Isnin, 8 Disember 2025
MACAM CERITA NABI MUSA
Bayi tiga bulan ditemui tersangkut di pokok selepas banjir
AGAM: Dalam tragedi banjir yang menghancurkan Desa Selaras Air Timur, Palembayan, Agam pada 27 November lalu, muncul kisah luar biasa yang menyentuh hati seluruh masyarakat Indonesia.
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, Fathan, ditemui masih bernyawa selepas tersangkut pada sebatang pokok — menjadikannya satu-satunya ahli keluarga yang terselamat.
Fathan tinggal bersama ibu, ayah, nenek, bapa saudara, ibu saudara serta seorang abang — tujuh orang keseluruhannya.
Rumah mereka yang terletak di tepi Sungai Selaras hanyut sama sekali apabila limpahan air deras dan serpihan runtuhan memusnahkan kawasan itu dalam sekelip mata.
Menurut Ketua Kampung Selaras Air Timur, Ahmad Fauzi, semua ahli keluarga Fathan maut dalam bencana terbabit.
Ketika operasi kecemasan dijalankan dalam kegelapan malam, pasukan penyelamat menemui seorang bayi yang tersangkut pada sebatang pokok. Keadaannya benar-benar ajaib," kata Fauzi ketika ditemui pada 3 Disember.
Penduduk kemudian menggelar bayi itu dengan jolokan 'Titipan Tuhan', simbol harapan yang muncul di tengah kehancuran.
Kini Fathan menjadi yatim piatu tanpa sebarang ahli keluarga terdekat.
Ketika penduduk masih bergelut dengan kehilangan dan ketidakpastian, Fathan kini menjadi pengikat harapan desa. Dia dirawat dan dijaga oleh komuniti yang berikrar untuk memastikan masa depannya terpelihara.
Kisah Fathan bukan sekadar catatan duka, tetapi menjadi peringatan mendalam mengenai pentingnya kesiapsiagaan menghadapi perubahan iklim dan risiko bencana yang semakin tidak menentu.
CERITA AJIAB
KESAH YANG
AKAN JADI
INGATAN SEJARAH
BERKURUN KURUN
AMIN
KITA DOAKAN
FARHAN SEHAT
UNTUK
MENYAMBUNG
ZURIAT KELUARGA
AMIN
IJAZAH PASANG SIAP
IJAZAH PASANG
SIAP
AMIN
Unknown commented on
"GANJA DAN PISTOL
AKAN DITEMUI DALAM
KERETA BENGGALI INI"
Semakin menjadi huru hara, ini kerana semuanya dipimpin oleh orang-orang 'cerdik' dan tidak layak, ijazah copy paste online dibeli tanpa kajian kah kah kah, teknologi copy paste teknologi AI teknologi terbaharu melahirkan golongan cendikiawan copy paste juga kah kah kah tak pakai buku, semuanya dalam www kah kah kah
ZIONIS TEMPATAN JUAL HARTA NEGARA PADA ZIONIS BLACKROCK
ZIONIS TEMPATAN
JUAL HARTA NEGRA
PADA ZIONIS
BLACKROCK
AMIN
Unknown commented on
"BUAYA JADI MUSUH ZIONIS"
Sini ada tak manusia berperangai Zionis? Bukan setakat buaya manusia pun mereka bunuh apa nak hairan? Sejak tamadun berbunuhan atas alasan bangsa agama keturunan pingat jawatan projek ekonomi rakus kuasa memadamkan minda merosakkan pemikiran manusia, sini pun sudah muncul sekumpulan manusia yang ekstrem begitu,
buat apa saja kerana dinaungi bangsa agama mereka kah kah kah, jangan ke lautan luas sungai kita sendiri sudah ada buaya yang merbahaya woit kah kah kah dan terpaling bahaya buaya darat bertopeng muka manusia kah kah kah
PAGI INI
PAGI INI
PAGI INI
SENIN 8 DISEMBER 2025
PERANG
EROPAH DAN PERANG
Nampaknya bahaya Perang Besar di Eropah makin menjanjikan. Perang Ukraine yang dah masuk 4 tahun masih belum selesai.
