Sabtu, 20 Disember 2025

BILA HUTAN DI BOGEL DAN DI ROGOL


Banjir Sumatera: 'Tsunami kayu' ranapkan kediaman, terpaksa minum air lumpur


ACEH: Kelibat seorang wanita sedang menunaikan solat di pondok kecil, dengan ratusan ribu batang kayu yang dihanyutkan banjir 'terhampar' di bawah dangau itu, mencuri perhatian penulis sebaik memasuki Kampung Menang Gini, Karang Baru, di sini.

Pondok kecil yang hanya boleh memuatkan kira-kira dua orang itu mengundang rasa ingin tahu kepada penulis, yang berkesempatan mengikuti misi bantuan kemanusiaan ke kampung yang terletak di Aceh Tamiang itu.

"Ini ibarat tsunami timbunan kayu. Tidak banyak rumah yang tinggal. Rumah saya sendiri pun hancur, hanya tinggal tapak," kata Astuti Jone, 30, ketika disapa wartawan Bernama usai menunaikan solat.

Kampung berkenaan antara ratusan kampung yang terjejas teruk akibat banjir besar yang melanda tiga wilayah, iaitu Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara pada 26 November lalu.

Mengimbas kembali peristiwa pahit itu, Astuti berkata kesannya jauh lebih dahsyat, tidak ubah seperti tsunami, namun kali ini bukan ombak laut, sebaliknya 'tsunami balak' yang meranapkan hampir keseluruhan kampung.

Sepanjang minggu pertama selepas bencana, dia bersama suami dan anak terputus hubungan dengan dunia luar apabila lautan balak yang dihanyutkan arus banjir deras menutup laluan utama kampung.

Lebih menyedihkan, mereka sekeluarga terpaksa memerah air lumpur menggunakan kain untuk mendapatkan titisan air yang sedikit jernih sebagai minuman, selain terpaksa makan nasi mentah selama hampir empat hari sebelum bantuan tiba.

"Saya beritahu anak saya yang masih kecil bahawa itu air tebu, supaya dia mahu minum. Ada juga sebotol air bersih yang kami catu, minum seteguk demi seteguk," katanya.

Tidak jauh dari situ, Dedek Anditia Untong, 37, pula kelihatan sibuk mencari sisa-sisa barangan yang masih tinggal di rumahnya yang musnah dihanyutkan banjir besar.

Dia kini membina sebuah kediaman sementara, seluas sebuah bilik kecil, menggunakan balak, dengan pintu rumah asal dijadikan pintu masuk, tidak berdinding dan hanya kain kanvas sebagai penutup.

Dedek berkata dia masih ingat detik cemas apabila terpaksa melarikan diri bersama keluarga ke Pondok Pesantren Islam Darul Mukhlisin yang terletak di kawasan lebih tinggi.

"Sebelum kejadian, hujan lebat berterusan selama lima hari. Pada 26 November kira-kira 3 pagi, air naik secara mendadak dan kami terus lari ke pesantren," katanya.

Pondok pesantren berkenaan kini menjadi antara lokasi tular apabila dataran besarnya dipenuhi ratusan ribu batang balak yang hanyut.

Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali Arianti berkata dia pada awalnya menyangka banjir kali ini tidaklah seteruk kejadian pada 2006 dan tidak membuat persediaan secukupnya kerana menduga bencana itu tidak akan berpanjangan.

"Apabila pulang dari tempat perlindungan, saya dapati rumah jiran-jiran sudah tiada. Sampai di tapak rumah sendiri, saya hanya mampu mengucap.

"Ini bukan banjir biasa. Ia seperti tsunami, walaupun kawasan ini tiada laut berhampiran. Saya benar-benar bingung, tidak tahu bagaimana harus memulakan semula kehidupan," katanya.

Mereka juga berdepan kebuluran di pusat perlindungan apabila bekalan makanan terputus, dengan nasi mentah dan pisang rebus menjadi antara 'juadah' bagi mereka mengalas perut sementara menunggu bantuan sampai.

Juriah Nasution, 30, dari Kampung Minuran, Bukit Rata berkata untuk menyelamatkan diri, dia terpaksa meletakkan anaknya yang berusia dua tahun pada tong drum sebelum bertindak meredah banjir yang mencecah paras lehernya.

"Kami lakukan apa saja cara untuk hidup," katanya.

Setakat semalam, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) merekodkan jumlah korban akibat bencana banjir di Sumatera mencecah 1,059 orang, dengan kira-kira 200 masih dilaporkan hilang dan lebih 7,000 cedera.

