Khamis, 5 September 2019

BELOT - SEMUA BOCOR




BELOT

MAMAT NI

UDAH BELOT

SEMUA BOCOR


ECRL, projek mega lain untuk selamatkan 1MDB, kata saksi

LALUAN Rel Pantai Timur (ECRL) adalah antara beberapa projek yang digunakan untuk membayar hutang 1MDB, kata saksi kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Pembiayaan China terhadap projek itu projek Multi-Product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) dibincangkan dengan Suruhanjaya Pengawasan Aset Negeri dan Pentadbiran (SASAC) milik China pada pertengahan 2016.

Syarikat itu juga disebut dalam satu dokumen bertajuk “Action Point: China-Malaysia Economic Programme” melalui e-mel dihantar Low Taek Jhow, kata bekas pegawai khas Najib Razak, Amhari Efendi Nazaruddin.

Dokumen tersebut akan digunakan sebagai fakta bagi perbincangan semasa pertemuan dengan SASAC, kata saksi itu.

Perjanjian ECRL, yang ketika itu bernilai AS$13.1 bilion, ditandatangani di antara kerajaan Malaysia dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) pada November 2016.

Perjanjian itu dikritik oleh Dr Mahathir Mohamad kerana berat sebelah, dengan sejumlah wang yang banyak dipinjam dari China dengan beberapa syarikat dari negara itu mengambil kontrak pembinaan.

Skop projek ECRL dipotong manakala projek saluran paip berkembar bernilai RM9.41 bilion, dibatalkan selepas Pakatan Harapan mengambil alih kuasa persekutuan pada tahun lepas.

Amhari memberitahu mahkamah Low bercakap dalam bahasa Mandarin dan melakukan banyak perbincangan semasa pertemuan dengan SASAC pada pertengahan 2016.

Beliau menambah fasilitator berkaitan kerajaan diberitahu Najib ingin membawa masuk firma China untuk melabur di Malaysia melalui pembelian hutang 1MDB dan bekas anak syarikatnya, SRC International.

“Najib menawarkan pelaburan perniagaan milik China dalam beberapa projek infrastruktur sambil menyelesaikan hutang 1MDB dan SRC,” kata Ahmari.

Tiga projek lain yang ditawarkan kepada SASAC ialah: Membangunkan Labuan sebagai hab perbankan dan pelancongan luar pesisir, projek saluran paip minyak dari Pelabuhan Klang ke Kuala Kedah; landasan keretapi berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Bangkok.

Najib sedang dibicarakan dengan empat pertuduhan penyalahgunaan kuasa melibatkan wang RM2.3 bilion dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dengan nilai yang sama.

Tertuduh berusia 66 tahun diwakili sekumpulan peguam yang diketuai oleh Muhammad Shafee Abdullah.

Gopal Sri Ram, bekas hakim Mahkamah Persekutuan, mengetuai pendakwaan manakala Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah adalah mendengar perbicaraan. – 4 September, 2019.



AWAS

PERANAN

CHINA MERAH



---------

3 ulasan:

Unknown berkata...

Bila pokok nyioq sudah bongkok, beruk dan kera pun mula meniti.. ksian najib..inilah hrga yg dia kna byar. Tp bukn dia sorg yg rsa, rmai yg lain pnah rsa, madey, anwar, muhyiddin..

Unknown berkata...

Msing2 nk lepaskn tengkuk msing2. Klau duk bela pun, last2 dpt duk sbilik dgn njib kt s.buloh pn tk guna jgk.

Tanpa Nama berkata...

Belot sudah pasti. Selamat tengkuk sendiri dulu. Masa terima dulu duduk senyap ja, kita pun tak pernah kenal sapa dia. Kalau tak tumbang, senyum lebor la jawabnya.

Kalau tak belot nanti bahaya untuk diri sendiri. Mana taknya, dalam bicara boleh dibuat bicara dalam bicara. Kahkahkah