Khamis, 6 November 2025

TENTERA NATO AKAN MASUK BANTU UKRAINE ?


TENTERA NATO

AKAN MASUK

BANTU UKRAINE ?

AMIN

BAGAIMANA ISMAIL HANIYEH DI BUNUH ZIONIS


BAGAIMANA

ISMAIL HANIYEH

DI BUNUH ZIONIS

KHALAS

BEKAS PRESIDEN INDON TIBAI ANWAR IBRAHIM


BUKAN HANYA

 POLITIKUS SIAM

 TIBAI MADAFAKA

KINI

 BEKAS PRESIDEN

INDONESIA PULAK

AMIN

PROJEK KUMPUL TELEFON


PROJEK KUMPUL

TELEFON

AMIN

MAT SABU SALUT WARGA EROPAH


MAT SABU

SALUT 

WARGA EROPAH

AMIN

TATKALA RAKYAT ASEAN SIBUK BERJOGET BERNYANYI TAYLOR SWIFT & AYUH JAMILAH 
RAKYAT EROPAH MEMILIH ZOHRAN MAMDANI & CATHERINE CONOLLY

6 November 2025.

Semasa ramai penganalisa geopolitik membincang dan meramalkan dunia di ambang perang besar, atau setidaknya serangan Amerika terhadap Vanezuela dan Iran, di New York terjadi suatu peristiwa bersejarah apabila seorang anak muda Zohran Mamdani seorang anti-zionis dan sosialis telah mendapat mandat rakyat New York untuk mentadbir kota raya yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi dan penuh rencam.

Spekulasi dunia di ambang perang besar ini bukan main-main. Selama hampir sedekad ekonomi Amerika sebenarnya telah ditamatkan hegemoninya oleh China iaitu ketinggalan 5% setakat 2024.

Jadi tidak mengejutkan bagaimana kali ini Trump penuh beradab melayani pertemuannya dengan Presiden Xi baru-baru ini di Korea Selatan. Segalanya serba tak kena dengan pentadbiran Amerika mulai perang 12 hari antara Israel dan Iran yang kesudahannya Amerika terpaksa mengebom loji nuklear kosong di Iran yang membuatkan Netanyahu geram.

Segalanya serba tak kena dengan pentadbiran Trump. Belanjawan tergantung sudah sebulan lebih paling lama dalam sejarah. Hampir 1 juta pekerja dinafikan gaji. Harga elektrik melambung, janji membuka kilang-kilang pembinaan masih dalam mimpi, peluang pekerjaan entah kemana, gelandangan meningkat, nilai dollar menyusut, industri Ai gagal, industri kenderaan EV gagal dan..ini yang paling menakutkan:

Pembinaan loji tenaga nuklear juga kalah dengan China yang kini mempunyai lebih banyak berbanding Amerika. Ini petanda bukan sahaja Amerika kekurangan para saintis tempatan malah teknologinya juga sudah ketinggalan.

Kita jangan terkejut, manifesto yang telah menambat hati warga New York memilih Zohran adalah sebuah manifesto yang sebenarnya tidak selayaknya ditawarkan di dalam sebuah negara maju. Bas percuma, tadika percuma, sewa rumah ala PPR dan kedai runcit harga rahmah. Sudah tentu situasi ini dipandang serius oleh negara-negara sekutu rapat Amerika di Eropah.

Negara-negara Eropah telahpun menunjukkan protes bermaruah dengan memalukan Amerika dan anak emasnya Israel apabila kuasa-kuasa besar Eropah telah mengiktiraf Palestin sebuah negara berdaulat.

Pada ketika rakyat di New York, Michigan, Dearbond Height, Virginia memilih pemimpin Islam anti-zionist sebagai penyelamat negara, umat Islam di Sudan saling berbunuhan dibantu pula dengan negara-negara Arab seperti UAE dan Saudi. Umat Islam Asean pula masih leka dengan trend tiktok G-Dragon, Demon Slayer, Taylor Swift, Tabolabale, dan terkini Ayuh Jamilah. Menyampah lagi memualkan. Oh satu lagi kes cerai selebriti. Kalah cerita sumud flotila nusantara.

Semasa rakyat Asean masih sibuk berbalah adakah Arsenal atau Manchester United bakal dinobatkan juara EPL musim ini, rakyat eropah saban minggu ratusan ribu memenuhi jalanraya demi pembebasan Palestin sehingga memilih seorang presiden untuk negara Ireland, Catherine Conolly yang memang terkenal dengan prinsipnya anti-zionis.

Di Malaysia, kebangkitan rakyat dan pemimpin anti-zionis di Amerika dan Eropah telah selalu disebut oleh pemimpin politik dan aktivis pembebasan Palestin, Hj Mohamad Sabu, bang Mat juga telah lama memperkatakan hal perubahan kuasa ke negara China. Meramal dan membincangkan hal geopolitik ini bukan sekadar untuk tunjuk hebat tetapi panduan untuk memposisikan negara dalam kancah krisis ataupun perdagangan. 

Apa yang menarik bila di amati, bang Mat juga telah banyak kali memberi panduan bagaimana negara-negara Islam boleh membantu membawa dunia ke arah keamanan sejagat dengan realistik dan tuntas iaitu mesti menolong negara-negara seperti Republik Islam Iran, Yaman, Vanezuela, Cuba dan negara-negara latin Amerika lain yang sedang melawan kuasa imperialis. 

Malangnya sehingga ke hari ini tiada negara Islam yang berani bahkan membuat keputusan yang sebaliknya. Sedangkan majoriti rakyat Amerika dan Eropah non-muslim berani membuat perubahan dengan memilih pemimpin seperti Zohran Mamdani bukan sahaja untuk membaiki New York malah Zohran berjaya membawa seruan anti-zionis, kemanusiaan dan keamanan dunia.

TAHNIAH UNTUK ROHANA - DAN PUAN CHEE



Rohana, anak Melayu dijaga Cina sejak bayi kini sudah ada diploma

KUALA LUMPUR: Rohana Abdullah yang pernah mendapat perhatian ramai melalui kisahnya dijaga ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan, kini sudah menamatkan pengajian Diploma Sains Komputer di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), di sini.

Rohana, 25, yang juga penerima Biasiswa Anak Emas UTeM adalah seorang daripada 3,278 graduan universiti itu yang menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana serta ijazah doktor falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesyen UTeM Ke-21, kelmarin.

Dia bersyukur dengan kejayaan menamatkan pengajian dan mengakui ibu angkatnya, Chee Hoi Lan, 86, menjadi pendorong hingga berjaya mencapai tahap itu.

"Terima kasih tak terhingga kepadanya kerana membesarkan saya, tanpanya saya tak dapat kecapi impian. Dia (ibu) motivasi dan inspirasi untuk saya daripada dulu hingga kini," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Rohana turut menghargai peluang keemasan daripada UTeM menerusi program Anak Emas UTeM hingga berjaya menamatkan pengajian diplomanya dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.88.

Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 disempurnakan oleh Canselor UTeM yang juga Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam.

"Saya ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada UTeM, terutamanya kepada Tun Canselor dan Naib Canselor atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada saya melalui program ini. Terima kasih juga semua pensyarah, pegawai, staf dan pihak universiti yang komited urus hal ehwal saya sepanjang tempoh pengajian bermula 2022 hingga 2025.

"Program Anak Emas adalah inisiatif hebat ditonjolkan UTeM kerana ia benar-benar membantu meringankan beban mereka yang cemerlang dalam akademik tetapi berdepan kekangan kewangan serius ekoran keluarga tidak berkemampuan.

"Program ini terbukti berkesan bersama pakej tambahan bantuan suntikan semangat dan motivasi buat pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan akademik dan perkara holistik kemenjadian mahasiswa," katanya yang kini menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) dengan kepujian di UTeM.

Kisah Rohana yang dijaga ibu angkat berlainan agama dipanggil laoshi sejak berusia dua bulan mendapat perhatian pada Januari 2022 kerana Hoi Lan berusaha mengekalkan anak angkatnya itu dengan agama asal.


TAHNIAH

SALUT UNTUK

ROHANA

AMIN

SALUT UNTUK

IBU ANGKAT

CHEE HOI LAN

MANUSIA BAIK 

BERHATI SUCI

AMIN

KHALAS

AWAS !!! KERJA DI LONDON GAJI LUMAYAN !!!


Impian ke England tak kesampaian, 2 pasangan kekasih ditahan bersama dadah RM8.3j



SEPANG: Hasrat dua pasangan kekasih ke Manchester di England tidak kesampaian selepas mereka ditahan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) kerana disyaki menjadi keldai dadah.

Kedua-dua pasangan warga tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan pada Isnin lalu bersama 68 bungkus dadah, disyaki kanabis yang disembunyikan dalam empat beg seberat 86 kilogram dengan nilai dianggarkan RM8.3 juta.

Ketua Pengarah AKPS, DaMohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua suspek ditahan kira-kira jam 8.15 malam apabila salah satu pasangan tidak dibenarkan menaiki penerbangan dan bagasi mereka diperiksa semula melalui imbasan.

"Imbasan ke atas bagasi itu mengesan dadah jenis kanabis. Susulan itu pasangan berkenaan serta satu lagi pasangan yang turut mendaftar masuk sebelumnya ditahan," katanya pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

Terdahulu, dua pasangan terbabit menaiki bas dari Johor ke Pulau Pinang sebelum ke LTAPP untuk ke destinasi yang dijanjikan. Siasatan mendapati seorang daripada suspek bekerja di syarikat minyak dan gas, dua lagi pemandu e-hailing, manakala seorang bekerja sendiri.

Shuhaily berkata, berdasarkan siasatan awal, semua suspek mengaku menerima tawaran kerja menerusi aplikasi TikTok yang menawarkan upah lumayan antara RM8,000 hingga RM11,000 bagi membawa barangan.

"Hasil semakan turut mendapati semua suspek baru pertama kali membuat pasport dan tiada sebarang rekod jenayah. Kes diserahkan sepenuhnya kepada Bahagian Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan tawaran kerja dalam talian dan sentiasa berwaspada dengan individu tidak dikenali.

AWAS !!!

IKLAN KERJA

DI LONDON

GAJI LUMAYAN

AMIN

BAWA BEG 

DULU DAPAT

UPAH LUMAYAN

AMIN

HEBOHKAN

PADA YANG MUDA

KERJA DI EROPAH

DAH PENUH

AMIN

DI EROPAH BERJUTA

TAKADA KERJA

KHALAS

MAHARAJA TRUMP AKAN DIPECAT ?


Mahkamah Agung AS ragui kesahihan tarif Trump

WASHINGTON: Majoriti Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) meragui kesahihan pelaksanaan sebahagian besar tarif yang mahu dilaksanakan Presiden Donald Trump.

Keraguan itu disuarakan ketika mendengar kes penting yang berpotensi mengekalkan atau menggugat agenda ekonomi presiden itu.

Ketika ini berbilion dolar hasil kastam menjadi pertaruhan dan instrumen penting dalam perang perdagangan Trump.

Bagaimanapun, sembilan hakim tertinggi negara itu sedang meneliti penggunaan kuasa darurat oleh Trump bagi mengenakan tarif "timbal balik" ke atas hampir semua rakan dagang AS, selain levi khusus terhadap Mexico, Kanada dan China atas dakwaan terbabit dalam penyeludupan dadah.

Hakim-hakim itu mempersoalkan sama ada Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA) yang digunakan Trump turut memberi kuasa untuk mengenakan tarif.

Ketua Hakim John Roberts, berkata perundangan itu tidak menyebut perkataan tarif.

Mereka turut membangkitkan sama ada Kongres perlu memberikan kuasa jelas apabila dasar itu membabitkan implikasi ekonomi atau politik yang besar.

Peguam Negara, John Sauer, mewakili pentadbiran Trump, berhujah bahawa perkara itu tidak berbangkit memandangkan presiden sudah memiliki kuasa luas dalam urusan luar.

Beliau turut menyatakan secara lazimnya, Kongres akan memberi kuasa besar kepada presiden bagi menangani krisis antarabangsa.

Sauer cuba menggambarkan isu itu sebagai berkaitan kuasa mengawal perdagangan luar termasuk mengenakan tarif dan bukan kuasa percukaian.

Hakim Sonia Sotomayor menegaskan kuasa mengenakan cukai adalah "kuasa Kongres, bukan kuasa presiden."

"Anda mahu mengatakan tarif bukan cukai, tetapi itulah sebenarnya," katanya.

Hakim Neil Gorsuch, yang dilantik Trump, mempersoalkan sama ada Kongres mampu mendapatkan kembali kuasa yang dilimpahkan kepada presiden, sambil menyatakan "secara praktikalnya, kuasa itu tidak akan kembali.

Peguam Neal Katyal yang mewakili perusahaan kecil mencabar tarif Trump, berhujah adalah "sangat tidak munasabah" untuk menganggap Kongres sudah menyerahkan kuasa mengubah keseluruhan sistem tarif dan ekonomi negara kepada presiden melalui IEEPA.

Keputusan mahkamah, yang mungkin mengambil masa beberapa bulan, tidak memberi kesan kepada tarif khusus sektor seperti keluli, aluminium dan automotif.

Sejak kembali ke Rumah Putih, Trump meningkatkan kadar tarif efektif purata ke paras tertinggi sejak 1930-an.

Mahkamah rendah sebelum ini memutuskan beliau melampaui kuasanya, sebelum kes itu dibawa ke Mahkamah Agung.

Trump menggambarkan kes berkenaan sebagai "antara yang terpenting dalam sejarah AS" dan memberi amaran akan berlaku malapetaka jika tarifnya dibatalkan.

Beliau tidak hadir pada pendengaran semalam, walaupun pernah membayangkan hasrat untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun beberapa pegawai kanan hadir termasuk Setiausaha Perbendaharaan, Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer.

Peguam berhujah jika Mahkamah Agung mendapati tarif global itu tidak sah, kerajaan masih mempunyai pilihan undang-undang lain untuk mengenakan tarif sehingga 15 peratus selama 150 hari sementara mencari mekanisme lebih kekal.

Negara yang sudah mencapai persetujuan tarif dengan Trump sebelum ini pula dijangka enggan membuka semula rundingan.


KAHK KAH KAH

KAH KAH KAH

MAHARAJA TRUMP

KAKI PUTAR

KAH KAH KAH

AMIN

BERAPA LAMA

LAGI  TRUMP AKAN

JADI PRESIDEN

KAH KAH KAH

PASTI ADA

PROJEK SINGKIR

PECAT TRUMP

KHALAS

HIDUP INI BEKAS ANAK RAJA


HIDUP INI MENGIKUT

BEKAS ANAK RAJA

AMIN

RAJA BERJIWA RAKYAT


RAJA BERJIWA

RAKYAT

AMIN

Unknown commented on 
"CAKAP BANYAK KERJA TAK BUAT"

Betul betul betul Raja yang cerdik memang bijak memang faham karenah pemimpin politik faham kesusahan rakyat tetapi tidak dapat berbuat apa-apa, hanya sekadar memberi ucapan padu, sebenarnya ramai menunggu Raja ini jadi lagi berkuasa versi cerdik memang sukar dicari sekarang amin, semoga terus berkekalan amin amin amin

KURUSKAN BADAN TANPA MAKAN UBAT


PANDANG 

BETUL- BETUL

JIKA SESIAPA
NAK KURUSKAN  BADAN
NAK KURANG  MAKAN
TANPA BERSENAM
TANPA MAKAN UBAT
SILA SIMPAN 
GAMBAR KANG KONG INI
DALAM  TELEFON
BILA NAK MAKAN
TATAP MUKA INI
KHALAS


SILA DENGAR UCAPAN KEMENANGAN TOK BANDAR NEW YORK


SILA DENGAR

UCAPAN

 KEMENANGAN

 TOK BANDAR

NEW YORK

AMIN

FARHASH SAMAN RAFIZI JADI KE TIDAK ?

 



Polis rampas telefon milik MalaysiaNow dalam siasatan kes libatkan syarikat Farhash, mineral Sabah

Polis hari ini bertindak merampas sebuah telefon bimbit milik editor portal MalaysiaNow, dalam apa yang disifatkan peguam sebagai siasatan tanpa asas yang bertujuan menakut-nakutkan wartawan daripada menjalankan tugas melaporkan isu berkepentingan awam.

Editor MalaysiaNow, Abdar Rahman Koya hari ini disoal buat kali ketiga, sebahagian daripada siasatan polis berkenaan laporan portal itu pada Julai melibatkan Farhash Wafa Salvador, di mana syarikat terkait bekas ahli politik PKR itu didapati menerima kelulusan lesen carigali mineral di sebuah kawasan hutan simpan yang luas di Sabah.

Siasatan dijalankan berdasarkan laporan polis oleh Sabah Mineral Management (SMM), agensi kerajaan negeri dipengerusikan Ketua Menteri Hajiji Noor yang kini terpalit skandal rasuah perlombongan.

Menurut polis, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan atas kesalahan "kebocoran dokumen sulit", di samping Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia berhubung "penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian dan perkhidmatan rangkaian", undang-undang yang kerap menyasarkan media dan wartawan yang mengkritik kerajaan.

Soal siasat kali ini berakhir dalam masa kurang 30 minit, di mana Abdar Rahman sekali lagi tidak menjawab sebarang soalan sepanjang keterangannya di ambil oleh pegawai polis dari Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

Peguam Rajesh Nagarajan mempersoalkan penglibatan polis dalam isu ini, dan berkata anak guamnya "dikejar" polis hanya kerana melaporkan sesuatu yang mempunyai kepentingan awam.

"Adalah sangat penting membenarkan pihak wartawan untuk melakukan kerja mereka. Jika pihak wartawan menulis apa-apa artikel yang berbaur fitnah, kamu samanlah di bawah akta fitnah. Kenapa gunakan polis?

"Ini merupakan suatu penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis, di mana mereka sedang mengejar anak guam saya tanpa sebarang asas. Ia benar-benar tidak boleh diterima," katanya sejurus selepas sesi soal siasat.

Rajesh percaya apa yang dilakukan ialah sebahagian daripada usaha pihak berkuasa memastikan golongan wartawan "fikir dua kali".

"Dan itu tidak boleh diterima. Kami tidak mahu wartawan itu berfikir dua kali kalau perkara itu benar. Tulis saja, biar rakyat menilai.

"Tetapi wartawan takut nak menulis kerana kena tangkap, telefon kena rampas, kena pergi balai, kena panggil peguam. 

"Ini merupakan suatu helah atau teknik yang busuk untuk memastikan wartawan tidak menulis berkenan apa-apa isu yang melibatkan tokoh-tokoh yang terlibat dengan kerajaan pada masa sekarang," kata Rajesh.

Pada 21 Julai, MalaysiaNow menerbitkan laporan bagaimana Hajiji memberikan sokongan kuat kepada Bumi Suria Sdn Bhd dalam permohonannya untuk menjalankan aktiviti cari gali arang batu di Sabah.

Bumi Suria dimiliki sepenuhnya oleh Borneo Bumi Sdn Bhd, yang seterusnya dikawal oleh Farhash dan seorang lagi individu bernama Aminuddin Mustapha, masing-masing dengan kepentingan 50%.

SMM meluluskan permohonan Bumi Suria meliputi kawasan hutan simpan seluas 70,000 hektar – tiga kali ganda keluasan bandar raya Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif SMM Natasha Sim menafikan mana-mana syarikat dikaitkan dengan Farhash telah dianugerahkan lesen itu, manakala Farhash pula mendakwa laporan itu sebagai "berita palsu".

Dalam laporan yang menyusul selepas itu, MalaysiaNow menerbitkan surat, minit mesyuarat dan petikan rakaman mesyuarat lembaga pengarah SMM dipengerusikan Hajiji, di mana permohonan Bumi Suria dan rakan usaha samanya dari  Indonesia, PT Bayan Resources, telah mendapat sokongan sebelum diluluskan.

Farhash dan SMM telah memfailkan saman fitnah terhadap MalaysiaNow selepas portal itu enggan menarik balik laporannya mahupun memohon maaf.

RAMPAS PONE

NAK CARI APA?

AMIN

TAPI YANG PENTING

IALAH SAMAN

FARHASH PADA

RAFIZI

AMIN

SAMAN  INI

JANGAN TAK JADI

KAH KAH KAH

SATU DUNIA

SEDANG MENUNGGU

KHALAS

POLITIKUS SIAM PUN MADAFAKA TIPU


AJEN AMERIKA

BERJAYA TIPU

POLITIKUS SIAM

KHALAS

SELAMATKAH TOK BANDAR INI ?



5 perkara yang perlu diketahui mengenai Mamdani, Datuk Bandar baharu New York


NEW YORK: penduduk New York mengundi secara besar-besaran memilih Zohran Mamdani, seorang sosialis Demokrat dan Muslim, sebagai datuk bandar baharu mereka, satu kemenangan bersejarah yang bakal menyaksikan beliau berdepan dengan lawan politiknya, Presiden Donald Trump.

Berikut ialah lima perkara penting mengenai kemenangan bersejarah Mamdani dan persediaannya untuk memegang jawatan pada 1 Januari:

1. Kemenangan besar

Mamdani, 34 tahun, meraih lebih satu juta undi, memperoleh 50 peratus undian, jauh mengatasi pesaing terdekatnya, bekas gabenor negeri, Andrew Cuomo yang berusia 67 tahun dan mendapat hampir 42 peratus — dalam kadar keluar mengundi tertinggi sejak 1969.

Kempen beliau yang melibatkan kira-kira 100,000 sukarelawan berjaya menjangkau setiap sudut New York dan pelbagai lapisan masyarakat.

Mesej positif Mamdani tentang menjadikan bandar New York lebih baik untuk semua penduduknya menyentuh hati keluarga migran, golongan muda progresif serta pekerja kelas menengah dan bawahan.

2. Trump di ufuk politik

Mamdani menarik perhatian Trump selepas menyeru rakyat untuk "menolak fahaman fasis Trump."

Trump membalas dengan menyerangnya sebagai "Komunis kecil" dan mengancam untuk memotong dana persekutuan kepada bandar yang menjadi lambang kejayaannya itu sekiranya Mamdani dipilih.

Presiden juga memberi amaran akan mengenakan penguatkuasaan imigresen yang ketat di New York, seperti yang dilakukan di Los Angeles, Chicago dan bandar utama lain.

3. Masa untuk bersiap

Mamdani mempunyai kurang dua bulan untuk bersedia menguruskan bandar paling ramai penduduk di Amerika, yang juga pusat kewangan negara itu.

Beliau perlu membentuk kabinet bagi melaksanakan janji-janji besar termasuk pasar raya yang dikendalikan oleh kerajaan bandar,penjagaan kanak-kanak percuma, dan perkhidmatan bas percuma.

Semalam, beliau menamakan lima wanita sebagai pengerusi bersama pasukan peralihan kuasa, termasuk Maria Torres-Springer, bekas timbalan datuk bandar di bawah pentadbiran Eric Adams yang meletak jawatan kerana hubungan Adams dengan Trump.