Misi Kemanusiaan ke Sumatera anjuran MyCARE dan pasaraya Econsave bermula 18 hingga 23 Disember ini bagi membantu penduduk yang terjejas akibat bencana terbabit. – BERNAMA

INI AKIBAT

HUTAN DIBOGEL

AMIN

INI AKIBAT

HUTAN DI ROGOL

AMIN

SEMUA KERJA

MANUSIA

KHALAS

ANWAR BIN IBRAHIM ADA HUBUNGAN KASINO ?


SAH ANWAR

BIN IBRAHIM

ADA HUBUNGAN

DENGAN KASINO

DI KEMBOJA

KHALAS






Unknown commented on
"WAJIB SOKONG DASAR INI"

yang ni aku juga setuju.. cepat aku nak sewa bumbung rumah aku..

Unknown commented on
 "BAHAYA SCAMMER DARI CHINA MERAH !!!"

katanya jerung besar malaysia ada share dalam kasino kemboja ... betul ke..??


Unknown commented on
"ASAL KANG KUNG SEKARANG JADI PENGKARUT"

anak ubi kayu scam title doktor... ini bole pulak.. kah kah kah..
adakah sebab bapak dia speaker


Lau commented on 
"SCAMMER LANTIK SCAMENTOR JADI MENTERI AGAMA !!!"

Yang penting jadi PM daripada kau jadi keyboard warrior

PEDANG NAJIB LAMA TAK BERASAH



PEDANG NAJIB

LAMA TAK

 BERASAH

KAH KAH KAH

AMIN


Unknown commented on
"KESIAN - NAJIB KEMBALI KE PELOKAN SUAMI ?"

Semuanya pelik hanya berlaku di negaraku. Apapun syukur alhamdulillah Bossku akan kembali ke pangkuan Suami Bossku, mana engkau tahu kena tekan, mungkin kesukaan Bossku jadi jangan selalu fitnah orang, ada yang suka bontot ada suka karipap masing-masing punya suka, engkau punya cerita semua macam serigala tak dapat kaki ayam kah kah kah mampoos cepat menyusahkan orang saja kah kah kah


Unknown commented on
 "TIGA LANCHOW JADI DINDING"

Sentiasa jangan lupa, lanchow penting untuk kesinambungan ekonomi, lanchow buka kilang, buka industri, buka segala macam perniagaan lubang, kalau lanchow tak ada, lu orang mahu hisap pelir siapa lagi? 

Sesama jenis sesama bangsa hancur woit kah kah kah, selama ini lanchow untung dengan kebodohan orang kita, dapat subsidi jual, dapat kontrak jual, dapat burit jual juga kah kah kah

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 20 DISEMBER 2025

KRISMAS SAMPAI


HOKKIEN
Pagi ini cerah kering indah. Langit biru berawan putih. Matahari  bersinar lemah. KL & KL Sentral cerah.

Dari atas flet gua dengar Jantan berkokok. Buka Pintu Masuk Cengkerik bersimponi. Sekumpulan Pipit Uban 20 ekor ++ melintas. Ha ha  di pagi hari  dah mula cari rezeki.

Pagi ini  hanya Jantan Baik dan 2 Puppy – yang berlari bila gua sampai. Yang lain tak nampak – Mana  mereka hilang – mana mereka bertandang?

Lalu gua tabur Friskies untuk mereka. Enjoi!

Jantan Baik ikut kami berjalan arah ke  Wakaf Tiga – nampaknya makin mesra dah berani berjalan hampir dengan gua. Dia dah tahu gua bukan  musuh.

Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak lihat BUAH apa yang ada. Malam kemarin gua ke NSK – sayur gua  dah beli – tapi buah masih perlu ke Chow Kit

Ketika gua menulis ini matahari dah bersinar. Hari ini akan panas – balkoni gua telah di limpahi cahaya matahari pagi yang enak – gua nak berbogel sekejap – mandi cahaya untuk Vitamin D – baik untuk nyenyak tidur. Amin

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU

BRO
Jika lu tak memiliki harta – tak mengapa asalkan lu meraya hari ini untuk hidup.

BRO
Bila lu  berjalan  masuk belukar atau taman – jangan lupa buka mata. Lihat ulat dan unggas.  Buka telinga dengar  seribu satu macam suara.
Ini nikmat hidup.

BRO
Bila lu seorang diri  lu ingatkan kembali apa lu buat tahun 2025. Amin

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI