Selasa, 18 November 2025

IMPERIALIS AMERIKA AKAN RUNTUH


SAH SAHIH

TERBUKTI

IMPERIALIS 

AMERIKA AKAN

RUNTUH

KHALAS

BEKAS PM BANGLADESH DIHUKUM MATI


BEKAS PM BANGLA

DIHUKUM MATI

AMIN

RTM BATALKAN PROGRAM ANWAR BIN IBRAHIM


RTM BATALKAN

PROGRAM

ANWAR BIN

IBRAHIM

AMIN

INI BUKTI SAHIH : ISLAM BUDAYA AMALAN KITA



STATISTIK UMAT ISLAM di MALAYSIA🇲🇾

Berikut merupakan statistik daripada perangkaan JAIM, JAIS, stesen TV, mahkamah syariah, kementerian pelajaran, kementerian perpaduan penduduk dan yang berkaitan,berkenaan umat Islam di Malaysia buat renungan kita bersama:

1. 50% sahaja umat islam di Malaysia memiliki Al-quran di rumah dan hanya 5% membacanya dan 1% lagi membaca tafsirannya.

2. 80% umat Islam memliki ASTRO decoder dan hanya 5% menonton ASTRO OASIS.

3. 70% umat islam tertarik dengan perkara yg membawa kepada "Karnival" atau unsur yg membawa kepada hiburan.

4. 50% menyokong program seperti realiti hiburan, lawak dan rancangan yg seumpamanya.

5. Hanya 10% umat islam dari satu taman perumahan yg membantu masjid atau surau di sebuah kawasan.

6. Hanya 20% yg menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama.

7. 80% remaja hari ini tidak tahu atau tidak pandai mengaji.

8. 80% pasangan baru yang belum berkahwin akan menonton wayang setiap bulan di panggung wayang.

9. 95% umat islam tidak pernah mencari atau pergi ke kelas mengaji untuk mendalami ilmu agama islam itu sendiri.

10. 95% wali kepada pengantin perempuan tidak tahu syarat-syarat sah mewalikan anak mereka dan 99% bapa menyerahkan pernikahan anak mereka kepada imam sebagai wakil wali.

11. 100% anak-anak islam bawah 12 tahun cenderung kepada kartun seperti Ultraman, Mask Rider, Digimon, Pokemon dan banyak lagi kartun seperti ini yang unsurnya merosakkan minda.

12. 50% umat islam adalah kaki botol dan minum arak.

13. 50% pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak mengaku mempunyai hubungan sulit dengan perempuan lain dan mempunyai tabiat melanggan pelacur.

14. 90% cenderung kepada keduniaan dengan ingin memliki rumah mewah, kereta mewah dan duit yang banyak.

15. Hanya 30% umat islam lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap minggu.

16. 3% umat islam menunaikan solat suboh secara berjemaah di masjid atau surau setiap hari.

17. 90% umat islam tidak ambil tahu tentang soal kejiranan atas konsep tidak suka jaga tepi kain orang.

18. Hanya 10% umat islam yang akan membantu saudaranya yg lain terutamanya dalam soal duit.

19. Dan hanya 1% sahaja umat islam yang mengetahui Sifat 20 dalam ilmu ketuhanan.

20. 90% umat islam percaya, faham, berkehendak, terikut-ikut kepada benda yang Tahyul, pelindung diri, pelaris business, tarik duit, seri muka, kebahagiaan rumah tangga, santau, pukau dan semua elemen yg menjuruskan kepada Syirik kepada ALLAH.

Admin paparkan semua statistik di atas usaha untuk menyedarkan diri sendiri dan saudara saudari tentang betapa kroniknya kefahaman islam di negara kita sendiri hari ini. 

Dari peratusan yang tinggal berapakah yang boleh digolongkan kepada "orang muqmin" dan berapakah yang boleh digolongkan sebagai "Makhluk".

Sama-samalah kita buat kiraan untuk diri kita sendiri.

Yang paling penting, selepas membaca fakta ini adakah ianya dapat menyedarkan dan mendekatkan kita dengan ALLAH S.W.T ? atau tetap sama dan tiada perubahan.

Antara ADA AGAMA dengan HIDUP BERAGAMA, pasti ada bezanya.

Wallahua'alam

BUKTI DATA

BANCI SEMUA

MENUNJUKKAN

ISLAM BUDAYA

AMALAN KITA

KHALAS

BILA DI SERANG !!!


