Sabtu, 14 Mac 2026

LOJI MINYAK TERBAKAR - HARGA MINYAK MELONJAK NAIK



JANJI SUCI

JANJI SEJATI

LOJI MINYAK 

TERBAKAR

HARGA MINYAK

 DUNIA

PASTI NAIK 

MELEDAK

KHALAS

KANG KONG MAKAN UPAH


KANG KONG

DI UPAH BELIT

KAKI RAFIZI

KAH KAH KAH

KHALAS

GAMBAR DARI AJEN BLOOMBERG ?


GAMBAR INI

DARI ORANG

DALAM ATAU DARI

AJEN BLOOMBERG?

JENG JENG JENG

KHALAS

DAKWA DAN TUDUH AZAM BIN BAKI


KES RASUAH

AZAM BIN BAKI

MUDAH SELESAI

AMIN

BUAT SIASATAN

DIRAJA UMUM

PADA ORANG RAMAI

KHALAS

NAK BAGI KRONI KAYA - BAHAYAKAN NEGARA


    BUAT PASPORT

KAD PENGENALAN

KERJA  UNTUK

KESELAMATAN

NEGARA

AMIN

JANGAN DISWASTA

PADA KRONI 

AMIN

BAHAYA UNTUK

NEGARA

KHALAS


Rafizi: Pergolakan NexG bukti kontrak MyKad, pasport perlu diurus k'jaan

Rafizi Ramli menggesa supaya peranan NexG Berhad diletakkan di bawah kawalan kerajaan, susulan dakwaan pergolakan dalam syarikat yang dilantik Putrajaya untuk membekalkan MyKad dan pasport itu.

Bercakap dalam podcast “Yang Berhenti Menteri” malam tadi, bekas menteri ekonomi itu berkata memandangkan NexG mengurus aset keselamatan negara yang sangat sensitif, tugas yang diberikan kepada syarikat itu terlalu kritikal untuk dibiarkan di tangan pihak swasta yang terdedah kepada manipulasi.

“Ini soal keselamatan negara. Bukankah lebih baik jika ia dikendalikan terus oleh kerajaan? Apa yang susah sangat? Itu soalan paling asas.

“Apabila ada syarikat yang mempunyai kontrak bernilai berbilion ringgit dan perniagaan yang terjamin… setiap kali kerajaan bertukar, ia akan menjadi sasaran perebutan korporat seperti ini.

“Semua orang di sekeliling perdana menteri akan mahukan sebahagian daripada NexG,” tambahnya.

Ketika menggesa supaya kontrak kerajaan yang diberikan kepada NexG dikaji semula dan tugasnya dipindahkan kepada syarikat milik kerajaan, Rafizi mengakui langkah itu kemungkinan besar tidak akan berlaku kerana “terlalu banyak wang yang akan hilang”.

“Itulah bahayanya — apabila kepimpinan baru (dalam kerajaan) masuk, mereka mungkin berkata: ‘jika kita buat begitu, kita tak dapat satu sen pun, tetapi jika kita kekalkan (seperti sekarang), mungkin saya boleh dapat RM200 juta’. Itulah masalahnya,” katanya.

Bekas timbalan presiden PKR itu berkata demikian ketika muncul dakwaan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah campur tangan dalam usaha yang didakwa dilakukan ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk “mengambil alih kawalan” terhadap NexG.

Pada 12 Mac, Channel News Asia (CNA) melaporkan bahawa “arahan” yang didakwa datang daripada Anwar kepada bekas setiausaha politiknya itu dikeluarkan awal minggu ini, dengan arahan itu dikatakan bertujuan membuka laluan kepada ahli perniagaan Ishak Ismail untuk mengetuai NexG.

Laporan itu menambah walaupun Farhash tidak memiliki pegangan ekuiti secara langsung dalam NexG, dia mempunyai kepentingan 20 peratus dalam MMAG Holdings Berhad, sebuah firma logistik di mana NexG memegang 10 peratus kepentingan.

Farhash menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mengeluarkan surat tuntutan kepada agensi berita asing itu, namun NexG semalam mengumumkan bahawa Ishak dan anaknya, Mohamed Najib Ishak, telah menyertai lembaga pengarah syarikat sebagai pengarah bukan eksekutif.

Pelantikan mereka ke dalam lembaga pengarah berlaku selepas mereka muncul sebagai pemegang saham terbesar syarikat melalui Raya Aviation Holdings Berhad pada 4 Mac.

Dalam pemfailan kepada bursa, lembaga pengarah juga menegaskan bahawa pelaburan terdahulu dalam saham tersenarai, yang masih sedang disemak oleh lembaga terdahulu, dibuat selaras dengan undang-undang dan keperluan penyenaraian yang berkuat kuasa.

“Pengarah eksekutif syarikat percaya pelaburan ini merupakan sebahagian penting daripada transformasi strategik dan rancangan pengembangan syarikat,” menurut pemfailan oleh lembaga baru itu.

Pergolakan lembaga pengarah

Minggu lalu, NexG menggantung sementara kuasa pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutifnya, Abu Hanifah Noordin, yang dikatakan bagi membantu siasatan terhadap beberapa pelaburan syarikat itu dalam syarikat tersenarai awam.

Ini dipercayai termasuk pelaburan NexG yang mengalami kerugian dalam MMAG pada Mac 2025, bulan yang sama Farhash menjadi pemegang saham terbesar syarikat itu, serta pelaburan dalam Classita Holdings Berhad yang kini dikenali sebagai NexG Bina Berhad.

The Edge melaporkan bahawa Hanifah mahu Ishak, yang anak-anaknya mengawal Raya Aviation, dilantik sebagai ahli lembaga pengarah NexG bersama seorang lagi anak Ishak.

Anak perempuan Ishak, Siti Nur Aisyah, juga merupakan pemegang saham NexG yang bersekutu dengan Hanifah.

Turut dilaporkan bersekutu dengan Hanifah ialah Velocity Capital Berhad — cabang pembiayaan kepada Velocity Capital Partners Berhad, iaitu syarikat yang pernah dimiliki sahamnya oleh ketua pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Rancangan Hanifah untuk melantik Ishak dan beberapa individu lain ke lembaga NexG didakwa memerlukan penyingkiran tujuh pengarah, termasuk peguam Chong Loong Men, yang sebelum ini dikaitkan dalam laporan Bloomberg berkaitan “mafia korporat”.

Kuasa Hanifah Noordin dikembalikan semula selepas lembaga pengarah sebelum ini - yang dikatakan berpihak kepada Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak — meletak jawatan secara beramai-ramai, namun dia sebelum ini mendakwa penggantungannya berlaku kerana dia membantah dan cuba melindungi NexG Berhad daripada “dirompak di siang hari”.

Dia mendakwa seorang “tokoh yang sangat berkait dengan politik”, yang hanya dikenal pasti sebagai Mr X, bersama seorang ahli lembaga NexG, telah memberi tekanan kepada beberapa pengarah dan anggota penting pengurusan NexG supaya meninggalkan syarikat itu secara paksaan.

Keperluan RCI

Mengulas mengenai rangkaian korporat NexG yang rumit melibatkan individu berprofil tinggi serta dakwaan yang berpotensi serius - Rafizi berkata perebutan itu hanya menegaskan lagi keperluan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan berkaitan “mafia korporat”.

“Apabila Bloomberg mula melaporkan tentang ‘mafia korporat’, mereka yang pada masa sama menuduh saya rasuah dan mengambil projek bernilai RM3 bilion dan sebagainya - inilah sebenarnya yang mereka cuba sembunyikan,” dakwa Rafizi.

Ahli Parlimen Pandan itu sebelum ini mengkritik dua siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM terhadap dakwaan salah laku kewangan melibatkan dirinya ketika berada dalam kabinet, dengan berkata bahawa masa siasatan itu — selepas dia menggesa Azam digantung susulan laporan Bloomberg — menunjukkan risiko penyalahgunaan kuasa.

Dalam podcastnya malam tadi, Rafizi juga menegaskan dengan laporan terbaru CNA itu, kerajaan tidak lagi boleh menolak dakwaan berkaitan NexG sebagai sekadar spekulasi, kerana laporan tersebut menimbulkan persoalan tentang apa yang diketahui oleh kepimpinan tertinggi negara mengenai perkara itu.

“Dengan laporan CNA itu, bagaimana kita mahu sembunyikannya lagi? Tak boleh. Ini bermakna Anwar tahu apa yang Farhash lakukan. Anwar tahu apa yang berlaku dengan kontrak (yang diberikan kepada NexG), dengan pendedahan yang melibatkan keselamatan negara.

“Jadi apa sahaja yang kita mahu katakan tentang mafia korporat ini, kita tidak boleh lari daripada menjawab hakikat bahawa bukan sahaja ia berlaku di bawah pemerhatian kita, tetapi kepimpinan utama dilihat sebagai pemain utama di dalamnya,” dakwanya.


SETANYAHU MASIH HIDUP ATAU DAH MATI ?


SETANYAHU

MASIH HIDUP

ATAU DAH MATI?

 AMIN 

ATAU ADA

 SETAN BARU 

BERJARI ENAM

KHALAS


Adakah PM Israel terbunuh? video Netanyahu ada 6 jari cetus perdebatan ramai

BAITULMAQDIS: Satu kontroversi baharu tular di media sosial selepas video Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu baru-baru ini menjadi tanda tanya kerana jari kanannya mempunyai enam anak jari.

Ia kemudian menjadi bahan perdebatan dengan ribuan pengguna di laman X mendakwa, rakaman video itu dipercayai dijana atau diubah menerusi hasil janaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Video berkenaan, muncul di tengah-tengah perang Amerika Syarikat-Israel dan Iran yang semakin memuncak, dan kini menjadi perdebatan secara meluas dalam talian.


Disyorkan
Rumah Putih perbetulkan kenyataan, tentera laut AS tak iringi kapal tangki minyak di Selat Hormuz
Ketegangan diplomatik memuncak, Sepanyol tamatkan khidmat dutanya ke Israel
Presiden Iran tetapkan 3 syarat tamatkan perang
Iran lancar gelombang serangan hebat, bertubi-tubi terhadap Israel, kepentingan AS di Asia Barat

Tangkap layar, klip yang diperlahankan dan analisis mengenai video itu tersebar luas, dengan ramai pengguna menegaskan bahawa rakaman terbabit menunjukkan tanda-tanda klasik media yang dihasilkan oleh AI.

Daripada dakwaan jari tambahan kepada 'gangguan digital', klip itu mencetuskan apa yang digambarkan oleh sesetengah pemerhati sebagai 'ribut internet' sepenuhnya.

Sehingga kini, keadaan sebenar Netanyahu masih tidak diketahui sama ada beliau mungkin terbunuh atau cedera dalam perang dengan Iran.

APAKAH ADA JARINGAN EPSTEIN DI MALAYSIA?


KITA SEMUA

SEDIH DAN

BERSIMPATI

PADA SANG EMAK

AMIN

APAKAH ADA

JARINGAN EPSTEIN

DI MALAYSIA?

AMIN

MUNGKINKAH

KENA CULIK

UNTUK DIJUAL?

AMIN

KHALAS






Hampir 2 dekad hilang: 'Kalau Nini ada, umur dia sekarang mesti sudah 22 tahun' - Ibu

DUNGUN: Hampir dua dekad selepas Sharlinie Mohd Nashar hilang dalam kejadian menggemparkan negara, ibunya masih tabah menanti kepulangan anak perempuannya itu ke pangkuan keluarga.

Suraya Ahmad, 46, berkata setiap hari dia berdoa dapat bertemu semula dengan anaknya itu yang hilang ketika berusia empat tahun di Taman Medan di Petaling Jaya pada 9 Januari 2008.

"Saya masih mengharapkan dapat bertemu Nini (Sharlinie) dalam keadaan selamat dan sihat. Nini yang dilahirkan pada 30 Januari 2004 telah berusia 22 tahun.

"Jika ditakdirkan kami dipertemukan semula, saya yakin masih dapat mengenalinya kerana wajahnya hampir sama dengan anak kedua saya, Sharliena yang kini berusia 26 tahun," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Pulut di sini hari ini.

Suraya yang kini bergelar ibu tunggal selepas berpisah dengan bekas suami, Mohd Nashar Mat, 48, pada 2018 mengakui kerinduannya terhadap Sharlinie yang juga anak ketiga daripada empat beradik semakin terasa setiap kali menjelang Aidilfitri.

Katanya Sharlinie sentiasa ceria setiap kali menyambut Aidilfitri dan begitu teruja memperagakan pakaian baharu yang dibelikan.

"Sejak dia (Sharlinie) hilang, sambutan Aidilfitri terasa seperti ada yang tidak lengkap," katanya.

Pada masa ini, katanya dia hanya mampu melepaskan rindu terhadap Sharlinie dengan menatap gambar anaknya itu serta mengusap dua pasang pakaian berwarna merah jambu dan kuning yang sering dipakai Sharlinie, yang masih disimpan hingga kini.

Bagaimanapun Suraya berkata kerinduannya terhadap Sharlinie sedikit terubat apabila tiga lagi anaknya sangat rapat dan mesra dengannya, selain kehadiran dua cucu lelaki yang masing-masing berusia empat dan dua tahun yang turut menceriakan hidupnya.

Ditanya mengenai kehidupannya pada masa ini, Suraya berkata dia bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai makan berhampiran rumahnya bagi menyara keluarga.

Katanya dia turut menghasilkan dan menjual kerepek pisang secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan.

Kehilangan Sharlinie pada 2008 mengejutkan seluruh negara apabila kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak itu bersama kakaknya, Sharliena, dalam perjalanan pulang ke rumah dari taman permainan, kira-kira 200 meter dari rumah sewa keluarga mereka di Taman Medan.

Walaupun beribu-ribu poster mengenai kehilangannya diedarkan dan usaha pelbagai pihak untuk mencarinya dilakukan, tiada sebarang maklumat mengenai keberadaan Sharlinie hingga kini.




TAMAK SELALU RUGI


PEPATAH KATA

ORANG TAMAK

SELALU RUGI

MACAM ANJING

DENGAN BAYANG

AMIN

MAK CIK OOOI

DUIT DAH RAMAI

DAH ADA 2 JUTA

REHAT LAA

TAK CUKUP KE?

KHALAS


Warga emas rugi RM2.26 juta ditipu skim pelaburan saham AI

KUALA LUMPUR – Seorang wanita pesara swasta berusia 66 tahun rugi RM2.26 juta kerana menjadi mangsa penipuan skim pelaburan saham.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pihaknya menerima laporan tersebut pada 11.16 pagi semalam.

Jelasnya, wanita itu diperkenalkan satu pelaburan saham di bawah sebuah syarikat oleh seorang ejen pada 2023 yang menjanjikan dividen 10 peratus setiap tiga bulan.

“Mangsa membuat beberapa transaksi bayaran secara berperingkat sehingga berjumlah RM2,262,750 dan tidak menerima pulangan seperti yang dijanjikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Lazim, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dilaporkan, seorang pesara swasta wanita mendakwa rugi hampir RM2.5 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan automatik berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang diperkenalkan oleh seorang individu.

Individu itu dipercayai menguruskan pelaburan keluarganya sejak beberapa tahun lalu.

Wanita berkenaan dikatakan membuat pelaburan itu sejak 2023 selepas diperkenalkan kepada sebuah syarikat pelaburan yang akhirnya menyebabkan jutaan wang miliknya lesap.-MalaysiaGazette

BOM BOM TEL AVIV VERSI NUSANTARA


BOM BOM TEL AVIV

VERSI NUSANTARA

KHALAS

NAK BERI HADIAH TOPI


BRO

DATANG JUMPA GUA

DI MAMAK CAFE

BRICKFEILD

AMIN

GUA HADIAH

TOPI KLASIK GUA 

AMIN

NANTI 50 TAHUN

LU LELONG BOLEH

BUAT DUIT

KHALAS

Unknown commented on
 "DEMO BERJAYA"

Pakcik takkan jumpa hasil tulis pakcik. Jika saya jumpa pakcik, saya akan larikan baju pakcik peluh peluh tu. 50 tahun lagi pasti jutawan.

KERAJAAN BARU AKAN DAKWA AZAM BIN BAKI


HANYA KERAJAAN

BARU 

AKAN DAKWA 

AZAM BIN BAKI

AMIN

Unknown commented on 
"AZAM BIN BAKI LAKNAT NEGARA"

Kah kah kah sesama sendiri bergaduh sejak awal zaman, masing-masing hasad dengki, hati busuk sesama sendiri, bukan orang lain, semuanya bermula dengan jiwa yang penuh kekotoran, niat jahat, jadi kalau dikatakan hilang di tanah air tidak mustahil, tiada kesatuan, bangsa lain diam diam memajukan diri, bekerja keras, kurang bercakap, kita suka bercakap siang malam, sampai kerja jarang buat, asyik mengacau orang lain, 

seluar dalam tak pakai, haram ini haram itu, diri sendiri jadi haram jadah tidak dibagi perhatian pun, kah kah kah jadi sudah sampai masa, penyatuan atas nama apa sekalipun, semuanya paksi matlamat utama ialah wang, duit, bantuan demi bantuan diberikan sejak awal zaman tetapi tidak pernah cukup, malas berusaha tunggu bantuan nak ketat selalu, kah kah kah inilah sebahagian besar orang-orang kita yang syumul syukur alhamdulillah kah kah kah kah

KERJA DAULAH TERPENDAM - GADUHKAN ISLAM -HINDU


INI KERJA SAPA?

GADUHKAN

HINDU - ISLAM

AMIN

KERJA 

DAULAH 

TERPENDAM?

KHALAS