Selasa, 23 Mei 2023

MELAYU KENA TIPU LAGI



Kos meningkat, ibu bapa disaran pertimbang semula pilihan pendidikan


IBU bapa harus memikirkan semula pilihan pendidikan untuk anak-anak mereka jika tidak mampu menanggung kos pengajian tinggi di tengah-tengah iklim ekonomi semasa, kata pihak berkepentingan.

Mereka berkata ibu bapa mesti sedar sifat pekerjaan juga berubah justeru perlunya ada alternatif untuk anak-anak mereka.

Melalui laluan universiti biasa dengan kursus tradisional yang sama, tetapi mahal bukan lagi satu-satunya pilihan yang ada, kata mereka.

Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi dan Perunding Dasar Awam Ikram Mohammad Abdul Hamid berkata pendidikan tinggi mampu milik sememangnya menjadi isu khususnya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak mendapat bantuan kewangan.

Beliau berkata ibu bapa semakin terbeban memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Saya fikir ibu bapa harus dimaklumkan tentang masa depan pekerjaan dan sifat kerja yang sangat dinamik dan (sentiasa) berubah.

“Ijazah universiti bukan satu-satunya cara untuk menjamin masa depan yang lebih baik,” katanya.

Mohammad berkata memandangkan landskap pekerjaan yang sentiasa berubah pelajar yang tidak mampu melanjutkan pengajian tinggi boleh memilih kerjaya alternatif.

Bekas pensyarah ekonomi tingkah laku Universiti Malaya itu berkata ini boleh dilakukan dengan mengikuti pelbagai program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional.

“Sebagai contoh sesetengah majikan sudah menggunakan kaedah alternatif untuk melatih bakal pekerja yang lebih bersedia untuk pasaran pekerjaan,” katanya.

Mohammad juga berkata sesetengah remaja tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ini katanya sebahagiannya disebabkan oleh peluang lain yang boleh memberikan bayaran lebih baik dan lebih cepat.

“Sebagai contoh mereka boleh bekerja sebagai pencipta kandungan, YouTuber, usahawan, pekerja gig dan lain-lain,” katanya.

Data Kementerian Pendidikan mendedahkan pada 2021 hanya separuh daripada lepasan sekolah (50.3%) berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, manakala 30.8% lagi ingin bekerja selepas sekolah menengah.

Ini merupakan penurunan besar daripada 2019 dan 2020 yang menyaksikan 65.2% dan 64.8% pelajar melanjutkan pelajaran, manakala hanya 25.9% dan 24.6% memilih untuk bekerja sebaik sahaja tamat pengajian. – 23 Mei 2023.

DULU MELAYU

DIBANTU BELAJAR

UNTUK 

KE UNIVERSITI

AMIN

SEKARANG 

DIDORONG

UNTUK JADI

FOOT PANDA

AMIN

TOLAK BELAJAR

KE UNIVERSITI

JADI BURUH

EKONOMI GIG

AMIN

WOIT

MACAM MANA

NEGARA KAPIR

GERMAN YANG

TAK PERCAYA TUHAN

YANG MAIN BONTOT

YANG MINUM ARAK

BOLEH BELAJAR

 PERCUMA DARI

SEKOLAH RENDAH

HINGGA UNIVERSITI

AMIN

KENAPA KAPIR

LEBIH HEBAT

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: