Isnin, 28 April 2025

JALAN RAYA PILIHAN TERBAIK



JALAN RAYA

PILIHAN TERBAIK

AMIN

JANGAN IKUT PERANGAI ARAB !!!


JANGAN IKUT

PERANGAI ARAB !!!

AMIN

HAMAS TERUS MENYERANG


HAMAS TERUS 

MENYERANG

AMIN

HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO

 



Tak puas hati BN? MCA didesak tentu hala tuju sendiri

Setiausaha Agung MCA, Chong Sin Woon menggesa parti itu untuk menentukan masa depannya sendiri jika Barisan Nasional (BN) terus menangguhkan keputusan yang jelas mengenai hala tuju mereka.

Bercakap pada pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian MCA Selayang 2025 malam tadi, Chong berkata MCA memberi BN lebih dari dua tahun untuk penyusunan semula selepas PRU15, tetapi ketidakpastian yang berterusan dalam keputusan BN menyebabkan ahli MCA berasa ragu-ragu dan kecewa.

Jika BN masih gagal memberikan arah tujuan yang jelas, MCA perlu mengambil inisiatif untuk menentukan haluan mereka sendiri, katanya lapor Sin Chew Daily.

Chong mencadangkan mesyuarat bahagian MCA di seluruh negara pada bulan Jun ini memberi keutamaan kepada perbincangan mengenai masa depan parti, mengumpul pendapat akar umbi yang akan dipersembahkan kepada kepimpinan pusat.

Dia juga berharap Perhimpunan Agung MCA pada penghujung tahun ini akan menyaksikan perdebatan yang kukuh mengenai hala tuju parti dan kemungkinan sekutu pilihan raya.

Chong merungut walaupun MCA setia sebagai ahli utama BN selama berdekad-dekad namun beranggapan parti itu sering diketepikan.

"Kami (MCA) telah membuat segala usaha yang mungkin untuk menyampaikan pandangan kami kepada Barisan Nasional.

"Termasuk saya telah mengeluarkan banyak kenyataan dan mengemukakan pelbagai idea dan soalan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi BN dan Mesyuarat Setiausaha Agung," katanya.

Kecewa lepas PRN

Kini, menurutnya, MCA perlu mengubah pemikiran mereka dan membuat keputusan untuk masa depan mereka sendiri.

Merenung kembali pilihan raya di enam negeri pada 2023, Chong berkata keputusan MCA untuk tidak bertanding — selepas rundingan dengan BN dan PH menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan — mencetuskan rasa kecewa di kalangan ahli parti.

"Pada pilihan raya negeri Selangor, kami pernah bertanding 14 kerusi, tetapi kali ini, tidak satu pun kerusi diberikan kepada kami.

Presiden MCA Wee Ka Siong bersama kepimpinan BN pada majlis sambutan ulang tahun ke.50.

"Kemudian, semasa pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu — sebuah kerusi tradisional MCA — ia juga tidak diberikan kepada kami. Ahli kami di Selangor berasa lebih kecewa," katanya.

Chong juga menunjukkan rasa tidak puas hati menyebabkan beberapa ahli MCA, termasuk bekas pemimpin, keluar dan menyertai Bersatu, dengan mereka dilapor dijanjikan menjadi calon kerusi parlimen dan DUN — satu perkembangan yang harus diambil serius oleh parti.

Tegasnya, punca utama ketidakpuasan ini kerana MCA tiada hala tuju yang jelas untuk pilihan raya umum akan datang, termasuk ketidaktentuan mengenai pakatan politik masa depan — sama ada untuk terus berada di bawah rangka Kerajaan Perpaduan gabungan Madani atau bertanding secara bebas.

Dia berkata tanpa kerusi pilihan raya untuk ditandingi MCA, motivasi untuk bekerja dan berkhidmat secara tidak langsung akan menurun.

Timb presiden MCA sokong

Menurut Chong lagi, sentimen sama juga mula berkembang di kalangan akar umbi Umno, menandakan rasa tidak pasti itu meluas ke dalam parti teras BN.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA Tan Teik Cheng (gambar bawah) menyokong seruan Chong berkata politik tidak memberi ruang untuk kebajikan atau ihsan maka MCA perlu secara proaktif menentukan masa depannya berdasarkan realiti semasa.

"Dari (era) Parti Perikatan kepada BN, MCA telah berjuang seiring dengan parti komponen BN yang lain selama berdekad-dekad, bersama-sama menempuh pelbagai cabaran.

“Bagi MCA, konsensus BN mengenai kesederhanaan, kepelbagaian dan nilai bersama membolehkan pembelaan hak perlembagaan untuk semua kaum," katanya.