Enggan patuhi arahan pembetulan - Singapura sekat MalaysiaNow

Singapura bertindak menyekat akses ke atas MalaysiaNow selepas portal berita itu gagal mematuhi Arah Pembetulan atau Correction Direction (CD) yang dikeluarkan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian 2019 (Pofma) republik itu.

Dalam kenyataan bersama hari ini, Kementerian Pembangunan Digital dan Informasi serta Kementerian Ehwal Dalam Negeri republik itu berkata CD – dikeluarkan pada 15 Nov – mengesan terdapat maklumat tidak tepat dalam artikel MalaysiaNow bertarikh 9 Nov mengenai layanan terhadap mendiang Pannir Selvam Pranthaman, rakyat Malaysia yang digantung mati di Singapura.

Memandangkan MalaysiaNow enggan membuat pembetulan tersebut, menteri berkenaan memerintahkan supaya Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infokom atau Infocomm Media Development Authority (Imda) mengarahkan penyedia perkhidmatan internet menyekat akses portal berkenaan bagi pengguna di Singapura.

Kedua-dua kementerian itu berkata MalaysiaNow secara terbuka menolak CD tersebut dan mengkritik pendekatan kerajaan Singapura dalam menangani apa yang didakwa sebagai kepalsuan dalam talian.

Di bawah Pofma, CD itu mewajibkan MalaysiaNow menyiarkan pembetulan kerajaan bersama dakwaan yang dipertikaikan, supaya pembaca Singapura boleh “menilai sendiri”.

“Walaupun peringatan dihantar, MalaysiaNow tetap tidak mematuhi CD.

“Ini bukan tindakan mana-mana organisasi media yang bertanggungjawab dan berintegriti,” kata kedua-dua kementerian itu.

Pada 15 Nov, editor MalaysiaNow Abdar Rahman Koya mengesahkan menerima notis berkenaan, yang merujuk kepada artikel ditulis adik Pannir, Sangkari Pranthaman.

Dalam penolakan itu, Rahman menyifatkan notis tersebut sebagai “18 halaman penuh jargon dan ancaman” termasuk templat pembetulan siap sedia untuk dipaparkan di laman web.

BILA DISERANG

DI LAWAN

DI HARAMKAN

ERTINYA

APA YANG 

DI BUAT

DI TULIS

ADALAH BENAR

AMIN

KERJA YG DIBUAT

 TELAH MENUSUK
JANTUNG MUSUH

 KHALAS

HADIS DI PUNGUT 200 TAHUN SESUDAH NABI WAFAT !


HADIS

DI PUNGUT

200 TAHUN

SATELAH NABI

WAFAT

AMIN


Unknown commented on 
"PAGI INI"

Nabi SAW bersabda bermaksud: "Tiada berlakunya kiamat sehingga harta melimpah-ruah, sehingga seseorang keluar dengan membawa zakat hartanya namun tidak menjumpai orang yang layak menerimanya. Tidak berlakunya kiamat sehingga Tanah Arab Kembali hijau dipenuhi sungai." (Hadis Riwayat Muslim, no. 157)

dari hadis ini menunjukan tanah arab kembali ke bentuk asal.. jadi adakah dunia berubah atau kembali kepada norma asal... ?

RASUAH - HANYA PINDAH KERJA ?




Pegawai Imigresen disiasat SPRM ditukar bahagian bertugas


KUALA LUMPUR: Pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes mempercepatkan proses permohonan program pemutihan pendatang asing akan ditukar bahagian bertugas.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata pertukaran akan dibuat ke tempat tidak berisiko manakala siasatan dilakukan hasil kerjasama Imigresen dan SPRM.

"Buat masa ini, kita hanya boleh melakukan rombakan dan menukar tempat bertugas pegawai terbabit ke tempat yang tidak begitu berisiko.

"Tindakan lanjut menyusul selepas siasatan SPRM. Mengikut peraturan tatatertib, sebaik dituduh, jabatan perlu ambil tindakan menahan kerja," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Deepavali peringkat Imigresen Kuala Lumpur di sini, hari ini.


Zakaria berkata, seramai 60 pegawai Imigresen dibuang kerja atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah dan 301 kes tatatertib direkodkan sejak 2022 hingga tahun ini.

