WARGA ARAB
BAGUN MELAWAN
MESIR DAN PROJEK PEMBODOHAN
Saya
telah menggarap empat tulisan mengenai Mesir. Selain dari keinginan saya untuk
membawa pencerahaan saya juga turut sama bertamarod. Tamarod membawa makna –
berontak/melawan. Saya garap tulisan itu
agar kita dapat bersama merayakan garis
politik jalan raya yang dibawa oleh anak-anak muda di Mesir.
Tamarod
kini bukan hanya di Mesir, bukan hanya
di Turkey, bukan hanya di Brazil – kini tamarod sedang merebak ke seluruh dunia. Kita
telah membaca bagaimana tamarod
di Brazil telah berjaya mengagalkan kenaikkan harga tiket bas. Kita telah
melihat bagaimana tamarod di Istanbul telah menjadikan Edorgan tempang
dalam cita-citanya untuk menjadi Presiden Turki.
Demonstrasi
jalan raya kini telah menjadi satu
budaya politik dunia. Dalam dunia pasca moden hari ini jalan raya adalah tempat
pertempuran politik untuk menuntut keadilan, menuntut hak dan melawan kezaliman. Jika tahun enam puluhan
anak muda telah bergerila di hutan, bergerila dipadang pasir dan bergerila dalam bandar - kini metod politik pasca moden telah
berubah. Anak muda kini turun ke jalan raya.
Membaca
sejarah tahun 60’an dan 70’an, kita akan
bertemu dengan Brigades Rouges Itali,
Japanese Red Army, Weatherman dan Black Panther dari Amerika, Baader-Meinhof di German, Mujahedin al-Khalq di Iran , Action Direct di Peranchis, Sandero Luminoso
di Peru, Al-Fatah di Palestin dan dan
dan. Semua ini adalah gerakan anak muda yang bangun mengangkat senjata melawan
kuasa imperial Anglo-Amerika dan kaum pemodal multinasional.
Kini
anak muda bertamarod ke jalan raya membawa
‘mod politik ‘ baru. Sebenarnya
turun ke jalan raya ini bukan satu ‘mod politik’ yang baru. Metod
berdemo dijalan raya telah digunakan
oleh CIA untuk menjatuhkan PM Iran Mohammad Mosaddeh pada tahun 1953. Metod ini
juga telah digunakan oleh CIA pada tahun 1965 untuk menjatuhkan Bung Karno.
Tetapi
metod jalan raya ini telah dirampas kembali oleh anak muda Amerika dan anak
muda Eropah dizaman Perang Vietnam. Anak-anak muda sedunia yang menentang Perang Vietnam telah menjadikan jalan raya sebagai wadah politik. Mereka telah berdemo menentang perang Vietnam
- di London, Rome, Paris, Washington, Bangkok dan Kuala Lumpur.
Politik
jalan raya yang menjadi ikon sejarah, yang menaburkan imej romantik
ialah apabila anak anak muda dan
mahasiswa kota Paris turun ke jalan raya untuk menjatuhkan Presiden Charles de
Gaulle pada bulan Mei 1968. Paris dan Mei68
akan terus menjadi rujukan awal tamarod anak
muda sedunia.
Politik
jalan raya dalam era pasca moden – diera Arab Spring - telah dibantu oleh teknoloji internet, teknoloji digital dan alat
komunikasi yang terpantas. Teknoloji terkini
telah membantu mengembang ampoh Musim Bunga Arab. Teknoloji ini juga membantu mengumpulkan
puluhan ribu anak muda di Istanbul, di Rabat, di Bahrain dan di Yemen. Politik
jalan raya telah berjaya menjatuhkan rejim-rejim
zalim di Tunisia dan Mesir. Di Bahrain dan di Yemen tamarod belum selesai.
Saya
membuka wacana tamarod dengan membawa rujukan politik jalan raya dari seluruh dunia dengan
niat untuk mengajukan satu persoalan
hakiki. Untuk saya persoalan ini amat
fundumental. Dari pengamantan saya suasana budaya politik kita sedang nazak. Justeru saya wajib mengajukan soalan ini.
Soalannya
ialah - apakah budaya tamarod sedunia ini
bersama perkembangan teknoloji terkini akan
membantu anak-anak muda di Malaysia untuk bangun menjatuhkan rejim United Malays
National Organisation yang telah
berkuasa lebih dari 50 tahun? Untuk saya jawapannya pasti boleh – pasti boleh yang positif.
Tetapi
sebelum kita bersama merayakan perkataan ‘ boleh dan positif ' , pada hemat saya
ada pekara yang wajib kita tuntaskan dahulu. Ada perkara yang saya
rasa perlu kita bersama lintasi dahulu. Ini kerana saya rasakan ada kejulingan,
ada kekeliruan dan ada kecelaruan fikrah dalam membaca dan memahami politik Malaysia dan politik antarabangsa.
Saya
telah lama merumuskan bahawa kejayaan
yang paling besar United Malays National Organisation ialah kejayaan membodohkan
warga Malaysia terutama Manusia Melayu. Proses pembodohan ini telah
membonsaikan akal dan fikrah Manusia
Melayu. Akal dan fikrah Melayu telah dibantutkan dari berkembang. Yang wujud hanyalah akal-akal
kontot yang tidak berupaya untuk berfikir secara kritikal.
Proses
pembodohan jelas dibuktikan dengan peranan dan usaha media
Melayu untuk membangangkan Manusia Melayu ke tahap gaban. Contohnya: Tahun lalu sebuah kontena bahan mentah – rare earth
– telah dibawa masuk dari Australia ke Kuantan. Utusan Malaysia akhbar milik United Malays National Organisation
telah memaparkan dimuka hadapan gambar satu kumpulan Melayu yang sedang meramas dan
memegang bahan mentah rare earth. Gambar ini membawa tajuk : Kilang Lynas Selamat.
Keselamatan kilang ini dibuktikan kerana
ada Mak Cik Tua Bertudung yang berani menggintil-gintil bahan mentah
rare earth tanpa mendapat kecederaan.
Untuk
saya gambar dan berita ini saheh telah
membodohkan Manusia Melayu. Pembaca Melayu TIDAK diberitahu bahawa bahan mentah
rare earth ini kalau belum diproses memang selamat tidak ada santau radioaktif.
Santau radioaktif ini hanya akan muncul
apabila bahan mentah ini dibakar dan diproses.
Apabila saya melihat gambar Mak Cik Tua Bertudung
ini saya merasa sedih kerana bukan sahaja Si Mak Cik ini dibangangkan malah
seluruh pembaca Melayu dibodohkan ke
tahap gaban. Paling sedih media Melayu
ini bukan sahaja telah menipu Melayu malah
telah menjadi barua kepada syarikat santau radioaktif ini.
Proses
pembodohan ini sedang merebak. Saya
sendiri cukup yakin bahawa projek pembodohan ini telah sampai ke tahap yang
amat kritikal. Respon dari surat- surat
yang saya terima terhadap tulisan saya
mengenai Mesir dan Syrian menambahkan lagi keyakinan saya bahawa ‘
masyarakat Melayu ini sedang sakit tenat’.
Saya
dapati ada kumpulan pembaca tulisan saya tidak memiliki daya fikir yang kritikal. Saya telah menunjukkan
dengan fakta politik bahawa apa yang
berlaku di Syria itu bukan pertempuran antara Sunni dengan Shiah. Hakikatnya - apa yang berlaku di Syria ialah projek kuasa
imperial Anglo-Amerika dan Zionis untuk
mengawal bumi Arab. Mengawal bumi Arab bertujuan untuk mengawal telaga minyak dan telaga gas. Kenapa agaknya pekara
sesenang tupai melocat didalam belukar ini pun gagal difahami oleh satengah
pembaca.
Jika
seseorang memiliki keupayaan berfikir secara kritikal apabila membaca apa yang
sedang berlaku di Syria pasti akan
timbul pelbagai soalan. Contohnya : Yang bermazhab Shiah di Syria hanya 10% dari
28 juta rakyat. Tentera Syria
majoritinya bermazhab Sunni. Jika
konflik di Syria ialah konflik Shiah lawan Sunni pasti soldadu Bashar yang bermazhab
Sunni telah bangun menibai Bashar. Pasti
telah lama Bashar tekubur. Kenapa ramai Manusia Melayu tidak memilik khudrat untuk menimbulkan soalan ini?
Kalau
kita beralih untuk melihat apa yang berlaku di Mesir maka kebongsaian juga
muncul. Saya ajukan pandangan bahawa bahawa apa yang berlaku di Mesir itu ialah
demo rakyat Mesir untuk menjatuhkan Mubarak yang
zalim. Kemudian berdemo lagi – kali ini menentang pentabiran Morsi yang tidak
terbuka.
Ketika
ini cita cita suci anak muda Mesir untuk mendirikan Mesir yang lebih adil dan
demokratik telah dibajak oleh tentera. Tentera telah merampas kuasa. Saperti di
Syria soldadu Mesir juga bermazhab Sunni. Seharusnya dengan fikiran kritikal
akan timbul soalan kenapa Sunni membunuh Sunni? Atau kenapa ada Sunni menentang Morsi dan ada Sunni menyokong Morsi?
Bonsai
fikrah ini semakin menjadi-jadi.
Kejayaan United Malays National Organisation memandulkan fikrah Manusia Melayu sedang
merebak. Kalau kita perhatikan secara rapi Manusia Melayu yang bonsai fikrah ini juga memiliki sifat berjiwa rendah. Sifat
jiwa rendah ini berjaya ditanamkan bukan hanya
melalui proses pembodohan tetapi melalui proses menakut-nakutkan.
Saya cukup yakin – projek pembodohan dan
projek menakut-nakutkan Manusia Melayu ini berjalan seiring. Dari segi teori
ilmiah sebelum seseorang itu dapat
dibodohkan maka sosok itu perlu ditakut-takutkan. Apabila takut maka amat
senang untuk dibodohkan hingga gagal untuk memiliki tabaii manusia untuk berfikir
secara kritikal.
