Isnin, 1 Disember 2025

PEGUAM BANGUN MELAWAN !!!


MAKIN RAMAI

PEGUAM BERANI

BANGUN MELAWAN

KHALAS

TERIMA KASIH RAFIZI - BOCORKAN MAKLUMAT MENTERI BAYAR AKHBAR UNTUK KELUAR MUKA DI AKHBAR !!!


TERIMA KASIH

RAFIZI

AMIN

BOCOR MAKLUMAT MENTERI BAYAR

SURAT KHABAR

 UNTUK KELUAR 

GAMBAR

KHALAS

KENAPA SAM DI KENALAI SEBAGAI SAM KEROPOK LEKOR


ERA DEMO 

REFORMASI

SAM TAK PERNAH

KENA TANGKAP

AMIN

DEMO  2018

KES AIR SELANGOR

DI MASJID NEGARA

TIM UBU JADI SAKSI

RAKYAT BERDEMO

SAM MAKAN

KEROPOK LEKOR

KHALAS

SAPA TOWKAY KELAB KUNYIT


WAJIB DISIASAT

SAPA TOWKAY

SPA KUNYIT INI ?

AMIN

TOWKAY KUNYIT

KENALAN

SHAMSUL ISKANDAR?

ATAU KENALAN

PEMIMPIN  AMK?

KAH A KAH KAH

KHALAS

CONTOH ISTERI BERTANGGUNG JAWAB

 



Peguam isteri Albert Tei beri SPRM tempoh 3 hari keluarkan inventori rampasan

KUALA LUMPUR – Peguam yang mewakili isteri ahli perniagaan, Albert Tei memberi tempoh tiga hari sehingga Rabu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan inventori harta yang dirampas ekoran penahanan suaminya, tiga hari lalu.

Rajesh Nagarajan berkata, SPRM turut diberi tempoh yang sama bermula semalam agar mengembalikan segera harta tersebut yang diperoleh ketika serbuan dilakukan di rumah keluarga itu bagi mengelakkan semakan kehakiman difailkan terhadap agensi berkenaan.

“Jika tuntutan tersebut gagal dipatuhi dalam tempoh tiga hari, kami akan mengambil tindakan undang-undang tanpa notis lanjut bagi mendapatkan perintah memaksa senarai rampasan dikeluarkan.

“Semakan kehakiman itu juga bagi mendapatkan perintah pemulangan mandatori harta yang ditahan secara tidak sah serta pengisytiharan ketidakpatuhan dan ketidakperlembagaan prosedur yang dilakukan SPRM,” ujarnya.

Tuntutan tersebut terkandung dalam surat bertarikh semalam (30 November) ditandatangani Rajesh yang dimajukan kepada SPRM melalui Tetuan Raj & Sach selaku firma guaman yang mewakili isteri Albert, Lee Pei Rie.

Dalam surat tersebut, Rajesh mendakwa, pegawai SPRM telah memasuki kediaman keluarga itu secara paksa dan merampas sebuah dekoder sistem kamera litar tertutup (CCTV) manakala kandungan telefon Albert dan keluarganya dipadam tanpa keizinan.

“Tiada senarai rampasan, resit atau dokumentari semasa diberikan. Selain itu seorang pegawai SPRM telah mengacukan senjata api ke arah anak guam sehingga menimbulkan ketakutan dan emosi yang ketara,” demikian menurut surat tersebut.

Albert yang menyerang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhubung pembatalan lesen penerokaan mineralnya, baru-baru ini mendakwa memberikan RM629,000 kepada bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin selepas diyakinkan boleh mendapat kembali wang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Surat itu selanjutnya menyatakan, meskipun tuntutan dibuat di lokasi, pegawai SPRM lalai dan enggan menyediakan rekod bertulis barang yang dirampas.

Dakwanya, keengganan itu merupakan perlanggaran serius terhadap tanggungjawab statutori dan oleh kerana tiada rekod bertulis diberikan, tindakan agensi itu merupakan satu kecurian, bukan rampasan.

