Ahad, 7 Mei 2023

BERITA YANG MANA PALSU ?




Berita palsu dalam talian mampu gugat kestabilan, keselamatan negara

KETIKA negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19 pada 2020, sebanyak 1,837 aduan berita palsu berhubung isu vaksin diterima Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ketua Bahagian Keselamatan Rangkaian MCMC Harme Mohamed berkata situasi berkenaan mencetuskan panik dalam kalangan orang awam sehingga ada yang hilang kepercayaan terhadap usaha kerajaan membawa keluar rakyat daripada situasi pandemik Covid-19 ketika itu.

“Penyebaran berita palsu dalam talian bukan hanya boleh menyebabkan keadaan panik, ia juga mampu mengganggu gugat kestabilan dan keselamatan negara,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata trend berkaitan berita palsu berterusan dengan sebanyak 143 aduan diterima MCMC dari Januari hingga Februari lepas.

Menurutnya antara berita palsu itu melibatkan tadbir urus kerajaan dengan 37% aduan, kes jenayah seperti skim penipuan dan penyamaran (16%) dan isu kepenggunaan (15%).

Dalam pada itu, mengikut tinjauan Kumpulan Meltwater Malaysia pada tahun lepas, 29.55 juta rakyat Malaysia atau 89.6% melayari Internet selama sembilan jam sehari.

Justeru, bagi menangkis lambakan maklumat palsu dalam talian, semakan terhadap fakta menjadi inisiatif terbaharu bidang kewartawanan di negara ini.

Penyemak fakta di MyCheck Malaysia Fatin Najmi Mohammad Shah berkata semakan fakta atau fact-check adalah evolusi dalam dunia kewartawanan dengan laporan mendalam dihasilkan menggunakan teknik dan alatan (tools) semakan fakta.

“Dalam proses menyemak fakta, input yang kami sertakan dalam laporan bukan hanya berdasarkan kenyataan penafian oleh individu dan organisasi berkaitan semata-mata.

“Tetapi kami juga sertakan maklumat berdasarkan dapatan daripada penyiasatan terperinci yang dibuat. Untuk proses itu, kami perlu menggunakan tools semakan fakta dan mendedahkan kepada orang awam setiap proses yang dibuat,” katanya.

Menurutnya pada tahun lepas, sebanyak 164 laporan semakan fakta dilakukan MyCheck Malaysia membabitkan pelbagai isu seperti kepenggunaan, kesihatan, dasar kerajaan dan politik yang viral di media sosial.

MyCheck Malaysia yang bermula sejak Mac 2020 merupakan inisiatif semakan fakta yang beroperasi secara editorial bebas untuk membanteras maklumat palsu yang tersebar luas di negara ini mengikut piawaian antarabangsa ditetapkan International Fact Checking Network (IFCN).

Selain MyCheck Malaysia, antara organisasi yang menjalankan usaha semakan fakta di Malaysia ialah  AFP Fact Check Asia (Malaysia).

Sementara itu, Prof Madya Dr Masato Kajimoto dari Pusat Pengajian Kewartawanan dan Media, Universiti Hong Kong ketika dihubungi berkata terdapat perbezaan ketara antara pemeriksa fakta dan wartawan kerana peranan wartawan adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tentang perkara yang mereka tidak tahu, manakala pemeriksaan fakta ialah membetulkan fakta yang sudah diketahui umum.

“Pemeriksa fakta mesti mahir dalam bidang selain daripada menghasilkan laporan komprehensif, seperti menggunakan alat semakan fakta, hebat dalam pemantauan media sosial, dan membuat grafik atau video penjelasan,” tambahnya.

Kajimoto, yang juga ketua pengarang di Asian Network of News and Information Education (Annie) Lab, iaitu sebuah organisasi semakan fakta berasaskan universiti, menegaskan bahawa semakan fakta adalah penting kerana maklumat salah boleh menimbulkan ketakutan, panik dan dalam banyak kes, kemarahan dalam diri individu, mengakibatkan rusuhan, kematian, dan akibat buruk yang lain.

“Sebagai contoh, semasa protes selama berbulan-bulan Hong Kong yang dikenali sebagai Pergerakan Payung pada 2014, pelbagai khabar angin tersebar menerusi Internet, bahan audio-visual yang dimanipulasi, dan bentuk tuntutan tidak berasas yang sering menjadi suapan harian media kepada rakyat.

“Orang ramai mahukan maklumat yang pasti, oleh itu, kita akan cuba mencari sendiri jawapannya, tetapi orang ramai tidak terdedah kepada semakan fakta. Maka, mereka perlu mencari sendiri jawapannya. Natijahnya, mereka tepaksa bergantung kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, yang kadangkala mengelirukan juga,” katanya.

Fatin Najmi dan Kajimoto juga berpendapat penyemak fakta perlu bergerak seiring dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan mereka dapat mengenal pasti corak penyebaran maklumat palsu menerusi AI. – Bernama, 7 Mei 2023.
 

NAJIB TIDAK

 PERNAH MENCURI 

AMIN

LOKMAN ADAM

TIDAK & BUKAN

LOKMAN ADAM

AMIN

ZAHID TIDAK

AMBIL RASUAH

AMIN

ROSMAH BUKAN

MEMBADAK TAPI

  SLIM

CUN BERGETAH

AMIN

APAKAH BERITA 2

SAHIH INI

DIANGGAP

 PALSU ???

KAH KAH KAH

BAGAIMANA  BERITA

BENAR TENTANG

NAJIB DI ZALIMI

AKAN KACAU NEGARA

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: