PROJEK JARUM
Jam 1.43 pagi - Sabtu 24 hb Febuari 2018.
Saya wajib menuliskan kesah ini agar ianya tidak akan saya lupakan. Juga untuk menjadi ingatan dan ajaran kepada semua pembaca yang membaca blog saya ini. Inilah sahaja bentuk amal jariah yang dapat saya sumbangkan.
Pada awal malam saya bertandang ke PJ Lama. Saya bertemu dengan kawan yang tingggal disana. Saya tidak ada kereta. Saya juga tidak pandai memandu. Maka saya datang ke PJ Lama dengan seorang kawan yang ada kereta dan pandai memandu.
Saya sudah berhenti merokok semenjak 26.12.1998 dahulu. Kini tidak mengusik rokok lagi. Tiga bulan dahulu saya ada menghisap kayu resdong. Kini resdong saya telah kering. Saya tidak perlu lagi menghisap batang resdong.
Saya juga tidak menghisap ganja atau menggunakan apa-apa bentuk dadah kecuali Panadol.
Kawan yang saya tumpang keretanya adalah seorang perokok. Kerana rokok mahal maka kawan saya ini membeli rokok seludup atau rokok cap ayam. Saya sudah tidak ambil pot lagi tentang jenama rokok atau harga rokok. Jadi saya tidak tahu lagi jenis rokok apa yang kawan saya hisap.
Kawan saya ini saheh bukan pemadat. Saheh bukan Mat Pet.
Dari PJ Lama kami menyimpang masuk ke wilayah Taman Seputeh. Saya menyewa flet Le Chateau yag terletak disebelah Jirat Kwantung. Kawasan ini sunyi penuh dengan belukar dan pokok-pokok. Kawasan yang hijau sehat.
Sesampai di hadapan bangunan Le Chateau Blok 2 kawan saya mematikan kereta. Kami masih duduk dalam kereta di tepi jalan. Kami terus bersembang tentang itu ini dan itu lagi. Tak habis-habis.
Tetiba sebuah kereta Peronda Polis sampai. Cermin pintu kereta Polis betul betul disebelah pintu kereta kawan saya. Polis Melayu 1 dalam kereta bertanya apa kami buat. Saya kata nak pulang ke rumah. Polis Melayu 1 meminta kami keluar dari kereta. Kami keluar dari kereta.
Kereta Polis mengundur ke belakang. Kini kereta polis terletak disebelah belakang kereta kawan saya. Dari kereta keluar 2 orang Polis Melayu. Mereka agak muda. Polis Melayu 1 tanya sekali lagi apa saya buat. Saya nyatakan sekali lagi yang saya nak pulang ke rumah. Saya tunjukan itu blok flet saya.
Dia meminta kad pengenalan. Katanya ini SOP jika kereta ada berhenti ditepi jalan maka polis akan siasat. Saya berikan kad pengenalan.
Polis Melayu 1 melihat kad pengenalan dan besuara. ‘ Macam pernah tengok… Incek ini orang politik ke?’
‘Tidak. Saya orang jahat selalu masuk jil…’ Saya melawak. Kad pengenalan saya masih di tangan Polis Melayu 1.
‘ Masuk jil pun bukan bermakna orang jahat…’ Jawapan bijak dari Polis Melayu 1.
Kemudian dia mengambil walkie talkie. Polis Melayu 2 muncul dan terus meminta buka belakang kereta. Semua pintu kereta dibuka. Bonet belakang kereta juga terbuka.
Tetiba muncul Polis India yang tadinya duduk dalam kereta. Dia mengambil kad pegenalan saya. Kawan saya juga telah memberikan kada pengenalan pada Polis India ini
Kereta kawan saya ini bukan kereta mahal. Diruang kosong belakang ada beberapa botol plastik besar. Ini botol air sejuk. Bukan untuk minuman. Kereta kawan saya ini memerlukan air setiap jam dalam perjalanan.
Tempat duduk belakang telah koyak digigit oleh Tak Tak. Ini berlaku pada hari pertama Tak Tak pergi ke sekolah di PJ One bulan Ogos tahun lalu.
Polis India membelek dan membaca kad pengenalan saya.
‘ Awak ini penulis…’ Dia memandang muka saya.
‘ Mana tahu…. ada dalam kad pengenalan ke?’ Saya bertanya.
‘ Saya polis saya tahu lah….’
Polis Melayu 2 terus memereksa kereta dengan rapi. Setiap lubang dibuka. Semua celah diraba. Beg selendang kawan saya juga diambil dan dibuka.
Tetiba dilantai belakang ada PLASTIK terlantar. Polis Melayu 2 dan Polis India ada membawa lampu picit kecil. Saya datang menjengok.
Kami tak ambil pot. Kami tak tahu apa benda itu. Dari mana BENDA ini datang kamu pun TIDAK TAHU.
Tapi saya telah sedar akan mondus operandi ini. Ini KALI KEDUA kawan saya berhadapan dengan JARUM.
Semua sedang berulang. Kali PERTAMA berlaku di malam hari dua minggu dulu di Taman Tun. Kawan saya telah menceritakan apa yang berlaku di Taman Tun kepada saya. Justeru pada malam ini saya tidak terperanjat. Tidak ambil pot dan tidak peduli.
Semua sedang berulang. Kali PERTAMA berlaku di malam hari dua minggu dulu di Taman Tun. Kawan saya telah menceritakan apa yang berlaku di Taman Tun kepada saya. Justeru pada malam ini saya tidak terperanjat. Tidak ambil pot dan tidak peduli.
Saya TIDAK melayan kerenah Polis. Tidak bertengkar. Kami dah tahu mondus operandi ini. Kami TIDAK AMBIL POT. Kerana saya tahu apa yang sedang berjalan dihadapan mata.
Bila BENDA itu ditemui maka Polis Melayu 1 mula berhubung sekali lagi dengan walki talkie. Saya tidak tahu siapa yang dihubungi.
‘ Hubung sapa…’
‘ Balai Brickfeild…’
Polis India meminta saya mengeluarkan semua barang dalam poket seluar dan baju. Dompet, kamera kecil dan talipon Nokia. Dompet saya digeledah. Lubang diselongkar.
‘ Kena chek urine…’ kata Polis Melayu 1.
‘Saya merokok pun tidak..”
Polis India bertanya ‘ Sapa punya ini? Matanya memandang ke BENDA dilantai kereta..
‘ Mana saya tahu apa bendanya itu…..” kawan saya menjawab.
‘Kereta sapa ini..’
‘Ini kereta saya…’ tegas kawan saya.
Polis India memereksa rapi dompet saya. Ada tujuh bilah pencungkil gigi yang saya simpan untuk kegunaan salepas makan jika restoran atau warung itu tanpa pencungkil gigi.
' Ni apa ni..' Polis India beri tekanan buat buat tak kenal pengcungkil gigi.
'Mustahil tak kenal. Pencungkil gigi...' Saya mengayakan macam mana keguanannya.
Polis India memereksa rapi dompet saya. Ada tujuh bilah pencungkil gigi yang saya simpan untuk kegunaan salepas makan jika restoran atau warung itu tanpa pencungkil gigi.
' Ni apa ni..' Polis India beri tekanan buat buat tak kenal pengcungkil gigi.
'Mustahil tak kenal. Pencungkil gigi...' Saya mengayakan macam mana keguanannya.
Polis Melayu 1 yang telah mengambil borang. Dia mula menulis. Saya hampiri dan lihat apa yang ditulis. Nama dan alamat saya yang direkodkan.
‘ Ini SOP…. kerana BENDA TU… kena urin test ..’ Ini satu tekanan.
Dari jalan raya saya mendongak melihat banguan 17 Tingkat Le Chateau Block B. Saya ternampak bayangan kepala Ezi dan Tak Tak. Dari balkoni pasti mereka telah mendengar suara saya. Mereka amat kenal akan suara saya. Ketika arwah Jai masih hidup bila terdengar suara saya di jalan raya - arwah Jai akan menyalak gumbira.
Malam ini saya amat yakin Ezi dan Tak Tak sedang menunggu Mereka dengan setia akan menunggu dengan jilatan dan dakapan dan cinta kaseh sayang yang TIDAK berbelah bagi.
Dari balkoni pasti Ezi dan Tak Tak hairan dan tidak faham melihat at apa yang sedang berlaku.
Ketika ini sebuah kereta datang nak masuk ke Le Chateau. Kereta ini berhenti di Gate masuk. Seorang Tetangga Gadis Cun keluar dan terus datang kearah kami.
‘ Are you all right.. What is happening?
Saya tidak tahu Minah Cun ini dari tingkat berapa. Saya duduk ditingkat 9 dari bangunan 17 tingkat.
‘ Anything I could help…’
‘ Not to worry… Gong Hee Fai Chai…’ Minah Cun tersenyum dan terus beredar. Pintu gate terbuka. Kereta meluncur masuk.
‘ Itu tetangga saya… ‘ Saya terangkan pada Polis India. Dan saya tunjukan balkoni saya. Ternampak bayangan kepala Ezi dan Tak Tak.
‘ Itu anjing saya… ada dua ekor…’
‘ Boleh pilihara anjing..’
‘Dalam blok ini jika terbakar ada.. 40 ekor anjing akan keluar. Le Chateau Blok 2 ini adalah tempat paling selamat untuk pencinta anjing… ‘
Polis Melayu 2 langsung TIDAK BERSUARA. Dan MAMAT inilah yang PERTAMA ternampak BENDA itu diatas lantai kereta. Benda yang TETIBA muncul dalam kereta kawan saya.
Polis Melayu 1 cuba bercakap di walkie talkie. Polis India datang memberi tekanan yang kami akan dibawa ke rumah pasong untuk ambil air kencing.
‘ Kena pergi balai..’ Polis India memberi tekanan.
Polis India meminta kawan saya mengosongkan poket baju dan seluar. Dompet , kunci , kotak rokok, talipon bimbit semua keluar. Semua ini adalah taktik untuk memberi tekanan. Polis India membelek belek dompet dalam usaha untuk memberi tekanan.
Saya teringat akan dompet saya yang masih terletak di atas bonet depan kereta Polis.
‘Boleh ambil…’
‘ Ok.. boleh..’
Tetiba Polis India mengarahkan kawan saya membuka lengan panjang baju kawan saya. Dia ingin melihat tanda suntikan dilengan.
Dengan pantasaya saya bersuara… ‘ Tengok kat telor. Telanjangkan. Cari celah kang kang juga…dulu saya dalam lokap..saya terlihat Mat Pet cucuk celah peha..’ Saya menganjing.
Ini kesah benar. Diawal REFORMASI - Siva Rasa, Dr Hatta, Azmin Azli dan termasuk saya dan dua lagi kawan telah ditahan di Rumah Pasong Stadium Negara. Kami direman 6 hari. Saya dalam satu sel dengan 12 OKT. Salah seorang OKT ialah Doktor lulusan Serenti. Tempat sempit kami berasak-asak. Cuaca dalam sel amat panas. Kami semua tak pakai baju.
Si Doktor ini memakai seluar dalam puteh. Saya ternampak ada darah dikedua celah pehannya. Bila saya tanya dia menerangkan bahawa dia cucuk heroin disini kerana lengannya dah lunyai. Di lengan agak bahaya kerana polis dengan cepat akan kenal dia seorang Doktor.
Ini kesah benar. Diawal REFORMASI - Siva Rasa, Dr Hatta, Azmin Azli dan termasuk saya dan dua lagi kawan telah ditahan di Rumah Pasong Stadium Negara. Kami direman 6 hari. Saya dalam satu sel dengan 12 OKT. Salah seorang OKT ialah Doktor lulusan Serenti. Tempat sempit kami berasak-asak. Cuaca dalam sel amat panas. Kami semua tak pakai baju.
Si Doktor ini memakai seluar dalam puteh. Saya ternampak ada darah dikedua celah pehannya. Bila saya tanya dia menerangkan bahawa dia cucuk heroin disini kerana lengannya dah lunyai. Di lengan agak bahaya kerana polis dengan cepat akan kenal dia seorang Doktor.
‘ Tanah Balai Polis Brickfeild... apa jadi…sapa dapat?’ Saya mengubah perbualan. Saya bertanya kerana kawasan Rumah Pasong dan kuaters keluarga polis Brickfeild telah diruntuhkan dua tahun dulu.
‘Saya dengar wanita UMNO Cheras yang dapat...’ Saya memulakan ceramah politik.
