Sekolah mubaligh Sarawak tidak sertai minggu solidariti Palestin
SEKOLAH mubaligh di Sarawak, yang dikendalikan oleh kedua-dua gereja Anglikan dan Katolik, memilih untuk tidak menyertai minggu solidariti Kementerian Pendidikan (KPM) bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Selain itu, sekolah di Sarawak juga diberi pilihan untuk mengambil bahagian atau sebaliknya.
Terdapat sebanyak 127 sekolah mubaligh di Sarawak.
Presiden sekolah mubaligh Anglikan di Sarawak, Danald Jute memberitahu The Malaysian Insight sekolah di negeri itu diberitahu mereka tidak wajib mematuhi arahan KPM untuk mengadakan program sebegitu susulan pertempuran Hamas dengan Israel di Semenanjung Gaza.
Sebelum itu, Jute berkata tidak wajar membabitkan sekolah dan murid dalam konflik antarabangsa yang tidak difahami mereka, menegaskan beliau tidak menghalang sekolah di bawah kendalian mereka untuk mengadakan program itu.
Bagaimanapun, beliau berkata gereja akan menyemak apa sahaja aktiviti dan bahan yang akan dianjurkan atau dikongsi dengan pelajar sekolah mereka semasa minggu solidariti.
Ketua Paderi Simon Poh, Presiden Persidangan Uskup Katolik Malaysia, juga memberitahu The Malaysian Insight sekolah yang dikendalikan oleh gereja itu tidak akan mengadakan program yang bermula secara rasmi esok.
“Kami akan menuruti hala tuju yang ditetapkan oleh Sarawak dengan tidak mengadakan aktiviti minggu solidariti di sekolah kami tetapi akan bersatu untuk mendoakan keamanan di Palestin,” kata Poh.
Beliau memuji kebijaksanaan Sarawak kerana menteri memilih untuk tidak mengikut arahan KPM “supaya tidak membangkitkan apa-apa mengenai isu ini.”
Menyatakan gereja “amat terganggu” dengan pekeliling KPM pada 21 Oktober yang mengarahkan semua sekolah termasuk kolej vokasional, kolej matrikulasi dan institut latihan guru di bawah bidang kuasa kementerian untuk mengadakan minggu solidariti, Poh berkata murid dan pelajar sekolah dianggap sebagai di bawah umur dan tidak harus terheret dalam polemik sebegitu.
“Dalam kes kami, apabila pelajar diminta memberi sokongan kepada Palestin menentang Israel, ini boleh menimbulkan sentimen anti-Yahudi seperti yang dilihat oleh beberapa guru yang terlalu bersemangat.” – 28 Oktober, 2023.
2 ulasan:
Bantah ke pecah. Biasalah dlm hidup ada bini bantah suami ada anak bantah ayah ada mak bantah anak. Ada melayu bantah melayu guna lif orang bawa anjing. Itu bantah ke pecah? hahaha. Hidup pejuang bangsa.
Kah kah kah.... Kalau ada yahudi sembunyi belakang batu. Batu akan beritahu kepada orang uslam untuk dibunuh... Ini hadis sohih lagi wajib. Orang islam benci yahudi tak kira baik ka jahat. Yang oenting yahudi. Itulah yang selslu tok khatib dok merstib tiap hari jumaat... sabda Rasulullah SAW maksudnya: “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum Muslimin berperang dengan Yahudi. Maka kaum Muslimin membunuh mereka sehingga ada seorang Yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohon, dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakangku, ke mari dan bunuhlah dia.’ Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” – Riwayat Muslim. Lu liberal... Lu taktau ini peperangan telah ditetapkan dalam kitab suci islam. Kah kah kah buta kayu betul....
Catat Ulasan