Khamis, 25 September 2025
NAJIB ADA JO LO - ANWAR ADA FARHASH
Awas, Farhash bakal jadi 'Jho Low' zaman Anwar, kata Rafizi
Bekas menteri Rafizi Ramli memberi amaran kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim bahawa bekas setiausaha politiknya yang kini ahli perniagaan jutawan Farhash Wafa Salvador dibimbangi memainkan peranan seperti mana Jho Low, lelaki yang dipercayai dalang skandal 1MDB yang akhirnya menjatuhkan pentadbiran Najib Razak.
Dalam wawancara bersama portal berita Malaysiakini, Rafizi berkata sebelum ini wujud "tangan ghaib" yang mengawal jawatan tertinggi negara, namun akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan.
"Saya tidak fikir kita nak biarkan walaupun suku daripada Jho Low berlaku lagi. Persoalan sama ada ini boleh bertukar menjadi satu lagi kes Jho Low, bagi saya, apa sahaja yang membenarkan pengaruh tidak wajar daripada seorang tokoh yang tidak dipertanggungjawabkan dan tidak dipilih menerusi peti undi, yang memaklumkan kepada dunia bahawa 'saya ada pengaruh', itu sesuatu kita kena hindarkan. Tetapi saya fikir risiko itu wujud," kata ahli Parlimen Pandan itu, yang meletak jawatan sebagai menteri ekonomi sejurus selepas tewas kepada anak Anwar, Nurul Izzah, dalam pertandingan jawatan timbalan presiden PKR.
Rafizi memberi amaran terhadap mengenai "tangan ghaib" seperti "Rasputin" - merujuk kepada watak berpengaruh di penghujung empayar Rusia satu masa dulu - sambil menjelaskan bagaimana seseorang yang mempunyai pengaruh politik boleh bertukar menjadi ahli korporat disebabkan ahli perniagaan yang cuba mendapatkan kontrak lumayan dari kerajaan.
"Ada kecenderungan yang mana syarikat-syarikat digunakan sebagai 'vehicle'.
"Bukan saja Farhash. Katakanlah ada orang yang berpengaruh yang dirasakan ada kabel dengan kerajaan. Saya tahu bahawa ada tender A, tender B, tender C. Tender A mungkin untuk 10 tahun berbilion harganya. Jadi saya pun cari vehicle mana yang saya nak gunakan.
"Jadi oleh kerana tuan punya syarikat itu rasa, 'OKlah ini sesuatu yang baik untuk syarikat saya, ini kabel besar ni'. Jadi akan berlaku transaksi yang sebenarnya nampak halal. Saya jual 20%, tiba-tiba ada seorang yang baru yang memang tidak pernah ada rekod apa-apa jadi pemain korporat, mengambil alih syarikat A 20%, kemudian syarikat A masuk tender, syarikat A dapat!," kata Rafizi.
Sejak bekas bosnya dilantik sebagai perdana menteri pada November 2022, nama Farhash diangkat mengetuai beberapa syarikat besar, termasuk dalam rangkaian kedai runcit 7-Eleven milik Vincent Tan, sebuah firma broker saham dan sebuah syarikat fintech.
Tahun lepas, Farhash menjadi fokus kebimbangan jalinan ahli politik pemerintah dengan dunia perniagaan selepas beliau mengambil alih pegangan besar dalam sebuah syarikat yang disenarai pendek untuk membangunkan sistem imigresen baharu bernilai satu bilion ringgit.
Bekas pengerusi PKR Perak berusia 42 tahun itu muncul sebagai pemegang saham terbesar dalam HeiTech Padu Bhd dengan pegangan 15.91%, melalui syarikatnya Rosetta Partners Sdn Bhd.
HeiTech Padu adalah salah satu daripada tiga syarikat disenarai pendek oleh kerajaan untuk membangunkan projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) bernilai RM1 bilion, menggantikan Sistem Pengurusan Maklumat Imigresen Malaysia (MyIMMs).
Pembelian saham HeiTech Padu dilakukan hanya sehari selepas MyEG Services Bhd memperoleh 14.4% kepentingan ekuiti dalam syarikat itu dengan harga RM31.25 juta pada 11 Mac 2024.
Pada hari yang sama, HeiTech Padu mengumumkan lanjutan kontrak selama setahun bernilai RM13 juta untuk menyelenggara MyIMMs.
