Sabtu, 2 Oktober 2021

SOKONG LANGKAH BIJAK ZAHID

 




Umno akan pertahan kerusi dimenangi dalam PRU lepas, kata Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata partinya akan mempertahan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada pilihan raya umum lepas.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ahmad Zahid berkata perkara itu diputuskan sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 2020.

“Umno tidak akan berkompromi terhadap mana-mana kerusi telah dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Ketetapan ini bukan hanya oleh MKT tetapi ia lahir daripada suara akar umbi yang mahu Umno menjadi dominan semula selepas PRU15,” katanya. 

Beliau berkata Umno sedia maklum akan ada parti lain bertanding di kawasan sama namun menyedari ia adalah lumrah sebuah negara demokrasi.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid berkata kekuatan Umno dan akar umbinya yang bangkit tidak harus sesekali diperkecil. 

“Umno parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini maka kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.

“Dominan bukan pula bermaksud angkuh tetapi kewajipan mengembalikan Umno sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan,” katanya. – Bernama, 1 Oktober, 2021.





WOIT

ZAHID BIJAK

KAH KAH KAH

AMBIK BALIK

SEMUA KERUSI 

YANG LARI

KE BERSATU

AMIN

ZAHID WAJIB

DISOKONG

AMIN

JIKA ZAHID KALAH

DI MAHKAMAH

GARIS POLITIK BARU

AKAN SAMPAI

KHALAS

1 ulasan:

ToraTora berkata...

Cerita mitos ialah bila umno mendengar suara akar umbi.....akar umbi umno mana ada suara....yg ada suara ialah elit politik umno....