Surat itu turut menggariskan bahawa Seksyen 31(1), (3) dan (4) Akta SPRM 2009 antara lain mewajibkan pegawai menyediakan senarai lengkap item yang dirampas dan ditandatangani manakala salinan mesti diberikan serta merta kepada pihak yang hartanya dirampas.

Ujarnya, Seksyen 34 pula menyatakan, sekiranya SPRM mengeluarkan harta dari premis, agensi itu disyaratkan memberi akuan mengenai lokasi harta disimpan, pihak yang menjaganya dan asas penahanan berterusan.

Sehubungan itu, peguam tersebut mengemukakan tuntutan agar inventori rampasan penuh yang ditandatangani dikeluarkan selain menyediakan senarai lengkap item, tarikh dan masa serta butiran pegawai yang menjalankan rampasan.

Selain itu, SPRM perlu mengembalikan secara serta merta item yang tidak mempunyai asas undang-undang untuk terus ditahan.

Surat itu selanjutnya menyatakan, SPRM turut diminta menjelaskan status anak guam sama ada dianggap sebagai saksi, suspek atau sedang dalam siasatan.

Pada 29 November lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari terhadap Albert atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 16 akta itu. – 

INI CONTOH

ISTERI MITHALI

BERTANGGUNG 

JAWAB

AMIN 

SUAMI DALAM

PENJARA ISTERI

JAGA RUMAH

PASTIKAN  HARTA

TIDAK DIREMBAT

OLEH SPRM

KHALAS


SATU LAGI VIDEO MINAH PROKSI TULAR


Lagi video muncul, wanita dakwa Shamsul tandatangani surat sokongan 'atas arahan Anwar'

Sebuah lagi bahagian daripada rakaman video di tengah-tengah pendedahan skandal rasuah melibatkan peringkat tertinggi kerajaan kini muncul, kali ini mengandungi satu lagi dakwaan mengejutkan yang menamakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai orang yang mengarahkan setiausaha politiknya mengeluarkan surat sokongan kepada enam kontraktor untuk pembinaan sebuah projek hospital kerajaan.

Klip berdurasi dua minit itu dipercayai sebahagian daripada perbualan antara ahli perniagaan Albert Tei dan seorang wanita yang sebelum ini dikenal pasti sebagai proksi kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang minggu lalu meletak jawatan sebagai setiausaha politik Anwar dengan memberikan alasan terpalit dengan kontroversi surat sokongan itu.

Dalam klip yang mula tersebar tengah hari tadi, Sofia Rini Buyong kelihatan mempertahankan Shamsul, apabila mendakwa beliau diarahkan menandatangani pelbagai surat sokongan bagi pihak perdana menteri sejak Anwar mengambil alih kuasa.

Sofia: Masa first and second year Anwar naik, kan ramai minta surat sokongan daripada dia. Dia tak nak sign, dia suruh Shamsul sign. Meaning that 2023 dan 2024, semua Shamsul sign atas arahan boss.

Tei: Anwar arahkan dia sign?

Sofia: Ya.

Tei: Siapa yang bagitahu? Shamsul?

Sofia: Memang pun.

Tei: Shamsul sendiri bagitahu?

Sofia: Ya. Dia sendiri cerita dengan I. Dia cakap, masa first and second year, setiap kali orang minta surat (sokongan), dia akan panggil. 'Shamsul, you buat satu surat proper, untuk projek ini ni ni...

Tei: Anwar panggil dia?

Sofia: Yalah, panggil. Lepas tu dia suruh dia sign.

Bagaimanapun, Sofia mendakwa mengeluarkan surat seperti itu bukan satu kesalahan kerana merupakan "prosedur standard".

Tei kemudian mencadangkan bahawa tindakan itu pasti menjadikan Shamsul "kaya raya".

"Mana ada? Saya tanya dia, dia kata benda atas arahan bos. Bos yang suruh. Dia tak dapat apa-apa pun," jawab Sofia dalam video bertarikh 21 November itu.

Petikan rakaman itu merupakan klip pertama didedahkan sejak Tei diberkas dengan penuh drama pada 28 November oleh sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang lengkap bersenjata dan bertopeng.

Sebelum ini, dua klip dinaikkan minggu lalu tertumpu pada dakwaan Sofia yang mengesahkan kepada Tei mengenai pemberian hadiah dan wang tunai bernilai RM630,000 kepada Shamsul, di samping menamakan Anwar dan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebagai individu yang terpalit dalam rancangan merakam secara rahsia beberapa ahli politik kerajaan Sabah mengaku menerima sogokan sebagai pertukaran meluluskan lesen mineral.

Video-video itu didedahkan Tei sejak akhir tahun lalu.

Pada 25 November, Tei tampil dengan dakwaan idea membuat rakaman itu datang daripada Shamsul dengan persetujuan Anwar.

Menurutnya, beliau menghubungi Shamsul dengan harapan dapat membantu berunding dengan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor bagi mendapatkan semula wang yang telah dibayarnya kepada 15 ahli politik di negeri itu.

Sejak skandal terbaru menyelubungi Pejabat Perdana Menteri itu, Shamsul telah meletak jawatan, manakala Sofia pula menafikan semua kenyataan yang diakuinya dalam rakaman perjumpaannya bersama Tei.

Shamsul, Sofia dan Tei kini masih berada dalam tahanan berkait siasatan SPRM terhadap pendedahan itu.

Bagaimanapun, siasatan itu berdepan kritikan disebabkan tuduhan bahawa Azam turut terpalit dalam komplot merakam ahli politik Sabah, di mana peguam dan aktivis anti-rasuah menggesa beliau sama ada meletak jawatan daripada SPRM atau mengambil cuti untuk mengelak konflik kepentingan.

WOIT

CERITA ADA

SAMBUNGAN

AMIN

PASTI BELUM

SEMUA KEUAR

AMIN

LEPAS INI PASTI

ADA CERITA

BUDAK KUNYIT

KAH KAH KAH

TAK ADA KUNYIT

VIDEO 

TAK LENGKAP

AMIN

SABAR TUNGGU

AKAN DATANG

KHALAS

SAPA MINAH PROKSAI INI ?



Sofia Rini bebas dengan jaminan - SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki hari ini mengesahkan bahawa wanita yang dikaitkan dalam klip video perbualan bersama ahli perniagaan Albert Tei berhubung isu rasuah, Sofia Rini Buyong, telah dibebaskan.

Ia susulan tempoh remannya berakhir hari ini.

"Reman tamat hari ini dan tidak disambung. (Dibebaskan) dengan jaminan SPRM," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Malaysiakini sebelum ini melaporkan selain Tei dan Sofia Rini, SPRM pada Jumaat lalu turut menahan bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung siasatan dakwaan rasuah melibatkan lesen prospek perlombongan di Sabah.

Siasatan dibuat setelah Tei mendedahkan dia menyogok dana bernilai lebih RM600,000 kepada Shamsul melalui pelbagai pembelian dan bayaran, termasuk tunai, bagi mendapat kembali wang yang disalurkan kepada ahli-ahli politik di Sabah.

Tei antara lain mendakwa dia diperkenalkan kepada Shamsul Iskandar oleh Sofia Rini, yang menurutnya merupakan proksi kepada Shamsul Iskandar.

Bagaimanapun, wanita itu dalam video tular baru-baru ini menafikan dia menjadi proksi kepada bekas pegawai kanan perdana menteri, Anwar Ibrahim.

Walaupun mengakui ada berjumpa dengan Tei, Sofia Rini mendakwa ahli perniagaan tersebut membuat kenyataan palsu dan tohmahan terhadapnya.

Pertemuan pertama mereka didakwa berlaku pada 8 Nov 2023, kira-kira jam 10 malam di kedai cerut Jesselton Cigaro di Kota Kinabalu.

Dalam video tersebut, Sofia Rini mendakwa Shamsul Iskandar meminta Azam Baki “meringankan” kes Tei.

Dia berkata Shamsul Iskandar ada bertemu dengan Azam, memandangkan dia dikaitkan dalam skandal perlombongan Sabah dan dipanggil oleh Azam.

Apabila Tei bertanya jika Shamsul Iskandar memberitahu Azam bahawa rakaman berkaitan skandal Sabah itu “arahan PMX”, wanita itu menjawab: “Azam tahu”.

Berita Harian dalam laporan berasingan juga menyebut SPRM menafikan merampas barangan berharga milik Tei tanpa pengetahuan seperti didakwa isteri ahli perniagaan itu.

Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM berkata, senarai barangan yang dirampas sudah diserahkan kepada pada hari penahanan Tei dan ditandatangani sendiri individu berkenaan.

"SPRM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas bahawa pegawai SPRM merampas barangan Albert Tei tanpa mengikut prosedur.

"SPRM sentiasa melaksanakan tugas mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan ditetapkan dalam bidang kuasa," katanya.

Antara barangan yang disita itu adalah bahan bukti kes yang disiasat seperti telefon bimbit, iPad dan perakam video digital.

Senarai barangan berkenaan diberi oleh ahli perniagaan itu kepada pegawai SPRM dan satu salinan dokumen Senarai Penyitaan Harta Alih di bawah Seksyen 33 Akta SPRM 2009.

Terdahulu, firma guaman Messrs Raj & Sach yang mewakili isteri Tei, Lee Pei Rie mendakwa, SPRM merampas barangan suaminya secara tidak sah

SAPA MINAH

PROKSI

SAMSUL INI?

KAH KAH KAH

APA TUGAS

MINAH INI ?

KAH KAH KAH

PENYEDAP ATAU

PEMANIS

SAMSUL

KAH  KAH KAH

KHALAS

6-10% PENDUDUK ADALAH HOMOSEKSUAL


HOMOSEKSUAL

BUKAN 

BUDAYA BARAT

AMIN

KAJIAN 

MEMBUKTIKAN

ADALAH NORMAL

DI SETIAP NEGARA

6-10% PENDUDUK

ADALAH

HOMOSEKSUAL

KHALAS

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Sekarang tak ada segan silu, semuanya terbuka dalam era Madani, dulu projek senyap menyap, satu sama lain dalam asrama dalam bilik darjah dalam bilik air, sejenis ini bukan baru, lama sejak muncul sekolah asrama lagi, habis darjah enam masuk sekolah asrama mula lah belajar sedikit demi sedikit kah kah kah 

sekarang sudah dewasa tabiat lama sukar buang menjadi ikutan menjadi budaya nak ikut budaya barat moden amin, yang menghalang hanya jabatan agama kacau daun kah kah kah kalau tidak ramai dah jadi pasangan terbuka tinggal serumah tidur sekatil amin jangan pelik jangan terkejut memang ada kah kah kah

KELAB PATUH SHARIAH !!!


KELAB SENAM

PATUH SHARIAH

SEMUA JANTAN

TAKDA 

PEREMPUAN

AMIN

Exco AMK pusat parti PKR anak buah kepada Ketua AMK yang juga setiausaha politik PM salah seorang yang ditangkap semalam dalam pesta Gay.

Pegawai kepada Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Fahmi Zainol

Jelas lah AMK tu Angkatan Muda Kunyit.

Kemaluan yang memalukan buat Anuar Bapak Kunyit Negara 🤮

SELAMATKAN UMNO HUMBANKAN ZAHID


SELAMATKAN UMNO

HUMBANKAN ZAHID

AMIN

SHAMSUL WAJIB DI DAKWA AMACM MAMAT INI



Rasuah: Bekas SUSK bekas Menteri Pelancongan kena jel 6 tahun, denda RM8.8 juta


KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohd Saifullah Mohd Minggu @ Mohd Hisham, dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM8.8 juta selepas didapati bersalah terhadap lapan tuduhan menerima rasuah RM1.77 juta berkaitan tender perkhidmatan pengiklanan kementerian itu pada tahun 2018.

Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin mengenakan hukuman itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan Seksyen 50(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas imbangan kebarangkalian.

Sepanjang prosiding, Mohd Saifullah, 34 yang berkot biru dan berada dalam kandang tertuduh, menangis teresak-esak ketika Suzana mensabitkan dan menjatuhkan hukuman berkenaan.

Suzana turut memerintahkan Mohd Saifullah yang pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Datuk Mohamaddin Ketapi, dipenjara tujuh tahun jika gagal membayar jumlah denda terbabit.

"Mahkamah telah mensabitkan kamu dengan semua tuduhan, seterusnya mahkamah mempertimbangkan mitigasi untuk meringankan hukuman dan juga mendengar hujahan pendakwaan bagi pemberatan hukuman.

"Saya harap hukuman ini dapat menginsafkan kamu dan mengelakkan kamu daripada melakukan kesalahan pada masa akan datang.

"Kamu masih muda dan harap kamu akan insaf dan berubah kepada yang lebih baik," katanya.

Penilaian maksimum

Terdahulu Suzana dalam penghakimannya berkata, mahkamah mensabitkan Mohd Saifullah selepas mendengar keterangan saksi pembelaan dan membuat penilaian maksimum terhadap semua keterangan termasuk keterangan saksi pendakwaan serta meneliti hujahan kedua-dua belah pihak.

Katanya, oleh itu, pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadap semua pertuduhan tanpa sebarang keraguan munasabah. Dengan itu mahkamah mensabitkan kamu dengan pertuduhan berkenaan.

Hakim itu bagaimanapun membenarkan permohonan peguam bela, Asyraaf Abu Bakar Hamzah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman terhadap anak guamnya, sementara rayuannya diputuskan mahkamah.

Mohd Saifullah didapati bersalah menerima suapan berjumlah RM1,765,000 daripada pemilik syarikat Inter Bev Network Sdn Bhd, Ronald Seto Kong Seng melalui Roslan Lahada sebagai dorongan untuk tertuduh berjanji mendapatkan tender "Perkhidmatan Penghasilan Penjenamaan (Brand) dan Kreatif (Creative).

Ia bagi kempen pengiklanan Tourism Malaysia kepada syarikat Inter Bev Network dan tender 'Cadangan Promosi dan Pengiklanan Digital Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 secara rundingan terus kepada syarikat Plan B Digital Sdn Bhd.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa tempat antaranya di Red Box Karaoke dan Coffee Bean di pusat beli-belah Pavillion, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); di pejabat setiausaha sulit kanan kepada menteri, di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; di Vipod Residences dan PETRONAS Dengkil antara jam 11 pagi hingga 11.30 malam, pada 21 Disember 2018 hingga 1 Mac 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Ketika menghujahkan rayuan bagi diringankan hukuman, Asyraaf berkata, anak guamnya yang bertugas sebagai setiausaha sulit kanan ketika kejadian, masih muda dan naif dalam hal ehwal politik, telah diambil kesempatan oleh pihak berkepentingan.

"Tertuduh mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan masih boleh beri manfaat kepada masyarakat. Tertuduh adalah pesalah kali pertama, dan sepanjang lima tahun perbicaraan tertuduh telah memberikan kerjasama yang baik dan telah insaf," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon hukuman berat kerana tindakan tertuduh bukan sahaja mencemarkan imej keluarga, tetapi memberi kesan langsung kepada kepercayaan masyarakat terhadap integriti dan ketelusan urus tadbir kerajaan.


SHAMSUL

WAJIB DIDAKWA

AMIN

INI CARA TERBAIK

UNTUK JADI KAN

TAULADAN

AMIN

TERBAIK

UNTUK SAM

KURUSKAN BADAN

KHALAS