Sabtu, 19 Julai 2025

MELAYU WAJIB BANGUN DAN LAWAN


MELAYU WAJIB

BANGUN & LAWAN

KHALAS

YB UMNO TARIK SOKONGAN ?


BILA YB UMNOP

TARIK SOKONGAN

MAKA MADAFAKA

AKAN RUNTUH

AMIN

SEMUA FITNAH


SEMUA FITNAH

SEMUA TOHMAH

KAH KAH KAH

KHALAS

DULU AGUS PELIR KERAS SEKARANG SAPA ?


DULU AGUS

PELIR KERAS

KAH KAH KAH

SEKARANG

PELIR APA ?

AMIN

PARTI ANAK BERANAK KOYAK RABAK



Aku dah tak kenal parti ini - Rafizi petik situasi Umno 1998
Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli memberi amaran tentang rasa tidak puas hati yang semakin ketara di akar umbi parti itu dan membandingkannya dengan peristiwa ahli-ahli Umno keluar parti pada tahun 1998.

Dia berkata ketidakpuasan hati itu berpunca daripada pemilihan PKR baru-baru ini yang menyaksikan ahli mempersoalkan ketelusan proses pengundian.

"Sama contohnya bila reformasi berlaku 98, orang-orang Umno yang meninggalkan Umno masa tu.

"Sebahagiannya tu awal-awalnya kerana kemarahan mungkin Anwar Ibrahim dipecat, sebahagiannya kerana dia tidak boleh terima caranya.

"Tapi saya rasa banyaknya juga ialah kerana aku dah tak kenal dah parti ini. Jadi itu yang saya maksudkan.

"Jangan dalam kegilaan kita merebut kuasa, jawatan semua hanya untuk tu sampai kita buat orang rasa macam ini bukan rumah aku dah.

"Bila orang dah sampai ke peringkat ni bukan rumah aku, bahaya, sebab dia tak pernah dapat apa, dia tak pernah dapat jawatan ke apa, bila dia dah rasa mcm itu, dia move on. Move on tu nak suruh balik semula, tak mudah,” katanya pada episod terbaru podcast "Yang Berhenti Menteri" malam tadi.

Pada tahun 1998, Anwar dipecat daripada semua jawatannya, termasuk sebagai timbalan presiden Umno, mencetuskan siri demonstrasi awam mendesak pengunduran perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad serta kelahiran gerakan reformasi.

Beberapa pemimpin akar umbi Umno turut turun ke jalanan menuntut keadilan untuk Anwar.

Pemilihan PKR yang baru selesai menyaksikan kekalahan Rafizi dan sekutunya di tengah dakwaan penyelewengan, khususnya berkaitan sistem e-undi di peringkat cabang.

Rafizi, yang tewas jawatan timbalan presiden kepada anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, kemudian meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi manakala sekutunya, Nik Nazmi Nik Ahmad, turut berundur sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam sekitar tidak lama selepas itu.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata sesebuah parti politik tidak sepatutnya membentuk kerajaan jika mereka tidak bersetuju terhadap perkara asas.

"Sebagai pembangkang sebenarnya kelebihan kau tak payah buat tapi kalau ada idea dan fakta yang bagus kita boleh jadi semak imbang yang akhirnya kerajaan kena ikut... dan itulah fungsi yang telah dimainkan oleh PH dan PKR untuk masa yang lama lah," katanya.

Menurut Rafizi, berada dalam kerajaan ada kelebihan juga misalnya boleh melaksanakan dasar tetapi ia mengambil masa.

Dia turut berkongsi tentang pembentukan Kerajaan Perpaduan kini, yang menyaksikan PHbekerjasama dengan seteru lama, BN.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15, tiada gabungan yang memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Kata Rafizi, BN ketika itu belum memutuskan sama ada mahu menyokong PH ataun PN kerana perlu mendengar tawaran daripada kedua-dua pihak terlebih dahulu.

Namun, selepas mendengar kekecewaan BN dalam rundingan dengan PN, Rafizi berkata dia segera menyediakan kenyataan yang mengandungi senarai komitmen PH kepada Umno, yang kemudian diserahkan oleh Setiausaha Agung PH ketika itu, Saifuddin Nasution Ismail, kepada Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

"Akhirnya yang saya dimaklumkan dalam mesyuarat BN yang terakhir itu pandangannya ialah betull ah, PH ni DAP, PKR. Tapi nampak mereka lebih ikhlas kerana paling kurang dia dah set out semua principle kita nak berkongsi kuasa macam mana ni.