Farhash ketika itu berkata Rosetta Partners ialah anak syarikat Mfivesouthsea Sdn Bhd, yang dimilikinya bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Kedua-dua Anwar dan Farhash setakat ini enggan melayan kebimbangan orang ramai yang semakin meningkat, dengan alasan Farhash tidak lagi aktif dalam politik.
Farhash kembali mencuri perhatian pada Julai lalu selepas MalaysiaNow mendedahkan dokumen dan rakaman audio menunjukkan bagaimana Bumi Suria Sdn Bhd diberikan lampu hijau untuk permohonan lesen cari gali mineral meliputi 70,000 hektar berhampiran sempadan Kalimantan - kawasan hampir tiga kali ganda saiz Kuala Lumpur.
Kelulusan untuk Bumi Suria, syarikat yang dikawal Farhash dan seorang lagi individu, berlaku pada 21 Mei tahun lalu, selang dua minggu selepas Farhash dan Aminuddin Mustapha mengambil alih syarikat itu.
Farhash bagaimanapun menafikan laporan itu, dan memfailkan saman fitnah RM10 juta terhadap MalaysiaNow.
Sebelum ini, Farhash turut menyaman bekas orang kuat Umno Isham Jalil, Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad dan Rafizi sendiri.
Bercakap kepada Malaysiakini, Rafizi menasihatkan Anwar supaya tidak menolak kebimbangan mengenai Farhash dengan memberikan alasan beliau tidak lagi bergiat dalam politik.
Menurutnya, Najib juga pernah menafikan peranan Jho Low.
"Pengalaman saya sendiri ialah kita jangan pandang mudah bila cakap-cakap itu ada. Bila ada konsistensi dari pelbagai pihak, kamu harus beri perhatian," katanya.
"Ini yang saya merayu kepada Anwar Ibrahim. Jangan ambil laluan yang sama. Dengan mudah, 'saya tak ada kena-mengena'.
"Kalau jadi apa-apa dan terbukti di kemudian hari, maka yang terpaksa menanggung beban itu adalah Anwar Ibrahim dan PKR sendiri."
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
NAJIB BRJAYA
DENGAN JO LOW
KAH KAH KAH
ANWAR IBRAHIIM
BERJAYA DENGAN
FARHASH
KAH KAH KAH
SAPA NAK
BUAT VIDEO
KAH KAH KAH
KHALAS
HANYA MAT SABU BERANI BERSUARA
HANYA MAT SABU
BERANI BERSUARA
KENYATAAN MEDIA
Parti Amanah Negara menyambut baik dan menyokong tindakan kerajaan Itali serta kerajaan Sepanyol yang menghantar kapal tentera laut bagi membantu misi flotilla kemanusiaan ke Gaza selepas serangan dron baru-baru ini.
Langkah berani ini memperlihatkan bahawa di tengah-tengah keheningan dan kealpaan dunia, masih ada negara yang sanggup mengambil risiko demi memastikan bantuan sampai kepada rakyat Palestin yang terkepung. Itali dan Sepanyol telah membuktikan bahawa mereka bukan hanya terbatas kepada retorik kosong semata-mata, tetapi sanggup menunjukkan keberanian moral dengan tindakan nyata.
Lebih malang, dunia Arab yang sepatutnya menjadi benteng utama umat Islam masih terus bergantung harap kepada Amerika — ibarat menunggu sisik tumbuh pada ikan keli, sesuatu yang mustahil. Harapan sebegitu hanya melemahkan diri sendiri, sedangkan masa depan Palestin menuntut keberanian, kesatuan dan tindakan yang lebih tegas daripada saudara seagama mereka.
Parti Amanah Negara menegaskan bahawa Palestin adalah ujian moral kepada seluruh umat manusia. Mereka berhak hidup dengan aman, mendapat makanan, ubat-ubatan dan kebebasan daripada kepungan yang zalim. Justeru, tindakan Itali dan Sepanyol perlu menjadi inspirasi bahawa solidariti dengan Palestin tidak mengenal sempadan bangsa, agama, atau benua.
Kami menyeru agar negara-negara lain, khususnya dunia Islam, jangan terus berlengah. Jangan hanya bergantung kepada kuasa besar yang jelas sekali lebih mementingkan kepentingan geopolitik mereka. Tampil dan bertindaklah dengan keberanian yang sama, kerana inilah masa untuk membuktikan bahawa kita benar-benar peduli terhadap nasib Palestin, bukan sekadar melaungkan slogan di pentas persidangan.
Solidariti dengan Palestin adalah kewajipan bersama — dan sejarah akan mengingat siapa yang benar-benar berdiri mempertahankan keadilan, dan siapa yang sekadar menunggu sisik tumbuh pada ikan keli.
MOHAMAD SABU
Presiden Parti Amanah Negara
25 September 2025
BELUM HANTAR ASKAR INDON KE GAZA
BELUM HANTAR
ASKAR KE GAZA
AMIN
BARU CAKAP
BARU SEMBANG
KHALAS
Unknown commented on
"INDONESIA SEDIA
HANTAR SOLDADU KE GAZA"
Dah hantar ke blum? Dah hantar baru citer...jangan citer cam pendekar madasambrani..
TENTERA LAUT KAPIR DATANG BANTU - TENTERA LAUT ISLAM GARU TELO
Sepanyol, Itali hantar kapal perang lindungi flotila
MADRID: Sepanyol bersama Itali, menghantar kapal perang bagi melindungi Global Sumud Flotila (GSF) yang membawa bantuan ke Gaza selepas serangan dron berhampiran perairan Greece.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, berkata konvoi kemanusiaan itu disertai rakyat dari 45 negara yang membawa makanan untuk penduduk Gaza serta menunjukkan solidariti terhadap penderitaan mereka.
"Kerajaan Sepanyol menegaskan bahawa undang-undang antarabangsa mesti dihormati dan hak rakyat kami untuk belayar di Laut Mediterranean dalam keadaan selamat juga mesti dipelihara.
"Esok kami akan menghantar sebuah kapal tentera laut dari Cartagena dengan semua sumber yang diperlukan sekiranya perlu membantu flotila itu dan melaksanakan operasi menyelamat," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di New York, ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).
Itali juga menghantar sebuah frigat tentera laut untuk membantu GSF yang diserang dron, kata Menteri Pertahanan, Guido Crosetto, menurut agensi berita Itali, ANSA.
Crosetto berkata, beliau sudah memberi kebenaran bagi tindakan segera dengan mengarahkan frigat pelbagai guna Fasan, yang sedang belayar di utara Crete dalam operasi Mare Sicuro, untuk memberikan bantuan kepada rakyat Itali yang berada dalam flotila itu.
GSF menggunakan kira-kira 50 bot awam dalam usaha memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza.
Antara aktivis yang menyertainya ialah Greta Thunberg, pejuang iklim dari Sweden.
Menurut Jurucakap March Gaza Greece, Marikaiti Stasinou, yang menyertai GSF itu, kapal-kapal mereka dilaporkan diserang 12 dron di perairan antarabangsa, 56 kilometer dari pulau Gavdos, Greece.
Thunberg memberitahu Reuters, mereka berdepan gangguan dron hampir setiap malam.
"Misi ini adalah mengenai Gaza, bukan kami. Tiada risiko yang kami hadapi mampu menyamai risiko yang ditanggung rakyat Palestin setiap hari," kata Thunberg menerusi panggilan video dari kapal.
Israel sebelum ini sering mengkritik GSF kerana dianggap menyokong Hamas, tetapi tidak mengulas sama ada ia terbabit dalam serangan dron yang didakwa.
GSF yang sedang belayar merentasi Laut Mediterranean membawa makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan dijadual tiba di perairan Gaza pada akhir bulan ini.
Misi bersejarah itu membabitkan lebih 1,000 sukarelawan dari seluruh dunia, termasuk 34 rakyat Malaysia, menaiki hampir 70 kapal dengan matlamat memecahkan sekatan ke atas Gaza. - AGENSI
WOIT
TENTERA LAUT
HANYA
NEGARA KAPIR
MAKAN BABI
DATANG BANTU
AMIN
MANA TENTERA
LAUT MESIR ?
AMIN
MESIT AMAT DEKAT
UNTUK DATANG
BANTU ?
