Rabu, 25 Mac 2026

SERANGAN GELOMBANG KE 80


JANJI SUCI

JANJI SEJATI

GELOMBANG KE 80

AMIN

TRUMP BERUNDING DEPAN CERMIN


TRUMP 

BERUNDING DEPAN

CERMIN BERCAKAP SORANG DIRI

KAH KAH KAH

INI PETANDA

BAIK

KHALAS

KEJAYAAN PROJEK BLOOMBERG


JANGAN TAK SEDAR

SEMUA INI ADALAH

PROJEK

BLOOMBERG

KHALAS

SAPA NANDEK R ? APAKAH KICAP ATAU SAMSU ?


PROJEK

BLOOMBERG

TERUS BERJALAN

AMIN

PKR HURU HARA

SAPA NANDEK R

KAH KAH KAH

AMIN

R - RAMANAN

ATAU

R - RAFIZI

JENG JENG JENG

AMIN

SEMUA INI

PELURU UNTUK

PROJEK TURUN

TURUN TURUN

AMIN

NOTA : NAFI

ERTINYA BENAR

KAH KAH KAH

KHALAS


Hanya Chin boleh jawab siapa Mr R - Ramanan dakwa Rafizi serangnya

Menteri Sumber Manusia R Ramanan menafikan dirinya terlibat skandal rasuah sebanyak RM9.5 juta daripada ahli perniagaan yang dikaitkan dengan "mafia korporat" Victor Chin.

Kata Naib Presiden PKR itu, dia tidak pernah berjumpa mahupun mengenali Chin sekali gus menafikan dirinya adalah "Mr R" yang dimaksud ahli perniagaan kontroversi itu.

"Hanya Chin boleh jawab siapa Mr R... ada sebahagian cuba mengaitkan Mr R itu dengan saya. Dia kononnya cakap Mr R itu saya.

"Memang kita lihat cybertrooper bekas timbalan presiden serang saya macam saya bersekongkol dengan Mr Chin, saya tak pernah jumpa Mr Chin, saya tak tahu siapa dia," katanya dalam sidang media di pusat khidmat Ahli Parlimen Sungai Buloh di Sungai Buloh, hari ini.

Ramanan mendakwa laskar siber atau cybertrooper Rafizi menyerangnya dengan memainkan naratif yang bertujuan untuk memecah-belahkan parti.

ADS

Dia turut meminta pihak yang membuat tuduhan terhadapnya termasuk isu pemilikan saham supaya membuktikan perkara itu dan tidak membuat tuduhan membuat tuli.

"Macam mana saya boleh ambil RM9.5 juta daripada seorang yang saya tak kenal atau tak pernah jumpa," tambahnya lagi.

DS

Semalam, Chin menuduh seorang ahli Parlimen PKR menerima RM9.5 juta untuk membantu menyelesaikan isu tersebut.

Dia juga mengancam untuk mendedahkan identiti ahli parlimen itu, jika wang itu tidak dikembalikan kepadanya.

Dalam dokumen setebal 40 halaman yang memperincikan kronologi peristiwa yang didakwanya, Chin berkata bahawa ahli parlimen yang tidak dinamakan itu memintanya untuk mengatur wang tunai RM10 juta, untuk menyelesaikan masalah Victor dengan bercakap dengan "geng mafia korporat."

"Saya berjaya menguruskan RM9.5 juta pada mulanya, tetapi baki RM500,000 tidak pernah diserahkan kepadanya, kerana ahli parlimen ini tidak menyelesaikan isu itu. Tiada wang yang pernah diserahkan kepada kumpulan mafia korporat.

"Saya mengeluarkan pesanan kepada ahli parlimen ini: Sila pulangkan RM9.5 juta sebelum 30 Mac 2026, atau saya akan mendedahkan identiti anda," katanya.

Sementara itu, pada sidang medianya itu Ramanan turut menyerang Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan yang didakwanya mempunyai agenda tersembunyi terhadap dirinya.

Ramanan menyifatkan Rafizi sebagai bekas timbalan presiden PKR dan bekas menteri yang gagal ketika diberi peluang berada dalam Kabinet.

"Dia (Rafizi) bekas menteri yang gagal, apa kejayaan dia? Bagi saya dia penakut, dia tahu dia gagal dia cepat-cepat letak jawatan," katanya.

"Saya keliru, nampak macam dia yang lindungi korporat mafia ini," tambahnya yang mengecam tindakan Rafizi yang sering mengecam pihak berkuasa.

PROJEK GULING KERAJAAN ANJURAN BLOOMBERG


SEMUA TAJUK

BERITA BUKTIKAN

PROJEK GULING

KERAJAAN

ANJURAN

 BLOOMBERG

SEDANG BERJALAN

DENGAN JAYA

KHALAS




Ramanan cabar Victor Chin dedahkan siapa Mr R


Mafia korporat: Rafizi dakwa wujud persekongkolan dalam sistem penguatkuasaan


Mafia korporat: Siapa Mr X, kenapa pihak berkuasa belum siasat dakwaan Hanifah?


Jika SPRM sudah selesai beraya, siasat Victor Chin – Fadhli


PROJEK GULING KERAJAAN BLOOMBERGG


SIVARASA

TAK SEDAR

& TAK FAHAM

AMIN

INI DRAMA

SENGAJA 

DI PENTAS

AMIN

 SAMBUNGAN

PROJEK 

TUKAR KERAJAAN

YANG DI RENCANA

OLEH BLOOMBERG

AMIN

SATU DEMI  SATU

DIBOCOR UNTUK

HAKIS KEYAKINAN

ORANG RAMAI

AMIN

DRAMA INI ADALAH

ANAI-ANAI

BAWA RUNTUH &

BANTU PROJEK

TURUN

TURUN TURUN

KHALAS




'Cukup berdrama, dedah saja nama MP PKR minta RM10 juta'

Bekas naib presiden PKR R Sivarasa menyelar Victor Chin, susulan dakwaan ahli perniagaan itu bahawa seorang anggota parlimen PKR menerima RM9.5 juta sebagai bayaran untuk menyelesaikan isu berkaitan "mafia korporat".

Dalam siri hantaran di aplikasi X, Sivarasa melabel Chin sebagai "meniru" Albert Tei, pemberi maklumat yang mendedahkan skandal rasuah besar-besaran di Sabah yang membabitkan sekurang-kurangnya 15 ahli politik dan beberapa pemimpin negeri pada November 2024.

Menegaskan bahawa Chin sepatutnya "buat saja laporan polis" dan mengadakan sidang media untuk menjelaskan dakwaannya, bekas anggota parlimen tiga penggal itu menggesa Chin mendedahkan "bukti" tuduhannya, termasuk mengenal pasti wakil rakyat PKR yang didakwa terlibat dalam transaksi tersebut.

"Hentikan drama bodoh ini! Dan kemudian, biarlah polis buat kerja mereka, dan biarkan sesiapa yang dinamakan olehnya (Chin) jawab," kata Sivarasa.

"Jika (Chin) tidak buat laporan polis dan dedahkan secara terbuka individu serta butiran bukti yang dia ada, dokumen 40 muka surat yang dikatakannya itu nilainya lebih rendah daripada kertas itu sendiri dan sepatutnya diracik serta dikitar semula sebagai kertas tandas."

Semalam, dalam dokumen 40 muka surat yang memperincikan kronologi peristiwa menyelubungi dakwaan kesengsaraannya dengan "mafia korporat," Chin berkata wakil rakyat itu, yang tidak dinamakan, meminta dia menyediakan RM10 juta dalam bentuk tunai untuk menyelesaikan masalahnya.

"Saya berjaya menyediakan RM9.5 juta pada mulanya, tetapi baki RM500,000 lagi tidak pernah diserahkan kepadanya, kerana anggota parlimen ini tidak menyelesaikan perkara tersebut. Tiada satu pun wang itu diserahkan kepada kumpulan mafia korporat.

"Saya menghantar mesej kepada anggota parlimen ini: Sila pulangkan RM9.5 juta sebelum 30 Mac 2026, atau saya akan dedahkan identiti anda," lapor dokumen itu, yang menyatakan bahawa dana tersebut dipindahkan kepada ahli parlimen berkenaan pada 18 Okt tahun lalu.

Dalam kenyataan yang dilampirkan bersama dokumen itu, Chin turut mengulangi rayuannya kepada Ketua Polis Negara Khalid Ismail untuk "membongkar kebenaran" di sebalik dakwaan urusan "mafia korporat" tersebut.

Bulan lalu, Bloomberg menamakan Chin sebagai sebahagian daripada rangkaian ahli perniagaan yang didakwa berpakat dengan SPRM untuk mengatur pengambilalihan korporat terhadap pesaing.

Bagaimanapun, Chin mengesahkan bahawa sebarang siasatan terhadap dakwaan intimidasi korporat perlu merangkumi "peranan dan tingkah laku" SPRM dan polis, sambil menambah bahawa dia menyokong gesaan penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk menyiasat perkara itu.

Dia juga berhujah bahawa dia menjadi mangsa dan "terperangkap oleh mafia", yang menurutnya telah mengambil kesempatan ke atas agensi penguatkuasaan dan kawal selia.

Terdahulu, jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata kabinet mengarahkan polis, Lembaga Hasil Dalam Negeri, SPRM, dan Suruhanjaya Sekuriti, antara lain, untuk menyiasat dakwaan "mafia korporat".

Langkah berkenaan sejak itu mengundang kemarahan pihak tertentu, termasuk Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), yang menegaskan bahawa RCI adalah jalan terbaik memandangkan persoalan akan terus timbul jika SPRM dibenarkan menyiasat agensi itu sendiri.

SPRM mengeluarkan penafian tegas berhubung tuduhan penglibatan pegawainya dalam "mafia korporat," menyifatkan dakwaan itu sebagai tuduhan tidak berasas yang merupakan sebahagian daripada kempen memburuk-burukkan bagi menjejaskan reputasi agensi tersebut.

PELURU UNTUK MENGHASUT


KEJAYAAN

KACAU BILAU

KAH KAH KAH

SATU LAGI

TEKANAN UNTUK

MADAFAKA

AMIN

SATU LAGI

PELURUN UNTUK

TURUN

TURUN TURUN

KHALAS



Kenaikan harga diesel, 100 syarikat bas persiaran Zon Utara bakal gulung tikar


ALOR SETAR: Kira-kira 100 syarikat pengusaha bas persiaran di Zon Utara berdepan masalah 'gulung tikar' susulan kenaikan harga diesel dan kos operasi, selain tempahan semakin berkurangan.

Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara, Ahmad Ruslan Abdul Latiff, berkata semua syarikat pengusaha bas persiaran di bawah naungannya dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis terbabit dengan sektor pelancongan.

Beliau mendakwa, sebahagian besar pengusaha tidak dapat menjalankan perniagaan akibat kenaikan harga diesel kerana tempahan daripada agensi pelancongan, sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) dan organisasi semakin berkurangan.

"Sekarang harga diesel mencecah RM4.72 seliter dan tidak mustahil terus meningkat pada masa akan datang.

"Kos operasi juga meningkat dua kali ganda, malah pelanggan membatalkan tempahan perkhidmatan bas persiaran di bawah naungan kami walaupun kami sedia berbincang dengan mereka.

"Setakat ini, saya dimaklumkan kira-kira 50 peratus tempahan sudah dibatalkan," katanya pada perhimpunan aman di sini semalam, yang disertai 31 pengusaha bas persiaran Zon Utara.

Ahmad Ruslan berkata, syarikat bas persiaran di Zon Utara sukar bertahan untuk terus beroperasi jika keadaan ini berlarutan, malah masalah dihadapi memberi tekanan, terutama ketika negara melaksanakan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Beliau berkata, industri bas persiaran antara tulang belakang pergerakan pelancong domestik dan antarabangsa di Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, kenaikan harga diesel memberi kesan besar terhadap kos operasi, sekali gus menjejaskan daya tahan industri ini.

"Pihak kami akan menghantar satu memorandum kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Perdana Menteri supaya masalah yang kami hadapi sekarang dapat diatasi segera.

"Melalui memorandum itu, kami mencadangkan bantuan kewangan sementara dapat diberikan, selain berharap subsidi bersasar diesel diberikan kepada pengusaha bas persiaran berdaftar di bawah MOTAC, " katanya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Bumiputera Malaysia, Mahadi Izady Maharazi, berkata pihaknya mengharapkan bantuan segera diperoleh untuk meneruskan perkhidmatan bas persiaran.

Beliau berkata, masalah sama dihadapi mereka ketika pandemik COVID-19 pada 2020.