Jumaat, 5 Disember 2025
MENTERI KABINET TIDAK TAHU PERJANJIAN ANWAR-TRUMP ?
MENTERI KABINET
TIDAK TAHU
PEJANJIAN
ANWAR-TRUMP ?
KHALAS
GANJA DAN PISTOL AKAN DITEMUI DALAM KERETA ALBERT TEI
GANJA DAN PISTOL
AKAN DI TEMUI
DALAM KERETA
ALBERT TEI
AMIN
BEKAS TENTERA MULA MARAH
Perjanjian Anwar-Trump 2025: Bekas Panglima ATM mohon campur tangan raja-raja
Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyuarakan bantahan terhadap perjanjian perdagangan kontroversi Malaysia-AS dengan menyatakan kebimbangan bahawa perjanjian tersebut menjejaskan kedaulatan Malaysia dalam situasi yang dianggap seperti “penjajahan semula”.
Bercakap pada sidang media bersama bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini, bekas Panglima ATM, Jeneral (B) Borhan Ahmad berkata para veteran bersedia menghadap Majlis Raja-Raja bagi membnagkitkan kebimbangan terhadap perjanjian itu.
"Memang telah buat perancangan untuk jumpa dengan raja-raja, membincangkan masalah yang dihadapi sekarang, minta pandangan mereka, satu tindakan yang dapat diambil oleh majlis, kita nak jumpa, ada rancangan untuk jumpa,” kata Borhan.
Perkara serupa disuarakan Dr Mahathir, yang mengatakan kebimbangan bekas tentera terhadap perjanjian itu turut dirasai oleh orang ramai.
"Bukan saja bekas tentera, orang ramai sokong pendirian mereka. Kita tak tahu apa yang akan jadi pada negara kita kalau kita ditakluk oleh AS, kita negara merdeka, tapi bila letak bawah AS, tak tahu kalau masih ada (merdeka) atau tidak,” kata Mahathir.
Dalam kenyataan bagi pihak veteran tentera hari ini, Borhan berkata perjanjian itu menunjukkan Malaysia tidak lagi bersikap neutral seperti dahulu dan seolah-olah "menyerahkan kedaulatan" kepada kuasa asing.
“Mengenai perjanjian perdagangan yang ditandatangani (dengan AS), ia menunjukkan bahawa kita telah menyerahkan kedaulatan dan integriti negara kepada kuasa asing – ini tidak mencerminkan negara merdeka yang sebenar.
“Adakah kita kini dijajah semula, atau dipaksa menerima perjanjian berat sebelah ini? Apakah alasan kita untuk tunduk kepada ancaman sekatan dan peningkatan ‘cukai’ jika kita tidak bersetuju dengan peraturan perdagangan yang mustahil ini?” soalnya.
Dia menegaskan ATM telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemerdekaan Malaysia “melalui darah dan air mata,” dengan berpendapat bahawa pembangunan negara dan pencapaian ikonik tidak akan tercapai sekiranya tentera gagal melaksanakan tugas mereka.
“Semua pencapaian yang kita banggakan - adakah ia akan tercapai jika ATM gagal dalam misinya?
“Jawapannya sudah tentu ‘tidak’, jadi janganlah kita menjual negara sehingga menjadi pengemis semula,” tegasnya.
Awal minggu ini, Mahathir membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas dakwaan “pengkhianatan” berkaitan perjanjian perdagangan timbal balas Malaysia-AS yang ditandatangani pada Okt lalu.
Dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 2 Dis lalu, Mahathir turut meminta pihak berkuasa menyiasat pegawai dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Peguam Negara, serta semua pihak yang terlibat dalam menyediakan, merunding dan memeterai perjanjian tersebut.
Selain menuduh Anwar melakukan sabotaj terhadap negara, Mahathir berkata dia percaya Perdana Menteri telah menjalankan aktiviti yang merugikan demokrasi berparlimen.
Antara klausa perjanjian yang digesa disiasat ialah Artikel 5.1, 5.2 dan 5.3, serta klausa lain seperti sekatan terhadap dasar digital dan peraturan domestik, dan yang menjejaskan kepentingan Bumiputera serta hak yang dijamin di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Dia juga menyeru siasatan sekiranya terdapat unsur pengaruh asing atau tindakan yang mengancam kedaulatan dan keselamatan negara, serta jika terdapat unsur penyalahgunaan kuasa, kecuaian serius dan kemungkinan pengkhianatan kepercayaan berkaitan pengurusan dan keputusan mengenai nadir bumi dan mineral kritikal negara.
Perjanjian yang ditandatangani pada 26 Okt antara Anwar dan Donald Trump semasa lawatan presiden AS itu ke Kuala Lumpur bagi Sidang Kemuncak ASEAN, mengandungi peruntukan yang menggalakkan penjajaran lebih rapat dengan Washington dalam isu keselamatan negara, termasuk kawalan eksport, sekatan, dan penilaian pelaburan.
Perjanjian perdagangan itu juga memberi akses keutamaan untuk barangan dan perkhidmatan Amerika, manakala AS mengecualikan beberapa eksport Malaysia daripada tarif 19 peratus.