AMIN
TENTERA ARAB
HANYA GARU TELO
KAH KAH KAH
KHALAS
ROCK A. C. A. B BERSAMA LUFFY
ROCK A.C.A.B
BERSAMA LUFFY
AMIN
Unknown commented on
"LUFFY LANUN KEADILAN"
membaca komik budak getah sambil mendengar alunan band street rock a.c.a.b ... zaman yang indah...
kah kah kah
KETAHUI PERKARA INI - SEBELUM MARAH PADA MAT BANGLA
12 Perkara Rakyat Perlu Tahu Tentang Kelayakan BUDI95
Berikut adalah 12 perkara yang rakyat perlu tahu mengenai kelayakan, berdasarkan penjelasan yang diberikan oleh Kementerian Kewangan.
1. Siapa yang layak?
Semua warganegara Malaysia dengan lesen memandu aktif. Ini termasuk lesen percubaan (CDL/PDL) (Kelas kenderaan A1, D dan DA, A, B, B1, B2, C dan ke atas) dan lesen belajar memandu (LDL) bagi kelas A, B, B1, B2, C dan ke atas. Pemegang MyKad diperlukan untuk pengesahan.
2. Bagaimana cara semak kelayakan
Layari www.budimadani.gov.my mulai 25 September 2025. Klik “BUDI MADANI RON95” → “Semak Kelayakan Individu” → masukkan nombor MyKad.
3. Adakah RON95 percuma?
Tidak. Kelayakan bermaksud anda membeli RON95 pada harga bersubsidi RM1.99 seliter, lebih murah daripada harga tanpa subsidi (sekitar RM2.60). Pengalaman isi minyak tetap sama, cuma liter tambahan diterima.
4. Berapa jumlah subsidi setiap individu
Setiap rakyat Malaysia yang layak boleh membeli RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan. Baki akan diperbaharui setiap awal bulan.
5. Kenapa had 300 liter?
Purata penggunaan rakyat hanya 80 liter/bulan, tapi had 300 liter ditetapkan untuk menampung variasi penggunaan dan elak penyalahgunaan, termasuk penyeludupan atau penggunaan komersial besar-besaran.
6. Bagaimana jika ada lebih daripada satu kenderaan?
Kelayakan adalah per individu, bukan per kenderaan. Memiliki banyak kereta tidak menambah jumlah subsidi.
7. Boleh isi minyak melebihi had?
Selepas 300 liter, anda boleh membeli petrol pada harga pasaran tanpa subsidi. Baki kelayakan baharu akan diperbaharui bulan berikutnya.
8. Berapa harga RON95 tanpa subsidi?
Ditentukan oleh Mekanisme Harga Automatik (APM) mengikut pergerakan pasaran. Kerajaan memastikan turun naik harga tidak terlalu melampau.
9. Boleh guna MyKad isteri/ keluarga untuk satu kereta?
Ya, setiap pemilik MyKad boleh isi kenderaan sama, tetapi pemilik MyKad mesti hadir. Menggunakan MyKad orang lain adalah salah di sisi undang-undang.
10. Boleh pinjam MyKad orang lain?
Tidak. Hanya boleh guna MyKad sendiri atau e-KYC yang sah. Pelanggaran boleh didenda.
11. Baki subsidi boleh dibawa ke bulan depan?
Tidak. Siling kelayakan diperbaharui setiap awal bulan dan tidak boleh carry forward.
Kerajaan sedar e-hailing mungkin perlukan lebih subsidi. Perdana Menteri berkata, mereka dikecualikan daripada had terbabit serta boleh memohon untuk had lebih tinggi. @sumber
JANGAN MARAH
PADA MAT BANGLA
JIKA ADA MASALAH
AMIN
MAT BANGLA
HANYA PEKERJA
CARI MAKAN
AMIN
BUKAN KRONI
MADAFAKA
KHALAS
PENYOKONG BIK MAMA MARAH
BERITA INI
DAPAT SURAT
TANDA MERAH
DARI
TIM BLOGGER
AMIN
Unknown commented on
"SAEKOR PENCURI
BERNAMA BIK MAMA"
Kenapa puak ularmak dan ustoad dok menikus tengok dia tak tutup aurat bagai? Mana agama isle masa tu? Podah la kaki agama...alim kunon...kakaka
SUBSIDI MINYAK JET & HELI KRONI ?
MINYAK KAPAL
TERBANG & HELI
KRONI
MADAFAKA ADA
SUBSIDI KE ?
AMIN
Unknown commented on
"HASUT UNTUK SELAMATKAN MALAYSIA DARI MADAFAKA"
Semuanya tipu belaka, ambil dari rakyat sedekah kepada pemalas pembodek penyokong inilah kerja politik dari dulu kini selamanya, mereka sambil itu enjoy de menjoy juga kah kah kah
nak tanya minyak kapal terbang dan helikopter selalunya mereka pakai itu dapat minyak subsidi tak? Jangan sombong jangan marah-marah yea kah kah kah
TUKAR TIUB DAPAT SURAT TANDA. MERAH DARI TIM BLOGGER
TUKAR TIUB
DAPAT SURAT
TANDA MERAH
DARI TIM BLOGGER
AMIN
Hello,
As you may know, our Community Guidelines (https://blogger.com/go/contentpolicy) describe the boundaries for what we allow-- and don't allow-- on Blogger. Your post titled "SAEKOR PENCURI BERNAMA BIK MAMA" was flagged to us for review. This post was put behind a warning for readers because it contains sensitive content; the post is visible at https://tukartiub.blogspot.com/2025/09/saekor-pencuri-bernama-bik-mama.html . Your blog readers must acknowledge the warning before being able to read the post/blog.
We apply warning messages to posts that contain sensitive content. If you are interested in having the status reviewed, please update the content to adhere to Blogger's Community Guidelines. Once the content is updated, you may republish it at https://www.blogger.com/go/appeal-post?blogId=261228659536690484&postId=6475814483712068504 . This will trigger a review of the post.
You may have the option to pursue your claims in court. If you have legal questions or wish to examine legal options that may be available to you, you may want to consult with your own legal counsel.
For more information, please review the following resources:
Terms of Service: https://www.blogger.com/go/terms
Blogger Community Guidelines: https://blogger.com/go/contentpolicy
Sincerely,
The Blogger Team
LUFFY LANUN KEADILAN
LUFFY
LANUN KEADILAN
Awal September saya telah membaca berita pelajar dan mahasiswa dan kaum buruh Indonesia keluar ke jalan raya menunjuk perasaan berdemo di Jakarta. Saya juga membaca berita bangunan dewan Rakyat di Sulawesi dibakar. Saya juga membaca berita seorang anak muda bermotosikal mati di langgar oleh kereta polis di Jakarta.
Kematian Affan Kurniawan menyemarak api kemarahan anak muda. Ribuan pelajar dan kaum buruh keluar berdemo di bandar besar di Indonesia. Dari Acheh hingga ke Bali tunjukan perasaan berlaku.
Bangunan kerajaan sebagai simbol keganasan di bakar. Ramai di tangkap. Beberapa orang gugur. Lebih 20 orang di lapor hilang.
Apa yang menarik dalam demo-demo ini ialah kemunculan Bendera Tengkorak berwarna hitam. Untuk saya ini adalah bendera lanun. bendera lanun. Awalnya saya telah ternampak bendera ini di pasang ketika mahasiswa melancarkan kempen Indonesia Gelap. Kempen ini bermula awal tahun 2025 – siswa dan pelajar menyatakan rasa tidak puas hati dengan dasar Jeneral Prabowo Presiden Indonesia yang baru.
Beberapa hari sesudah kematian Affan saya telah bersama anak-anak muda warga kota Kuala Lumpur datang bersetia kawan dengan perjuangan anak muda di Indonesia. Kami meletakan bunga mawar dan membaca Al-Fatihah di hadapan Pejabat Duta Indonesia di Jalan Ampang. Bendera lanun ini terpampang sama disebalah gambar arwah Affan.
Saya ternampak gambar ini. Pada ketika itu dari segi semiotik saya tidak memahami apa tanda dan makna dari bendera lanun ini. Kenapa bendera lanun ini terpampang saya tidak faham. Untuk saya lanun ialah orang jahat.
Kemudian saya menerima satu surat dari seorang pembaca blog Tukar Tiub. Surat dari Unknown menulis tentang perjuangan Luffy. Saya juga tidak mengenali siapa Sang Luffy ini.
Saya bertanya - siapa pula Sang Luffy ini?