"Tahun lalu, sebanyak 254 kes tatatertib dilaporkan, manakala bagi tahun ini, setakat 17 November lalu, sebanyak 199 kes direkodkan," katanya.

Pada 12 November lalu, SPRM menahan 11 orang termasuk 10 pegawai dan seorang pesara agensi penguat kuasa kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah bagi mempercepatkan proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program RTK.

Suspek membabitkan tujuh lelaki dan empat wanita berusia antara 30 hingga 50-an itu ditahan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menerusi Ops Bleach yang dijalankan Bahagian Perisikan SPRM.

Susulan tangkapan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah lebih RM116,000, 14 unit peranti telekomunikasi, barang kemas dan kepingan emas, tiga kereta serta dua motosikal.

LANGKAH INI

BETUL

AMIN

MASIH DALAM

SIASATAN BELUM

TERBUKTI

RASUAH

AMIN

JANGN PULAK

LEPAS INI

MACAM ZAHID

ADA DNAA

KHALAS

HUMBANKAN HANYA ANWAR BIN IBRAHIM


KITA HUMBANKAN

ANWAR BIN

 IBRAHIM

DAN  PENYOKONG

AMIN

DALAM PKR DAP PN

PH  UMNO ADA

SOSOK BAIK

YANG BOLEH

MEMIMPIN 

KHALAS

Unknown commented on 
"MARI RAMAI RAMAI 
KITA HUMBAN KAN 
ANWAR BIN IBRAHIM"

Humbankan semua bukan dia sekor aja..semua dari PH BN PN PAS DAP bagai..semua..ALL..khalas..semua penyakau pembohong pemburit peliwat bagai..and stop the islamic charade la..cukup la jangan buat wayang alim warak arab..fuck you.

HAMAS TOLAK RESOLUSI PBB



Hamas tolak Resolusi PBB mengenai Gaza, tak memenuhi hak rakyat Palestin


GAZA CITY: Pemerintah Hamas di Gaza menolak resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini yang menyeru supaya satu pasukan antarabangsa ditempatkan di wilayah itu dengan alasan ia gagal menghormati "tuntutan dan hak" rakyat Palestin.

"Resolusi ini tidak mencapai tahap tuntutan politik dan kemanusiaan rakyat Palestin," kata kumpulan pejuang Islam itu dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut mengecam penubuhan pasukan antarabangsa yang "misi mereka termasuk melucutkan senjata" kumpulan-kumpulan Palestin di Gaza.

"Resolusi ini mengenakan satu bentuk pentadbiran amanah antarabangsa ke atas Semenanjung Gaza yang ditolak oleh rakyat kami, pasukan kami, dan semua komponennya," tambah kenyataan berkenaan.

Majlis Keselamatan PBB hari ini meluluskan resolusi yang dirangka Amerika Syarikat (AS) bagi mengukuhkan pelan damai Gaza anjuran Presiden Donald Trump, termasuk penempatan pasukan antarabangsa dan laluan ke arah pembentukan sebuah negara Palestin pada masa hadapan.

Sebanyak 13 undi menyokong teks berkenaan, yang disifatkan Washington selepas undian sebagai "bersejarah dan konstruktif", dengan hanya Russia dan China berkecuali — tetapi tiada kuasa veto digunakan. - AFP

DASAR HAMAS

BETUL & TEPAT

TAK GADAI 

PALESTIN

AMIN

TRUMP NAK 

BAWA ASKAR 

MASUK KE GAZA

AMIN

BARUA AL-FATAH

MAHMUD ABBAS

PASTI SETUJU

AMIN

SEDIA JUAL

PALESTIN PADA

ZIONIS AMERIKA

KHALAS

JANGAN FITNAH MAT MASLAN


JANGAN FITNAH

MAT MASLAN

AMIN


Unknown commented on
 "ADALAH FITNAH JIKA 
MAT MASALAH DI ANGGAP BIJAK"

jika mangkuk lebih bijak dari anwar.. dia punya cgpa 3.8..

Unknown commented on 
"ADALAH FITNAH JIKA
 MAT MASALAH DI ANGGAP BIJAK"

jangan panggil tol sebut Tolol kah kah kah kena bayar , boh la nama apapun tolol!!!


