PRU15: Nak runding pilih Saifuddin, nak perang pilih saya, kata Rafizi
RAFIZI Ramli memberi pilihan kepada ahli PKR kalau mahu parti itu memasuki Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan menyerang beliaulah calon yang sesuai untuk diangkat sebagai timbalan presiden parti dalam pemilihan bulan depan.
Ini kerana lawannya Saifuddin Nasution Ismail lebih gemar dengan kaedah berunding berbanding menyerang lawan, kata Rafizi.
“Kalau mahu terus runding dengan parti lain, pilih Saifuddin, tapi kalau nak masuk PRU15, kena bertempur, berkempen, nak curi undi Umno, Barisan Nasional (BN), dan Perikatan Nasional (PN), kalau rasa luka pengkhianatan belum sembuh, jadi anda perlukan kaki pukul macam saya.
“Perang mesti pilih jeneral yang betul. Nak masuk PRU15, kita anggota parti ada hak pilih jeneral mana nak bawa kita kerana barisan (pimpinan) macam mana itu akan tentukan rentak dan tempo nak masuk pilihan raya umum,” katanya.
Rafizi dan Saifuddin adalah dua calon yang akan berentap merebut kerusi timbalan presiden. Jawatan itu kini kosong selepas Mohamed Azmin Ali digugurkan keahlian kerana terlibat menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Jelas Rafizi, beliau menyerahkan hala tuju PKR pada PRU15 nanti untuk ditentukan oleh ahli-ahli parti.
“Kalau saya menang ini keputusan akar umbi, kehendak mereka untuk masuk PRU15, nak seorang yang keras, kaki pukul, tak mahu berunding.
“Itu bukan keputusan saya, Saifuddin, atau Anwar Ibrahim, itu keputusan anda,” katanya, merujuk Presiden PKR.
Rafizi berkata demikian semasa berucap di majlis Jelajah Yakini Rakyat bagi kempen pemilihan PKR peringkat negeri Perak di Ipoh, petang tadi.
Kempen disertai calon-calon lain dalam pasukan Rafizi, antaranya tiga calon naib presiden iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang dan Manivanan Gowin, serta calon Ketua Wanita Rodziah Ismail dan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan, Fahmi Zainol.
Menurut Rafizi, akar umbi PKR harus menilai dengan teliti calon pimpinan yang mereka mahukan untuk mengemudi parti menyertai PRU15 akan datang untuk memastikan kemenangan memihak kepada mereka.
“Masuk perang bukan soal suka tak suka, tetapi pilih jeneral yang boleh tembak musuh sampai mati, kalai pilih jeneral tak reti menembak, dia mati, dengan kita sekali mati.
“Dengan itu sebagai ingatan… pilih saya dan kawan-kawan saya yang pandai menembak,” katanya.
Namun begitu, Rafizi juga berkata beliau sedia berlapang dada sekiranya akar umbi memilih Saifuddin sebagai timbalan presiden PKR.
“Kita kena terbuka hati setelah bentangkan semua kepada anggota, mereka akan pilih.
“Kita ada misi sukar untuk seluruh Malaysia, berdepan Umno dan BN yang sedang bangkit dan PN yang sedang curi undi kita,” kata Rafizi.
Pemilihan PKR secara fizikal akan berlangsung antara 13 hingga 17 Mei sementara pengundian dalam talian dibuat dari 18 hingga 20 Mei. – 24 April, 2022.
1 ulasan:
Ala Enche' TT, lu lagi kuat melajuk sampai tak mau masuk mana-mana satu parti kasi lawan sana ini pelompak. Cakap lagi busat mau manyak olang kilua jalan laya tapi talak kasi tau macam mana mau kilua... talak kasi pelen apa mau wat. Itu Lapizi kulang-kulang ale kasi wat macam mana mau kasi jatuh itu pelompak itu sibab minang PRU14. Lu sikalang kasi sokong itu cibai lanchiau lali pigi Sheleton punya olang kasi masuk ini kimah busat mau kasi nyatuh ini bolo punya kemonyetjaan... lanti ini monyet lagi lali pigi Hiliton bila sulah minang PRU15. Kalau gwa pun boleh manyak fed up lo bila ale ini maciam punya kapala hotak pundek punya cilakat... itu mukan melajuk tapi fedup sama ini maciam punya pelangai... Jadi itu Lapizi talak salah la bila itu lali pigi Sheleton sulah jadi, PH pun linkup...
Catat Ulasan