"Kalau dengan PN ni, main mulut sahaja dan dia tak pandang kita. Jadi senarai komitment itu yang mengubah pendirian BN ke arah menyokong PH,” katanya.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

PKR DAH JADI

PARTI ANAK

BERANAK

KAH KAH KAH

PARTI KOYAK

RABAK

KAH KAH KAH

KHALAS

KERAJAAN PAHANG AKAN TUMBANG ?


'Kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan pada orang Melayu Islam'
"Kuasa politik di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu Islam." Demikian gesaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Andansura Rabu, susulan tindakan Umno negeri bergabung dengan DAP bagi membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Menurutnya, langkah Umno itu merupakan pengkhianatan terhadap rakyat Pahang dan mencerminkan keghairahan parti itu untuk mengekalkan kuasa walaupun terpaksa mengetepikan prinsip.

"Sebelum ini, sejak merdeka lagi, mereka (Umno) tidak perlu bergantung kepada parti lain, biasanya sebelum tengah malam (hari pengundian) mereka dah boleh umum (menang) dan menteri besar angkat sumpah.

"Tapi dalam PRU lalu, perkara itu tidak berlaku dan tidak ada parti atau mana-mana gabungan parti boleh menubuhkan kerajaan di Pahang.

"Dan mereka ini, yang tidak pernah hilang kuasa di Pahang sejak sekian lama, sanggup menggadaikan prinsip demi menjaga kedudukan dan mahu terus menjadi kerajaan," katanya dalam ceramah umum ‘Turun Anwar’ di Padang Awam Cenderawasih, malam tadi.

Andansura, yang juga ADUN Beserah, mendakwa kerjasama Umno dengan DAP melalui PH telah membuka ruang kepada DAP untuk menguasai pelbagai jawatan di Pahang.

"Kita buka ruang kepada satu pihak untuk meluaskan kuasa dan ideologinya digunakan di dalam negeri Pahang, yang bertentangan dengan kita sebagai orang Islam.

“Sebab itu, kita kena ubah kerajaan (negeri) hari ini kerana dia tidak melaksanakan apa yang seharusnya... mempertahankan, memperkukuhkan dan memperluaskan kuasa orang Islam, orang Melayu di Pahang.

“(Umno) menjemput parti yang berasaskan sosialisme ini untuk mentadbir dan menguruskan negeri Pahang, jadi kita kena singkirkan DAP daripada kerajaan negeri Pahang "dalam PRU ke-16," katanya.

Pengaruh DAP dalam kerajaan negeri

Dalam pada itu Andasura turut menyatakan rasa kurang senang dengan pengaruh DAP dalam kerajaan negeri, khususnya dalam pelantikan ahli majlis, jawatankuasa kampung dan struktur pentadbiran tempatan.

"Saya sendiri, sebab saya duduk dalam Dewan (sidang DUN) sekian lama, selama ini kita lihat 'ok' sebab mereka diurus, ditadbir oleh kebanyakan orang Melayu, orang Islam.

"Tapi oleh kerana kali ini, ada orang yang bertentangan dari sudut asas dan dasar perjuangan duduk dalam kerajaan negeri, berapa ramai ahli mereka (dilantik) sebagai ahli majlis perbandaran dan majlis daerah, berapa ramai jadi pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung.

"Berapa ramai yang menuntut untuk menjadi ketua di kampung-kampung baru, ini sedikit demi sedikit kita buka ruang kuasa kepada mereka... ini yang sedang berlaku di negeri Pahang," jelasnya.

Dia turut menggesa rakyat supaya lebih peka dan menilai secara kritis perkembangan politik semasa, kerana mendakwa pengaruh DAP yang tidak dibendung boleh menjejaskan identiti dan masa depan generasi Melayu-Islam di negeri itu.

"Itulah kesilapan terbesar Umno Pahang, pengkhianatan pemimpin Umno Pahang kepada rakyat negeri ini apabila mereka menjemput DAP menjadi sebahagian daripada kerajaan.

“Jadi, kita kena ubah, kuasa politik dan pemerintahan di Pahang perlu dikembalikan kepada orang Melayu dan Islam, dan rakyat perlu pilih PAS dan PN untuk tujuan itu dalam PRU akan datang," tegasnya.

WOIT

APA MAKNA

BERITA INI ?

KAH KAH KAH

APAKAH INI

ALAMAT BARU

KERAJAAN

PAKATAN 

DI PAHANG

AKAN RUNTUH

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

BERAWAS !!! BAHANG PANAS SEDANG MEMBAKAR


Kebakaran hutan musnahkan 46 hektar kawasan di Sumatera Utara, Sumatera Barat


JAKARTA: Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) melaporkan dua insiden kebakaran hutan dan tanah berasingan di Sumatera Utara dan Sumatera Barat yang memusnahkan kawasan seluas 46 hektar.

Di Kabupaten Simalungun, Sumatera Utara, beberapa titik panas dikesan sejak Khamis lalu di daerah Girsang Sipangan Bolon dan Pematang Sidamanik, menurut jurucakap BNPB, Abdul Muhari.

"Badan Pengurusan Bencana Daerah Simalungun segera berkoordinasi dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca daripada cuaca kering dan angin kencang," katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga semalam, sekurang-kurangnya 25 hektar tanah terbakar sebelum kebakaran berjaya dikawal dengan bantuan unit kawalan kebakaran hutan dan tanah khas Indonesia, Manggala Agni, pasukan bomba tempatan serta sukarelawan komuniti.

Di Sumatera Barat, kebakaran berasingan berlaku pada petang semalam di Nagari Padang Ganting dan Nagari Pagaruyung, Kabupaten Tanah Datar, namun berjaya dipadamkan pada hari sama.

"Kira-kira 11 hektar tanah terjejas di Padang Ganting dan 10 hektar lagi di Pagaruyung," kata Abdul Muhari.

Dengan sebahagian besar wilayah Indonesia kini memasuki musim kemarau, BNPB menggesa kerajaan wilayah untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko kebakaran hutan dan tanah.

Pihak berkuasa turut dinasihatkan memperkukuh langkah mitigasi, termasuk rondaan bersama dan pemadaman awal titik panas, terutamanya di kawasan berisiko tinggi.

AWAS !!!

KITA JUGA WAJIB

HATI HATI

AMIN

PANAS JADIKAN

HUTAN KERING

MUDAH TERBAKAR

KHALAS

ZAHID MAHU NAJIB TERUS DI SIMPAN DALAM PENJARA

 

ZAHID MAHU NAJIB

TERUS DISIMPAN 

DALAM PENJARA

KHALAS

HIMPUNAN DI ALOR STAR GAGAL



HIMPUNAN

DI ALOR STAR

GAGAL

AMIN

PADANG KOSONG

MASIH NAMPAK

RUMPUT HIJAU 

KAH KAH KAH

KHALAS



Unknown commented on
 "KEDAH - OH ! ALOR STAR"

rumput nampak lagi tu tak ramai... macam himpunan turun anwar gagal. jd amk atau non non sekalian jangan risau sangat

KITA ADA KETUA HAKIM BARU

 

KITA ADA

KETUA HAKIM BARU

AMIN

KERJA SUCI CHINA DOLL



MELONDEH

KERJA  SUCI

CHINA DOLL

AMIN

Tenuk commented on 
"DEMO ITU BUDAYA KITA"

Londehkan seluar Madafaka!

BETUL KE BERITA INI ?




Suspek utama kes rasuah pusat data bakar wang tunai RM1 juta

KUALA LUMPUR – Suspek utama kes rasuah perolehan tender projek pembinaan pusat data sanggup bertindak membakar wang tunai hampir RM1 juta akibat terkejut dengan serbuan dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, ketika serbuan dijalankan di rumahnya yang terletak di Petaling Jaya, Khamis lalu, pasukan pegawai SPRM menemui wang kertas RM100 yang keseluruhannya berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan sudah terbakar.

Katanya, suspek yang merupakan pengurus projek syarikat pembinaan terkemuka itu dipercayai bertindak nekad mengambil beberapa bungkusan wang tunai dan cuba melupuskannya dengan membakarnya setelah melihat kehadiran sepasukan pegawai SPRM.