"Sehingga kekalahan BN pada pilihan raya umum 2018 dan 2022, keutamaan MCA untuk maju dan mundur bersama sekutu-sekutu BN untuk mendapatkan semula sokongan rakyat Malaysia."

Namun, kata Tan hampir tiga tahun sejak 2022 dan dengan prospek pilihan raya umum yang akan datang, BN masih belum mempersembahkan pelan yang jelas.

Presiden MCA Wee Ka Siong bersama Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

"Sebagai parti yang bebas dan bertanggungjawab, MCA mesti memberi keutamaan kepada kelangsungan dan perkembangan partinya, dan tidak boleh terus kekal pasif," tegasnya.

Dia menyokong seruan perbincangan akar umbi yang meluas bagi merumuskan pelan tindakan dan strategi yang jelas, menyatukan parti untuk mendapatkan sokongan yang lebih kukuh daripada masyarakat umum dan komuniti Cina.

Tan berkata MCA perlu mendekati era baru dengan fikiran terbuka — bukan hanya memelihara hak yang ada, tetapi juga secara aktif mencipta laluan baru.

Dengan menunjukkan reformasi dan inovasi yang sebenar, katanya, MCA dapat membina semula kepercayaan dan pengiktirafan rakyat.

BERITA BAIK

UNTUK NEGARA

AMIN

HARI HARI

AKHIR SAEKOR

UMNO

AMIN

KHALAS

CARA NAK CEPAT MATI


Ultra-processed food increases risk of early death, international study finds

About 14% of premature deaths in England attributable to unhealthy food, the most among surveyed countries


Mengambil sejumlah besar makanan ultra-diproses (UPF) meningkatkan risiko kematian awal, menurut kajian antarabangsa yang telah menghidupkan semula gesaan untuk tindakan keras terhadap UPF.

Setiap 10% pengambilan tambahan UPF, seperti roti, kek dan makanan siap sedia, meningkatkan risiko seseorang untuk mati sebelum mencapai 75 sebanyak 3%, menurut penyelidikan di negara termasuk AS dan England.

UPF sangat merosakkan kesihatan sehingga ia terlibat dalam sebanyak satu daripada tujuh daripada semua kematian pramatang yang berlaku di sesetengah negara, menurut satu kertas dalam American Journal of Preventive Medicine.

Mereka dikaitkan dengan 124,107 kematian awal di AS setahun dan 17,781 kematian setiap tahun di England, semakan data pemakanan dan kematian dari lapan negara ditemui.

CARA NAK

CEPAT MATI

AMIN

MAKAN KFC

MEK DONAL

DAN SEMUA

MAKANAN SEGERA

AMIN

KHALAS

MELAYU JADI INDIA MERAH


MELAYU JADI

INDIA MERAH

AMIN

SENI MELAWAN - TEGAK KEADILAN


KUGIRAN RAP

DARI IRELAND

BABGUN BERSUARA

SOKONG PALESTIN

AMIN

NAJIB DI PENJARA DI RUMAH ?



NAJIB DI PENJARA

DI RUMAH ?

AMIN

Unknown commented on 
"KES MUNTUT YUSOFF RAWTHER"

Masa tidak ada kuasa boleh lah merapu setiap masa, apabila sudah ada kuasa sedang dibuktikan di mahkamah sudah disahkan bersalah boleh ada peluang nak duduk rumah nak kena bebas nak ampun sebagainya kah kah kah inilah pelik melik dunia, curi susu curi makanan curi demi keperluan tiada belas kasihan pun kah kah kah hidup

SENI UNTUK perjuangan


TIGA ANAK MUDA

GUNAKAN SENI 

UNTUK SOKONG PALESTIN

Kumpulan trio Kneecap  lantang berpolitik itu mengumpulkan sokongan  selepas membuat beberapa siri kenyataan anti-Israel, pro-Palestin di Festival Coachella.

"Sejak kenyataan kami di Coachella - mendedahkan pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap rakyat Palestin - kami telah menghadapi kempen fitnah yang diselaraskan," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di Instagram.











AWAS !!! JAGA PINTU KERETA


Akmal dakwa ada bukti menang pemilihan Ketua Cabang PKR

JOHOR BAHRU – Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang kalah dalam pemilihan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Bahru, 20 April lalu tetap dengan pendirian mempertahankan kemenangannya kerana mendakwa mempunyai bukti.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu berkata, ini berdasarkan keputusan tidak rasmi dengan 949 undi yang diumumkan adalah dipandu dengan Borang 14, senarai nama undian dan ejen mengundi yang cekap sepanjang pemilihan.

Katanya yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru, tindakan tersebut mendapat kebenaran Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) untuk calon membuka tempat berkumpul bagi melancarkan proses pengundian penyokong pasukannya.

“Ingin ditekankan, pengundian bagi Pemilihan Cabang PKR adalah sama sekali tidak sama dengan PRU (Pilihan Raya Umum). Tempat berkumpul yang dibenarkan ini dikawal sepenuhnya untuk penyokong kami datang dan mengundi.

“Apabila banyak keraguan yang timbul (pemilihan Cabang lain) sebelum tiba giliran Cabang Johor Bahru mengundi, jentera dan anggota yang menyokong telah memberi kerjasama sepenuhnya dengan kerelaan supaya bukti undian mereka disimpan sebagai rekod,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam Majlis Rumah Terbuka Parlimen Johor Bahru di Sekolah Kebangsaan Taman Suria, di sini, semalam.


Kelmarin, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Mohamad Taufiq Ismail yang juga Ketua Cabang PKR Johor Bahru yang baharu dilaporkan berkata, bantahan dibuat Akmal itu tidak berasas.

Mohamad Taufiq meminta Akmal yang juga bekas Ketua Cabang PKR Johor Bahru untuk berlapang dada dan menerima keputusan akar umbi susulan kekalahan pemilihan tersebut.

Ahad lalu, Akmal tewas mengejut di tangan Mohamad Taufiq.

Berdasarkan laman sesawang keputusan Pemilihan PKR 2025, Akmal hanya mampu meraih 587 undi manakala memperoleh 709 undi.

Akmal memberitahu, pengumuman angka atau keputusan tidak rasmi bukanlah satu perkara yang janggal dalam mana-mana pilihan raya.

Sebagai contoh, katanya, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning semalam, kemenangan melalui keputusan tidak rasmi telah diumumkan seawal 8.30 malam walaupun keputusan rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya dikeluarkan satu jam selepas itu.

Tambahnya, Akuan Berkanun (SD) yang dibuat turut mengesahkan kesahihan dokumen bukti yang dikumpulkan pasukannya.

“Kesemua dokumen bukti ini termasuklah Borang 14, senarai tandatangan penyokong serta kompilasi tangkapan layar (screenshot) berkaitan.

“SD ini diwujudkan bagi memastikan bukti dokumen dan keterangan saksi boleh diterima dalam mana-mana prosiding atau siasatan, menurut Akta Akuan Berkanun 1960,” ujar Akmal. – 

WOIT

LU LANGAN

KOMPLIN MANYAK

MANYAK

SANGAT

AMIN

LU JAGA LU

PUNYA KELETA

KAH KAH KAH

NANTI ADA

LANJA MASYUUK

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

INDIA PAKISTAN MASIH TEGANG !!!


INDIA PAKISTAN

MASIH TEGANG

AMIN

HOT HOT HOT - TER NOWW - MALAYSIA INDONESIA BERTEMBAK


INDIA PAKSITAN

BERTEMBAK

AMIN

MALAYSIA INDONESIA

BERTEMBAK

AMIN

INI SUASANA BAIK

UNTUK 

PERANG DUNIA

KE TIGA

KHALAS

LAGI KES SCAM


Pakej melancong palsu: Bekas suami Kim Seri ditahan

JOHOR BAHRU – Polis Johor menahan bekas suami kepada pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai ‘Kim Seri’ bagi siasatan kes menipu mangsa dengan menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.

Ketua Polis Johor M Kumar berkata warga tempatan berusia 41 tahun itu merupakan pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading yang menggunakan syarikat berkenaan untuk menerima pembayaran daripada mangsa.

Beliau berkata tangkapan dilakukan pada 21 April lepas dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan lanjut bagi lapan lagi aduan di negeri ini bagi kes yang sama.

“Lapan kertas siasatan telah dibuka terhadap akaun terlibat membabitkan Johor Bahru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang serta akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk selanjutnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan tipu. Polis Johor turut mendapati suspek juga terlibat dengan modus operandi yang sama di beberapa kontinjen (negeri) lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.

Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina Mohamed Sani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan yang terjejas.- BERNAMA

 

JADIKAN MALAON

INI TIKUS CONTOH

AMIN

DENDA BERAT

UNTUK BAGI

LAIN TAKUT

AMIN

DAKWA

PENJARA

DAN

WAJIB DI ROTAN

AMIN


TERKINI - TER NOWW TER HOTT


Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan

PUTRAJAYA – Peguam Negara,  Mohd. Dusuki Mokhtar mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu keputusan majoriti Mahkamah Rayuan yang membenarkan  Najib Razak mencabar titah adendum.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya,  Hasnah Mohammed Hashim membenarkan beliau mengemukakan tujuh persoalan undang-undang untuk dihujahkan dalam pendengaran rayuan kelak.