Unknown commented on 
"ADALAH FITNAH JIKA 
MAT MASALAH DI ANGGAP BIJAK"

pi memancing x guna umpan tapi bawa bekalan , yang penting tolak pakatan harapan sekaligus yang nama mat eeemaslan hehehe

APPLE CIDER MANIS BERALKOHOL


APPLE CIDER 

TAHAP ALKOHOL

SAMA DENGAN BEER

KHALAS

MARI RAMAI RAMAI KITA HUMBAN KAN ANWAR BIN IBRAHIM


MARI RAMAI2

KITA HUMBANKAN

ANWAR 

BIN IBRAHIM

AMIN

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Penat woit penat dengar cakap orang-orang politik kita, setiap hari kuat suara menjerit melaungkan slogan agenda setiap masa, sampai tiada ketenangan jiwa, tiada apa-apa tindakan semuanya kosong belaka, bergaduh siapa sampai dahulu, siapa cipta alat terbang, siapa cipta alat kapal, semua teknologi ciptaan siapa pula menjadi agenda, apa nak dibuktikan? 

Lihat saja keadaan sekarang, mana kedudukan mana tahap mana kelayakan piala kah kah kah setakat sembang cerita 1400 tahun dahulu mendapat pencerahan susah nak kayuh basikal lagi, orang dah pakai skuter elektrik, kita masih ke belakang nak kayuh basikal lasak kah kah kah mampoos generasi moden lebih binasa hancur masa depan woit

KENALI SIPA SEBANARNYA ANWAR BIN IBRAHIM


KENALI SIAPA

SEBENARNYA

ANWAR 

BIN IBRAHIM

KHALAS



PRN SABAH DAN RASUAH


PRN SABAH

DAN RASUAH

AMIN

TUKAR TIUB KENA SCAM !!!

 


 TUKAR TIUB

KENA SCAM



Gua baru selesai minum pagi –duduk di kerusi  sedang menghadapi PC –  Jam 11.16 - tertiba talipon berdering – BUKAN nama yang ada dalam telefon – tapi gua jawab juga – mungkin kenalan  baru.

Ha ha Gua tak kenal suara Mamat ini -  dia kenalkan diri nama SYAFIK  HAJI HARUN 

GUA  : Dari mana  - ada apa?
SYAFIK: Dari NSRC ....
GUA : Apa tu .. N C C.. ni  apa?
SYAFIK  – NSRC – Negeri  Singapura  Rusia China – NSRC...
GUA : Oooo NSRC – apa tu?

Mamat ini terangkan ini Jabatan Kerajaan berpusat di Putrajaya – Anti Financial Crime Center – lembaga lawan  SCAM.

SHAFIK : No Inche... betul  ini talipon Hisham...  Inche Hisham ni. ...
( meremang bulu ari bila di panggil Inche ...)
GUA : Betul... ini no pone saya... ada apa?
SYAFIK : Kami dapat laporan ... pagi ini ada 10 laporan dari Bank Negara.... talipon  ini telah masuk ke LINK...   tau Link.. melalui Telegram ..
GUA : Link ini apa...  Telegram gua tak tahu..

Lalu gua berlakon tanya apa itu link. Dan gua terangkan gua tak tahu menahu hal teknologi. 

GUA : saya Gatek – Gagap teknologi..
SYAFIK : Ada Face book...
GUA : Ada
SYAFIK : Pernah kena hack...
GUA : Tak ingat ... rasa tak ada... Link ni apa..
SYAFIK :  Di guna  pakai ni talipon Inche..
GUAZ : ( Buat buat tak faham) In English link is connection... connection to what ...my phone connects to who ... ( saje gua cakap bahasa  BBC London -  nak gempaq Mamat ini  - kah kah kah  - tapi Mamat ni tak jawab dalam Bahasa BBC London – kah kah kah)

Syafik menerangkan bahawa no tali gua  telah di gunakan dalam  My Sejahtera untuk menipu kerajaan. Bank  Negara  kompelin – ada  10 laporan polis terhadap no pun gua.

SYAFIK: Talipon Inche telah kena hack...
GUA : Laaa ia ke... untuk apa?
SYAFIK :  Untuk scam  .. dan Bank Negara yang kompelin... ada 10 laporan di Kemaman Teranganu.
GUA : Saya tak tahu ...sapa hack...
SYAFIK: Betul .... Inche kena buat laporan polis  sebelum jam 12.30 hari ini.