‘ Bukan Cheras.. tapi Bukit Bintang.. 270 juta…kontrektor projek MRCB..’ Polis India membetulkan maklumat.
Wau. Polis ini tahu pulak yang tanah mereka telah kena rembat. Saya hanya mahu menduga apakah mereka sedar apa yang sedang berlaku.
Saya menunggu apakah kami akan dibawa ke balai untuk ujian air kencing.
Kad pengenalan kami dipulangkan. BENDA itu masih terdampar tinggal dalam kereta. Polis berdedar.
Ini kali kedua KES JARUM ditemui dalam kereta kawan saya.
Saya rasa ini adalah MONDUS OPERANDI baru. Cara-cara Polis memberi tekanan. Jika kami Mat Pet maka pasti kami gelabah.
Mungkin duit bertukar tangan. Tapi kami cool. Malah kain rentang ANAK MUDA CARI JHO LOW berlipat terletak di jalan raya tidak pula dipereksa. Polis ini tidak mahu melihat lambakan baner ini.
Saya rasa ini adalah MONDUS OPERANDI baru. Cara-cara Polis memberi tekanan. Jika kami Mat Pet maka pasti kami gelabah.
Mungkin duit bertukar tangan. Tapi kami cool. Malah kain rentang ANAK MUDA CARI JHO LOW berlipat terletak di jalan raya tidak pula dipereksa. Polis ini tidak mahu melihat lambakan baner ini.
Saya menunggu arahan untuk baner diibuka. Jika baner ini dibuka maka inilah peluang saya untuk berdakwah. Saya akan bersurah kepada TIGA ORANG POLIS ini bahawa dalam masa 5 tahun negara ini akan tergadai kepada China Merah. Najib akan jualkan negara ini kepada China Merah.
‘ Kamu ini semua akan jadi hamba kepada China Merah…’
Malam telah lewat. Saya menapak masuk ke flet saya. Ezi dan Tak Tak sedang menunggu dipintu. Kawan saya pusing kereta dan pulang ke Bangsar.
Ini kesah yang wajib saya tulis agar memberi pengajaran kepada kita semua. Saya beri ingatan kepada pembaca semua awas dan waspada akan MONDUS OPERANDI ini. Jaga kebersihan kereta.
Saya tidak ada lagi FB - siapa yang baik hati sila masukkan kesah ini ke dalam FB masing masing. Janganlah kita terperangkap dengan OPERASI JARUM. Amin.
NOTA:
JAM 3.53 pagi - saya selesai menulis dan akan masukkan ke dalam TUKAR TIUB - selamat subuh.
-----------------------
4 ulasan:
Ekau ni. Orang dah koba tongahmalam balik duduk kat rumah. Jangan merayau malam macam kepinding cari mangso tido. Lain la kalau kau kelua nak cokau jin jahat. Kalau kau ado ilmu pawang bulih cokau jin jahat memang elok bona kau merayau malam buto tangkap jin jahat masuk dalam botol atau sumbek dalam bas ekau terus hantar ke Terengganu. Tapi ekau takdo lesen, kang nayo cerito lain pulak pulis bulih pau.
Ciss polis cari makan guna umpan jarum jer. Vavi betul! Ni mesti sebab harga parang dah mahal. Haritu polis dapat gaji awal sebab raya cina, nxt hari gaji lambat lagi. Ni mesti kes polis nak paw! Mamat2 polis keling dan melayu tu mesti ingat kau ni jenis penulis komersil yg tulis buku cinta jenis bertajuk Boifren Ku Mat Rempit Penyayang yg berjaya dijual beribu2 naskah. Dia tak tau kau ni penulis sengkek. Apa2 pun t.kasih tt sebab share. Nxt time kau jgn borak2 dlm kereta tepi jalan masa jam 1pagi.
Kahkahkah tt kena cekup dalam kereta tepi jalan gelap pukul 1 pagi berduaan kahkahkah nasib baik pak polisi bukan pak aji yang cekup kalau tak sivarasa kena bangun tidur datang bayar ikat jamin kau kena tangkap basah jakim kahkahkah
Wei hisham mana gambar amoi cun 2 pagi baru balik dari kelab tu wei!! Gambar hanjing kau buat apa cess!
Catat Ulasan