Keadaan Ukraine masih nazak – Kini Amerika mengundur diri. Kerja jahat ini di ambil oleh UK, German dan France. Tiga negara ini klim diri mereka THE COALATION OF THE WILLING – Untuk gua ini Kumpulan Geng Bangang.
Tiga negara ini bodoh bingung dan bangang – ekonomi negara makin runtuh. Ada dana beri berbilion dolar untuk Ukraine - walhal soldadu Ukraine dah tak sanggup nak berlawan.
UKRAINE DAH KALAH – mimpi untuk Putin di jatuhkan hanya mimpi tak jadi – Rusia walau pun di sekat ekonomi gila-gila tapi masih gah. Rusia masih kukuh tidak goyang.
Jalan damai di sabotaj oleh Eropah – yang amat jelas penamatan Perang Ukraine ini BUKAN DENGAN DIPLOMASI tapi akan DI TENTUKAN DI MEDAN PERANG- Amin
BANJIR
Ribut taufan bermula di Filipina ke Hong Kong ke Vietnam membawa hujan lebat di wilayah Asia Tenggara. Sri Langka, Siam, Indonesia dan kita BANJIR – ini belum pernah terjadi.
Ini tanda paling jelas perubahan iklim dan pemanasan dunia.
TRUMP dan KUNCU-KUNCU masih tidak percaya akan pemanasan dunia. Amerika dan China dua negara ini pembakar fosil terbanyak. China kini sedang berusaha gigih untuk mengurang. Tahniah China! Tapi PUKI MAK Amerika enggan.
TANAH JAJAHAN AMERIKA
Amerika sedang bersiap sedia untuk menyerang Venezuela. Negara ini ada minyak – dalam bumi Venezuela ada bahan bakar petroleum terbanyak dalam dunia – lebih dari apa yang ada di Iran dan Saudi. Maka Venezuela wajib di jadikan tanah jajahan oleh Amerika.
RUSIA
Strategi Rusia kini sejalan dan seiring dengan Amerika. Negara Kesatuan Eropah di kritik oleh dokumen baru Strategi Pertahan Amerika.
ISRAEL
Setanyahu minta pengampunan dari Presiden Israel. Jika di ampun Setanyahu akan terus aktif dalam politik. Macam Zahid Setanyahu ada kes RASUAH.
INDONESIA
Banjir meragut nyawa satu keluarga. Tetapi seorang bayi dari keluarga ini tersangkut atas kayu dan selamat. Beria bayi bernama FARHAN heboh satu Indonesia.
UKRAINE
Rundingan Amerika dengan Ukraine untuk cari jalan damai jumpa jalan buntu.
HOKKIEN
Pagi ini cerah segar. Langit berawan putih. Matahari belum keluar. KL & KL Sentral berkabus nipis.
Di Pintu Masuk dalam sawah rumput yang makin panjang Cengkerik bersimponi. Tekukur seperti biasa berlagu.
Siti anak beranak datang makan. Pagi ini Emak juga datang sama – lebih ramai datang makan dari kemarin.
Siti ini ikut kami berjalan ke Wakaf Tiga – dah jadi mesra. Siti nak berkawan mesra dengan Ezi – Ezi menderam.
Satu kumpulan Perling melintas. Tapi bila Keng Keng terbang melintas satu Hokkien terdengar suara burung ini.
Hari ini akan panas. Di balkoni gua cahaya matahari dah sampai. Gua harap macam kemarin tak hujan. Amin.
BRO
SENYUM
SENYUM
DI PAGI SENIN
BRO
Lu berbuat baik pasti ianya tidak sia-sia.
BRO
Kehidupan ini adalah seni. Hargai kehidupan in. Kita hidup hanya sekali.
BRO
Jika lu berani – lu mencuba dan lu berusaha pasti lu berjaya! Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA
Langgan:
Ulasan (Atom)




