Ahad, 9 Februari 2025
NAK CEPAT KAYA
Polis siasat penipuan pelaburan kripto UVKXE, kerugian lebih RM33 juta
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung skim pelaburan UVKXE yang kononnya berasaskan mata wang kripto dan setakat ini mengakibatkan kerugian RM33 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata siasatan susulan aduan daripada seorang pengurus lelaki berusia 42 tahun yang mendakwa melabur RM2.5 juta dalam pelaburan itu, kelmarin.
Katanya, mangsa yang menyertai pelaburan itu sejak Ogos tahun lalu selepas melihat iklan di laman Facebook.
"Skim pelaburan itu yang kononnya berasaskan mata wang kripto menawarkan pulangan pelaburan antara 10 peratus hingga 50 peratus.
"Bagi tujuan pelaburan, mangsa membuat sejumlah 26 kali transaksi bayaran ke 14 akaun bank dengan jumlah keseluruhan pelaburan RM2,560,000 atas nama syarikat dan perniagaan yang berbeza.
"Setelah membuat pembayaran, mangsa dapat melihat akaun pelaburannya menjana keuntungan namun mangsa diarahkan untuk membuat pelbagai bayaran apabila ingin membuat pengeluaran wang," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ramli berkata orang ramai diingatkan semua pelaburan yang kononnya untuk mata wang kripto, dikesan dalam hampir ke semua kes yang dilaporkan sebenarnya langsung tidak membabitkan pelaburan sedemikian.
"Sebaliknya, pelabur hanya diperdaya melalui paparan di laman sesawang mengenai laba yang diperoleh sehingga ada yang mencecah puluhan juta ringgit.
"Sindiket menggunakan teknologi terkini untuk memperdaya mangsa sehingga menyebabkan mangsa mempercayai mereka telah mendapat keuntungan," katanya.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 44 laporan polis diterima berkaitan skim penipuan pelaburan UVKXE membabitkan nilai kerugian keseluruhan RMRM33,075,511.50.
"Mana-mana individu yang telah menyertai skim pelaburan itu dinasihatkan untuk menghentikan sebarang urusan pembayaran kepada syarikat terbabit.
"Segera tampil ke mana-mana balai polis yang berhampiran untuk membuat laporan polis bagi tujuan siasatan," katanya yang memaklumkan siasatan kes sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Tegas beliau, dalam usaha untuk membanteras kegiatan penipuan pelaburan, orang ramai diingatkan untuk sentiasa berwaspada dan melaksanakan semakan yang lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan yang terlalu lumayan.
"Dapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi seperti Portal Semak Mule CCID, senarai amaran dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
"Lakukanlah semakan sewajarnya sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa juga skim pelaburan," katanya.
INI PROJEK
NAK CEPAT KAYA
AMIN
ADA BODOH
ADA BANGANG
RAMAI TAMAK
AMIN
BERHENTI JADI
BODOH TAMAK
AMIN
TOLONG JANGAN
BUANG MASA
PDRM
KHALAS
PERCUBAAN BUNUH TRUMP
Trump minta semua maklumat daripada perkhidmatan rahsia AS berkenaan cubaan bunuhnya
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau mengarahkan Perkhidmatan Rahsia AS untuk menyerahkan semua maklumat mengenai dua individu yang cuba membunuhnya tahun lalu semasa kempen pilihan raya, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Saya mahu tahu mengenai dua pembunuh itu," kata Trump kepada New York Post.
"Kenapa seorang daripada mereka mempunyai enam telefon bimbit dan kenapa seorang lagi ada aplikasi (asing)?"
Trump menegaskan bahawa beliau berhak mengetahui perkara itu.
"Tiada lagi alasan kerana (Joe) Biden," katanya. "Saya berhak tahu. Dan mereka telah menyembunyikannya terlalu lama."
Percubaan membunuh Trump kali pertama berlaku semasa kempen di Pennsylvania pada 13 Julai 2024.
Dalam kejadian itu, Trump terkena tembakan di telinga, seorang penonton terbunuh dan dua yang lain cedera.
