Rabu, 3 Disember 2025

BERBANGGA LAHIR DI BUMI INI



BERBANGGA

LAHIR DI BUMI INI

AMIN

WAKIL CUKONG TAK NAK BAYAR CUKAI


WAKIL CUKONG

TAK NAK

 BAYAR CUKAI

AMIN

TEMBAK TEMBAK TEMBAK


TIGA KALI

TEMBAK

AMIN

SELAMAT BERBAHAGIA


SELAMAT 

BERBAHAGIA

AMIN

SHAMSUL TERKANDAR KES RASUAH

 

SHAMSUL

 TERKANDAR

KES RASUAH


SPRM mengesahkan bahawa bekas Setiausaha Politik Kanan PMX akan didakwa esok atas pertuduhan menerima rasuah, manakala Sofia Rini pula dijadikan saksi pendakwaan.

Jika "tohmahan" pertama dalam video Sofia - iaitu Shamsul memang songlap - terbukti benar, maka timbul persoalan lebih besar tentang "tohmahan-tohmahan" lain dalam video yang sama:

1. Adakah benar PMX menjadi dalang operasi merakam dan memerangkap wakil rakyat Sabah dengan sogokan untuk dijadikan bahan ugutan?

2. Adakah Azam Baki memang tahu PMX adalah dalang seperti didakwa?

3. Adakah benar Shamsul mengeluarkan surat sokongan tender atas arahan langsung PMX?

Kalau satu bahagian video itu sudah disahkan sahih melalui pendakwaan, adakah bahagian-bahagian lain tidak patut disiasat sama?

(Rileks Sam Sterling, DNAA kan ada?)

Oleh : LEE SIAN SEE

MUHYIDDIN GILA NAK JADI PM


Kalah 42-1, Bersatu Sabah desak Muhyiddin letak jawatan

Susulan keputusan buruk pada pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini, majoriti bahagian Bersatu di negeri itu menuntut supaya presiden parti, Muhyiddin Yassin, meletakkan jawatannya. Parti itu tewas di semua 36 kerusi yang ditandingi.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN), turut mengetuai kempen yang menyaksikan gabungan itu hanya menang 1 daripada 42 kerusi – iaitu Karambunai yang dimenangi oleh calon PAS.

Borneo Post, memetik Ketua Bersatu Bahagian Libaran Yunus Nurdin sebagai berkata Muhyiddin – yang sejak kebelakangan ini berdepan tekanan untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Hamzah Zainudin – mesti memikul tanggungjawab penuh atas prestasi “paling memalukan” parti itu.

Dia mendedahkan 20 daripada 24 bahagian Bersatu Sabah bersetuju sebulat suara menuntut bekas perdana menteri itu meletakkan jawatan serta-merta sebagai presiden Bersatu dan pengerusi PN.

Yunus, yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu dan setiausaha PN Sabah, berkata prestasi hambar PN berpunca daripada kelemahan sokongan kempen dan pergolakan dalaman.

“Berlaku kekurangan ketara dari aspek bantuan kempen kepada Bersatu Sabah atau PN Sabah kerana kami tidak menerima sebarang sokongan, bantuan atau sokongan kempen seperti peruntukan dana pilihan raya.

“Ia turut merangkumi penyediaan bahan kempen seperti logistik, promosi dan bahan untuk calon,” katanya.

Dia turut menyalahkan pergolakan di peringkat pusat.

“Kepimpinan pusat membuat beberapa keputusan mengejutkan khususnya di Sabah, antaranya pemecatan dan penggantungan beberapa ahli penting.

“Kami telah bangkitkan isu ini kepada pimpinan pusat, bahawa ini tidak sepatutnya berlaku ketika hampir memasuki tempoh kempen, namun ia tidak dipedulikan.

“Gerakan politik dalaman ini memberi kesan besar terhadap keyakinan akar umbi, malah kami berdepan kritikan pengundi yang mempersoalkan bagaimana parti mahu menang ketika sedang memecat ahli sendiri,” katanya lagi.

Yunus berkata Bersatu menerima kekalahan “dengan hati terbuka”, namun akauntabiliti tetap perlu.

“Insan yang bertanggungjawab atas kekalahan ini bukan saja kami, Presiden parti itu sendiri. Sebab itu kita mendesak untuk dia letak jawatan,” tegasnya.

Dia juga menolak sebarang cadangan agar kumpulan calon yang kecewa ini keluar parti.

“Kenapa kami yang perlu keluar parti? Kami yang teraniaya. Kami yang buat parti ini dengan duit sendiri. Kenapa harus kami yang berundur?

“Orang yang salah yang patut berundur. Kami salahkan 100 peratus Tan Sri Presiden, dan dia yang patut berundur. Kami tidak akan berundur,” kata Yunus.

Ditanya sama ada Pengerusi Bersatu Sabah Ronald Kiandee tahu mengenai desakan ini, dia berkata dirinya tidak berjaya menghubunginya.

“Saya tidak berbincang dengan ketua Bersatu Sabah kerana saya cuba hubungi beliau tetapi panggilan tidak dijawab,” katanya.

Yunus menambah bahawa semua 20 ketua bahagian yang membantah bersedia berdepan tindakan disiplin.

“Bila ada tindakan disiplin diambil, kami tidak teragak-agak untuk hancurkan Bersatu di Sabah. Kami akan meletakkan jawatan serentak dan akan lumpuhkan badan pimpinan.

“Kami sayangkan parti, tapi kalau kita tidak buat begini, selama-lamanya parti akan dipimpin oleh orang yang tidak betul,” katanya lagi.

NAK JADI PM

BUKAN JENAYAH

AMIN

TAPI BUAT KERJA

POLITK DULU

AMIN

SUSUN RAKYAAT

TURUN KE JALAN

LAWAN ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

 DUDUK MIMPI

BEREBUT

NAK JADI PM

KERJA GILA

KHALAS

KES POLIS TEMBAK MATI


Keluarga dedah rakaman sebelum mangsa ditembak mati oleh polis

Keluarga tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal, Melaka pada 24 Nov menolak dakwaan bahawa mangsa bertindak ganas dengan menyerang pasukan keselamatan.

Isteri salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jayashree mendedahkan rakaman audio perbualannya dengan suami ketika kejadian, yang tidak menggambarkan mangsa mengancam polis seperti didakwa.

Jayashree isteri kepada G Logeswaran, 29, yang ditembak mati oleh polis mendedahkan dalam rakaman itu kesemua mereka memberi kerjasama baik kepada pihak polis ketika ditahan.

"Tiba-tiba polis serang, dengar dia punya bunyi serangan, dia (suami) bunyi kesakitan. Dia punya suara kesakitan memang dengar, orang panggil dia duduk, dia duduk juga.

“Dia (polis) kata duduk, duduk. Ya bang (kata suami), saya duduk," katanya pada sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan tiga individu didakwa penjenayah samun paling dikehendaki ditembak mati selepas menyerang anggota polis ketika cuba ditahan dalam operasi awal pagi di sebuah ladang sawit di Durian Tunggal.

Ketua Polis Melaka Dzulkhairi Mukhtar berkata, ketiga-tiga suspek ditembak mati oleh sepasukan polis selepas menetak seorang koperal yang cuba menahan mereka.

Dzulkhairi berkata, suspek bersenjatakan parang panjang itu terdiri daripada dua lelaki berusia 24 tahun dan seorang berusia 29 tahun dikenali Geng DT.

Katanya, seorang anggota polis mengalami cedera serius ditetak di tangan kiri dan hampir meragut nyawa.

Bagaimanapun, Jayashree meragui suaminya dan dua lagi mangsa ditembak di ladang sawit.

Katanya, ketika dia berkomunikasi dengan suaminya melalui telefon sebelum dan ketika dikejar oleh pihak polis, mereka berada di lebuh raya.

"Tiba-tiba saya tengok dalam TikTok, naik dia punya nama, ada tiga orang lelaki mati, tapi dekat kawasan yang tak kena.

"Terakhir saya punya rakaman perbualan dekat lebuh raya. Jadi macam mana dia boleh sampai di kawasan dikatakan oleh pihak polis," katanya lagi.

Mahu Bukit Aman ambil alih

Sementara itu, peguam keluarga, Rajesh Nagarajan menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat khas kabinet supaya mangsa mendapat pembelaan.

"Kami menuntut siasatan yang telus dan polis terbabit dalam kes ini perlu dihadapkan ke mahkamah.

