang bertanggungjawab untuk keselamatan sempadan di wilayah Tak, Thailandmelakukan koordinasi dengan pemimpin BGF untuk menerima 7,000 pekerja daripada pusat penipuan berkenaan.
Shwe Kokko iaitu pusat penipuan yang terletak di kawasan di bawah kawalan BGF di negeri Karen, adalah bandaryang dikelilingi ladang pertanian.
Pusat penipuan siber sering menjerat orang ramai dari seluruh dunia dengan menawarkan pekerjaan bergaji tinggi namun kemudian mangsa ditahan sebagai tebusan dan dipaksa melakukan penipuan dalam talian atau bakal berdepan hukuman berat.-AFP
INI INDUSTRI
AMAT BESAR
AMIN
MANA DAPT
LETERIK ?
AMIN
MANA DAPAT
LALUAN TALIPON
AMIN
LALUAN INTERNET
DARI MANA?
AMIN
PASTI ASKAR
SIAM DAN ASKAR
MYANMAR
BEKERJASAMA
AMIN
MUSTAHIL 10,000
PEKERJA PENGUASA
TAK NAMPAK
KHALAS
LULUSAN USUL DAN UDIN
JAKIM BERI
KERJA UNTUK
LULUSAN
USUL DAN UDIN
KAH KAH KAH
AMIN
Unknown commented on
"PAGI INI"
BRO
JAKIM IALAH
PEKAKAS KERAJAAN
DALAM QURAN
TAKDA DISEBUT JAKIM
Salah satu badan yang:
Mengabiskan bogheh. Membazir duit pembayar cukai, membazir kertas A4
print itu ini, buang duit bayar gaji.
Sila turunkan taraf JAKIM ini kepada Unit. Jimat sikit belanja mengurus.
kahkahkah
menyusahkan orang
Langgan:
Ulasan (Atom)