Gua lihat jam baru masuk 11.30 pagi – Gua ada masa 1 jam lagi.

Ketika ini gua  rasa Mamat ini agak benar  dan meyakinkan . 

Dia beri  nama: Syarik Harun.
No Staff : NC 32 16 35 

Tapi dia KANTOI bila gua  belek no pone dia PELIK AMAT PELIK - +6017- 558935  - biasanya kita ada  7 angka – Mamat ini ada 6 angka.

GUA : No talipon berapa?
SYAFIK : talipon apa ?
GAU : Yang kita sedang  bercakap ini... ?
SYAFIK :  Pasal apa ( marah menaikkan suara buat macam tak  faham )
GUA : This pone ... we are talking now what is the number...
SYARIK  : Pasal apa... no apa pulak.. ( dia menaikkan suara  - sah Mamat Scam  - pasal no dia ada  nampak depan mata – saja nak MENDUGA )

Gua yakin ini mesti scam.

SYAFIK : Buat laporan polis sebelum jam 12.30 ini... kalau tidak Bank Negara akan ambil tindakan...  
GUA : Nak buat laporan macam mana?
SYAFIK : Ni di mana?
GUA : Saya di Selangor ...
SYAFIK : Ini di Kuala Lumpur ke  ... laporan  ke IPD....
GUA : Laporan ke balai  polis mana ?.
SYAFIK : Bukan balai.... tapi IPD.
GUA : IPD mana?
SYAFIK : IPD Kemaman ... ada nama saya. ... ada kertas  ada pen...

Syafik mengulangi siapa dirinya. Gua menulis butiran sekali lagi. 

Kami dah lama bercakap – gua nak tunggu bila dia nak suruh masuk kan duit atau minta tukar no akaun  bank.

Gua  naik bosan melayan – walau pun gua tahu ini akan jadi satu skrip.

GUA :  Nama Inche Syafik .. ( Gua pun main  teater bersopan ).
SYAFIK – Betul – Syafik bin Harun nombor rujuk NSRC 36 22 18  slash 25
GUA : Slash ni apa..( buat dialok bodoh agar dia percaya gua ini Mangkuk boleh di makan )
SYAFIK : Slaaash 25...
GUA : Ok faham
SYAFIK: Buat laporan....
GUA : Cepat sikit boleh tak..... saya nak gi jumpa doktor  ( gua menipu..)
SYAFIK: Nanti dulu ...jangan letak talipon ... nanti saya hubungkan ...
GUA : Ok .. ok...( Terus gua letak talipon)

NAK HUBUNGKAN PASTI HUBUNG PADA POLIS –polis Kemaman kah kah kah ... tapi gua tak ada masa lagi nak layan – gua nak baca THE GUARDIAN dari London – untuk mengetahui berita dunia.

GUA dan Syafik dah berbual lebih 20 minit.

Sebaik saja gua letak talipon satu panggilan. Masuk jam 11.38.  Bukan number  kenalan NO : +60  676 86 194 – Talipon berdering  tapi Gua tak jawab.

KEMUDIAN -satu lagi panggil masuk jam 11.39 – Juga nombor  yang tidak di kenali - NO +60 107 29 53 58 – Juga gua tak jawab. 

Mereka  ini pasti kawan Syafik.

Gua berfikir sebentar. Apakah baik jika gua  talipon Peguam minta mereka  talipon IPD Kemaman. 

Lalu teringat Kawan Lama  Mandeep Singah yang kini bekerja di Pejabat Govind.

Gua panggil Mandeep. Dia menjawab dan gua bersurah  hal Syafik kepada Mandeep. 

MANDEEP SINGH : Jangan layan Shaaam... ini scam ... hubung sana.. hubung sini.. itu semua scam...

GUA : Ok thanks... terima kasih .... Have a good day.

Gua terus menulis  tulisan ini hingga. Jam 1.23. Nak masuk blog jam 1.30.

Sebelum  tulisan masuk blog Tukar Tiub  gua  buat panggilan kepada ke tiga-tiga  nombor – tapi  SENYAP Tidak  ADA DERINGAN LANGSUNG  - Nampaknya  PARA SCAMMER cekap teknologi.

Para pembaca  jika ada masa sila buat panggilan kepada ke tiga-tiga nombor ini. Kalau dapat katakan Isham Rais kirim Salam. Amin. Khalas.