"Kami juga menggesa satu pasukan khas ditubuhkan di Bukit Aman untuk menyiasat kes ini. Kami mahu Bukit Aman siasat, bukan polis Melaka.

"Selain itu, polis yang terbabit dalam kes ini perlu digantung tugas sehingga siasatan selesai," katanya

TEMBAK MATI

INI MUDAH

KAH KAH KAH

TAK PERLU

 MAHKAMAH

AMIN

SEMUA BERES

KALAU KELUARGA

SENYAP TAKDA

PEGUAM

KHALAS

MANGSA LEMAS MANGSA TANAH RUNTUH




Banjir di Sumatera: Angka korban meningkat kepada lebih 700 orang


JAKARTA: Angka korban akibat banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 708 orang pada Selasa, menurut agensi bencana negara itu.

Pada masa sama, pihak berkuasa bergegas membaiki infrastruktur dan menyalurkan bantuan ke kawasan terputus hubungan.

Dalam sidang media lewat semalam, agensi berkenaan memaklumkan bahawa 708 orang disahkan terkorban sejak minggu lalu, angka yang lebih rendah berbanding 753 kematian yang dilaporkan di laman webnya sebelum ini.

Bagaimanapun, ia tidak menjelaskan sebab perbezaan angka berkenaan.

Hampir 900 orang dilaporkan maut akibat banjir dan tanah runtuh yang menyebabkan kemusnahan besar di Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Ia susulan cuaca buruk yang berlanjutan di di Asia Tenggara.

Keadaan itu turut dipengaruhi oleh beberapa taufan yang melanda Filipina dan Vietnam sekali gus memburukkan lagi banjir berulang dan berpanjangan di kawasan lain.

Pakar alam sekitar dan pegawai tempatan memaklumkan penebangan hutan di Sumatera menyumbang kepada angka korban yang tinggi.

Agensi bencana Indonesia memaklumkan bahawa pasukan mereka kini memberi keutamaan kepada penghantaran bantuan melalui darat, laut dan udara selain membersihkan jalan yang terhalang dan membaiki infrastruktur rosak.

"Kami berharap dapat mempercepatkan pengagihan logistik," kata jurucakapnya, Abdul Muhari.


ADA MATI LEMAS

ADA MATI AKIBAT

TANAH RUNTUH

AMIN

MATI TANAH

RUNTUH KERANA

HUTAN DI TARAH

AMIN

BANJIR SAMPAI

KERANA

BUMI MAKIN

PANAS

AMIN

SEMUA KERJA

KITA MANUSIA

KHALAS

NURUL IZZAH DAH KAWAN DENGAN AZAM BAKI


NURUL IZZAH

DAH KAWAN

DENGAN 

AZAM BAKI 

AMIN

KENAPA TAK KLIM SINGAPURA ?


KENAPA HANYA

KLIM BATU PUTIH

KENAPA TIDAK 

KLIM SINGAPURA

KHALAS

Unknown commented on 
"PERJANJIAN ANWAR-TRUMP HILANGKAN STATUS BUMIPUTERA"

Laporan Polis Mahathir penjenayah dan pengkhianat lelong Pulau Batu Putih?

İni syor RCI Pulau Batu Putih!

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Mahathir tak puas hati, RCI Pulau Batu Putih rumus dia culprit jenayah lelong Tanah Melayu dan syor buat Laporan Polis supaya tindakan diambil keatas penjenayah ini yg treason.

Tapi PMX dan Kabinet rumus penjenayah berumur lebih 100 tahun diberi immuniti, tiada Laporan polis dibuat.

Mahathir nak pulang balik gelaran penjenayah kepada PMX!

GAY DAN YAHUDI PALING BIJAK DI DUNIA INI


DUA KOMUNTI

PALING BIJAK

DALAM APA 

SAJA BIDANG

DALAM DUNIA

ADALAH KOMUNITI

HOMOSEKSUAL 

DAN YAHUDI

AMIN

KERANA MEREKA

DITINDAS DAN

TERUS BERJUANG

KHALAS


Unknown commented on 
"KOMPUTER PERTAMA DALAM DUNIA INI DI REKA OLEH SEORANG HOMOSEKSUAL"

Adakah homo ini ada kelebihan akal fikiran? Kah kah kah saja bertanya amin jangan marah-marah yea