Perkhidmatan Rahsia AS memaklumkan bahawa mereka menembak mati seorang suspek, Thomas Matthew Crooks, 20 tahun, yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah pentas.
Suspek bersembunyi di atas bumbung sebuah bangunan industri kira-kira 100 meter dari pentas, di luar kawasan acara.
Pada Oktober 2024, sebuah suruhanjaya bebas yang menyiasat serangan itu mendapati terdapat pelbagai kegagalan dalam operasi Perkhidmatan Rahsia AS, yang akhirnya menyebabkan serangan itu tidak dapat dicegah.
Cubaan kedua membunuh Trump berlaku pada 15 September 2024, berhampiran kelab golfnya di Florida.
Menurut pihak berkuasa, pegawai Perkhidmatan Rahsia melepaskan tembakan ke arah penyerang yang bersembunyi di semak.
Pihak berkuasa menemukan senapang AK-47 dengan teropong, dua beg galas, dan sebuah kamera GoPro di lokasi serangan. - BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
TRUMP SEDANG
MENGHURU
HARAKAN AMERIKA
AMIN
TRUMP KACAU
KAPITALIS DUNIA
AMIN
TRUMP KACAU
CIA & FBI & USAID
AMIN
APAKAH TRUMP
AKAN SELAMAT
DARI DAULAH
TERPENDAM ?
JENG JENG JENG
KHALAS
WARGA MISKIN KOTA
'Encik lihat lah sendiri, jijik! loya tekak saya!
KUALA LUMPUR: "Kawasan ini selayaknya dipanggil 'wilayah tahi' atau 'wilayah hancing'. Najis dan air kencing gelandang berterabur di merata tempat," kata seorang pereka grafik, Naufal Mohd Rahim, 29.
Dia yang bertugas di tingkat atas satu lot kedai dua tingkat kecewa dengan sikap pengotor gelandangan yang 'berkampung' sekitar kawasan Jalan Petaling di sini.
"Encik lihat lah sendiri, jijik! loya tekak saya! mereka tak ada rasa segan silu berak di lokasi tarikan pelancong terletak di Lorong Bandar 13 di sini. Dahulunya lorong sepanjang 100 meter ini dihiasi lukisan mural dan menjadi tarikan pelancong asing. Namun kini ia tidak ubah seperti jamban gelandang.
"Bayangkan apa perasaan pelancong yang kebetulan melalui lokasi ini berikutan ia hanya terletak kurang 50 meter dari Pasar Seni," katanya.
Penulis yang melakukan tinjauan turut terpaksa menahan mual apabila melihat berpuluh tompokan najis manusia berteraburan di lokasi itu.
Malah ada ketulan najis manusia dibalut dengan kertas surat khabar atau kepingan kadbod sebelum dibuang merata-rata.
Selain bau najis manusia, tidak terkecuali bau hancing berpunca air kencing yang mengotori bahu jalan dan kaki lima jalan di situ.
"Ini bukan masalah baharu. Dah bertahun-tahun lamanya kawasan ini dipenuhi golongan gelandangan.
"Jika dahulu mereka ini hanya muncul pada waktu malam, namun kini mereka sudah berumahtangga dan menjadikan lokasi ini 'rumah tetap'," katanya.
Menurutnya, rata-rata gelandangan ini akan tidur beralaskan kadbod selain ada juga yang membawa tilam bujang lusuh.
"Mereka melepak santai dan baring mengelamun hampir sepanjang masa. Biasanya mereka akan bangkit merayau apabila mahu membuang air atau lapar.
"Ada antara mereka sudah berbulan-bulan tidak mandi atau menukar pakaian. Mungkin mereka selesa dengan keadaan itu. Mujurlah masih ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menghulurkan sumbangan makanan untuk golongan ini," katanya.
Perkara itu terbukti apabila penulis sendiri melihat deretan gelandangan berbaring di kaki lima premis dengan ada antaranya memakai selimut walaupun ketika itu matahari tegak di kepala.
Salah seorang gelandangan lelaki berusia sekitar 50-an yang didekati memberitahu berasal dari Ipoh, Perak dan sengaja merantau ke ibu kota untuk mencari pekerjaan.
Namun apabila disoal lebih lanjut berkaitan latar belakangnya, lelaki yang menggendong beg sekolah itu segera beredar pergi.
Salah seorang peniaga kedai runcit di kawasan itu, Akhbar Salim, 50, berkata kehadiran ramai gelandangan di lokasi itu menyebabkan pelancong menghindari kawasan berkenaan.
"Walaupun dibersihkan petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), gelandangan ini akan tetap membuang plastik dan sisa makanan di merata tempat.
"Mereka benar-benar tiada kesedaran sivik. Bau busuk sampah dan najis ada di mana-mana. Bayangkan jika pemandangan sisi 'cacat' Kuala Lumpur ini dikongsi pelancong asing di media sosial. Nama negara pasti akan tercalar," katanya.
Dia berharap masalah itu segera diatasi dan kawasan itu dibersihkan sepenuhnya daripada terus menjadi 'perkampungan gelandangan'.
Gelandangan melenting jika ditegur buat kotor
"Saya pernah menegur supaya mereka tidak membuat kotor di kawasan ini namun sebaliknya saya dimaki nista.
"Kaki lima ini seolah-olah menjadi hak kekal mereka. Ia tidak boleh diganggu. Ada gelandangan otai akan menimbunkan pakaian, beg dan pelbagai perkakas di kaki lima dihuni," katanya.
Menurutnya, kelakuan gelandangan ini amat memalukan apabila ada antaranya tidak berpakaian dan comot sepanjang masa.
Seorang lagi pekerja sebuah restoran berhampiran berkata, rata-rata golongan gelandangan ditemui di kawasan itu berdepan masalah mental atau emosi tidak stabil.
"Sukar untuk bercakap dengan mereka berikutan penyampaian kurang jelas dan mengelirukan apatah lagi dalam kalangan gelandangan warga emas.
"Selain ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan di Chow Kit di sini, warga emas yang tidak mampu bekerja ini sewajarnya diletakkan di rumah perlindungan warga emas.
"Jika tidak, mereka akhirnya akan ditemui mati keras di kaki lima kedai atau ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran.
"Apa yang penting, isu ini perlu diselesaikan dengan menyeluruh daripada terus merosakkan imej ibu negara," katanya.
Menurutnya, kumpulan gelandangan yang sebelum ini bertumpu di Jalan Petaling di sini, kini dikesan melarat sehingga ke Lebuh Ampang, Jalan Pudu hingga ke sekitar Masjid Jamek di sini.
ANWAR BLACKROCK NAK TUNJUK ISLAM
ANWAR
BLACKROCK
NAK TUNJUK
ISLAM
AMIN
JORDAN & MESIR
TANPA AMERIKA
REJIM AKAN
RUNTUH
KHALAS
Unknown commented on
"RAJA JORDAN BUAT TEATER ?"
Jangan lupa PMX juga kuat buat teater pasal negara Palestin, setiap hari ingin menjadi jaguh ingin menjadi pejuang ingin tunjuk dunia pahlawan tetapi hampeh, kerana kuat mohong, kah kah kah
seluruh dunia buat teater pasal Palestin, pakai modal konon prihatin konon ambil berat tetapi teater berjalan, negara sebelah sama bangsa sama agama pun tidak ambil pot malah tutup pintu sempadan, halang bantuan halang kemasukan warga Palestin kah kah kah
tetapi soalan utama kenapa jiran tetangga tidak membantu? Manakala yang jauh beribu batu pulak teriak bakar bendera demo segala emak bapa? Saja tanya mohon beri penjelasan tuntas TT? Sementara itu kita semua kah kah kah dahulu ya
TAHANAN SOSMA
Ahli keluarga tahanan SOSMA berdemo
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung himpunan oleh ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh dekat sini, semalam
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, berkata polis mengesan satu perhimpunan di laluan hadapan pintu besar penjara terbabit pada jam 8.10 pagi.
"Risikan awal mendapati perhimpunan diadakan kerana keluarga tahanan SOSMA mahu kerajaan memansuhkan akta berkenaan.
ADVERTISEMENT
"Peserta perhimpunan dikatakan ada mempunyai ahli keluarga yang ditahan di Penjara Sungai Buloh di bawah SOSMA," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Media semalam melaporkan ahli keluarga kepada 32 orang yang ditahan di bawah SOSMA melancarkan mogok lapar di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh.
Mereka menuntut kerajaan dan pihak penjara membenarkan mereka melawat serta memeriksa keadaan tahanan.
Difahamkan, 32 tahanan SOSMA terbabit dikatakan turut memulakan mogok lapar dalam penjara.
"Satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan pihak penganjur boleh dikenakan denda RM10,000 jika tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
"Mereka yang terbabit dalam perhimpunan itu akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh untuk diambil keterangan," katanya.
BERAPA RAMAI
KENA TAHAN
SOSMA
SEKARANG?
AMIN
APA KESALAHAN
MEREKA ?
AMIN
PENGGANAS?
EKTREMIS?
KHALAS
PERANG GAZA AKAN DISAMBUNG ?
Israel bebaskan lagi tahanan Palestin bawah perjanjian gencatan senjata Gaza
Israel bebaskan kumpulan kelima 183 tahanan Palestin di bawah perjanjian gencatan senjata
Angka korban di Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
GAZA: Sumber perubatan di Semenanjung Gaza melaporkan pada Sabtu bahawa angka korban telah meningkat kepada 48,181 orang, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan serangan tentera Israel pada 7 Oktober 2023.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), jumlah keseluruhan mangsa turut meningkat kepada 111,163, dengan ramai lagi yang mengalami kecederaan dan memerlukan rawatan segera.
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan dalam usaha mencari mangsa yang masih berterusan.
Keadaan kekal kritikal dengan ratusan individu masih hilang, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka di seluruh Gaza. Pasukan ambulans dan pertahanan awam menghadapi kesukaran besar untuk sampai ke kawasan terjejas berikutan kemusnahan meluas serta serangan udara yang masih berlanjutan.
Krisis kemanusiaan di Gaza semakin memburuk dari jam ke jam, dengan wilayah itu berdepan kekurangan bekalan perubatan, makanan dan air yang kritikal, sementara angka korban terus meningkat. – BERNAMA-WAFA
PERANG GAZA
AKAN DISAMBUNG
AMIN
TEBING BARAT
JADI SASARAN
AMIN
INI PROJEK
SETANYAHU
DAN TRUMP
KHALAS
ANWAR BLACKROCK SENYAP BILA PRABOWO TIBAI KAU KAU
ANWAR BLACKROCK
SENYAAP BILA
PRABOWO TIBAI
KAU KAU
KHALAS
SARAWAK SABAH NAK MERDEKA
SABAH SARAWAK
NAK MERDEKA
KHALAS
Unknown commented on
"LANGKAH BIJAK
DARI SARAWAK"
Sekian lama Malaya menipu rakyat Sabah Sarawak, sekarang mereka sudah tahu, siapa diutamakan siapa dikemudiankan, siapa dihantar bantuan, siapa bawa untuk perubatan siapa bayar cukai siapa menerima bantuan siapa hilang terus siapa curi siapa rompak kesedaran lambat, tiada untung bersama kumpulan perompak, tiada guna bersama perasuah pencuri tarbus bergelar ular sawa kah kah kah
biar kami uruskan sendiri ini kesedaran mutlak kah kah kah orang-orang asal semakin bijak melihat kemajuan negeri mana terus bergerak manakala negeri mana terus ke belakang dengan agenda cukur bulu, seluar dalam, seluar pendek semuanya memberi kesedaran amin kah kah kah
REHATKAN MENTERI TOPEN AGAMA
REHATKAN
MENTERI PAKAI
TOPENG ARAB
AMIN
Unknown commented on
"MENTERI AGAMA TIDAK DIPILIH RAKYAT PERLU DIREHATKAN"
Kalau agama boleh menyatukan undi amat silap, tidak berperang Iran Iraq selama 8 tahun, contoh, kalau bangsa boleh menyatukan silap lagi , kalau etnik kebudayaan boleh menyatukan amat sukar sekali, hanya satu boleh menyatupadukan semua dengan sistem keadilan kesaksamaan kestabilan kesetiaan kepada negara, amat tipis ianya berlaku kerana ahli politik kita semakin rakus untuk mencari kemenangan untuk menang pilihanraya untuk terus berkuasa sampai memakai topeng Arab,
orang-orang Arab sendiri pun bertelingkah berperang bergaduh bukan satu contoh yang baik secara total hanya pandangan tipis melihat karenah perangai orang politik sekarang kah kah kah walaupun apa Bossku Najib masih terbaik untuk Malaysia, bukan pawang mohong bukan pawang lawan rasuah tetapi manusiawi adil lebih saksama kah kah kah
Unknown commented on
"MENTERI AGAMA TIDAK DIPILIH RAKYAT PERLU DIREHATKAN"
X d pilih rakyat tak peduli janji massyuk & berjawatan, rakyat nak buat apa ? apa yang rakyat boleh buat? kahkahkah buat united front lagi lah!!!???
PAGI INI
PAGI INI
AHAD 9 FEBUARI 2025
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
MULA MULA NAK NGENTOT
KENA MINTAK KEBENARAN
DARI
JAKIM DAN PAK LEBAI
KAH KAH KAH
LEPAS NI
NAK GI KENDURI KRISMAS
KENA MINTA KEBENARAN JAKIM
KISMAS 25 DISEMBER
SURAT MESTI DI HANTAR
PADA AWAL DISEMBER
KAH KAH KAH
KALAU KAWAN LU KAPIR
DIA MATI KENA LANNGAR LORI
INI MASALAH BESAR
KERANA KENA MINTA
KEBENARAN JAKIM UNTUK
ZIARAH MASUK DALAM NIRVANA
KAH KAH KAH
SURAT LAMBAT SAMPAI
MUNKIN KENA TALIPON
KES MATI MENGEJUT
KAH KAH KAH
INI SEMUA KARUT
MASUK KUBUR SENDIRI SENDIRI
MAKAN BERANCUK
SENDIRI TANGGUNG
AMIN
ISREAL
WAKIL ZIONIS PERGI KE QATAR
NAK BINCANG DENGAN HAMAS
UNTUK FASA
GENCATAN SENJATA SATERUSNYA
AMERIKA
TRUMP BATAL BANTUAN
PADA AFRIKA SELATAN
KERANA INI KERAJAAN
RASUAH
SIAM
BOMOH SIAM
DI TAHAN KERANA
POS DUA MAYAT BAYI
IRAN
PEMIMPIN TERTINGGI IRAN
BERTEMU
PEMIMPIN TERTINGGI HAMAS
DI TEHRAN
HOKKIEN
KERING CERAH
LANGIT BERAWAN PUTIH
MATA HARI DAH KELUAR
CAHAYA LEMAH
KL & KL SENTRAL BERJEREBU
DI PINTU MASUK
SUARA 4 MESIN RUMPUT
HOKKIEN MAKIN JADI BERSIH
SEMBAHYANG KUBUR
BULAN EMPAT
HA HA
PALING GUMBIRA
TIONG
SANA SINI MELOMBAT
DI WILAYAH RUMPUT
SEDANG DI POTONG
REZEKI BELALANG DAN ULAT
KEMUDIAN GUA DENGAR
SUARA GAGAK
DEKAT ALICE SMITH
SEKOLAH ORANG KAYA
DAN DI UDARA SUARA
KENG KENG
HARI INI AKAN PANAS
TAK TAK DAH MENJALAR
DI BALKONI
MENUNGGU CAHAYA
MUNGKIN PETANG REDUP
SEPERTI KEMARIN
CUACA INDAH UNTUK MELEPAK
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI AHAD
BRO
LU PELAJARI SESUATU
LU AKAN JATUH CINTA
DENGAN PERKARA ITU
BRO
JANGAN AJAR
AYAH KAMU
CARA REBUS TELOR
BRO
JIKA LU TIDAK ADA
DISPLIN DIRI
LU TIDAK AKAN
TAHU APA ITU DSIPLIN
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI
Langgan:
Ulasan (Atom)