Mahkamah berpuas hati, persoalan undang-undang yang dikemukakan itu menyentuh isu kepentingan awam yang belum pernah didengar dan diputuskan oleh mahkamah tertinggi negara.

Keputusan sebulat suara itu turut dicapai oleh  Zabariah Mohd. Yusof dan  Hanipah Farikullah.

Mohd. Dusuki memohon kebenaran merayu dalam usaha mengetepikan keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Rayuan yang mengembalikan semakan kehakiman berkaitan titah adendum ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Mahkamah tertinggi negara selesai mendengar penghujahan Mohd. Dusuki dan peguam  Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili bekas Perdana Menteri pada 24 Mac lalu.

Pada 6 Januari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan bekas Perdana Menteri mencabar kewujudan titah adendum bagi membolehkan beliau menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun dalam tahanan rumah.

Najib sedang menjalani hukuman penjara enam tahun sejak 23 Ogos 2022, selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

BEBASKAN NAJIB

TANGKAP ZAHID

AMIN

MASUKKAN

ROSMAH KE DALAM

PENJARA SEKARANG

AMIN

BOSS KU ADA HARTA KARUN


BOSS KU

ADA HARTA

KARUN 

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on 
"BEBASKAN NAJIB - TANGKAP ZAHID"

Mungkin Bossku ada lagi harta karun simpan mana-mana, yang terjumpa dahulu mungkin hanya sedikit kah kah kah pasal ini juga mereka beriya sangat nak bebaskan kah kah kah apapun rasuah dengan mereka berpisah tiada isi dengan darah kulit dengan kacang kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI NI

SENIN 28 APRIL 2025

BULAN SHAWAL ADA LAGI KE?


PENIPUAN DI INTERNET
Tipu dan scam makin menjadi-jadi. Saban hari kita terbaca kes tipu berlaku. Malah pasti  kita ada kenal sosok yang jadi mangsa scam. Gua sendiri ada kenal dua kawan rapat yang kena scam.

KENAPA KENA SCAM ?
Melabur. Mencari kekasih. Nak cepat kaya. Dan tidak meneliti iklan yang di baca. Juga mungkin TIDAK arif dalam hal ehwal komputer Internet – terusik dan tercolek – tertekan dan  TERTIPU.

JALAN NAK SELESAI
Media kita – radio TV akhbar wajib terus menerus hebohkan berita SCAM Heboh lebih HEBOH dari JOM HEBOH.

Media sosial juga wajib main peranan sama untuk HEBOHKAN berita ini.


HUKUMAN BERAT untuk menipu di Internet – ROTAN SEBAT DAN PENJARA MINIMA 5 TAHUN.

TIPU JUAL TIKET SYURGA
Kes ini juga makin menjadi jadi- Ini hanya scam kepada Melayu/ Islam. Nak pergi Mekah kena  tipu. Makin kerap berlaku.  

HUKUMAN : wajib sama seperti SCAM INTERNET. Amin

CHINA MERAH
Negara ini mula kacau Filipina, Klim wilayah Filipina sebagai wilayah Chua Merah. Keadaan tegang.

ROME
Beribu mula beratur nak lawat makam Pope Francis yang baru di kebumi.

AMERIKA
Trump kecewa dengan Putin kerana Rusia terus menyerang Ukraine.

KOREA UTARA
Secara resmi Korea Utara akui telah hantar soldadu ke Rusia untuk sokong Putin. Soldadu Korea kini sama berperang di Ukraine.

INDIA-PAKISTAN
Soldadu dua negara ini mula tembak menembak. Apalah  perang akan pecah atau hanya auta keling?

HOKKIEN
Pagi ini mendung. Langit pucat gelap. Matahari tidak kelihatan. KL &KL Sentral berkabus. Ujan kemarin.

Pagi sejuk ini How Wow bersuara dari pokok tinggi. Yang lain senyap kerana cuaca dak molek. Tapi Warga Asal tetap menyalak.

Gua rasa matahari akan sampai. Mungkin lambat.

Ketika gua mengetik di hutan hadapan flet jantan berkokok. Jantan muda suara tidak merdu. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI SENIN

Wangilah bunga tepi kolam
Banyak kumbang ikut menyeri
Jika suka   merayap malam
Kerja tak siapa beban dicari

Wakil udang kepada belida
Wakil belida kepada buntal
Cerai laki jadi janda
Cari Mat Kulup jadi bantal.

LAKUKAN SEKARANG 
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKERJA