Kerajaan kekal pendirian titah adendum Najib hanya cakap-cakap – Saifuddin
LAYSIA, 17 OKTOBER 2024.
KUALA LUMPUR – Isu adendum terhadap bekas perdana menteri, Najib kembali hangat di Dewan Rakyat apabila Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail enggan memanjangkan pertanyaan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu).
Saifuddin Nasution ketika menggulungkan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan di peringkat kementerianya tidak memberikan jawapan kukuh sama ada wujud adendum tersebut atau tidak.
“Sebagai kerajaan, apabila wujud isu adendum, boleh kerajaan jelasnya ada atau tidak adendum itu. Bukan masalah ‘hearsay’, menteri atau perdana menteri boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong dan tanya wujud atau tidak adendum tersebut,” kata Takiyuddin.
Bagaimanapun, Saifuddin menjawab sekiranya ada pertikaian dalam isu tersebut, jalan yang wajar diambil adalah menerusi insitusi mahkamah dan mahkamah telah membuat keputusan mengenai perkara berkenaan.
“Kalau ada pertikaian antara kerajaan dengan rakyat, institusi mana yang membuat keputusan, ia adalah institusi mahkamah.
“Kalau mahkamah kata itu hanya ‘hearsay’, Kota Bharu faham apa maksudnya itu.
“Jadi ia sudah selesai, pandangan Kota Bharu adalah kerajaan kena tanya Lembaga Pengampunan, itu pandangan YB.
“Oleh kerana ada pertikaian, baik mahkamah yang tentukan apabila ada kaitan dengan undang-undang,” jelas Saifuddin.
Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Disember depan untuk mendengar rayuan Najib berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kewujudan Titah Adendum.
Adendum itu didakwa dititah oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Pada 3 Julai lepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib, 71, untuk memulakan prosiding semakan kehakiman ke atas lapan responden bagi mencabar kewujudan titah adendum itu, selepas berpendapat empat afidavit bagi menyokong permohonan Najib, termasuk oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presidennya Wan Rosdy Wan Ismail adalah bersifat dengar cakap atau khabar angin.
Najib kemudiannya menfailkan notis rayuan pada 9 Julai.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Pesuruhjaya Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM serta Kerajaan Malaysia sebagai responden dalam permohonannya.
Menerusi permohonan yang difailkan April lepas, Najib, memohon perintah mandamus bagi memaksa sama ada semua atau satu daripada responden, menjawab dan mengesahkan kewujudan dekri tambahan itu yang bertarikh 29 Jan tahun ini.
Beliau turut memohon perintah mandamus bahawa jika dekri tambahan itu wujud, kesemua atau satu daripada responden harus menguatkuasakan ia serta-merta dengan memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke kediamannya di Kuala Lumpur untuk menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah.
Najib telah menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana milik SRC International Sdn Bhd.
Pada 2 September 2022, beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja dan Lembaga Pengampunan telah mengurangkan hukuman penjara Najib daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta. –
2 ulasan:
Buat berita biar orang faham, ayat ayat sukar jangan masuk, bombastic lah canggih lah ayat undang undang, ayat macam polisi insurans jangan bagi rakyat cunt fuse terus, guna bahasa mudah macam Mahathir Mohamad cakap, Najib curi duit rakyat, Najib enjoy menjoy sakan dengan 1MDB, Rosmah bukan anak dara, ops anak dara sungguh walaupun bini orang, anak beranak semua bijak bisnes sampai jadi billion kah kah kah, orang kampung tak faham apa addendum semua, Najib curi Najib rasuah Najib dibodohkan seekor cukong yang jadi kawan baik rapat enjoy sakan, masa senang berpelukan masa sungguh dia blah, cerita simple boleh tak? Walaupun belajar sampai ke London tetapi dibodohkan oleh seorang pelajar SPM juga akhirnya kah kah kah
Apa hal dok sibuk pasal Najib lagi? Kenapa? Tak ada kerja lain ? Dia dijatuhkan hukuman selepas perbicaraan panjang lebar bertahun pun masih tak selesai? Dapat diskaun penjara dapat diskaun denda lagi? Rakyat berbaris panjang nak bayar saman trafik woit? Itupun berapa susah dengan karenah anak-anak kita yang pakai uniform, herdik orang tidak hormat kerana bangga uniform putih, lupa dunia kerana ada kuasa saman, tak ada budi bahasa tak ada personaliti, tak ada keikhlasan, yang berbaris pulak siapa? Rohingya atau Bangladesh? Rakyat negara ini? Itulah yang lupa asal-usul dahulu kala berselimut selut menanam padi jadi kakitangan kerajaan cukup megah dengan jawatan kah kah kah sekelip mata semua boleh hilang kepada Bangladesh kah kah kah
Catat Ulasan