Jumaat, 22 Januari 2016

LAGI BERITA BURUK SAMPAI




 BERITA BURUK 
TIMPA MENIMPA
 PETRONAS berkemungkinan akan mengurangkan seramai 51,000 kakitangan sebagai salah satu kaedahnya berhadapan dengan realiti harga minyak mentah dunia yang rendah, lapor Malaysia Reserve.
Sumber memberitahu, pengurusan PETRONAS sedang menimbang untuk melaksanakan skim pemberhentian sukarela (VSS) kepada kakitangan syarikat minyak negara itu.
Selasa lalu, Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, PETRONAS merancang untuk mengurangkan perbelanjaan operasi dan modal sebanyak RM50 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.
PETRONAS yang menyumbang hampir separuh daripada hasil minyak Malaysia, akan menangguhkan pelaburan dalam beberapa projek, lapor WSJ berdasarkan memo dalaman oleh Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS,  Wan Zulkiflee Wan Ariffin.
Syarikat minyak negara terkesan dengan kejatuhan harga minyak dunia, yang mana jatuh ke paras terendah sejak tahun 2003 pada Isnin lalu.
Harga minyak mentah dunia jatuh lebih 70% dalam tempoh 18 bulan lalu dan pada masa sama pengeksport minyak seluruh dunia terus mengeluarkan minyak melebihi sejuta tong sehari dalam pasaran.
Feb tahun lalu, PETRONAS dilaporkan merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 10% dan perbelanjaan operasi sehingga 30% pada tahun 2015.
PETRONAS juga dilaporkan akan mengurangkan perbelanjaan modal sebanyak 15% pada tahun 2016.
 

JAGA APA

YANG ADA

BELANJA

BERPADA2
 
-------

2 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Dulu bertahung-tahung untung ratus beliong .. pitih sorok kat mana .. baru setahung minyak merudung pitih dah chak boliau .. tak de simpangnang ke .. ompetoh royak "saving for raining season" atau Tengganu royak, simpangnang untuk musing hujang .. kah kah kah padan muka kamu petronas.

Tanpa Nama berkata...

Woii. Staff petronas ada 51 ribu orang. Kalau dibuang 51,000 tu, sapa yg tinggal oii. Ini la dia tipu belit berita. Belajor dari utusex kor?