Sebagai balasan, Malaysia dijangka mematuhi sekatan perdagangan AS yang berkaitan dengan ekonomi atau keselamatan negara, menyelaraskan kawalan eksport dan sekatan AS terhadap teknologi sensitif, serta menghalang syarikat Malaysia daripada memudahkan pengelakan sekatan.
Kerajaan juga dijangka meneroka mekanisme untuk menyaring pelaburan masuk bagi risiko keselamatan negara, termasuk yang melibatkan mineral kritikal dan infrastruktur.
Bercakap di Dewan Rakyat pada 1 Dis lalu, bekas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa Malaysia tidak merundingkan perjanjian perdagangan itu “dari kedudukan selesa”.
Dia menegaskan rundingan perjanjian itu dijalankan berikutan ancaman tarif sebabnyak 25 peratus oleh Trump ke atas hampir semua eksport Malaysia ke AS.
BEKAS TENTERA
SUDAH BERI
PANDANGAN
AMIN
PEMIKIR PENIAGA
AGAMAWAN
SENIMAN
SASTRAWAN BILA
NAK BERSUARA?
AMIN
KANG KONG
BIARKAN MENIKUS
AMIN
BAGI KANG KONG
BUKAK CERITA
NABI SULAIMAN
SAMPAI KE PILAH
KAH KAH KAH
KHALAS
PN PUN ADA SHAHRIZAT LEMBU !!!
Projek lembu: SPRM berkas wakil rakyat PN
KAH KAH KAH
DULU BN ADA
SHAHRIZAT LEMBU
KAH KAH KAH
KINI PN PUN ADA
AZMAN LEMBU
KAH KAH KAH
BILA AGAKNYA
LEMBU INI
NAK BELI KONDO
KAH KAH KAH
KHALAS
BANYAK LAGI NEGARA TAK DIBENAR MASUK KE AMERIKA
AS mahu perluas larangan perjalanan cecah jumlah lebih 30 negara
KAH KAH KAH
LANGKAH BIJAK
DARI TRUMP
KAH KAH KAH
HANYA AJEN &
BARUA AMERIKA
SAJA BOLEH
MASUK AMERIKA
KHALAS
HORMATI HAK ASASI INDIVIDU
Kenyataan Media 04 Disember 2025
MENGECAM SERBUAN DISKRIMINASI, PELANGGARAN HAK ASASI, DAN PENYALAHGUNAAN KUASA POLIS
Mandiri mengecam serbuan ke atas sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang dilakukan oleh pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), pada 28 November 2025 yang lalu.
Serbuan dan tangkapan tersebut jelas bersifat diskriminasi kerana pihak berkuasa mensasarkan pengunjung berdasarkan anggapan bahawa mereka merupakan kelompok LGBTQ, walaupun tiada bukti menunjukkan berlakunya sebarang aktiviti yang dimaksudkan di pusat kesihatan berkenaan.
Mandiri menyambut baik pembebasan kesemua 201 individu yang ditangkap dan cadangan tiada tindakan lanjut akan diambil terhadap mereka. Namun, kami dimaklumkan bahawa para tahanan telah ditahan dan dikurung selama lebih 40 jam, serta tidak dibenarkan dibebaskan dengan jaminan walaupun permohonan reman telah ditolak oleh Mahkamah Majistret. Turut dimaklumkan juga terdapat kekurangan akses kepada makanan dan air, serta dihalang untuk berjumpa dengan peguam. Keadaan ini jelas merupakan pencabulan serius terhadap hak asasi manusia dan penyalahgunaan kuasa polis.
Mandiri dengan tegas menuntut :
1. Semua siasatan terhadap 201 individu yang ditangkap dihentikan serta-merta tanpa sebarang pendakwaan.
2. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bertanggungjawab menjalankan siasatan terhadap pelanggaran hak asasi manusia serta penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa dalam insiden ini.
Mandiri menegaskan bahawa setiap individu berhak dilindungi daripada diskriminasi, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip hak asasi manusia sejagat.
Pihak berkuasa juga tidak patut ikut campur dengan sebarang aktiviti di ruang peribadi, khususnya apabila ia tidak langsung melibatkan soal keselamatan, sama ada kepada individu di dalam ruang tersebut, atau kepada masyarakat umum.
Solidariti,
Wong KuKui
Penyelaras, Mandiri
AL-QAEDA DAN ISIS BUAT KENDURI DI JALAN U THANT
📢 Jemputan kepada Media
Pemberitahuan Media
Kedutaan Syria di Kuala Lumpur 🇸🇾🇲🇾 dengan sukacitanya menjemput wakil media tempatan dan antarabangsa untuk membuat liputan majlis sambutan Ulangtahun Pertama, Hari Kemenangan dan Pembebasan
* Tarikh: Ahad, 7 Disember 2025
* Masa: 12:00 tengah hari – 3:00 petang
* Lokasi: Kedutaan Syria di Kuala Lumpur
* Alamat: No.93, Jalan U Thant, 55000 Kuala Lumpur Malaysia
Kami amat menantikan kehadiran anda.