Pada
bulan puasa tahun ini amat jelas proses menakut-nakutkan Manusia Melayu sedang
berjalan ligat. Manusia Melayu terus dikepong dengan ajenda eksklusif pengunaan nama Allah. Dalam masa yang sama dalam bulan
puasa ini Utusan Malaysia telah mengolah
naratif watak Manusia Melayu yang ‘cukup
lembik’ lebih lembik dari ‘bakuteh’.
Manusia
Melayu ini diwatakkan oleh Utusan sebagai bagitu rapuh pegangan imannya. Terlihat sahaja anjing ‘berhari raya’ dengan
serta merta Manusia Melayu yang bonsai fikrah ini hilang pedoman dan putus
iman. Ketika inilah Manusia Melayu ini
ditakut-takutkan seolah-olah bulan hadapan
Anjing dan Biawak akan mengambil alih pentabiran negara.
Sayugia
diberi ingatan. Agar jangan menusuk sembilu ke dalam luka. Kita wajib berwaspada kerana Melayu Bonsai yang berjiwa rendah ini sedang memanifestasikan rendah jiwa mereka dengan ‘angkuh sombong’. Sifat Angkuh sombong ini sedang menggunakan bentang Agama. Apakah makna semua ini? Apa hubungan ini dengan Tamarod?
Ucapan
Selamat Hari Raya dahulu dari saya. Akan disambung minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa yang mahu melanggan
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon :
03- 922 - 10 -45
SILA KLIK IKLAN INI
-------------
9 ulasan:
Tamarrod di amerika pulak la.
xpun tamarrod kat europe.
xpun tamarrod di russia.
xpun tamarrod di China.
xpun tamarrod di Cuba.
Xpun tamarrod di Vietnam.
Xpun tamarrod di Korea Utara.
Xpun tamarrod di Laos.
Selagi ramai orang Melayu "berassumi politik Islam" selagi itulah mereka tidak akan faham apa yg TT tulis. Namun begitu TT juga tidak faham apa yg sy tulis sebelum ini, dimana sebenarnya adalah persoalan sangkaan falasi "politik Islam", mungkin itulah sebabnya komen sy sebelum ini dengan link yg disertakan tidak disiarkan diblog TT kah,kah,kah,kah.... tulisan sy yg begitu simple & kureeng intelektual pun boleh ditakuti TT kah,kah,kah,kah... komon bro TT give me change.... kah,kah,kah,kah....
Mgkn ada part yg aku x setuju dhn hisham..tp bg aku apa yg hisham tulis adalah nikmat membaca dan memahami bg org2 yg belum dibonsaikan..kalau sapa2 tak suka,boleh baca utusan dan majalah mangga..dalam x suka korang dgn pencerahan hisham ni pun, visitor dia dh 26juta...sikit lg nk sama byk dgn blog hishamudin keris..kah..kah..kah...
P/s : nk lg cool korang baca blog ni smbil pakai kasut aliph SYJ merah..kah..kah..kah...
tulisan tt kali ni aku suka...tidak ada cara lain selain dari menggunakan ayat2 yg keras kepada makhluk melayu yg bodoh..angkuh..ego..sombong..kepada matrojak..english hang teruk oi...'give me change' ??hahahaha...selamat hari raya....raya melayu.....
Kah kah kah...kali ni uncle sham sudah marah...uncle sham sudah bengang...perkara semudah tupai meloncat pun susah nak difahami....kah kah kah...uncle sham...inilah kesan pembonsaian terpimpin....semua ditarah mengikut acuan...luar pada acuan...haram jadinya....
Aku nak tengok yang selalu dok kutuk lu...yang selalu berserban berlebai...mana kamu semua kali ni...ini mungkin pencerahan tamarod terakhir untuk ramadhan yang berkat ini....muncullah kamu semua menibai si tua ini....kah kah kah
aku tak pakai lebai dan aku teraweh pun kadang2 pi tapi aku benci tt punya tamarrod..fuck la tamarrod!!so aku tibai tt hang kesah ka??
tt tulisan kan menarik..tp kau seolah2 mengagungkan tamarrod dr puak yg salah contohnya tamarrod puak sekular di mesir dan turki..kali ni kau menyebut fatah di palestin..ini membuatkan aku merasa muak dgn tulisan2 kau..dan ini adalah kali terakhir aku jenguk blog kaunyg aku sgt minat selama 4 tahun..aku dpt rada pembaca laen pun begitu..harap mak long.
Lantak hang lah ngan tamarood hang kalau rasa2 fhmn sosialis hang memudahkn hang meniti titi sirat di akhirat cubalah...berpeganglah dgn quran dan sunnah ...fhmn sosialis bkn kalam mukjizat pun cuma kuasa akal yg terhad di alam dunia je...
TT.. Adakah pihak yang menyokong mursi sekarang ini di namakan tamarroddd.Tamarrood la yang menjahanam demokrasi Mesir. tamarrroood membajak kerja2 membonsaikan rakyat mesir. ZTukar la istilah tu TT.!! Phuuuiihhh ko TT.. Maaf zahir batin
Catat Ulasan