Memaparkan catatan dengan label merdeka malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label merdeka malaysia. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2009

PERANG KINI BERMULA


KIBARKAN SANG SAKA MERAH PUTEH




MADEEY PELEKEH ISTERI ROSMAH

Dr M has a laugh over Najib’s Malaysia Day holiday - malaysianinsider

Najib Razak's move today in declaring Sept 16 a public holiday — to mark the day Malaysia was formed 46 years after the fact — was met with laughter by Mahathir Mohamad.

“We should have more holidays,” Mahathir told reporters at the Perdana Leadership Foundation here in an immediate reaction to the announcement made in Parliament earlier.


16 SEPTEMBER CUTI AWAM 2010 : NAJIB

Najib Razak mengumumkan Hari Malaysia akan disambut mulai 16 September 2010 sebagai cuti awam untuk seluruh negara.

Rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH….

woit…. INI DASAR SELIPAR JEPUN…. kah kah kah..

kah kah kah… 31 OGOS FLIP….. 16 SEPTEMBER FLOP…. kah kah kah….

woit… INI KEJAYAAN WARGA SABAH DAN SERAWAK...SYABAS ! kah kah kah…

woit…. INI KEJAYAAN KEMPEN BLOGGER….SYABAS... kah kah kah..

nota:
lepas ini kita kempen:
kenapa orang asal di semenanjung tidak ada hari cuti resmi?

dicadangkan:
hari menuba - untuk orang asal di pahang
hari menapai - untuk orang asal di semenanjung
hari melegok - untuk orang temuan
hari mengehek - untuk orang senoi

akhirnya 10 Oktober sebagai Hari Bangang
untuk meningati melayu kena tipu oleh
mat isa kah kah kah...




Khamis, 10 September 2009

GANYANG MALAYSIA




JALAN DIPONEGORO DIPILIH TEMPAT AKSI DEMO ANTI MALAYSIA
- mStar

PETALING JAYA: Jalan Diponegoro di Jakarta menjadi pusat tumpuan penunjuk perasaan anti-Malaysia kerana ia terletak hanya tujuh atau lapan kilometer sahaja daripada pejabat Kedutaan Malaysia di Jakarta.

Menurut Pengarah MSD Jakarta, Dr Junaidy Abu Bakar, Jalan Diponegoro terletak dalam kawasan Menteng yang boleh dianggap sebagai kawasan perumahan elit di Jakarta Pusat.

“Tempat di mana kumpulan yang mengelar diri mereka sebagai kumpulan Banteng Demokrasi Rakyat berkumpul dan mengadakan demo adalah berhadapan dengan pejabat Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) yang diketuai oleh Megawati Sukarnoputri,” katanya ketika dihubungi di Jogjakarta petang Rabu.

nota :
rakyat indonesia wajib diberitahu bahawa lagu
negara ku bukan milik mereka. lagu negara ku juga
bukan milik malaysia. lagu ini lagu memula moon di
ciplak dari peranchis. tak perlu buat ribut.
dua dua pun salah. yang berhak peranchis

rakyat malaysia wajib diberitahu bahawa lagu negara ku ini
asalnya memula moon kemudian jadi terang bulan dan kemudian jadi
lagu negara ku. ini lagu ciplak.

kita wajib malu kerana menciplak bukan dari indonesia
tetapi dari peranchis. tak perlu tipu orang melayu lagu.

pak cik saya yang bernama lebai google
boleh menerangkan semua. dulu boleh tipu-tipu
sekarang ronald reagan sudah bagi peluang untuk
kita semua sedar.

rakyat malaysia wajib mencipta satu lagu nasional
yang baru bukan lagi nasional yang di ciplak.




Selasa, 9 Jun 2009

CAWAN BERKECAI JATUH KE LANTAI




JANGAN SEKALI-KALI BERSEKONGKOL DENGAN UMNO – PEMUDA PAS
-harakahdaily


Perwakilan Dewan Pemuda PAS Pusat, Dzulkifli Ahmad mengancam mereka yang menyertai PAS untuk mengetengahkan agenda peribadi apatah lagi untuk bersama-sama Umno-BN.

"Kita takut ada yang akan menggunakan perjuangan Islam untuk kepentingan agenda perjuangan mereka, kita mengancam golongan mereka yang melakukan tindakan sedemikian.

"Pemuda juga tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan individu yang terbabit," katanya ketika membahaskan usul mewujudkan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat insiden rampasan kuasa di Perak.

Tegasnya, tiada istilah bekerjasama dengan Umno-BN dalam apa jua bentuk memandangkan PAS tidak memerlukan parti itu malah ia perlu dikuburkan.

"Kita adalah penentang-penentang Umno yang tegar dan tidak akan berkompromi dengan mereka.

KAH KAH KAH


kah kah kah… SEDIH…. SEDIH…. SEDIH… kah kah kah..

kah kah kah… KECEWA… KECEWA.. KECEWA… kah kah kah..

kah kah kah… MERAYU RAYU UNTUK KETUANAN MELAYU… kah kah kah..

kah kah kah… ADA LAGI NAK BUKA CERITA PERPADUAN MELAYU…kah kah kah…

woit… CUKUPLAH… HENTIKAN LAH PROJEK TIPU MELAYU NI… kah kah kah..



Sabtu, 27 September 2008

GABUNGAN NGO SOKONG PM – U.Malayau

PUTRAJAYA 26 Sept. - Gabungan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia malam ini sekali lagi menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pengerusi gabungan itu, Md. Radzi Daud menjelaskan, walaupun badan itu bergerak di bawah NGO, mereka sebenarnya turut mewakili suara akar umbi UMNO yang mahu sebarang peralihan kuasa dilaksanakan dengan tertib mengikut pelan yang dirancang.


kah kah kah…. sokong macam mana ni…. kalau sokong PM …dolah akan berhenti tahun 2010 ….. nak dolah berhenti 10 hari lagi atau nak dolah teruskan hingga 2010…. ni yang buat gua konfuse…. wak ohhh wak…. sokong cam na wak…. Kah kah kah….cakaplaaa jelas-jelas…. sokong najib jadi pm atau sokong dolah terus jadi pm hingga 2010…. ni macam pasang dua kuda…. kah kah kah…nak najib minggu depan dan nak dolah hingga tahun 2010…. kah kah kah



Sabtu, 20 September 2008

PAKATAN RAKYAT MOHON MENGADAP AGUNG

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa telah berkata : Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat resmi momohon untuk mengadap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung.

YB Dr Mujadid berkata demikian dalam satu forum anti-Isa di Pulau Pinang malam tadi.

Jika pemohonan mengadap di perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung maka pucuk pimpinan Pakatan Rakyat akan menyembahkan nama-ahli-ahli parlimen yang telah hilang kepercayaan terhadap pimpinan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Pakatan Rakyat berharap Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agung akan menasihatkan Perdana baru-baru ini di Terengganu semasa 'krisis' perlantikan Menteri Besar.

Jumaat, 19 September 2008

TERESA KOK BEBAS

Ahli parlimen Seputeh telah dibebaskan setelah di tahan selama satu minggu.

Peguam Sankara Nair telah menerima panggilan talipon dari YB Teresa.

Pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail telah berkata Teresa di bebaskan jam 1.30 petang ini setelah siasatan dijalankan. Tidak ada lagi sebab untuk menahan Teresa.

Ketika berita ini ditulis Teresa sedang mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Petaling Jaya.

Khamis, 18 September 2008

SIDANG KHAS DEWAN RAKYAT TIDAK PERLU – PM

KUALA LUMPUR 18 Sept Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, sidang khas Dewan Rakyat tidak perlu diadakan.

Kerajaan juga jelas beliau, tiada perancangan untuk menahan Penasihat Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini. – Bernama

Selasa, 16 September 2008

ZAID TETAP LEPAS JAWATAN

Zaid Ibrahim tidak akan menarik balik surat perletekan jawatannya. Ini muktmad.

Zaid telah merasa bosan kerna semua cadangan-cadangan untuk memperbaiki lembaga perundangan dalam negara ini telah tidak dipedulikan. Guruh ada tapi hujan tidak pernah turun.
Penggunaan ISA minggu lalu adalah beban yang tidak sanggup di pikulnya sebgai anggota kabinet

SELAMAT PAGI MALAYSIA BARU

Untuk pertama kalinya kita rakyat Malaysia telah menyambut HARI MALAYSIA. Perhimpunan bersejarah di Stadium Kelana Jaya pada malam 15 September 2008 telah merakamkan rasa hormat kita kepada warga Sabah dan Serawak yang selama ini telah ‘ditipu’ dan terpaksa menyambut tarikh 31 Ogos sebagai Hari Malaysia.

Poooorah 31 Ogos bukan Hari Malaysia. Khalas. Period. Khatam. Finito. Fin. Kaput. End.

Hari Malaysia ialah 16 September. September 2008 adalah kali kedua Hari Malaysia dirayakan di Semenanjung. Kali pertama dahulu pada September1963.

