PEMIMPIN ISLAM
TAK PERLU RISAU
AMIN
SEMUA BERES
AMIN
Bagaimana nak upah peguam jika saya bankrap, soal Najib
BEKAS perdana menteri mengkritik tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana mengeluarkan notis kebankrapan terhadapnya.
“Bagaimana pula saya nak mengupah peguam untuk membela saya?” soalnya di Facebook.
Rayuan bagi kes SRC International Najib sedang didengar di Mahkamah Rayuan manakala perbicaraan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
LHDN memfailkan notis kebankrapan terhadap Najib kerana gagal membayar tunggakan cukai RM1.69 bilion bagi 2011 hingga 2017, serta 5% setiap tahun berjumlah sehingga RM45.9 juta.
Tambah Najib keputusan LHDN tidak boleh dicabar di mahkamah.
“Dan kini kerajaan mahu bankrapkan saya dengan undang-undang LHDN yang tidak boleh dicabar dalam mahkamah. Tidak pula dijadualkan dan diberi peluang merayu kesahihan cukai tambahan RM1.74 bilion ini kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan di bawah LHDN.”
Kerajaan juga akan merampas aset Najib dan keluarganya bernilai lebih RM10 juta yang terdiri daripada 263 beg tangan dan 40 jam tangan yang dirampas pada Mei 2018.
“Jika ianya dikira sebagai sumbangan politik, ianya tak boleh dicukai. Jika ianya diambil kira pula sebagai pendapatan peribadi dari luar negara, ianya telah dikecualikan cukai sejak tahun 2004.
“Jika ianya hasil rompakan, adakah hasil rompakan juga dikenakan cukai? Kenapa pula dakwa saya bahawa ianya hasil rompakan?” soalnya.
Peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah turut berdepan tuduhan pengubahan wang haram.
“Dua peguam bela saya juga didakwa dengan kes AMLA atas mereka bayaran fi guaman dari saya adalah haram.
“Selain membela saya, mereka kini diperlukan bela diri,” katanya.
Shafee menyatakan bahawa notis kebankrapan itu jelas “penyalahgunaan proses dan intimidasi” dan cubaan untuk gugat kedudukan Najib dalam Umno.
Peguam itu menambah bahawa mereka memohon untuk ketepikan perintah penghakiman bernilai RM1.69 bilion yang diberikan kepada LHDN. Kes itu dijangka didengar di Mahkamah Tinggi pada bulan Jun. – 10 April, 2021.
3 ulasan:
Dlu ko tk nak pikir, skrg mcm2 alasan,
Dlu de sorg PM kata ssiapa tk bayar cukai tu pengkhianat negara..
PORAH LOBANG JUBO
Rilek la jib. Ini senang punya problem. Apa kata ko pegi mintak balik duit derma free dari pak arab yg ko pulangkan tu. Kacang punya masaelah le. Ajak zahid sekali taw. Dulu dia pun cakap ada jumpa pak arab tu. Kut tak ingat rumah..tGuna waze jgn lupa.kahkahkahkahkahkah
Gaya nampak apabila si bosskur can see the end of the road with no turning or u-turn maka dah menggelabah lah si bugis bosskeparat nih!
This is called A Thief being defended by Band of lawyer THIEVES are befitting the Honour Amongst THIEVES are indeed themselves THIEVES....got that?
4 Billion duit KWAP to SRC nobody knows...masuk A/C bosskeparat 2.5 Billion kurang lebih...so your guess is as good as mine 75% of the loot siapa dapat...kan? Tolak campur 1.75 Billion LHDN henjut dia masih berbaki 0.75 Billion (750,000,000) masih cukup makan wei!!!
Or bosskeparat rasa dia is getting a lousy deal sebab Riza anak Rosmah sebat 1 Billion lebih pulang/denda setengah masih ada lebih 500 Juta dan lepas beban kena soal turun naik mahkamah....
Eh eh nih keluarga Family of THIEVES ke among the Band of THIEVES?
Catat Ulasan