Antara isu utama yang menantinya ialah usaha Adams membataskan keupayaannya membekukan kadar sewa, danrisiko 1.8 juta penduduk New York kehilangan bantuan makanan akibat penutupan kerajaan persekutuan.

Profesor politik Lincoln Mitchell dari Universiti Columbia berkata,"Visinya untuk New York bukanlah gila. Ia hanyalah usaha menampal kekurangan dalam jaringan keselamatan sosial kita yang semakin longgar."

Beliau menambah bahawa Mamdani memerlukan pasukan yang mahir mengemudi dewan bandar (City Hall) serta berurusan dengan ibu negeri Albany.

4. Hubungan dengan komuniti Yahudi

New York mempunyai komuniti Yahudi terbesar di luar Israel, dan Mamdani menekankan ancaman antisemitisme, terutama di penghujung kempen beliau.

Namun, beliau dikritik hebat oleh kumpulan proIsrael kerana pendiriannya menyokong hak rakyat Palestin dan kritikannya terhadap tindakan Israel dalam perang Gaza, yang beliau sifatkan sebagai "pembunuhan beramai-ramai."

Liga Anti-Fitnah (ADL) mengumumkan pelancaran mekanisme pemantauan untuk meneliti dasar dan pelantikan Mamdani.

Mamdani meragui kejujuran ADL dalam menjalankan pemantauan itu dan menegaskan: "Kami akan membina dewan bandar yang teguh berdiri bersama warga Yahudi New York dan tidak akan goyah dalam memerangi wabak antisemitisme."

Datuk Bandar Adams sebelum ini berkata, 57 peratus jenayah kebencian di New York disasarkan terhadap masyarakat Yahudi.

5. Tamatnya satu era

Kekalahan Cuomo menandakan tamatnya pengaruh keluarga Cuomo dalam politik Amerika serta penghujung kerjaya Datuk Bandar Eric Adams, yang menarik diri daripada perlumbaan.

Mamdani berkata: "Kita telah menjatuhkan satu dinasti politik."

Beliau merujuk kepada keluarga Cuomo, termasuk Mario Cuomo, bapa kepada Andrew, yang juga pernah menjadi Gabenor New York.

Kempen Mamdani yang bersifat revolusioner disokong oleh tokoh-tokoh kiri seperti Senator Bernie Sanders dan Perwakilan Alexandria Ocasio-Cortez, dengan pasukan baharu yang bersemangat membawa pembaharuan ke City Hall.

Kemenangan ini menandakan anjakan ke arah kiri dalam Parti Demokrat, dan menariknya, Mamdani tidak disokong oleh beberapa tokoh parti arus perdana, termasuk Senator Chuck Schumer dari New York. - AFP

PARA ZIONIS

DI AMERIKA

DI ISREAL 

PASTI MARAH

AMIN

TOK BANDAR

BARU INI BUKAN

SAJA SOSIALIS

TAPI MUSLIM

SOKONG PALESTIN

TOLAK ISRAEL

AMIN

JANGAN LUPA

APA YANG TERJADI

PADA CHARLIE KIRK

AMIN

MOSSAD PASTI

MERANCANG

JENG JENG JENG

KHALAS

NAJIB NAZAK KESAORANGAN DALAM PENJARA


NAJIB NAZAK

KESAORANGAN

DALAM PENJARA

KHALAS

Unknown commented on 
"KENAPA KERAJAAN TAK BAWA PULANG JHO LOW"

Harijadi Jho Low hari ini, 4 November ialah harijadi Jho Low, Bossku sedih tidak dapat menyambut harijadi kawan yang menipu dia, semuanya dia tidak tahu walaupun mempunyai beribu penasihat penyokong penjilat tegar kah kah kah tetapi kesian dia seorang kena penjara, 

yang sama-sama menikmati nikmat 1MDB terlepas sehingga sekarang amin apapun karma sampai lewat kerana orang-orang jahat terus maharajalela amin kah kah kah dahulu