Rabu, 23 November 2022

ANWAR. JADI PM KE 10



Anwar Ibrahim angkat sumpah jawatan PM10 petang ini

ISTANA Negara mengumumkan Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesepuluh pada jam 5 petang ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadli Shamsuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong memperkenan pelantikan tersebut selepas memperhalusi pandangan Raja-Raja Melayu.

Tambahnya, pengurniaan suratcara pelantikan, istiadat angkat sumpah jawatan, sumpah setia dan sumpah simpan rahsia perdana menteri akan berlangsung pada masa ditetapkan itu di Istana Negara.

“Seri Paduka Baginda mengingatkan kepada semua pihak bahawa yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua.

“Justeru, bagaikan biduk lalu, kiambang bertaut, hulurkan tangan antara satu dengan yang lain baig merapatkan semula saf antara semua ahli Dewan Rakyat demi masa dengan negara tercinta.”

Menurut Ahmad Fadli, baginda juga mahu Anwar dan kerajaan baharu agar tidak meninggi diri dengan mengambil resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.

Pengumuman itu memecah kebuntuan yang berlarutan empat hari sejak PRU15 apabila tiada mana-mana gabungan menang majoriti mudah.

BN kalah lebih teruk dalam PRU15 namun tiada mana-mana parti gabungan berjaya meraih majoriti mudah kerana PH hanya menang 83 kerusi diikuti PN dengan 73 kerusi Parlimen.

Perbincangan khas yang dipengerusikan Al-Sultan Abdullah hari ini antaranya disertai Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut berangkat Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir dan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ia juga disertai Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.– 24 November, 2022.


ANWAR DI NOBAT

SEBAGAI PM10

KHALAS

AMIN

Tiada ulasan: