Sejarah
telah merakamkan empire Iskandar Zulkarnain. Sejarah telah merakamkan
empire Mongol Genghis Khan. Sejarah telah merakamkan empire Napoleon.
Dunia telah membaca sejarah empire Portugal dan Sepanyol. Sejarah
pernah menulis 'the sun never set on the British Empire –
matahari terus bersinar untuk empire British. Jepun juga telah
mencuba mendirikan empire. Semua empire dan tanah jajahan yang
dimiliki oleh kuasa imperial akhirnya runtuh.
Kini
dunia sedang berhadapan dengan empire Amerika. Kacau bilau dan huru
hara yang sedang berlaku diatas muka bumi pada ketika ini semuanya
berpunca dari kuasa imperial Amerika Syarikat.
Apa
itu kuasa imperialis? Apa itu kuasa imperial? Imperialis ialah tahap
akhir dalam perkembangan sistem ekonomi kapitalis. Pada awalnya
sistem ekonomi kapitalis mula berniaga – jual beli - dalam negara
sendiri. Pasaran hanya berlaku dalam negara. Apabila keuntungan
banyak terkumpul maka ianya dijadikan modal. Dan modal ini perlu
mencari pasaran yang baru. Barang buatan dalam negeri wajib mencari
pembeli baru.
Contohnya:
Pada satu ketika dahulu kita membeli pinggan mangkok dari Manchester
dan Sheffield. Kita membeli kereta Morris Minor dan Austin. Ini
ketika Tanah Melayu dibawah penjajah British. Kuasa imperial British
terus memerlukan pembeli baru. Bukan sahaja pasaran yang dicari
malah kuasa imperial ini juga mengambil bahan bahan mentah – bijih
emas kayu kayan - dari tanah jajahan. Bahan ini diproses kemudian
dijual kembali ke tanah jajahan.
Apabila
kuasa jual beli sademikian berjalan ke luar naegara maka ianya
dipanggil sistem ekonomi penjajah. Syarikat tempatan kini menjadi
syarikat multinasional. Inilah tahap tertinggi sistem ekonomi
kapitalis juga didalangi oleh kuasa imperialis atau kuasa imperial.
Tapi
anak tanah jajahan tidak terlentang menerima dengan tangan terbuka.
Penentangan berlaku. Di Tanah Melayu muncul Tok Janggut, Datuk
Bahaman, Maharaja Lela – mereka bangun angkat senjata menentang
kuasa British ini. Justeru kuasa imperial British memerlukan bala
tentera.
Maka
kita lihat satu ketika dahulu ada soldadu Belanda di Melaka. Kita
teringat ada soldadu Inggeris di Kem Terendak Melaka. Ada tentera
udara British di Butterworth. Semua ini adalah ciri watak sebuah
empire. Hakikatnya, harta Tuan Penjajah perlu dikawal oleh bala
tentera untuk memastikan keuntungan selamat pulang ke London.
Hari
ini British Empire telah runtuh. Dunia hari ini sedang berhadapan
dengan American Empire. Amerika memiliki lebih dari 700 pengkalan
tentera – udara laut dan darat - berselirat di seluruh dunia.
Serbanyak 63 buah negara dalam dunia ini telah menjadi tempat soldadu
Amerika bersarang. Inilah kuasa imperialis yang terbesar dan terkuat
dalam sejarah umat manusia.
Kuasa
kaum pemodal Amerika ini telah menjalinkan kerjasama dengan pemodal
British. Malah kaum kapitalis Amerika telah menjalin hubungan intim
dengan kaum kapitalis British. Dari segi pensejarahan pemodal
Amerika dan British datang dari lubuk yang sama. Justeru mereka
dikenali sebagai kuasa imperial Anglo-Amerika.
Kuasa
imperial Anglo-Amerika ini sedang menjunam menuju keruntuhan.
Kerutuhan ini tidak dapat dielakkan kerana ianya berlaku mengikut
hukum sosial – dimana ada penindasan maka disana akan berlaku
perlawanan. Hakikatnya untuk mengendalikan sebuah empire bukan satu
yang murah.
Sejarah
telah merakamkan bagaimana di Tanah Melayu empire British telah
diserang oleh Tok Janggut , Chin Peng, Abdullah Sidi dan Rashid
Mydin. Kini empire Amerika sedang diserang dari pelbagai pelusuk.
Perang Irag, Afghanistan, Libya, Syria, Pakistan – masih belum
selesai. Dalam sejarah Amerika, Perang Iraq adalah yang paling lama
– kini memasuki tahun ke 11. Harga perang ini telah mencecah 6
trilion dolar.
Dalam
pensejarahan tamadun manusia – dalam dekad ini kita telah memasuki
tahap terakhir sistem ekonomi kapitalis. Sistem ini tidak dapat lagi
mara kehadapan. Pasaran telah tepu. Barangan untuk dijaja telah
melambak-lambak. Akhirnya keuntungan yang terkumpul tidak dapat lagi
mencari pasaran baru. Apabila ini berlaku maka sistem ekonomi
kapitalis akan menguncup, merundum dan runtuh.
Sejarah
ini telah berkali-kali berulang. Kali terakhir ialah pada September
2008 apabila banyak syarikat gergasi runtuh muflis. Sistem kapitalis
yang bocor ini telah ditampal oleh Barack Obama dengan suntikan 700
bilion dolar.
Dalam masa yang sama sistem ekonomi Amerika ini telah membuka satu bentuk politik baru dalam badan politik kuasa imperial Amerika. Dizaman East India Company (EIC) atau Dutch East India Company (DEIC) dahulu syarikat ini menjadi pemangkin Baginda Queen untuk meluaskan tanah jajahan. Dari segi pensejarahan EIC dan DEIC - dua gerombolan peniaga ini akan tunduk kepada kuasa Baginda Queen. Gerombolan peniaga ini sedar bahawa akhirnya hanya Baginda Queen sahaja yang boleh mengarahkan tentera laut atau darat untuk menjaga kepentingan mereka. Justeru mereka membayar upti kepada Baginda Queen.
Dalam masa yang sama sistem ekonomi Amerika ini telah membuka satu bentuk politik baru dalam badan politik kuasa imperial Amerika. Dizaman East India Company (EIC) atau Dutch East India Company (DEIC) dahulu syarikat ini menjadi pemangkin Baginda Queen untuk meluaskan tanah jajahan. Dari segi pensejarahan EIC dan DEIC - dua gerombolan peniaga ini akan tunduk kepada kuasa Baginda Queen. Gerombolan peniaga ini sedar bahawa akhirnya hanya Baginda Queen sahaja yang boleh mengarahkan tentera laut atau darat untuk menjaga kepentingan mereka. Justeru mereka membayar upti kepada Baginda Queen.
Pada
awalnya pendekatan yang sama juga telah berlaku di Amerika. Sesudah
Perang Dunia Kedua – kaum pemodal Amerika tunduk kepada kepentingan
politik dan diplomasi daulah Amerika. Kepentingan negara
didahulukan. Kuasa daulah telah membantu kaum pemodal Amerika untuk
menjalankan perniagaan di serata pelusuk dunia. Kuasa politik daulah
ini juga akan memastikan kaum pemodal Amerika akan mendapat layanan
terbaik dari negara Dunia Ketiga. Bala tentera Amerika menjamin kaum
pemodal mendapat keuntungan maksima.
Semua
ini berubah apabila syarikat ini mengelembong besar untuk menjadi
syarikat multinasional. Dari sebuah syarikat Amerika yang kecil kini
memiliki jaringan diseluruh dunia. Syarikat ini bukan lagi milik
persendirian tetapi dimiliki oleh tuan empunya saham. Kepentingan
pemegang saham ini wajib dijaga.
Maka
dari sini bermulanya jarum racun syarikat multinasional merancang
untuk menggunakan jentera daulah dalam usaha mengembangkan
kepentingan perniagaan syarikat. Kalau dahulu syarikat Amerika akan
akur mengikut jentera daulah menjaga kepentinagn negara kini apa
yang berlaku adalah sebaliknya.
Sejarah
merakamkan bagaimana jentera daulah – CIA - telah digunakan oleh
syarikat minyak petrolium untuk menjatuhkan kerajaan nasionalis
Mossadegh di Iran pada tahun 1953. Syarikat Anglo-Iranian Oil
Company yang hari ini menjadi British Petrolium (BP) telah
mendalangi rampasan kuasa. Kemudian pada tahun 1954 satu lagi
rampasan kuasa CIA telah berlaku di Guatamala. Kali ini untuk
mempertahankan kepentingan kebun pisang milik United Fruit Company.
Mengikut
hukum kapitalis – dari syarikat kecil dalam negara – kini
berkembang ke luar negara – kemudian membesar untuk menjadi apa
yang dipanggil Multinational Corporation (MNC) Syarikat MNC ini
tidak lagi memiliki identiti kenegaraan. Ini adalah tahap tertinggi
dan terakhir dalam percapaian perniagaan kapital.
Wajib
disedari bahawa kemunculan syarikat MNC ini berkait rapat dengan
dasar globalisasi. Ianya juga berjalan seiring dengan dasar ekonomi
kapitalis terbuka. Kemunculan syarikat MNC ini adalah sebahagian
dari hukum pejalanan modal dalam usaha untuk mencari keuntungan
maksima. Syarikat MNC ialah syarikat global.
Hari
ini tidak salah kalau saya katakan bahawa badan politik Amerika bukan
lagi milik rakyat Amerika. Cita-cita dan piagam Amerika yang
berlandaskan demokrasi kini telah diselewengkan oleh syarikat MNC.
Amerika Syarikat yang bangga dengan sistem demokrasi – dari orang
ramai untuk orang ramai – kini telah menjadi - dari MNC untuk
pemegang saham MNC.
Jangan
silap faham Koperation bukan Kooperasi. Koperation bukan syarikat
kerjasama yang saling bantu membantu. Koperation ialah syraikat
gergasi. Apabila Koperation bergabung dengan satu atau dua buah
lagi syarikat maka ianya akan menjadi apa yang dipanggil
konglomerate. Inilah syarikat kapitalis yang amat-amat besar.
Keuntungan dari sasatengah konglomarate ini mungkin ada yang melebihi
perbelanjaan dana beberapa buah negara Dunia Ketiga.
Badan
politik Amerika pada ketika saya menulis ini telah menjadi milik
koperation, milik syarikat MNC dan milik konglomerate. Bagaimana ini
boleh berlaku?
Apa
telah terjadi kepada Amerika yang pada satu ketika dahulu satu
contoh terbaik sebuah negara demokratik? Warga Amerika bekerja
membanting tulang untuk mendirikan Amerika Syarikat yang memiliki
keunggulan dibidang sains, teknoloji, keilmuan dan budaya. Apa sudah
jadi?
Pada
ketika ini Amerika Syarikat masih lagi unggul dibidang sains,
teknoloji, masih lagi unggul dibidang keilmuan dan budaya – jika
dibandingkan dengan negara yang lain. Tetapi dalam badan politik
Amerika semakin jelas dilihat bahawa sistem demokrasi yang menjadfi
asas kekuatan Amerika itu telah menjadi lucah dan haprak.
Sistem
dua parti – Republikan dan Demokrat – yang menjadi asas
demokrasi Amerika kini telah menjadi barang dagangan. Sistem
pilihanraya Amerika yang semakin mahal telah membolehkan syarikat MNC
membeli Rumah Puteh.(TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-03-92-21-30- 45
----------------
7 ulasan:
Nama2 penentang penjajah yg TT sebut tiada seorang pun eeee...adakah eeee halimunan.apakah eeee ini timbul bila masa senang sahaja dan hanya muncul untuk meruntuhkan kejayaan yang orang lain.
empire mperialis kian kecundang, slowly bro but surely,eee ni spesi cari untung sahaja ,jangan tak tau spesis-spesis eee ni bijak main wayang daa , lihat saja kepala depa sang kutti tu !ABU !
Amerika sekarang bukan yg dulu. Tapi jua jelas ialah pilihanraya dikuasai oleh wangtunai & demokrasi menjadi perjudian dari satu sudut.Walau itu, isyu2 masyarakat dapat juga diketengahkan. Bila itu berlaku, bijaksana (intelek)menjadi asas & dorongan walau realitinya wang terguna kerna pengurusan usaha. REalitinya juga, itu kapitalisme.
Selagi sistem nilai ekonomi berasas matawang, sukar mencetus keadilan maksima. Kewangan US dikuasa oleh sebuah syarikat - the Federal Reserve. Jadi di mana kuasa rakyat?
Sebenarnya, KERAJAAN US boleh suruh org buat jalanraya kemudian cetak wang untuk bayar. Ini tidak, mereka bagi cek & Fed, sebuah syarikat buat!
Tentulah negara dikuasai syarikat yg mutlak hanye mau wang! Dan ini menyerap satu dunia!
Jadi kita selalu kena crash je bila dia orang ada mimpi atau sukahati.
Macam mana nak cipta dunia baru? Aku tak tau, tapi ade orang di luar sana tau! :-)
Tuan Guru TT
Empire Mat Mongol masih ber jalan lancar , Mat Mongol Iskandar Zulkarnaen belum runtuh lagi lah.
Mat Mongol masih kuat di Tanah Melayu (dahulu nya Tanah Mamak).
Selagi Mat Mongol masih ber pegang Tahktha , Mat Bahalol (USA) hanya dapat tunggu dan lihat sambil membaca AMANAT BAHALOL.
Guru hishamuddin rais mohon disurahkan pula perjanjian bretten woods
Empayar kontot bantut umngok tak sempat merasa globalisasi apabila ketuanan ini panik dalam usaha mempertahankan kuasa.umpama naluri orang tak buat salah apa pula orang itu hendak berasa takut.
Empayar san miguel takda hati ker buat fiesta cam oktoberfest carslberg untuk tambah keuntungan syarikat dan peribadi.ini untung adalah untung dari 5 cabang benda haram berdaftar dalam mana2 agama 1.arak 2.judi 3.riba 4.lendir.sesungguhnya giliran no susunan tu tak penting yang penting isma akan tolong promo oktoberfest san miguel nanti.
Catat Ulasan