Ahad, 15 Mac 2026

GELOMBANG SERANGAN KE 52 - JANJI SEJATI


JANJI SUCI

JANJI SEJATA

GELOMBANG

 SERANGAN KE 52  

KHALAS

TAK TUKAR KERAJAAN TAK DAPAT DAKWA AZAM BIN BAKI


HANYA DENGAN

TUKAR KERAJAAN

BARU BOLEH DAKWA

AZAM BIN BAKI

AMIN

PROJEK BLOOMBERG GULING KERAJAAN TERUS MEREBAK


PROJEK 

BLOOMBERG

GULING KERAJAAN

TERUS MEREBAK

KAH KAH KAH

AMIN 


Guling k'jaan: Ahli akademik pula dipanggil ke Bukit Aman

Mengesahkan hal itu kepada Malaysiakini, Syaza Shukri memberitahu dia dipanggil ke Bukit Aman pada 10 Mac lalu sebagai sebahagian daripada siasatan balu Daim Zainuddin, Na’imah Abdul Khalid, mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Ia melibatkan kesalahan mengancam demokrasi berparlimen dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Profesor madya itu berkata dia dipanggil kerana pandangan yang dinyatakan dalam laporan South China Morning Post pada 26 Dis 2024 yang berkaitan peranan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, dalam isu Pulau Batu Puteh.

Dalam laporan itu, Syaza – yang dirujuk atas kapasitinya sebagai Ketua Jabatan Sains Politik UIA – dipetik sebagai berpendapat bahawa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, adalah "musuh nombor satu" bagi Mahathir dan pembangkang.

Dia menambah jika kerajaan meneruskan siasatan terhadap Mahathir, pembangkang "akan mempunyai masa yang banyak untuk memberikan gambaran yang sangat negatif tentang Anwar".

Dihubungi hari ini, Syaza berkata, polis mengemukakan "banyak" soalan kepadanya dalam usaha untuk menentukan sama ada terdapat sebarang kaitan antara dia dan Na'imah atau sebaliknya.

Ahli akademik itu juga berkata polis meminta penjelasan sama ada dia "menerima apa-apa daripada sesiapa" atau tidak semasa membuat kenyataan kepada agensi berita antarabangsa itu.

Sementara itu dalam kenyataan hari ini, Persatuan Pelajar Sains Politik UIA mempersoalkan motif Bukit Aman dengan menegaskan bahawa sebarang komen yang dibuat mengenai perkembangan politik kontemporari, terutamanya mengenai pemimpin politik, tidak seharusnya dilihat sebagai kritikan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

“Ugutan oleh pihak polis terhadap pendapat akademik akan mengancam wacana intelektual negara kita dan berpotensi mendiamkan para sarjana daripada membincangkan isu-isu politik yang menarik minat rakyat,” kata kumpulan itu.

Terdahulu peguam Zaid Malek berkata dua lagi individu – daripada 14 nama secara keseluruhan – yang dinamakan dalam e-mel terkait dakwaan plot mengguling kerajaan dipanggil polis untuk disoal siasat.

Katanya setakat ini sembilan individu dari senarai itu telah dipanggil oleh, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif C4 Center, Pushpan Murugiah.

Peguam Na’imah, Nizamuddin Hamid, yang turut dipanggil hari ini atas kenyataannya mengecam dakwaan terhadap anak guamnya sebagai “fantasi semata-mata” dan mempersoalkan bagaimana seorang balu berusia 70 tahun mempunyai kuasa untuk menggulingkan kerajaan.



HARGA BARANG AKAN NAIK


WAJIB BERSEDIA

INFLASI SAMPAI

HARGA BARANG

AKAN NAIK

AMIN

ORANG RAMAI

BERSEDIA

JIMAT DAN CERMAT

AMIN

PEMBANGKANG

BERSEDIA

DAPAT PELURU

BOLEH HASUT

TURUN 

TURUN TURUN

KHALAS


Konflik Asia Barat: Malaysia dijangka berdepan tekanan inflasi – Akmal Nasrullah

JOHOR BAHRU – Malaysia dijangka berdepan tekanan kenaikan inflasi susulan gangguan rantaian bekalan tenaga global akibat ketegangan geopolitik di Asia Barat.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, gangguan terhadap bekalan minyak dan gas di peringkat global itu berpotensi memberi kesan domino kepada peningkatan kos pengeluaran, logistik serta harga barangan di pasaran.