“Selepas pintu rumah berjaya dibuka, pasukan SPRM yang membuat serbuan mendapati keadaan dalam rumah berkenaan dipenuhi asap tebal berpunca dari sebuah bilik mandi.

“Hasil pemeriksaan dijalankan di bilik mandi berkenaan, SPRM menemui wang kertas RM100 berjumlah RM 1 juta yang sudah terbakar,” katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaan menyeluruh di rumah suspek, SPRM kemudian menemukan wang tunai kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas.

Katanya, kesemua barangan berkenaan kemudian disita SPRM bagi tujuan siasatan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tindakan suspek yang membakar wang kertas berkenaan.

Tegas beliau, cubaan melupuskan bahan-bahan bukti merupakan satu kesalahan serius yang boleh didakwa di bawah seksyen 201 Kanun Keseksaan serta membawa kepada hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.

Bagaimanapun beliau berkata, fokus utama siasatan kes ini adalah di bawah seksyen 16 dan Seksyen 17A Akta SPRM 2009. -

WOIT

PASAI APA

BAKAR ?

KAH KAH KAH

TAK NAK BAGI

PADA SPRM ?

KAH KAH KAH

LEBIB BAIK 

BAKAR SEMUA

DAPAT ABU

KAH KAH KAH

AMIN

MUNCUL POLITIK BARU !!!


OPTIK TERBAIK

KEMUNCULAN

 POLITIK

BARU

AMIN



TRUMP MULA MENGANCAM

 


Trump ulang ancaman terhadap BRICS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengulangi ancamannya untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus ke atas import dari anggota kumpulan BRICS yang terdiri daripada negara membangun.

Trump turut menyatakan komitmennya untuk mengekalkan status dolar sebagai mata wang rizab global dan berjanji tidak akan membenarkan penciptaan mata wang digital bank pusat di AS.

Trump mengumumkan tarif baharu itu pada 6 Julai lalu, dengan menegaskan bahawa ia akan dikenakan ke atas mana-mana negara yang berpihak kepada dasar anti-AS oleh kumpulan BRICS.

Kumpulan BRICS kini menampilkan diri sebagai platform diplomasi pelbagai hala ketika forum seperti G7 dan G20 semakin lumpuh akibat perpecahan dan pendekatan 'Amerika Didahulukan' oleh presiden AS sekarang.

Sejak mengeluarkan ancaman terbabit, Trump berulang kali mengeluarkan dakwaan tanpa bukti bahawa kumpulan BRICS ditubuhkan untuk merugikan AS dan peranan dolar sebagai mata wang rizab dunia.

Pemimpin BRICS bagaimanapun menolak dakwaan bahawa kumpulan itu bersifat anti-AS.

Februari lalu, Brazil membatalkan rancangan untuk memperjuangkan penggunaan mata wang bersama ketika memegang jawatan presiden BRICS.

Bagaimanapun kumpulan itu sedang giat membangunkan sistem pembayaran rentas sempadan dikenali sebagai BRICS Pay, yang akan memudahkan perdagangan dan transaksi kewangan menggunakan mata wang tempatan.

Kumpulan BRICS diperluaskan tahun lalu dengan penambahan ahli seperti Iran dan Indonesia, di samping ahli asal iaitu Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan.

Pemimpin-pemimpin dalam sidang kemuncak di Brazil menyuarakan kritikan tidak langsung terhadap dasar ketenteraan dan perdagangan AS.

Trump juga secara khusus menyasarkan Brazil, dengan mengumumkan kadar tarif sebanyak 50 peratus ke atas import dari negara itu bermula Ogos ini.

Beliau juga melancarkan siasatan berasingan terhadap apa yang dikatakan Washington sebagai amalan perdagangan 'tidak adil' oleh Brazil. - REUTERS

INI ANCAMAN

PADA KITA

AMIN

MALAYSIA NAK

MASUK BRICS

AMIN

APA TRUMP

AKAN BUAT ?

JENG JENG JENG

AMIN

JIKA MARAH TURUN SABTU DEPAN



JIKA MARAH

TURUN

SABTU DEPAN

AMIN

Unknown commented on 

"HA SUT HASUT HASUT"


Cuci buang pulau sula bakar rumah bakar orang kena bermula dari kepala, dari atas, dari payung naungan sehingga ke anak cicit baru selesai masalah, perlu ada undang-undang rampas sita segala milik jadikan hak negara, baru negara ini aman, selagi menanggung biawak biawak ini hidup rakyat tidak akan tenteram, asyik dicuri dirompak atas agenda mereka sendiri, anak beranak naik jet minyak siapa isi? 


Makan minum berak hotel eskot siapa bayar? Mereka ini tidak sedar beras mereka makan ditanggung dengan hasil cukai dari rakyat dan rakyat bodoh semacam je kah kah kah apapun kerana agama bangsa negara semakin dikorbankan segala amin kah kah kah

AHLI UMNO AKAN SAMA TURUN 26 JULAI


AHLI UMNO AKAN

SAMA TURUN SABTU

26 JULAI 2025

AMIN

PROPAGANDA : BOM ISLAM


PROPAGANDA

BOM ISLAM


Saya masih ingat lagi tahun 1980 – ketika itu saya adalah pendatang haram di Pakistan. Saya tinggal  di Karachi. Awalnya saya menumpang dengan  mahasiswa pelajar Patani di No 4 Internasional Hostel Karachi Universiti. Kemudian saya pindah ke  B 52 Haque Bahu Plaza Universiti Road Karachi. 

Tapi bukan cerita hidup pendatang haram  di Pakistan yang hendak saya tulis disini.

Apa yang ingin saya rakamkan disini ialah suasana politik tahun 80’an di Pakistan yang bersangkutan dengan bom nuklear.  Ketika saya menjadi pendatang haram di Pakistan bekas Presiden Ali Bhutto dalam penjara.  Pakistan di bawah pentadbiran askar.

Jeneral Zia-ul-Haq telah merampas kuasa dari Bhutto  pada tahun 1977. Kemudian Jeneral Zia memanggil dirinya Chief Martial Law Administrator – Ketua Pentadbir Kerajaan Askar.  Gelaran ini diguna pakai sebelum Jeneral Zia klim dirinya menjadi Presiden Pakistan pada tahun 1978.

Dari segi sejarah Pakistan  - tentera  terus  menjadi   pentadbir negara ini. Republik Islamik  Pakistan klim  sebagai negara pengamal demokrasi berparlimen. Ada mengundi dan ada pilihanraya umum. Tetapi kerajaan sivil tidak pernah melintasi satu penggal  - tidak lebih dari empat tahun berkuasa. Soldadu sentiasa  merampas kuasa dan mengambil alih pentadbiran. 

Kenapa ini berlaku?

Ini berlaku kerana Pakistan sentiasa berperang dengan India. Kali pertama tahun 1947-48 bilamana Pakistan berpisah dari India. Kali ke dua tahun 1965, kali ke tiga tahun 1971 bila mana Pakistan Timur pecah untuk menjadi Bangladesh. Tahun 1999 perang sekali lagi kerana Kashmir  Kali akhir Perang Empat Hari pada Mei 2025. Perang terbaru ini juga berpunca dari  Kashmir.

Bila  Jeneral Zia-ul-Haq  merampas kerajaan dari Zulfikar Ali Bhutto saya mendengar desas desus bahawa Bhutto dijatuhkan  kerana dia sedang merancang untuk membuat bom nuklear untuk Pakistan.
Ketika itu saya terbaca bahawa Media Barat menuduh Pakistan sedang membuat Islamic Bomb. Fasilitas nuklear ini di Kahuta tidak jauh dari Rawalpindi pusat soldadu Pakistan.

Wajib diberitahu bahawa India – musuh Pakistan – telah meledakkan bom nuklear pada 18 Mei 1974.  Pada tarikh ini dunia mengetahui  bahawa India kini telah memasuki Kelab Eklusif Pemilik Bom Nuklear. 

Satelah India  meledakkan bom nuklear di Rajashtan, dunia hanya menunggu  bila pula Pakistan akan meledakkan bom  yang sama.

Di sebelah Pakistan ialah Iran. Di sebelah Iran ialah Iraq. Di sebelah Iraq ialah Israel. Negara yang bernama Israel ini telah memiliki bom nuklear semenjak sesudah  Perang Arab Israel tahun 1967. Israel telah dibantu oleh Peranchis untuk membina fasilitas  tenaga nuklear dan kemudian berupaya memperkayakan uranium untuk membuat bom nuklear.

Hari ini dari maklumat Wikipedia Israel dikatakan memilik 90  butir bom nuklear.

Israel tidak menanda tangani Perjanjian Internasional Atomic Energy Agency (IAEA). Ertinya Israel bebas untuk melakukan apa sahaja  yang bersangkutan dengan tenaga nuklear. Fasilitas nuklear Israel bertempat di  Dimona dalam padang pasir Negev.

Dasar Israel  ialah : Tidak mengakui memiliki bom nuklear dan dalam masa sama tidak menafikan memiliki bom ini. Strategi ini bertujuan untuk terus memberi ketakutan kepada negara-negara Arab di sekeliling Israel.

Pemimpin negara Arab seperti  Muamar Gadaffi dan Saddam Hussein sedar akan bahaya bom nuklear milik Israel. Untuk negara Arab bom nuklear milik Zionis ini akan terus mengancam negara  mereka.

Justeru masuk akal  sebagai pertahanan   negara -negara Arab ini juga mahu memiliki  bom nuklear . Dari segi teorinya  jika sesebuah negara ada memiliki bom ini maka tidak ada negara lain yang akan berani mengancam. 

Justeru Muamar Gadaffi dari Libya membina fasilitas  tenaga nuklear. Begitu juga  Saddam Hussein dan  Hafiz al-Assad juga mahu memiliki bom yang sama.

Fasilitas nuklear ini asasnya ialah untuk mengeluarkan tenaga leterik untuk kegunaan sivil. Tapi dari sampah lebihan uranium ini boleh di perkayakan untuk menjadi bom.

Perang 12 Hari  yang baru selesai telah memperlihatkan bagaimana pesawat F-35 Amerika telah datang mengebom dan memusnahkan fasilitas nuklear Iran di Fordo , Natanz  dan Isfahan. 

Presiden Trump klim semua fasilitas nuklear Iran telah hancur lebur dan  musnah. Justeru rancangan nuklear Iran telah gagal. Apa yang di klim oleh Trump ini telah terus di pertikaikan oleh media Amerika. 

The New York Times  memperlekehkan kenyataan Trump. Mengikut maklumat yang dikorek oleh akhbar ini bahan-bahan nuklear Iran sudah berpindah lama ke wilayah yang lebih selamat. Justeru projek nuklear Iran hanya terganggu untuk beberapa bulan.

Hakikatnya seperti kenyataan Tuan Speaker Iran :
Ilmu pengetahuan tidak akan dapat di musnah oleh bom.

Kita lihat dan tunggu apa yang akan Iran lakukan seterusnya. Ketika ini Iran tidak mahu lagi terikat dengan Perjanjian IAEA. Malah Iran juga enggan mengadakan perundingan tentang tenaga nuklear dengan Amerika.

Seyogia di beritahu bahawa Israel pasti mengetahui  apa yang sebenarnya  terjadi kepada  fasilitas nuklear Iran.  Tali barut  Israel dalam Iran dan Mossad pasti  mengetahui hakikat yang sebenarnya.

Dalam masa yang sama jika sah dan sahih apa yang dikelim oleh Trump tidak semestinya Israel akan selamat. Di sebelah Iran ialah Pakistan. Negara ini sah dan sahih memiliki bom nuklear. Dari fakta risikan hari ini Pakistan memiliki  170 ke 200 biji bom nuklear.

Dalam temu bual dengan CNN pada 2011 yang di pungut dari portal  CJ Welerman Show - Netanyhu berkata : ...our great mission ...we must prevent a militant Islamic regime from meeting up with nuclear weapons...or nuclear weapons meeting up with a militant Islamic regime...the first is called Iran the second is called Pakistan...’ 

Justeru persoalan hari ini apakah Israel juga akan menyerang Pakistan. Ini kerana  Pakistan ialah Islamic  Republic of Pakistan – negara Islam.

Satu perkara yang perlu saya tanda merahkan disini. Media Barat selalu menulis bahawa Pakistan di katakan memiliki Islamic Bomb. Walhal  Israel tidak di tuduh memiliki Bom Yahudi atau India memiliki Bom Hindu atau Amerika tidak dituduh memiliki Bom Kristian.

Jelas  secara halus propaganda untuk menumpaskan dan menyerang Pakistan telah lama bermula. Hari ini umum mengetahui bahawa  kumpulan Zionis Kristian bersama kumpulan Hindu sedang melobi  pentadbiran Trump untuk melakukan sesuatu terhadap  Pakistan.

Kumpulan-kumpulan Hindu di India kini mengeluarkan propaganda bahawa Pakistan adalah  negara yang  menaja dan memberi dana terhadap kumpulan pengganas  yang memakai jubah Islam. 

Kalau Iran dituduh mendukung pengganas  Palestin. Pakistan pula dituduh menyokong pengganas dari Kashmir.  Hujah ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa sebelum dibunuh arwah  Usama bin Ladin  telah  disorokkan dengan selamat di Pakistan.

Dasar Zionis Israel ialah tidak akan membenarkan negara Islam memiliki bom nuklear. Dari segi  fakta sejarah Israel telah mengebom fasilitas nuklear Iraq pada tahun 1981. Pada 2003 Libya telah memusnahkan fasilitas makmal nuklear sendiri hasil tekanan Amerika. Pada 2018 Israel mengakui telah mengebom dan memusnahkan fasilitas  makmal nuklear Syria pada tahun 2008.

Perlu diberitahu disini bahawa pada tahun 1981 Israel telah memiliki satu rancangan khas untuk memusnahkan fasilitas nuklear Pakistan yang terletak di Kahuta.

Ada kerjasama Israel dengan India dalam usaha untuk memusnahkan fasilitas  Kahuta ini. India telah membenarkan pesawat F-16 Israel untuk berlabuh dan mendarat di India untuk menyerang Pakistan. Operasi ini dikenali sebagai Operation Shakti. Soldadu Israel yang akan mengambil bahagian dalam operasi ini dilatih di India.

Rancangan jahat Israel dan India ini telah dicium oleh lembaga risikan Pakistan. Ini berlaku di zaman pentadbiran Jeneral Zia.

Justeru Jeneral Zia telah memberi amaran kepada Israel ‘... if you strike at Kahuta...we will strike at  Dimona... jika kamu bom Kahuta kami akan bom Dimona.

Jeneral Zia juga memberi amaran kepada India. Jika Israel  mengebom Kahuta Pakistan akan menyerang India.  Kata-kata keras dari Jeneral Zia ini telah  menakutkan India. Tanpa sokongan India kepada Israel projek mengebom Kahuta ini tidak akan berjaya. Maka  Operasi Shakti ditamatkan.

Tetapi projek untuk memusnahkan Kahuta dan memastikan tidak ada negara Islam memiliki bom nuklear terus berjalan hingga ke hari ini. Badan pelobi, lembaga pemikir dan kumpulan Zionis Kristian yang bersarang di Washington terus  mengeluarkan propaganda bahawa Bom Islam Pakistan ini satu masa nanti akan jatuh ke tangan  ekstremis atau pengganas Islam.

Sesudah Perang 12 Hari ini tamat kelihatan Zionis Israel sedang mengarahkan  perancangan mereka terhadap Pakistan. Israel kini melihat peluang terbuka luas untuk memusnahkan apa yang di panggil Islamic Bomb. Pada ketika ini Pakistan dalam keadaan huru hara.

Kerajaan tentera yang korup telah memenjarakan Imran Khan yang di pilih oleh rakyat. Dalam masa yang sama ekonomi Pakistan dalam keadaan yang nazak. Di tambah pula oleh pukulan malapetaka banjir.

Saya yakin ketika ini Mossad sedang merancang dan mengenal pasti para saintis nuklear Pakistan, para Jeneral yang berpengaruh dan para pemimpin politik Pakistan. Alamat dan tempat tinggal mereka sedang dimasukkan ke dalam data yang akan digunakan tidak lama lagi. 

Apakah Israel akan menyerang Pakistan ?  

Jika mengikut pandangan Netanyahu Pakistan sama bahayanya dengan Iran. Justeru kita tunggu dan lihat apa yang akan dilakukan oleh Israel terhadap Pakistan. Amin. (TT)


TULISAN INI DISIARKAN JUGA
DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI . COM
https://www.malaysiakini.com/columns/749347