KAPIR LAKNAT
FITNAH
PEMIMPIN
ISLAM - BILA
NAK SAMAN?
Beberapa hari lalu, selepas Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil ketiga untuk merampas harta bernilai USD1.6 bilion yang didakwa dibeli dengan wang diseleweng dari dana 1MDB, peguam bagi Rosmah telah mengeluarkan kenyataan bahawa Rosmah akan menyaman mereka yang didapati memfitnah beliau dalam laman web dan media sosial.
Untuk mempercepat kerja-kerja firma guaman yang dilantik Rosmah, saya telah kenalpasti 7 tweet dan website yang dengan jelas cuba mengaitkan isteri Najib dengan skandal penyelewengan 1MDB – walaupun filing DoJ itu tidak menamakan siapa itu “wife of Malaysian Official 1”. Dakwaan yang dibuat adalah berkait pembelian rantai berlian merah jambu bernilai USD27.3 juta oleh individu bernama Jho Low yang mana berlian itu kemudiannya dihadiahkan kepada Rosmah.
Jika apa yang ditulis dalam tweet dan laman web di atas adalah fitnah semata-mata, saya menggesa peguam Rosmah untuk segera menghubungi pengendali-pengendali akaun Twitter dan laman-laman web ini untuk mendesak mereka memperbetul berita atau tweet mereka.
Ini penting kerana kesemua akaun Twitter dan laman-laman web yang dipetik di atas merupakan “influencer” yang berpengaruh, bersifat antarabangsa/international, berkredibiliti dan diikuti ramai; orang ramai yang membaca tulisan mereka berkemungkinan tinggi akan mempercayai bahawa tulisan-tulisan tersebut adalah berasaskan fakta dan adalah benar. Penafian semata-mata tidak memadai, malah hanya akan mengukuhkan persepsi bahawa ada kebenaran disebalik dakwaan-dakwaan yang dibuat di dalam filing DoJ itu.
Mungkin langkah yang lebih efektif daripada itu ialah dengan Peguam Negara menghantar delegasi untuk memberi kerjasama penuh ke dalam kes yang dibawa DoJ ini, atau dengan Peguam Negara membuka semula kes 1MDB dan membawa kes tersebut ke mahkamah di Malaysia.
Pada masa yang sama, saya terpanggil untuk mengingatkan peguam Najib bahawa pada 5 Julai 2015 Najib pernah berkata beliau akan menyaman Wall Street Journal di atas laporan berkenaan dakwaan saluran wang hampir USD700 juta dari 1MDB ke dalam akaun peribadi beliau, namun hingga hari ini beliau masih belum melakukan sedemikian. Sama seperti isu di atas, peguam Najib perlu segera menyaman WSJ; jika tidak, persepsi bahawa dakwaan itu adalah berasas akan terus mengukuh.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
19 Jun 2017
Pengarah Komunikasi KEADILAN
19 Jun 2017
---------------------------
5 ulasan:
Rosmah tunggu apa lg? Saman la. Tak ada teloq ka? Oops sorry, silap. Itu najib!
Dongar khobar potir RIBUT yg mnghompap parti lobai JAHANNAM kek kota Sarang Somut aritu dah mulo berkumpul kek Amarika klu botul Amerika nih buat pitnah!
Parti lobai JAHANNAM tuh buat pitnah kocik ajo tontang pilkudo barua broka aritu sobab tu laa potir RIBUT kocik jo yg dtg menondang khemah2 dan 19 urang dio urang kono terajang lingkop telontang2...tontu TAK samo dgn pitnah bosar yg Amerika kapir harbi nih buek kek PM dan bini PM kito yg syumol Islam meh, yg dah mulo berjinak2 sdondon dgn ularmok tersohor U-Turn PONTENG maki hamun yg mnjunjung HUDUD wpun dah torang2 dio urang dah merembat menyundal dan bergelumang dgn butir2 TAHIK gadak anjing babi dan bewak!
Kito patut banggo bini PM kito ado intan permato yg termahal didunio samo banggo kito jugo ado ularmok dunio kaki U-Turn bolit memaki PONTENG dan mencuri yg sgt2 khusyuk tungangTunggik2 mnjd Imam semayang utk mncari dan mengundang kehadiran potir dan RIBUT sekali lg biar doa JAHANNAM dio urang aritu botul2 dimakbulkan Tuhan..
Thor-baekkk!
Tt, kau dah ada rakan penghasut besar kahkah
Bersatu Youth: Talk about pink diamond when you 'balik kampung'
Syed Saddiq urges people to talk about jewellery gifted to MO1's wife during Raya chit-chat
Tak saman pun puak marhaen tetap syg. Dapor kami dok berasap lagi. Pak jib x kena gari lagi. Kak ros dok lenggang kangkong laie. Apo nak kesah. Kato la rimau gajah pun.
Catat Ulasan