Ahad, 14 Mac 2021

SAIFUDIN NASUTION BERCAKAP BENAR

 



SAIFUDIN JUJUR

BERCAKAP

BENAR

AMIN

SEMUA INI FAKTA

AMIN

SIASATAN SPRM

WUJUD

AMIN



Xavier belot sebab tekanan menteri kanan, kata PKR

PKR percaya tindakan seorang lagi ahli Parlimen parti itu yang berpaling tadah hari ini berpunca daripada umpanan dan ugutan oleh seorang menteri kanan dalam anggota kerajaan PN.

Setiausaha agungnya Saifuddin Nasution Ismail berkata Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar itu sudahpun memaklumkan lebih awal kepada parti mengenai tekanan tersebut.

Jelasnya Xavier memaklumkan bahawa tekanan itu dibuat dengan menjadikan ahli Parlimen berkenaan sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Dr Xavier kemudiannya dihubungi seorang menteri kanan yang menyatakan beliau perlu menyokong Perikatan Nasional atau hadapi akibat yang serius,” kata Saifuddin.

Ia berlaku selepas beberapa pegawai dan kenalan Xavier ditahan berhubung satu kes semasa bekas menteri itu mengetuai kementeian hal ehwal air dan tanah, katanya.

PKR seterusnya mengutuk salah guna kuasa yang didakwa dilakukan pemimpin kerajaan pada waktu ini untuk menekan ahli Parlimen pembangkang supaya menyokong PN.

“Hal yang berlaku sekarang adalah, instrumen pemerintah termasuk SPRM sedang diperguna ahli politik kanan dalam pentadbiran PN untuk mengalih sokongan ahli Parlimen PH dan pembangkang kepada PN.

“Ini adalah satu bentuk salahguna kuasa, terutama tatkala kita sedar isu rasuah dan salahguna kuasa yang dilakukan pihak PN seperti tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib,” katanya.

Tambahnya, ia juga jelas menunjukkan kerajaan minoriti itu hanya menggunakan perintah darurat untuk menggantung Parlimen.

Pada masa sama pemimpin kerajaan juga mengguna menggunakan umpan habuan, tekanan dan ugutan untuk mendapatkan sokongan ahli Parlimen tersebut, katanya.

SPRM pada 6 Mac lalu menafikan dakwaan bahawa agensi itu digunakan sebagai senjata politik dan menegaaskan siasatannya dijalankan dengan bebas tanpa tekanan politik.

Pasukan polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga pada masa sama menafikan dipergunakan untuk tujuan politik.

Xavier menyertai Larry Sng dan Steven Choong, masing-masing ahli Parlimen Julau dan Tebrau yang mengumumkan keluar parti minggu lalu.

Dengan itu, seramai 13 ahli Parlimen PKR kini keluar parti sejak tahun lalu sejak gerakan Langkah Sheraton bermula pada tahun lalu.

Ia termasuk 10 orang yang menyokong bekas timbalan presiden PKR Azmin Ali, yang kini salah seorang menteri kanan dalam kerajaan PN.

Tindakan ahli Parlimen PH itu membolehkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilantik menjadi perdana menteri kelapan dan membentuk kerajaan baharu.

Sejak itu, episod lompat melompat parti berterusan dalam kalangan ahli Parlimen dan wakil rakyat negeri, termasuk dari kalangan pemimpin Amanah.

Presiden PKR Anwar Ibrahim bagaimanapun mendakwa Muhyiddin tidak menguasai majoriti dan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Oktober lalu untuk mempersembahkan sokongan yang dikuasainya bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan.

Anwar dan wakil rakyat pembangkang pada waktu itu juga merancang agar sidang khas Parlimen diadakan untuk menguji sokongan sebenar yang dikuasai Muhyiddin.

Muhyiddin seterusnya pada Januari lalu berjaya memohon agar perintah darurat dikuatkuasa bermula 11 Januari hingga 1 Ogos.

Ia antara lain membolehkan seluruh sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri digantung. – 13 Mac, 2021.

 TAPI

KENAPA

YB XAVIER LARI?

KAH KAH KAH

PASAI APA

LARRY 

KAH KAH KAH

JIKA TAK TERLIBAT

 RASUAH

TAK PERLU LARY

KAH KAH KAH

SATU MALAYSIA

NAK TAHU

PASAI APA

XAVIER LARI?

KAH KAH KAH

NAK SELAMAT

DARI SAPA?

KAH KAH KAH

KALAU SUCI 

BERSIH PUTIH

 KAH KAH  KAH

TAK PERLU LARRY

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak buat, kenapa takut tekanan menteri kanan? Berani kerana benar!

Apakah ini bermakan mamat tu betul-betul ada buat salah. Oi! Pakatan Harapan bertanding PRU lepas dengan platfom menentang rasuah. Rakyat dah kena bohong oleh Pakatan Harapan ke?