Rabu, 6 April 2016

JOHOR MULA BERBERANG





APA KHABAR

TOK EMBEE

ADA BAIK

TUKANG CARI

ADA CARI

TUKANG BAWA

ADA BAWA KE?


Gerakan guling MB Johor oleh kumpulan Najib – Ahli UMNO

 | April 6, 2016
Kumpulan itu didakwa diketuai seorang timbalan menteri yang akan dilantik sebagai Menteri Besar baharu jika Khaled Nordin berjaya disingkirkan.
PETALING JAYA: Gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin didakwa sedang giat dijalankan oleh kumpulan penyokong Najib.
Kumpulan penyokong Presiden UMNO itu diketuai oleh seorang timbalan menteri yang akan menjadi Menteri Besar Johor yang baharu bagi menggantikan Mohamed Khaled.
Gerakan menjatuhkan Mohamed Khaled dikatakan bagi mengawal UMNO Johor supaya tidak menentang Najib.
Dakwaan itu dibuat oleh seorang ahli UMNO, Syukur Mohamad menerusi posting di Facebooknya.
“Ada satu gerakan yang sedang dibuat oleh seorang timbalan menteri untuk mencantas Khaled Nordin. Gerakan ini kononnya hendak meletak timbalan menteri ini menjadi MB Johor bagi pihak Najib menjaga dan mengekang ahli UMNO Johor,” tulisnya.
Ketika dihubungi FMT, Syukur berkata, gerakan mencantas Mohamed Khaled kerana Menteri Besar Johor itu dilihat gagal mengawal pemimpin UMNO cawangan daripada menentang kepimpinan Presiden UMNO.
Ini kerana, katanya, gerakan menentang Najib bermula di Johor dengan penubuhan Gerakan Ketua Cabang Malaysia (GKCM).
Syukur berkata, dia mempunyai bukti terhadap dakwaan itu dan sedia diheret ke mahkamah ataupun Lembaga Disiplin parti.
“Kalau saya tiada bukti, tak mungkin saya membuat pendedahan seperti ini. Saya juga sedia diheret ke mahkamah jika ada pihak tidak berpuas hati,” katanya.
Ditanya siapakan timbalan menteri yang dimaksudkan itu, Syukur berkata, belum tiba masanya untuk didedahkan kerana banyak lagi maklumat berangkai yang akan disebarkan selepas ini secara berperingkat.

KAH KAH KAH

boleh selamat?

boleh tido lena 

boleh duduk 

senang ke?

kah kah kah

semua berubah

yang berubah

pun diubah

kah kah kah

ALL CHANGE

---------------

2 ulasan:

DIDI KOTA BELUD berkata...

Biar esei toka..nur jazlan..sobab eh...darjah ketraitoran mamat ni tahap dewa...oh ya..dio tak makan dedak..dio makan pelet...ado kaekadang eh bontuk ikan..bintang..tigo sogi..tulang anjing..apo...?..esei cito bontuk pelet eh...mkakkakakakakakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Apa kebende nih ????

Orang kampong miskin tak ada duit

Makan tulisan umno boleh kenyang ke ???

Getah jatuh !!!!

Sawit jatuh !!!!

Mat Bahalol tetap BILYON BILYON

Kepala Otak