Rabu, 19 Ogos 2020

INI PROJEK SAPA









PROJEK SAPA

DAKWA ROSMAH

DAKWA NAJIB

DUA SOSOK

YANG TELAH

BERKORBAN

UNTUK KUMPUL 

HARTA...OPPS

BERKORBAN

UNTUK NEGARA

AMIN 


Mahkamah tolak permohonan Rosmah dapatkan surat lantikan Sri Ram


MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Rosmah Mansor untuk mendapatkan surat pelantikan Gopal Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam perbicaraan kes rasuahnya.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pelantikan Sri Ram pada 2018 atas cadangan peguam negara ketika itu, dan tiada keraguan mengenainya.

Zaini berkata pemohon (Rosmah) tidak memberikan alasan bagi permohonannya supaya surat pelantikan Sri Ram dikemukakan ke mahkamah.

Hakim itu menambah, tiada keperluan surat tersebut dikemukakan dan mahkamah tidak akan bertindak melainkan terdapat alasan yang kukuh. 

Permohonan itu juga dibuat terlalu lewat, kata Zaini.

Katanya, Sri Ram yang juga bekas hakim Mahkamah Persekutuan, telah mengetuai pasukan pendakwaan sejak perbicaraan bermula Februari tahun ini.

“Gopal Sri Ram kendalikan perbicaraan yang diketahui umum. Pemohon diwakili oleh peguam yang berwibawa dan tidak mempersoalkan pelantikannya (Sri Ram).

“Oleh itu, permohonan ini ditolak,” kata Zaini.

Rosmah pada bulan lalu memfailkan permohonan meminta Sri Ram, yang mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar Sarawak, mengemukakan surat pelantikan kepada mahkamah.

Isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu dituduh menerima rasuah berhubung projek itu.

Sri Ram juga dilantik mengetuai pendakwaan dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Najib.

Beliau sebagai timbalan pendakwa raya kanan oleh bekas peguam negara Tommy Thomas.

Dalam perbicaraan yang dihadapinya, Rosmah, 69, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Jepak Holdings untuk mendapatkan projek tenaga solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak. – 19 Ogos, 2020

MACAM ADA

KONSPIRASI

NAK MALUKANN

ROSMAH ANAK

BERANAK

BESAN DAN

MENANTU

AMIN

INI PROJEK

JAHAT

RANCANGAN

CHINA MERAH

MELALUI JO LO

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Projek siapa lagi kalau bukan projek abam. Rosmah dan najib bakal masuk jel, projek abam. Kerajaan sabah runtuh, projek abam jugak. Langkah sheraton pun idea abam, PH runtuh pun disebabkan abam, video jemin dan haziq pun projek abam. Ntah2 isham rais lahir ke dunia ni pun disebabkan abam! Kahkahkah