Kementerian Alam Sekitar cuba dapatkan RM12.5 juta dana iklim PBB
KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air memohon AS$3 juta (RM12.5 juta) daripada Tabung Iklim Hijau (GCF) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk membangunkan pelan penyesuaian perubahan iklim negara, berikutan banjir dahsyat yang menyebabkan hampir 70,000 orang kehilangan tempat tinggal di seluruh negara bulan ini.
Menurut Reuters, pakar berkata pelaksanaan itu akan menyebabkan ia lebih besar daripada dana yang diminta, yang dianggap remeh berbanding jumlah yang dijanjikan negara untuk dibelanjakan bagi usaha tebatan banjir.
Hujan lebat menyebabkan banjir di beberapa negeri sejak 17 Disember, dengan 48 orang maut dan lima lagi hilang.
Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air Zaini Ujang, berkata kementerian itu sedang mencari dana untuk membantu membangunkan pelan penyesuaian nasional menjelang akhir tahun depan.
Beliau berkata, rancangan itu akan memberi tumpuan kepada bidang seperti pertanian, keselamatan makanan, perhutanan, kesihatan awam, infrastruktur dan air.
“Kementerian mempunyai rancangan jangka panjang untuk meminta dana iklim yang boleh membantu dalam melaksanakan program menangani kesan perubahan iklim.”
Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut mengenai rancangan itu atau menyatakan berapa banyak yang diperlukan kerajaan untuk melaksanakannya.
Reuters melaporkan ini kali pertama kerajaan mencari dana bagi menyesuaikan diri dengan perubahan iklim, yang menjadi polisi dilaksanakan ssebuah negara bagi menangani kesan perubahan iklim.
Bagaimanapun, Zaini berkata, jumlah itu tidak seberapa berbanding RM9.8 bilion yang diperuntukkan untuk projek tebatan banjir, seperti membina penghadang air dan kawasan tadahan serta mendalamkan sungai.
Pengasas bersama kumpulan aktivis iklim Klima Action Malaysia, Ili Nadiah Dzulfakar berkata: “Penyesuaian akan menggunakan lebih banyak dana berbanding mitigasi kerana kami perlu merombak perancangan bandar kami, semua projek infrastruktur yang mahal ini.”
Beliau berkata, draf pelan penyesuaian harus mengkaji tindak balas kemarau atau banjir terhadap hasil tanaman dan keselamatan makanan, dan keperluan untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan cekap tenaga dengan sistem komunikasi yang kukuh.
Musim monsun timur laut antara Oktober dan Mac biasanya mendedahkan negeri pantai timur kepada banjir.
Namun pihak berkuasa tidak bersedia sepenuhnya apabila hujan lebat luar biasa dan banjir berlaku di kawasan bandar di negeri tengah dan barat bulan ini, yang menurut beberapa pakar diburukkan lagi dengan saliran tidak baik dan pembangunan berlebihan. – 27 Disember 2021.
2 ulasan:
Munke keluar berapa bantu rakyat setakat ini ? Ada atau tidak ? Pastinya tidak, nak keluar poket sendiri adoi susah, tapi nak pau duit rakyat bukan main laju, minta Dana PBB minta derma Tok Arab, kenapa sanak saudari penyamun semua perangai sama TT ? Tahu ambil curi sahaja, tak pernah ada hati nak bagi walau sedikit pun, negara ini sudah dipenuhi manusia manusia durjana alpha yang amat taksub dengan jawatan mereka, satu badak untuk diri sendiri berpuluh juta sapu, belum kira sanak adik beradik kaum kerabat, kan senang belanja duit orang? Betul kan ? Selama ini tak pernah dengar duit tabung diguna untuk rakyat pun, walau menabung sebelum lahir macam Yahudi, perangai lagi buruk Dari kaum makan babi, betapa seksa rakyat negara ini disumpah mendapat pemimpin keparat yang penuh tahu rasuah Dan gila kuasa, semoga Allah ampunkan dosa mereka sehingga cepat membawa mereka pulang Amin, kah kah kah syukur
Bumi dah tak tahan, bumi meraung karenah manusia, Bumi akan bertindak balas terhadap perbuatan manusia sendiri, tak kira manusia apa, jantina, kaum agama tak penting, gondol hutan untuk balak, gondol bumi untuk nadir , gondol laut untuk minyak, kacau eko sistem kerana pandai sangat, ubah aliran air kerana bijak, buat projek untuk untung, terlalu ramai manusia dah tidak ikut landasan betul, penyamun jadi Bossku, anak bini enjoy menjoy duit curi, gaji ciput tapi mewah sakan, bukan saja pemimpin begitu malah satu negara sudah terpalit begitu, kekayaan yang dimilikinya pun tidak dapat dibayangkan, walau menabung dari bayi, bohong lah kalau kata Kerajaan tidak tahu, kerajaan tahu tapi tak berbuat apa apa asal orang kita dibelai dimanja dirosak dengan budaya rasuah sepertimana kata kata hikmah Money Is King, Money Is God, king sebab ada Kepala Agung setiap wang kertas, siapa banyak miliki kertas ini menjadi Along King , banyak benda tak betul, setiap hari tanpa gagal TT bawa pencerahan tapi tak ada apa apa , curah air ke daun keladi amin, adakah begitu, adakah sedap makan duit rasuah? Rasuah ini penyakit negara, rasuah segala kemudaratan dari atas ke bawah, kayangan tak kayangan akan sampai masa, masa menjawab masa kena balik, segala perbuatan menghasut menghina menganiaya kaum sendiri, bangsa sendiri, derhaka kepercayaan rakyat, derhaka wang negara demi kepentingan sendiri, amin kah kah kah
Catat Ulasan