Menurutnya, walaupun Malaysia berjaya mengekalkan kadar inflasi yang rendah sekitar 1.4 peratus sepanjang tahun lalu, perkembangan terkini geopolitik dijangka memberi tekanan baharu kepada harga barangan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kesan konflik ini bergantung kepada beberapa keadaan iaitu intensiti atau kerosakan yang berlaku dan seberapa lama konflik ini akan berlarutan.

“Ketika ini, masih belum ada tanda-tanda bahawa konflik ini akan tamat.

“Justeru, kerajaan telah pun mengambil beberapa pendekatan untuk menjamin bekalan minyak mencukupi, memastikan kegiatan aktiviti ekonomi masih berjalan dan aspek kesejahteraan rakyat terus dipelihara sebaik mungkin,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Program Jualan Rahmah di kawasan Pangsapuri Desa Dato’ Hajjah Hasnah, di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, kadar inflasi negara dijangka boleh meningkat sehingga tiga peratus sekiranya harga minyak dunia terus melonjak sehingga mencecah AS$150 (RM595) setong.

Pensyarah Kanan Ekonomi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad dilaporkan berkata, kerajaan perlu mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan tekanan ekoran peningkatan tersebut terutama dalam aspek pemberian subsidi.

Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata, konflik di Asia Barat boleh memberi kesan besar sekiranya berlaku gangguan terhadap laluan perkapalan utama dunia seperti Selat Hormuz.

“Gangguan terhadap bekalan minyak dan gas akan memberi implikasi langsung kepada produk berasaskan petroleum seperti petrol dan diesel.

“Selain itu, minyak juga merupakan komponen penting dalam proses pengeluaran banyak barangan, sama ada dari sudut input mahupun output. Jadi apabila berlaku gangguan bekalan, ia akan meningkatkan kos pengeluaran serta kos logistik dan rantaian bekalan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan ketika ini sedang merangka langkah terbaik bagi mengurangkan permintaan terhadap petrol termasuk cadangan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) membabitkan penjawat awam.

Sebelum ini, beberapa negara ASEAN termasuk Thailand, Vietnam dan Filipina mengumumkan langkah berjaga-jaga antaranya WFH bagi mengurangkan penggunaan tenaga selain menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik dan hibrid. – MalaysiaGazette

IKUT CONTOH KELUARGA TEO BENG HOCK


SALUT PADA

KELUARGA

TEO BENG HOCK

AMIN

CONTOH YANG

BOLEH DIIKUTI

AMIN

KELUARGA

YUSOF RAWTHER

AMRI CIK MAT 

PADRI KOH  

BOLEH BAWA

 KES KE PBB

KHALAS

Adik Beng Hock ke Geneva untuk berucap di sidang PBB

Adik perempuan mendiang Teoh Beng Hock berlepas ke Switzerland untuk membangkitkan perjuangan keluarganya dalam sidang Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC).

Dalam satu kenyataan hari ini, pengerusi Persatuan Kemajuan Demokratik Teoh Beng Hock, Koong Hui Yein, berkata Teoh Lee Lan berlepas menuju Geneva hari ini untuk menghadiri sesi ke-61 majlis tersebut.

Koong berkata Lee Lan dijadualkan berucap di hadapan wakil dari 47 negara anggota UNHRC dan peserta lain pada 17 Mac.

Menurutnya, Lee Lan akan mengetengahkan perjuangan keluarga mereka selama 17 tahun untuk menuntut keadilan terkait kematian Beng Hock dan menyeru PBB untuk mengaktifkan mekanisme hak asasi manusia dalam kes tersebut.

Keluarga itu, kata Koong, masih tidak berpuas hati dengan dapatan siasatan berhung kematian Beng Hock yang berakhir dengan keputusan NFA (tiada tindakan lanjut).

“Ini adalah petunjuk yang jelas bahawa kerajaan Malaysia telah menafikan hak keluarga mereka untuk mendapatkan keadilan,” katanya.

Koong menjelaskan misi Lee Lan ke PBB bertujuan untuk memberi penekanan bahawa yang mereka perjuangkan itu masih belum dapat diselesaikan walaupun sudah begitu lama berlangsung.

Dia menambah walaupun kerajaan Madani Malaysia menampilkan dirinya sebagai perjuang hak asasi manusia dan reformis, ia masih gagal melaksanakan sebahagian hak asasi buat keluarga Beng Hock iaitu hak untuk hidup dan hak untuk kesaksamaan seperti yang dijamin dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat PBB.

“Misi ini bertujuan untuk menggunakan mekanisme antarabangsa menekan kerajaan Malaysia agar memenuhi kewajipan hak asasi manusianya dan memulakan siasatan jenayah dan pendakwaan yang ketat dan profesional terhadap suspek yang terlibat,” katanya.

Beng Hock – ketika itu menjadi pembantu exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah – ditemui mati selepas disoal siasat semalaman di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang ketika itu berada di Plaza Masalam, Shah Alam.

Suruhanjaya siasatan diraja (RCI) pada 2011 memutuskan bahawa Beng Hock terdorong untuk membunuh diri kerana soal siasat yang agresif.

Bagaimanapun, pada 2014, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kematian Beng Hock disebabkan atau dipercepatkan oleh tindakan yang menyalahi undang-undang, termasuk tindakan pegawai SPRM.

Pada 21 Nov tahun lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan polis untuk menyelesaikan siasatan kematian Beng Hock dalam tempoh enam bulan.

Pada Mei, Jabatan Peguam Negara akhirnya mengklasifikasikan kes itu sebagai NFA.

Sementara itu, Koong juga berkata Lee Lan dan persatuan itu akan mengadakan siaran langsung dari Geneva esok untuk memaklumkan orang ramai tentang misi tersebut.

Dia menambah usaha keluarga untuk membawa kes itu ke PBB bukan sahaja untuk mencari keadilan untuk Beng Hock, malah mendesak pembaharuan institusi bagi mencegah kematian tahanan pada masa hadapan dan memastikan tragedi sedemikian tidak berulang.

Sehingga Dis lalu, persatuan itu mengumpul RM122,377 melalui pameran bergerak di seluruh negara dan pengumpulan dana dalam talian untuk menjayakan misi mereka ke PBB.

PETANG INI


PETANG INI

JAM 5 LEBIH CUACA BERUBAH
PANAS  HILANG RENYAI SAMPAI
GURUH BERDENTUM

KESIAN PENIAGA BAZAR RAMADAN
HUJUNG  MINGGU AKHIR 
DI DATANGI HUJAN

KETIKA GUA MENGETIK
HUJAN TURUN TAK LEBAT
TAK TAK DI BAWAH MEJA
TAKUT BUNYI GURUH

PETANG INI TAK MASUK HOKIEN
BAWA TAK TAK DALAM BLOK
JALAN JALAN DI PARKING SPACE 

GUA BERBUKA SEPERTI BIASA
KEMARIN GUA ADA BELI
AIR TEBU 
ENTAH ELOK ATAU DAH MASAM
JUGA ADA  BUAH KUNDANG
HA KAH KAH
YANG LAIN SEPERTI BIASA

SUP KAKI DAN TULUNG
BARU BUAT SEDANG DIMASAK
SUP  MINGGU LALU
KAKI DAN TULANG
JADI SARAPAN KELUARGA SITI 
ESOK PAGI

SELAMAT BERBUKA

RAJA BODOH BUAT LAWAK BANGANG !!!


INI CONTOH

RAJA BODOH

JADI BARUA

AMERIKA & ISRAEL

AMIN

KLIM RAJA

WALHAL

TOK DULU

PENCUCI KASUT

 CZAR RUSIAN

KHALAS 


"Bersedia untuk peralihan Iran di bawah kepimpinan saya" - Reza Pahlavi


PARIS: Anak lelaki kepada Shah Iran terakhir yang digulingkan oleh Revolusi 1979 berkata pada Sabtu bahawa beliau bersedia memimpin proses peralihan "sebaik sahaja Republik Islam tumbang".

Dalam mesej di saluran media sosialnya, Reza Pahlavi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) berkata beliau sudah pun berusaha memilih individu di dalam dan di luar Iran untuk berkhidmat dalam apa yang beliau gelar sebagai "Sistem Peralihan".

Pahlavi mengetuai salah satu daripada beberapa gerakan pembangkang yang beroperasi dari luar Iran, namun pengaruhnya semakin meningkat selepas protes pada Januari terhadap sistem pemerintahan ulama, dengan sebahagian penunjuk perasaan menggesa agar monarki dikembalikan.

Pemimpin tertinggi Iran yang lama memerintah, Ali Khamenei, terbunuh pada 28 Februari dalam serangan udara AS dan Israel.

Namun selepas dua minggu peperangan, sistem pemerintahan ulama itu masih kekal walaupun penggantinya, anak beliau Mojtaba Khamenei, belum membuat sebarang kemunculan awam.

Pahlavi berkata Saeed Ghasseminejad, penasihat kanan Iran dan ekonomi kewangan di badan pemikir berpangkalan di AS, Foundation for Defense of Democracies (FDD) yang lantang mengkritik Republik Islam, mengetuai proses pemilihan anggota badan peralihan tersebut.

"Individu yang berkemampuan, baik di dalam mahupun di luar negara, telah dikenal pasti dan dinilai untuk memimpin pelbagai bahagian dalam Sistem Peralihan," katanya.

"Di bawah kepimpinan saya, Sistem Peralihan ini akan bersedia mengambil alih pentadbiran negara sebaik sahaja Republik Islam tumbang dan dalam tempoh paling singkat akan mewujudkan ketertiban, keselamatan, kebebasan serta keadaan yang membolehkan Iran mencapai kemakmuran dan kemajuan," tambahnya.

Sebagai sokongan kepada Pahlavi, perhimpunan besar pro-monarki diadakan pada Februari di Munich serta beberapa bandar di Amerika Utara, yang dianggap sebagai demonstrasi sokongan terbesar setakat ini.

Namun beliau masih gagal memperoleh pengiktirafan daripada Presiden AS, Donald Trump, yang tidak pernah bertemu secara rasmi dengannya dan berulang kali menyuarakan keraguan terhadap kemampuannya untuk memimpin Iran.

"Mereka bercakap tentang anak Shah, mereka bercakap tentang orang lain, tetapi dia sudah lama tidak berada di sana," kata Trump minggu ini.

Pahlavi sedang menjalani latihan tentera udara di AS ketika bapanya, Mohammad Reza Pahlavi, digulingkan dan sejak itu beliau tidak pernah kembali ke Iran.

Trump juga beberapa kali merujuk kepada situasi di Venezuela, di mana pada Januari pasukan AS menahan presiden Nicolas Maduro, dengan Washington kini bekerjasama dengan bekas Timbalannya, Delcy Rodríguez.

Namun masih belum jelas bagaimana senario seumpama itu boleh berlaku di Iran.

"Saya suka idea perubahan dari dalam kerana ia berkesan. Saya rasa kita sudah membuktikannya setakat ini di Venezuela," kata Trump.

IRAN TERUS MEMBEDIL ISRAERL TANPA HENTI


IRAN TERUS

MEMBEDIL ISRAEL

TANPA HENTI

AMIN 

KAPIR ZIONIS PALING BAHAYA DALAM DUNIA


KAPIR ZIONIS

PALING BAHAYA

DALAM DUNIA

AMIN 

Unknown commented on 
"PAGI INI"

Kena lapor polis seorang tua berusia 75 tahun ceroboh kubur Cina setiap hari pagi dan petang, selain itu juga membuat kotoran najis anjing merata tempat, minta desak polis tangkap semua pencerobohan sebegini boleh tak? Jangan gelabah TT, 

jangan gundah gulana sebab kafir tidak akan berfikir sejahat kamu, mereka biarkan saja, hanya melihat cuma lihat kamu bagi makan kepada binatang, jadi semuanya dibenarkan, kami tidak suka mengacau keamanan orang lain kah kah kah kah

KANG KUNG CARI MAKAN - AIR KENCING DARI KERAJAAN


KANG KUNG

CARI MAKAN

AIR KENCING

DARI KERAJAAN

AMINA




Unknown commented on
 "KANG KONG MAKAN UPAH"

Kang Kung Malaysia cukup hebat, generasi kang kung ini ikut pemerintah, kalau ikut dapat imbuhan kemudahan elaun kajian projek komisen, yang tidak ikut tidak dapat apa-apa, mungkin pintu diketuk polis atau SPRM jadi kang kung sedar untuk meneruskan kehidupan selesa maka kang kung berubah menjadi selera pemerintahan amin kah kah kah




 

PROJEK BLOOMBERG GULING KERAJAAN


INI PROJEK AWAL

BLOOMBERG

UNTUK  TUKAR

KERAJAAN

KHALAS