Lalu saya bertanya kepada Lebai Google. Wah! Barulah saya tahu Si Luffy inilah pemilik bendera yang di panggil One Piece ini. Bendera hitam dengan gambar tengkorak dengan memakai topi jerami memiliki sejarah yang gemilang.
Watak Luffy ini muncul dari siri anime - karya lukisan kartun Jepun. Saya yang kini di panggil Old Tai betul-betul bebal dalam hal ini. Saya adalah generasi Charlie Brown dan Snoopy justeru saya tidak kenal Luffy.
Lalu saya terus membaca tentang Luffy. Wah ! Hebat.
Watak Topi Jerami Luffy, ialah seorang tokoh protagonis Jepun. Anak lelaki bernama Luffy ini memiliki kekuatan bersifat getah kerana makan Buah Syaitan.
Luffy dan bendera lanun ini adalah Simbol Kebebasan. Untuk ramai peminat menghargai Luffy kerana penggambaran dan penjelmaan kebebasannya. Dia dilihat sebagai watak yang melakukan apa yang dia mahu tanpa dikawal oleh keinginan atau jangkaan orang lain.
Luffy juga membawa simbol Berkarisma dan Berinspirasi: Karisma dan keazaman Luffy sering dipuji. Dia memberi inspirasi kepada orang-orang di sekelilingnya untuk mengikuti impian mereka dan berjuang untuk apa yang mereka percayai.
Luffy memiliki watak budi yang dinamik bijak bercampur gaul dengan orang lain. Luffy memiliki keupayaannya untuk menyatukan orang ramai dan membantu mereka mengatasi cabaran mereka. Tema ini berulang-ulang dalam pengembaraan Luffy.
"Sesiapa sahaja dalam One Piece yang menerima kehendak Luffy telah diberikan kebebasan mereka."
Sesudah membaca ini barulah saya sedar kenapa Generasi Z atau Gen Zee menyamakan diri mereka sama dengan pengembaraan Luffy.
Baru saya faham kenapa pada 28 Ogos 2025 bendera hitam gambar tengkorak berkibar di Jakarta, di Bandung dan di Sulawesi.
Anak muda , siswa, buruh dan tani keluar menuntut keadilan. Warga kota Jakarta berdemo menuntut agar harga barang di turunkan. Upah dan tangga gaji di naikkan. Mereka mahu perasuah dan politikus korup di dakwa.
Jeneral Prabowo menjadi kelam kabut. Mula mencari dan menuduh bahawa ada anasir luar yang masuk campur mahu menggugat Indonesia. Sang Jeneral mula menuding jari menuduh musuh politik sedang menabur dana membawa rakyat ke jalan raya.
Nama penjenayah seperti Rizal Khalid yang kini menyorok di Malaysia disebut sebagai salah seorang yang memberi dana kepada gerakan pelajar untuk menjatuhkan Jeneral Prabowo.
Wal hal agenda sebenar ialah agihan kekayaan yang tidak adil. Di Indonesia yang kaya hidup mewah lumayan. Manakala yang miskin hidup papa kedana. Jurang kaya dengan miskin mengaung luas.
Ini yang menimbulkan perlawanan. Ini namanya Perjuangan Kelas – kelas miskin tertindas melawan kelas kaya.
Di Indonesia sama seperti di Malaysia ekonomi negara di kawal dan di miliki oleh para Cukong atau Oligarch dari keturunan pendatang. Ini menjadikan warga Bumiputera bertambah marah.
Tertiba pada 8 Ogos 2025 – bendera lanun One Piece berkibar di Kathmandu Nepal. Anak muda keluar berdemo. Perjuangan mereka menentang rasuah dan salah guna kuasa oleh pemerintah.
Kerajaan Nepal yang berkuasa mahu menutup Internet kerana melalui Internet maklumat kejahatan dan salah gua kuasa pemerintah disebar luar. Kerajaan Nepal mahu mendirikan Lembaga Pengawal Internet sama seperti SKMM di Malaysia.
Gen Zee anak muda bangun melawan. Sama seperti di Jakarta dan di Sulawesi bangunan parlimen juga di bakar. Sama seperti yang berlaku di Jakarta rumah Perdana Menteri di bakar. Perdana Menteri lari. Bendera hitam Luffy berkibar tinggi.
Dua hari kemudian pada Ahad 10 Ogos 2025 - bendera Tengkorak berkibar di Paris. Kali ini kaum buruh, siswa dan anak muda Peranchis telah menutup Peranchis. Tunjuk perasaan berlaku di beberapa kota-kota besar di Peranchis.
Warga Peranchis menolak cadangan untuk menghapuskan subsidi. Kerajaan Presiden Macron mahu memotong hari cuti untuk pekerja. Kerajaan mahu mengurangkan bajet untuk hospital dan klinik. Rakyat marah mereka membawa bendera Tengkorak Luffy sebagai simbol perjuangan.
Peranchis kini dalam krisis politik dan ekonomi. Pendapatan negara makin mengecut. Perang Ukraine membawa tempias ekonomi. Dalam masa dua tahun Presiden Macron telah melantik 5 Perdana Menteri. Masalah masih tidak selesai.
Kes yang menjadi isu ialah kes pembetung dan tebatan melawan banjir. Dana telah dikeluarkan tapi semua kerja tidak berjalan. Duit dan dana kerajaan masuk ke dalam poket Cukong dan para kroni. Rakyat marah - beribu-ribu turun ke jalan raya.
Seperti pelayaran kapal Luffy Bendera One Piece pindah dari satu negara ke satu negara.
Kemudian saya juga terbaca Bendera Tengkorak berkibar di Sydney . Ini ketika warga Australia menyokong perjuangan Palestin.
Lalu saya teringat - pada 17 Disember 2010 Mohamed Bauazizi membakar dirinya di kota Tunis. Sosok ini membantah tindakan Majlis Bandaran yang merampas kereta sorong sayurannya. Kematian Bauzzizi membuka Musim Bunga Arab.
Bumi Arab bergolak. Musim Bunga Arab membawa rakyat berdemo melawan kerajaan yang korup. Ribuan turun berdemo di Mesir. Di Libya , di Syria hingga ke Bahrain di Telok Parsi.
Kali ini tahun 2025 – kematian Affan Kurniawan – anak muda pembawa teksi motosikal - telah membuka Musim Bunga Asia.
Suara anak muda Gen Zee di Nusantara terus melawan rasuah. Terus melawan kerajaan yang zalim. Terus melawan penindasan. Terus menuntut upah dinaikkan.
Anak muda Gen Zee juga makin menyampah dengan ‘ orang politik ‘ yang semuanya dianggap, penipu , perasuah dan pencuri. Pembakaran rumah menteri di Jakarta dan rumah Perdana Menteri di Kathmandu Nepal adalah bukti bahawa Musim Bunga Asia membawa tema yang sama.
Gen Zee tidak lagi ada keyakinan terhadap kerajaan yang sedia ada. Politikus semua di lihat oleh Gen Zee sebagai korup. Sistem undi pemilihan untuk melantik wakil rakyat adalah punca yang melahirkan korupsi.
Di belakang semua kerajaan yang wujud hari ini - jika di Indonesia dan Malaysia ialah para Cukong. Di Nepal dan di Filipina tidak jauh bezanya dari di Malaysia atau di Indonesia. Cukong atau Oligarch dan kaum pemodal lah yang mendirikan kerajaan.
Presiden , Perdana Menteri atau para Menteri hanya orang suruhan atau orang upahan para Cukong. Politikus ini semuanya masuk ke dalam poket Cukong dan Kaum Pemodal. Ini terjadi kerana ketika berkempen untuk mendapat jawatan Si Anu dan Si Anu telah di taja dengan dolar dan ringgit oleh para Cukong.
Hakikatnya Gen Zee melihat sistem inilah yang sedang di lawan oleh Luffy Bertopi Jerami. Pelayaran Luffy adalah melawan semua ini.
Maka kita tidak hairan kenapa Bendera Tengkorak Lanun One Piece mula berkibar dari Jakarta ke Kathmandu, ke Paris, Ke Sydney dan ke Manila.. Ini adalah simbol perjuangan Gen Zee – perjuangan anak muda yang sedang melawan Old Tai yang korup dan zalim. Amin. TT
TULISAN INI
DISIARKAN JUGA DALAM PORTAL
MALAYSIA KINI.COM
https://www.malaysiakini.com/columns/756124
Langgan:
Ulasan (Atom)

