Hari Malaysia ini juga akan membawa satu lagi perubahan baru. Kerajaan baru Pakatan Rakyat akan ditubuhkan. Ini bukan mimpi. Ini bukan olok-olok. Ini adalah harapan warga Malaysia yang telah bosan dan mual dengan kerajaan Barisan Nasional yang di kepalai oleh United Malays National Organisation. Hari Malaysia adalah tanda rakyat mahukan perubahan.

Dari ucapan Sdr Anwar Ibrahim di Stadium Kelana Jaya , kita rakyat telah diajak untuk meyakini kelahiran kerajaan baru ini.

Mustahil?

Tidak perlu ada loncatan parti. Tidak perlu meninggalkan parti.

Apabila pemimpin Parti Keadilan Rakyat berkata ‘ kita cukup jumlah’ jangan salah tafsir. Bukan jumlah ahli parlimen untuk melompat parti dan meninggalkan parti asal mereka.Tetapi jumlah untuk menyatakan yang mereka TIDAK lagi memiliki keyakinan terhadap pimpinan Abdullah Ahmad Badawi.

Surat resmi telah dihantar kepada Abdullah Badawi pada hari Jumaat lalu. Pakatan Rakyat ingin mengadakan pertemuan agar peralihan kuasa berjalan lancar. Dan Kerajaan Malaysia Baru akan ditubuhkan.

Malaysia Baru adalah Malaysia yang berpandukan Ketuanan Rakyat.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Keselamatan Dalam Negeri - ISA.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Cetak.
Malaysia Baru adalah Malaysia tanpa Akta Universiti dan Kolej Univeriti.

Malaysia Baru adalah Malaysia yang agihan kekayaan bukan mengikut kaum/agama tetapi keperluan.

Malaysia Baru menjamin dan menghormati kebebasan beragama/berkepercayaan.

Malaysia Baru adalah untuk semua rakyat Malaysia. Tidak ada yang menjadi tuan dan tidak ada yang menjadi hamba. Tidak ada yang istemewa. Semua setaraf. Semua sederajat.

Kita semua adalah anak semua bangsa berbeza-beza tetapi sederajat.

Anak semua bangsa marilah kita rayakan perbezaan dalam Malaysia Baru.

ZAID IBRAHIM MENTERI PAKATAN RAKYAT ?

Dalam ucapan MERDEKA MALAYSIA di Stadium Kelana Jaya di hadapan 40 ribu pendengar, Sdr Anwar Ibrahim telah berterima kaseh kepada Zaid Ibrahim. Ini kerana Zaid Ibrahim telah menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan ISA. Malah Zaid secara berperinsip telah meletakan jawatan menterinya.

Ini satu pekara yang belum pernah terjadi dalam kerajaan gerombolan United Malays National Organisation. Tradisi gerombolan ini ialah melekap sampai mati tidak mahu meninggalkan jawatan.

Anwar juga telah memberi tahu Zaid bahawa ada 'berita baik' dalam masa tiga hari nanti. Apakah ini tarikh Pakatan mengambil alih kerajaan ? Dan Zaid adalah bakal menteri undang-undang Kerajaan Pakatan? Jika ini berlaku maka inilah contoh awal dalam Negara Malaysia Baru ISA tidak lagi wujud.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN - KELANA JAYA

Dalam ucapan MERDEKA MALAYSIA Sdr Anwar Ibrahim telah memberithu rakyat Malaysia bahawa semua agama dan kepercayaan wajib dihormati .

Adalah zalim untuk meruntuhkan kuil atau rumah-rumah ibadat. Kerajaan Pakatan Rakyat memberi jaminan bahawa semua kuil yang telah dirobohkan akan diperbaiki kembali.

Isnin, 15 September 2008

KELANA JAYA !! HOT !!

Kerajaan Pakatan Rakyat akan memastikan Bahasa Melayu dimartabatkan sebagai bahasa perantaraan/lingua franca. Di hormati sebagai bahasa resmi negara Malaysia. Bukan di perlekeh macam hari ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat akan juga menggalakkan warga untuk mempelajari bahasa Mandarin dan Tamil.

Ini adalah isi sebahagian dari ucapan Anwar Ibrahim.

PEMECAH BERITA ! 25,000 DI STADIUM KELANA JAYA - SEKARANG 10.52 MALAM

Bila berita ini ditulis Anwar Ibrahim masih lagi berucap di hadapan 25,000 orang rakyat Malaysia yang sedang berhimpun di Stadium Kelana Jaya Petaling Jaya.

Orang ramai masih berduyun-duyun masuk. Mereka berbondong-bondong untuk mendengar ucapan Anwar.

Malam ini ada satu pengumuman 'penting' yang akan di sampaikan oleh Anwar Ibrahim.