Jumaat, 15 Mei 2020

PUASA 22 - KHALWAT 59





BERPUASA

BERKHALWAT
JUMAAT 15/5/2020
KITA DAH PUASA 21 HARI
KHALWAT SATU ARI LAGI
CUKUP DUA BULAN

BERAPA LAMA LAGI
ARAHAN  PKPB INI DITERUSKAN
KITA TIDAK TAHU
APA YANG JELAS
SELURUH CARA HIDUP KITA
TELAH BERUBAH

DUA YANG KITA TINGGALKAN
DUA BULAN DULU
BILA AGAKNYA AKAN
DATANG KEMBALI
ATAU
TAK DATANG LAGSUNG

PAGI INI KWANTUNG KOSONG
TAKDA PEKERJA
DERAMAN KERETA SAPERTI BIASA
DARI ARAH SUNGAI BESI
DAN KL SENTRAL

OKESTAR UNGGAS 
TIDAK RANCAK
YANG BELAGU
BALAM MERBOK TERKUKUR
MATAHARI MEMANCAR
TAPI BUMI LEMBAB
PETANG KELMARIN HUJAN

DUA EKOR TIONG
BERGADUH DIUDARA
BISING CUKUP BISING

ATAS POKOK
KUMPULAN TEMPUA
CHIP CHIP CHIP
TAPI 
RUMAH MASIH BELUM SIAP

TIGA HARI LAGI
PARLIMEN AKAN BERSIDANG
JENG JENG JENG

SELAMAT BERPUASA
SELAMAT BERKHALWAT



Tiada ulasan: