Khamis, 3 Mac 2022

MISKIN HIDUP BERJUANG

 


Golongan berpendapatan rendah bergelut untuk teruskan hidup

SETIAP hari adalah perjuangan besar bagi yang berpendapatan rendah kerana tuntutan hidup perlu dipenuhi walau berhadapan masalah kewangan dan peningkatan kos sara hidup.

Mereka berharap kerajaan segera campur tangan dan menaikkan gaji minimum selaras dengan Akta Gaji Minimum yang perlu disemak setiap dua tahun.

Bercakap kepada The Malaysian Insight, mereka berkata dengan menaikkan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,500 ketika ini sedikit sebanyak akan meringankan beban dan perjuangan sehari-hari mereka.

Bagi Afiq Aiman, 25, yang menetap di Jitra, Kedah, gajinya sebanyak RM1,200 sebagai pengurus pemasaran masih jauh dari mencukupi walaupun ramai yang percaya kos sara hidup di negeri atau pekan itu lebih rendah.

“Ramai orang fikir yang bekerja di Kedah, gaji RM1,200 sudah cukup. Tetapi sebagai seseorang yang memperoleh jumlah itu, saya boleh cakap yang ia adalah satu perjuangan,” katanya.

“Saya bujang yang dapat gaji sebanyak ini pun sudah bergelut. Saya tidak boleh bayangkan mereka yang dapat gaji sebanyak ini dan kena tanggung keluarga,” kata Afiq.

Afiq berkata selepas membayar semua bil yang biasanya mencecah RM787, dia cuma tinggal RM417 untuk teruskan hidup sepanjang bulan.

“Jumlah ini cukup untuk saya makan. Saya hampir tidak mampu simpan untuk buat perkara lain dalam hidup saya seperti berkahwin atau waktu kecemasan,” katanya.

“Kalau saya kena pecat esok, wang simpanan saya tak cukup untuk tampung perbelanjaan hidup saya sehingalah saya dapat kerja baharu,” katanya.

Afiq berkata jika gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500, ia akan dapat membantunya menyimpan lebih banyak wang bagi menjamin masa depannya.

Kerajaan dijangka menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 menjelang akhir tahun ini.

Cadangan itu bagaimanapun mendapat kritikan oleh Persekutuan Majikan Malaysia yang mendakwa ia akan membantutkan lagi pemulihan ekonomi perniagaan kecil.

Menteri Sumber Manusia M. Saravanan mempertahankan langkah itu dengan berkata negara perlu meningkatkan aliran tunai bagi memulihkan ekonomi dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Pada masa ini, kementerian sedang menunggu kelulusan daripada Kabinet untuk melaksanakannya.

Segala-galanya mahal

Seorang lelaki berusia 28 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Jil memberitahu The Malaysian Insight gaji minimum yang diperolehnya tidak cukup untuk tanggung lima anggota keluarganya.

Katanya bagi mendapatkan sedikit pendapatan, dia dan ibu bapanya bertani secara sampingan.

Jil, warga Sabah yang merupakan pengurus jaminan kualiti di Tawau, berkata walaupun kenaikan gaji minimum akan membantu ringankan bebannya, namun tetap masih tidak cukup.

“Saya belajar di Universiti Malaysia Sabah, ambil kursus Sains Makanan. Saya fikir mudah untuk saya dapat kerja selepas tamat pengajian,” katanya.

“Ternyata kebanyakan majikan memilih pemegang SPM kerana mereka tidak perlu bayar gaji tinggi. Menyedihkan,” katanya.

Jil juga berkata beliau kecewa dengan kerajaan kerana menangguhkan pelaksanaan gaji minimum baharu.

“Saya tidak terkejut kerajaan akan tangguh sebab kebanyakan ahli politik yang kita ada sekarang hanya tahu kaut kekayaan untuk diri sendiri sepanjang hayat mereka,” katanya.

“Jadi penggubalan dasar mereka adalah berdasarkan usaha membantu rakan sebaya dan bukannya rakyat miskin yang menderita. Cukuplah saya boleh cakap, yang saya tidak nampak masa depan negara cerah  di tangan mereka,” katanya.

Bagi Wani, 27, yang bekerja sebagai kerani jualan di Semabok, Melaka, hidup dengan gaji minimum bermakna membeli hanya apa yang diperlukan sahaja bukannya apa yang dia mahukan.

“Dengan gaji minimum, hidup saya cuma bayar komitmen bulanan. Saya dapat gaji hari ini, esok habis. Saya cuma boleh berjimat sekali sekala dan hanya membeli apa yang perlu untuk saya, bukan apa yang saya nak,” katanya.

“Kenaikan gaji minimum dapat bantu saya menabung. Ia juga dapat tolong saya beli barang keperluan tanpa perlu mencatut. Saya tidak ada kuasa membeli yang tinggi dengan jumlah gaji saya sekarang,” katanya. 

Seperti Jil, Wani berkata kenaikan gaji tidak sepatutnya ditangguhkan sehingga akhir tahun kerana ianya terlalu lama.

Beliau berkata harga barangan semakin meningkat, dengan kemungkinan tarif air dan elektrik meningkat, termasuk harga petrol.

“Dalam erti kata lain, semuanya mahal. Jadi biarkan ia berjalan seiring. Mudah untuk kita uruskan kewangan,” katanya.

“Lagi banyak majikan untung, lagi banyak pekerja rugi. Banyak aktiviti ekonomi sudah berjalan. Walaupun kes harian Covid-19 tinggi, ekonomi masih berjalan seperti biasa. Majikan perlu sepatutnya sudah atur strategi dan tahu apa yang perlu dibuat jika ekonomi terpaksa ditutup atau perlahan,” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 25 tahun tanpa nama yang tinggal di bandar maju Petaling Jaya, Selangor, berkata dengan dia cuma cukup-cukup makan sahaja dengan gaji RM1,500 sebulan sebagai eksekutif pemasaran digital.

“Saya tidak boleh nafi hidup dengan gaji minimum telah menyeksa saya. Dengan kenaikan harga barangan runcit dan kos perbelanjaan harian, RM1,500 sebulan tidak cukup,” katanya.

“Saya terpaksa hadkan bajet bulanan saya sampai saya perlu hadkan pengambilan makanan harian saya. Beberapa hari saya tidak makan tengahari atau makan malam, beberapa hari saya cuma makan tengah hari. Masak dan bawa sendiri? Malah barang-barang runcit itu menelan belanja saya,” katanya.

Katanya kenaikan gaji minimum akan banyak membantu graduan baharu sepertinya.

“Kenaikan RM300 mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah orang, tetapi dengan RM300, saya boleh dapatkan makanan yang sesuai, saya boleh hantar lebih banyak wang kepada ibu bapa saya. Dengan kenaikan gaji minimum kepada RM1,500, ia akan pengaruhi mental saya juga,” katanya.

Penting gaji minimum dinaikkan

Edwin Goh, penyelidik dari The Centre, memberitahu The Malaysian Insight kemas kini yang tepat mengenai gaji minimum Malaysia penting bagi memastikan penjajaran yang lebih rapat dengan pelbagai penanda aras dan penunjuk kos sara hidup, seperti garis kemiskinan negara, pendapatan median, kadar inflasi, antara lain.

Beliau berkata kenaikan biasa yang boleh diramalkan lebih baik berbanding kenaikan drastik apabila mengemas kini gaji minimum, kerana terkemudian itu mempunyai kesan yang lebih besar kepada perniagaan.

“Selain itu, ada tertulis dalam Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang gaji minimum hendaklah disemak sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Mengikut undang-undang, gaji minimum baharu perlu dilaksanakan bulan ini, kerana kemas kini terakhir dibuat pada Februari 2020,” katanya. – 3 Mac, 2022.

MAJIKAN TOLAK

GAJI MANIMA

AMIN

INI SIKAP

KAPITALIS

AMIN

PIKIR SEBENTAR

AMIN

POLIS ASKAR

GURU PEGAWAI

KERAJAAN SEMUA 

GAJI BIBAYAR OLEH 

KERAJAAN

AMIN

SYARIKAT DAN

KILANG JUGA

BOLEH DIAMBIL

ALIH OLEH

KERAJAAN 

PASTI TAK  TIMBUL 

GAJI MANIMA

AMIN

BUKTIKNYA

GURU ASKAR

TAK PERNAH

SIBUK ISU GAJI

MANIMA KERANA

KERAJAN BAYAR

CUKUP GAJI

AMIN

KAPITALIS UNTUNG

BUKAN UNTK BURUH

TAPI DUIT UNTUK 

MASUK POKET

TOWKAY ATAU

PEMEGANG SAHAM

AMIN

KALAU KILANG

MILIK KERAJAAN

DANA UNTUNG 

DIKONGSI

SESAMA PEKERJA

AMIN

PETRONAS MILIK

NEGARA SATU

CONTOH TERBAIK

AMIN

KAPITALIS YANG

BAIK IALAH

KAPITALIS YANG

DAH MATI

AMIN

KHALAS

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya.....kepala kapitalis tu kerajaan sendiri... Merekabyang mengatur siapa yang boleh di UP kan jadi kapitalis.... Bila kapitalis nak bungkus saja.... Dikoreknya Tabong Rakyat untuk membantu kapitalist.... Nah....

Tanpa Nama berkata...

Undi lah lagi penyamun, perompak, pencuri Wang negara, lepas ITU bising bising tak habis, sejak Merdeka lagi pencurian berterusan atas nama agama bangsa ketuanan susah sangat nak faham ker ? Yang atas rompak segala hasil bumi, jual segala untuk kesenangan mereka, sampai Raya bagi lah sedikit bantuan kenapa Melayu susah sangat faham mereka dipergunakan ???? Susah atau senang sebab semua nak free ?????? Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

ada logik... tapi kalau rugi ?.. kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Betul ke masih ada ramai lagi Papa Kedana kat Tanah Melayu ni ..gwa tak caya lah. Sejak 1990 lagi Kutti Kerala, ari-ari kumat kamit ngatakan 2020 kita jadi nigara pendapatang tinggi ..siap baling botol kapsul 2020 lagi ..kahkahkah. Kir Toyol pula ngatakan Selangor Sifar Misking 2005, matnor nyo Silangor dah tak de Papa Kedana sejak 27 tohong dulu. Tup-tup ngapo sikarang ado ghamai sangat Papo Kodano ..ciss ..sapo yang bawak sial ni ..UMNO ko ..

Tanpa Nama berkata...

Cakap pasal harga barang yang semakin meningkat, dah lebih 2 tahun ini kerja naik aje. Masa tak perang Russia Ukraine pun harga tetap naik. Lebih naik lagi apabila Barisan Nasional (BN) ambil alih Putrajaya sama dengan singkatan BN (Barang Naik). Macamx Pelan Strategi, Pelan Tindakan, nak buat itu ini nak menurunkan atau menstabilkan harga barangan, tapi semua RETORIK POLITIK sahaja. Lancar itu ini tak nampak kesanpun. Apa ahli politik kisah, sebulan sebulan Sakau Gaji RM50k, tak rasa apapun harga naik ke turun. Kereta minyak Gomen bayar. Ayuhlah semua kita tunjukkan kuasa kita rakyat dengan memberi undi kepada parti baru di PRN Johor, ajar sikit LANUN MANUN BINAWE. KAU SAKAU DUIT RAKYAT CAKAP BANYAK PULA. Bila pula kau nak kena Kobid, cepat padam.